Support My Blog

Thursday, November 22, 2018

NANGKA MADU - HEBAT KHASIATNYA

NANGKA (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis tanaman uah tropika yang mana kini telah dikomersilkan sebagai buah untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog terlibat dengan industri penanaman nangka madu apabila banyak Taman Kekal Pengeluaran Tanaman (TKPM) terutama di Negeri Pahang yang menjadikan tanaman nangka sebagai tanaman monokrop komersil dengan saiz kebun yang luas (Sila lihat foto diatas). Nangka yang paling popular ditanam di TKPM ini adalah dari jenis Nangka Tekam Yellow dengan nombor pendaftaran J33 atau lebih popular dipanggil sebagai ''Nangka Madu''.  Kini nangka madu merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang terkenal kerana rasa isinya yang sangat manis, berwarna kuning keemasan, kurang berair, lembut, rangup disamping aromanya yang sangat harum. Nangka Madu kini digemari bukan sahaja oleh penggemar makan segar buah-buahan tempatan malahan kepada para pemproses buah-buahan termasuk nangka. Nangka kini diproses menjadi ais kerim, jus, jem, kerepek, produk bakeri dan sebagainya. Selain rasanya yang enak penulis blog yang banyak kali membuat aktiviti uji rasa pelbagai nangka madu segar di Pahang mendapati nangka madu mengandungi nutrisi dan khasiat yang sangat tinggi yang membantu pertumbuhan dan sistem pertahanan badan kepada manusia. Kandungan gula iaitu bahan manis dalam nangka terdiri daripada bahan seperti sukrosa, glukosa dan fruktosa amat diperlukan untuk tubuh manusia. Artikel subuh ini menghadap Tasek Putrajaya saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai buah nangka madu unuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan. 


Pokok Nangka J33 apa yang penulis blog pantau sebenarnya mengambil masa diantara 3-5 tahun untuk mula berbunga dan berbuah bergantung kepada amalan agronomi dan penjagaan. Kandungan gula alam nangka madu didakwa jauh lebih tinggi daripada nangka varieti lain (Sila lihat foto disebelah). Gula merupakan metabolit primer yang amat penting kepada manusia menjalankan aktiviti harian dengan lebh cergas. Paling penting perlu dinyatakan adalah dimana selain nangka madu megandungi banyak vitamin khususnya Vitamin C ia juga mengandungi bahan protin, lemak, serat dan juga karbohiderat yang baik untuk kita semua. Apa yang penulis blog hendak kongs lagi adalah dimana kajian MARDI mendapati buah nangka madu mengandungi bahan anti oksidan yang sangat tinggi.  Bahan antioksidan ini didakwa mamu melambatkan proses kerosakan sel badan. Ia juga dilaporkan berfungsi sebagai antiradang, antikanser dan antidiabetis. Peranan ini sebenarnya dimainkan oleh sebatian kimia iaitu FENOLIK dan POLIFENOLIK didalam nangka madu. Ia merupakan kumpulan flavanoids yang tinggi terdapat didalam nangka madu dan juga nangka lain. Nangka juga mempunyai bahan lain iaitu kehadiran sebatian kimia seperti karotena dan sebatian terbitan berasaskan gula yang menyumbang kepada fungsinya dialam tubuh manusia.


Dalam masa itu pembaca boleh mengenai beberapa varieti nangka yang telah pun didaftarkan dalam penulisan saya sebelum dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan lebih dari 50 artikel mengenai nangka tulisan saya. Terdapat 16 varieti nangka yang didaftarkan (saya ada terlibat semasa proses pendaftaran beberapa varieti nangka tersebut) dengan pihak Jabatan Pertanian. Antara varieti nangka tersebut seperti J2, J27, J28,J29, J30, J31, NSI, Mantin (J32), Tekam Yellow (J33), Uncle Hong atau Golden Jackfruit (J34), Mastura (J37), Crystal Jackfruit 1 atau CJ1 (J35), Crystal Jackfruit 6 atau CJ6 (J36) dan paling terkini adalan varieti Subang Lao Zhang (J38) dan Subang Chap Boy (J39). Seperti yang penulis blog nyatakan sebelum varieti nangka Tekam Yellow (J33) adalalah yang uas ditanam masa kini terutama di TKPM. TKPM Lanchang di Temerloh merupakan kawasan paling luas penanaman nangka Tekam Yellow dengan keluasan mencecah 3,000 ekar. Nangka Tekam Yellow (J3) atau disebut nangka madu mencapai tahap kemanisan tinggi iaitu sekitar 26 - 28 darjah Brix terutma jika ia masak dipokok. Nangka ini bagaimana pun perlu dipetik pada indeks tepat dan diperam dahulu untuk mendapat kualiti indeks kemasakan yang terbaik sebelum dipasarkan dan dimakan. Disepanjang jalan utama Raub - Bentong banyak gerai jualan nangka madu segar (Sila lihat foto disebelah). Nangka ini adalah buah yang dihasilkan oleh peserta TKPM dikawasan berhampiran seperti di TKPM Lebu, TKPM Ulu Sungai, TKPM Lanchang, TKPM Jelai dan beberapa lagi.


Nangka Madu atau varieti J33 ini ditanam dengan benih yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian atau daripada pihak nurseri swasta yang mempunyai Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). Sijil SPBT ini adalah perakuan oleh Jabatan Pertanian yang mengesahkan ketulenan baka nangka tersebut dengan kaedah pemeriksaan rapi dan SOP yang standard. Amalan agronomi tanaman nangka perlu diikuti petani seperti membuat cantasan pembentukkan agar cabang pokok keluar dengan seragam pada ketinggian sesuai (Sila lihat foto disebelah). Pokok nangka madu pada peringkat awal penanaman secara komersil dilaporkan mengalami masaalah serangan 'Karat Buah Nangka' dimana kini berjaya dapat diatasi dengan pelbagai teknologi rawatan. Penulis blog dapati purata berat buah nangka madu ini sekitar 20 kilogram dengan mana 40% daripadanya adalah komponen isi atau ulas buah termasuk biji. Memakan nangka segar didakwa mampu mengatasi masaalah kanser kolon yang signifikan (Sila klik disini). Buah nangka segr mudah dibeli di pasar malam, pasar biasa dan beberapa hypermarket terpilih. Bagaimana pun pnulis blog kini sangat suka makan kerepek nangka (teknologi vacuum fry) dan aiskerim nangka madu yang telah ada dipasaran. Jackfruit Chip dan Aiskerim ini memang biasanya penulis akan beli daripada pembekal yang memang pernah penulis blog buat lawatan (Sila lihat foto produk itu paling bawah). Semuga tulisan subuh ini memberikan ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

NANGKA MADU ... MEMANG MANISNYA...
JENIS TEKAM YELLOW... ITU NAMANYA...
DINEGERI PAHANG... LUAS TANAMANNYA...
DIMAKAN SEGAR... HARUM AROMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 432, Hote Dorsett,
Precint 3, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(16 Safar 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...