Support My Blog

Monday, November 5, 2018

MALAYSIA TOKYO FAIR 2018 DAPAT SAMBUTAN

"Malaysia Fair Tokyo 2018 dapat sambutan" merupakan tajuk akhbar Berita Harian pada 5 November 2018. Berita yang ditulis oleh wartawan Faiza Zainudin ini telah menarik minat penulis blog Anim Agro Technology untuk berkongsi kerana penulis sendiri terlibat terus dengan Malaysia Fair 2018 ini. Program yang diadakan dari 2 - 4 November sempena musim luruh amat bertepatan pada pendapat penulis blog untuk dikongsikan berita BH tersebut bersama semua pembaca. Berikut adalah petikkan daripada akhbar tersebut untuk dirujuk. TOKYO: Program Malaysia Fair Tokyo 2018 yang berlangsung selama tiga hari di Shinjuku Chuo Park, dekat sini, mendapat sambutan hebat masyarakat Jepun. Lebih 30,000 pengunjung menyertai program julung kali diadakan itu yang turut menghimpunkan ramai rakyat Malaysia di negara ini. Apa yang menarik, mereka sanggup beratur panjang lebih sejam termasuk dalam hujan semata-mata untuk menikmati kepelbagaian menu makanan Malaysia yang disajikan.
PENGUNJUNG beratur panjang untuk membeli makanan di Malaysia Fair Tokyo 2018. 

Antara menu makanan yang dijual dari harga serendah ¥500 (RM18) ialah nasi lemak, laksa Sarawak, mee kari, bihun sup, pisang goreng, pulut kuning, rendang, roti canai, satay dan satar. Kebanyakan makanan habis dalam tempoh singkat sehingga memaksa segelintir peniaga, terdiri rakyat Malaysia menambah hidangan dari masa ke semasa bagi mengelak pengunjung kehampaan.

Pengunjung membeli dan makan ditengah tapak Malaysia Fair 2018.


KUIH-MUIH seperti Puteri Ayu, bahulu, karipap, seri muka dan bingka turut laris dan menjadi pilihan warga Jepun pada program Malaysia Fair Tokyo 2018.


PISANG goreng turut laris pada program Malaysia Fair Tokyo 2018.

Selain makanan enak, pengunjung juga tertarik melihat persembahan bintang rock tanah air, Amy Search, dan menunggu sehingga lewat petang untuk menyaksikan acara kemuncak Malaysia Fair itu. Program itu adalah anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama beberapa agensi kerajaan termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Tourism Malaysia. Penasihat Pertanian di Jepun, Mohd Taqiuddin Zakaria, berkata selain kepelbagaian menu, Malaysia Fair Tokyo 2018 turut memaparkan keunikan kebudayaan dan kesenian pelbagai kaum di Malaysia. Beliau berkata program turut menonjolkan elemen perdagangan dan pelaburan dalam sektor agromakanan, pelancongan dan pendidikan.  "Malaysia Fair Tokyo 2018 adalah kemuncak kepada program promosi yang diadakan sepanjang tahun ini di Jepun. "Selain daripada memperkenal dan mempromosi Malaysia secara keseluruhannya, program ini juga membuka peluang kepada usahawan Malaysia mempromosikan produk makanan keluaran tempatan, kebudayaan dan produk pelancongan kepada masyarakat di sini.

"Tambahan pula, permintaan kepada produk halal Malaysia semakin meningkat di Jepun terutamanya menjelang Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020," katanya. Majlis pelancaran Malaysia Fair Tokyo 2018 disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.

DATUK Ahmad Izlan (bersongkok) memotong riben pada majlis pelancaran Malaysia Fair Tokyo 2018 di sini semalam. (Penulis blog  berdiri didalam bulatan putih.)


Sebanyak 35 agensi kerajaan, syarikat swasta, persatuan pelajar dan individu menyertai program itu termasuk Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Kesatuan Pelajar Malaysia di Jepun, Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri, Janji Beger, Malay Asian Cuisine, Brahim's Food Japan, Ayam Brand, Petronas dan Tanamera Spa Kemaman.

PENYANYI Amy Search turut mempromosi produk air kopi 
berperisa nanasnya, Phewiiit.

BINTANG rock tanah air, Amy Search turut membuat persembahan 
menghiburkan penonton pada program Malaysia Fair Tokyo 2018.

Pada penulis blog program seperti ini memang memberikan impak yang signifikan untuk dilaksanakan di Jepun dimana Duta Besar Malaysia menyatakan ini merupakan antara program terbaik untuk diadakan setiap tahun. Testimoni daripada akhbar perdana ini membuktikan bahawa konsep pendekatan 'business to consumer' ini sesuai dilakukan mengikut jadual yang disusunatur dengan baik. Semuga anda mendapat info berguna daripada Akhbar Berita Harian ini dan dikupas di dalam blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
Penulis blog, Amy Search, Usahawan LPNM di tapak Malaysia Fair 2018.

MALAYSIA FARI 2018...DITOKYO DIA...
PENGUNJUNG...30 RIBU LEBIH ADA...
ADA AMY SEARCH...ARTIS LAGENDA...
PROMOSI NEGARA... PASTI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Shinjunku Central Park,
Nishishinjunku, Shinjunku,
Tokyo, Japan.
(5 November 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...