Support My Blog

Sunday, November 25, 2018

EKSPORT PERTAMA NANAS JOSAPINE KE DUBAI

EKSPORT NANAS VARIETI JOSAPINE pertama ke Dubai, UAE telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Salahuddin Ayub semasa MAHA 2018. Turut hadir dalam pelancaran tersebut adalah Ketua Pengarah LPNM Dato' Hj Mohd Anim Hosnan, SUB(PE) Kementerian Pertanian Dr Hanisah Husin, Ketua-ketua Pengarah di MoA dan juga pengeksport iaitu dari Syarikat Jutawan Enterprise. Majlis pelancaran pada 23 November 2018 ini diadakan di Laman Nanas dan gimik pelancaran kontena diadakan di Laman Tiba MAEPS jam 4.30 petang. Kontena sepanjang 20 kaki ini diisikan dengan 1,100 kotak nanas Josapine dengan nilai sekitar RM35,000. Lazimnya pengeksportan nanas segar ke Dubai adalah menggunakan kontena sepanjang 40 kaki yang diisikan dengan 2,200 kotak nanas gabungan varieti nanas segar N36 dan varieti nanas MD2 dengan nilai sekitar RM35,000 bagi nanas N36 dan RM70,000 bagi nanas MD2. Pengeksportan nanas segar dari Malaysia ke Timur Tengah telah dijalankan sejak beberapa tahun dahuludengan kapasiti penghantaran sebanyak 7-8 kontena sebulan. Selain UAE, nanas segar Malaysia juga di eksport ke Mesir, Iran dan beberapa negara-negara teluk lain (GCC). Pasaran nanas segar dari Malaysia merupakan salah satu daripada komoditi dari Malaysia yang dieksport ke pelabuhan Jabar Ali di Dubai selain daripada produk lain seperti tomato segar, rock melon, betik dan juga beberapa jenis sayuran lain. Anda boleh melayari info syarat-syarat penting mengenai prosedur pengimportan produk pertanian dan makanan ke Dubai seperti mana tulisan saya sebelum ini dikuatkuasakan oleh pihak Dubai Municipality. Penulis blog juga terlibat didalam taklimat tersebut disana (Sila klik disini)Data eksport produk daripada Malaysia untuk tahun 2016 dan 2017 ke Dubai pada tahun 2016 sebanyak 3,577 konsainan dimana ia membabitkan sebanyak 5,696 buah kontena dengan sejumlah 11,729 items. Kuantiti produk yang di intervene sebanyak 2,919 kontena dengan jumlah kemasukkan sebanyak 107,835 tan metrik. Daripada jumlah tersebut sebanyak 541 sampel diambil untuk pemeriksaan dimakmal kesihatan. Bagaimana pun dilaporkan DM dimana sebanyak 151 tan metrik produk telah dimusnahkan akibat tidak ianya mengikuti syarat kemasukkan. Penulis blog tertarik juga denga data pada tahun 2017 dimana sebanyak 3,645 konsainan diterima melibatkan sebanyak 6,734 kontena (bertambah sebanyak 1,038 komtena atau 18%) dengan jumlah kuantiti sebanyak111,494 metrik tan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelancaran pertama satu kontena nanas segar Josapine ke Dubai untuk dijadikan bahan bacaan anda.


Nanas Josapine meruapak salah satu daripada 11 varieti nanas yang telah didaftarkan dengan kod AC5 yang paling luas ditanam di Malaysia. Selain daripada dikeluarkan untuk pasaran domestik, nanas Josapine merupakan sejenis nanas yang tradisinya di eksport ke Singapura dengan kuantiti yang tertinggi berbanding dengan varieti nanas lain. Penanaman nanas Josapine dijalnankan oleh pekebun kecil dan estet swasta semanjak ianya di hasilkan oleh pihak MARDI sebagai varieti nanas yang diminati ramai pekebun. Keistimewaan nenas Josapine adalah kerana daunya tidak berduri seperti pokok nenas Varieti Moris. Bentuk daunnya yang berwarna hijau tumbuh melempai apabila membesar. Kawasan tanah gambut di Johor dengan saliran baik sesuai ditanam nenas Josapine. Kemasaman tanah antara 3.5 - 4.5 juga boleh ditanam dengan nenas ini. Nenas Josa akan masak dalam tempoh 12 bulan selepas di tanam. Bentuk buahnya adalah Selinder dengan anggaran berat buah sekitar 1.0 -1.5 kg sebiji. Nanas dipasarkan dalam 3 gred iaitu Gred C (Kurang 800 gram/biji), Gred A (800 -1,200 gram/biji) dan Gred B (Lebih dari 1.2 kg/biji). Warna kulit buah ungu jingga dan akan kemerahan sedikit apabila masak. Penelitian penulis blog mendapati buah nenas Josapine tahan selama 5 hari dalam keadaan biasa dan selama 2 minggu jika disimpan dalam suhu sejuk.  Nenas Josapine mempunyai warna isi kuning keemasan dengan tekstur yang rangup dan kering. Nenas ini juga mempunyai aroma sederhana dan sesuai untuk dimakan segar. Kemanisan buah Josapine dalam grup manis iaitu sekitar 16 -18 darjah Brix. Pokok Nenas Josa memerlukan aruhan hormon untuk menghasilkan bunga dan buah. Lazimna selapas membubuh hormon buah akan dikutip dalam masa 120 -130 hari kemudian. Nenas ini adalah rentan terhadap penyakit nanas iaitu Buah Hantu (Ervinia chrysanthemi) dan juga Penyakit Mata Hitam (Penicillium funiculosum) sering berlaku pada waktu musim hujan dan saliran kurang sempurna. Penanaman nenas Josapine telah lama dijalankan di Malaysia untuk pasaran segar dan hanya sedikit sahaja diproses.


Usaha mempromosi nanas Josapine dilaksanakan oleh pihak LPNM pada bulan 1-3 September 2018 dalam Ekspo Word of Perishable (WOF) dan Promosi Nanas di Rangkaian Pasaraya Lulu di UAE. Ekspo yang diadakan di Dubai World Trade Cnter ini melibatkan sebanyak 36 negara yang mempromosikan produk makanan berasaskan pertanian dari seluruh dunia. Penulis blog dan 3 eksporter nanas segar dari Malaysia telah mengikuti program di WOF ini dengan membuat banyak perundingan pengimport di sana (Sila lihat foto disebelah). Nanas N36 dan MD2 telah lama di eksport ke Dubai tetapi belum pernag dipromosikan nanas Josapine atas faktur kekurangan promosi. Nanas Josapine adalah nanas hasil kajian saintis MARDI diperkenalkan pada Julai 1985 dan kini merupakan varieti nanas paling luas ditanam di Malaysia melebihi 2,400 hektar. Ia merupakan nanas jenis hibrid iaitu hasil kacukan varieti Nanas Johor (JO) dengan varieti nanas Sarawak (SA) digabungkan menjadi JOSAPINE. Malaysia menghasilkan sebanyak 434,900 metrik tan nanas pada 2017 dengan nilai sebanyak RM610 juta dimana sebanyak RM34 juta adalah untuk dieksport bagi segmen pasaran nanas segar (Sumber: LPNM). Pada masa ini Malaysia mendudukki tangga ke 18 dalam senarai 89 buah pengeluar nanas dunia dan mendudukki tangga ke 22 dalam senarai negara pengeksport nanas dunia.


Potensi pasaran nanas ke Timur Tengah ini merupakan satu strategi yang tepat kerana nanas Josapine mempunyai potensi baik dan penerimaan baik dipasaran timur tengah. Menurut pemilik syarikat Jutawan Enterprise, Ah Heng menyatakan beliau akan menghantar sekitar 2 kontena nanas Josapine ke Dubai seperti mana permintaan pengimport dari negara tersebut dan oleh rangkaian pasaraya Lulu Hypermarket (Sila lihat foto disebelah). Terdapat sebanyak 33 buah rangkaian hupermarket Lulu diseluruh UAE dan merupakan rangkaian terbesar di sana dengan bilangan pelanggan jutaan orang. Walau pun nanas di negara tersebut menerima bekalan daripada negara jiran Indonesia, Filipina serta negara dari benua Afrika tetapu kajian penerimaan yang dilakukan di 2 pasaraya Lulu Hypermarket di Dubai mereka amat suka dengan nanas ini yang lebih baik daripada nanas dari negara pengekport tradisional sedia ada. Bagaimana pun perancangan dan penghantaran nanas Josapine perlukan buah yang tepay semasa tuaian dan pengendalian tepat bagi membolehkan buah masih segar setelah dihantar dengan kapallaut selama 2 minggu dalam kontena bersuhu terkawal sejuk. 


Dalam akhbar Utusan Malaysia Online pada 23/11/18 dengan tajuk "100 tan nanas Josapine ke Dubai tahun hadapan" mengesahkan berita ini. Foto disebelah menunjukkan dimana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (empat dari kanan) selepas program pelepasan eksport buah nanas ke Dubai di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mensasarkan untuk mengeksport sekurang-kurangnya 100 tan nanas jenis Josapine ke Dubai dalam enam bulan pertama tahun hadapan. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Anim Hosnan berkata, jumlah itu mampu dicapai menerusi maklumat positif yang diterima daripada kerajaan di Asia Barat itu. “Kita tiada masalah untuk membekalkan nanas segar iaitu jenis Josapine di Dubai memandangkan nanas jenis itu sudah lama ditanam dan keluasannya mencukupi sekiranya dieksport. “Hari ini pertama kali kita akan mengeksport 20 tan nanas Josapine yang akan dihantar ke 33 kedai di Dubai nanti,” ujarnya.  Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program pelepasan eksport buah nanas ke Dubai oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. Menurut Mohd. Anim, pihaknya turut menerima permintaan nanas daripada beberapa negara termasuk Turki, Jepun dan Mesir. “Kita sedang mencari jalan untuk mengeksport nanas berkenaan ke negara-negara memandangkan kita mempunyai masalah dari segi pengangkutan untuk menghantar. “Kita mendapat permintaan penghantaran nanas ke negara berkenaan melibatkan nanas jenis MD2,” ujarnya. Sementara itu, Mohd. Anim memberitahu, draf rang undang-undang Lembaga Perindustrian Kelapa dan Nanas Malaysia (LPKNM) sedang dalam proses semakan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun tahun hadapan sebelum ianya dapat dimuktamadkan seawal-awalnya akhir tahun hadapan.  “Sekarang pelaksanaannya dalam peringkat Penilaian Impak Perundangan (RIA) dan akan dibentangkan di parlimen pada sesi akan datang,” ujarnya. UTUSAN ONLINE. Potensi pasaran di Dubai ini telah direalisasikan dengan majlis pelancaran penghantaran satu kontena nanas segar Josapine oleh YB Menteri Pertanian sempena MAHA 2018 kenegara tersebut semalam. Semuga anda semua mendapat info terbaik dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NANAS JOSAPINE... DI EJSPORT PULA...
HANTAR KE DUBAI... DILANCARKANNYA...
NANAS VARIETI LAIN ... SUDAH BIASA...
DILANCAR SUDAH... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...