KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, June 8, 2014

KUKUHKAN SEKTOR PERTANIAN

NASI LEMAK ENAK... adakah anda terkesan dengan kenaikan harga nasi lemak, barang makanan dan barang keperluan harian?. Sekarang ini memang ada rungutan dikalangan pengguna bahawa ada kesan kenaikan harga bahan makanan dimana antara yang terbaru harga ayam dan roti. Isu ini selain dari berlaku dalam pasaran domestik ia juga berlaku dipasaran global dimana negara kita juga berada pada tahap yang dipercayai semakin membimbangkan. Dasar pasaran kita yang terlalu bergantung kepada sistem ukuran permintaan dan penawaran tanpa kawalan daripada pihak bertanggungjawab akan menyebabkan berulangnya krisis makanan dan menyebabkan berlakunya inflasi. Isu ini sering mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia berikutan ia bersangkutan dengan kos sara hidup yang perlu ditempuhi mereka. Hanya yang menjadi titik perbezaan adalah tahap pendapatan mereka setiap bulan. Saya fikir bagi golongan berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil mungkin fenomena ini akan dianggap suatu yang amat membebankan. Kesan ini berlanjutan pada semua lapisan masyarakat termasuk juga mereka yang tinggal dikawasan desa apa lagi yang jauh duduk dipendalaman. Jika kita mahu menilaikan terdapat beberapa faktor menyumbang kepada kenaikan harga barang ini yang secara tidak langsung membawa kepada krisis inflasi. Faktor yang dilihat paling utama adalah kenaikan harga bahan api (petrolium) yang seterusnya menjejaskan ekonomi termasuk sektor pertanian. Kenaikan minyak di pasaran dunia yang pernah mencecah AS$100 setong tambah merumitkan keadaan. Minyak petrol digunakan oleh nelayan untuk mencari ikan dilaut, minyak juga digunakan untuk menjalankan pam air diladang sayuran dan buah-buahan serta kos pengangkutan dalam membawa hasil pertanian kepada pengguna. Memang keseluruhan peringkat akan terasa terjejas apabila kos bahanapi ini meningkat. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perlunya kita mengukuhkan sektor pertanian negara dalam menjamin kecukupan dan kestabilan bekalan makanan.


Kini pasaran minyak petrol Malaysia juga seolah-olah seperti pasaran di negara pengimport bahan bakar itu yang terlalu bergantung kepada kadar harga di pasaran antarabangsa. Lantaran itu, seperti yang diramalkan, tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah itu adalah dengan mengurangkan pemberian subsidi minyak sedia ada kepada rakyat. Kenaikan harga minyak mentah global yang melonjak melebihi paras AS$100 setong boleh memberi tekanan kepada harga minyak tempatan dimana kesan seterusnya mempengaruhi kenaikan harga barang keperluan. Perkara ini menyebabkan kenaikan harga komoditi keperluan masyarakat akan terus bertambah kerana ia adalah bahan tunjang dalam rantaian pergerakkan aktiviti ekonomi. Industri perumahan juga akan mengalami kesan yang tinggi terhadap kenaikan minyak kerana memerlukan sumber minyak. Sementara itu, bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi. Faktor lain yang turut mempengaruhi kenaikan harga barang adalah sikap pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan terhadap permintaan barang keperluan yang bersangkutan dengan keperluan isi rumah seperti gula, garam, gandum dan sebagainya.  Maka tidak hairanlah mengapa situasi ini kerap berlaku apabila menjelang musim perayaan. Situasi ini akan terus berlaku dari setahun ke setahun dan pada masa sama, harga barang itu tidak akan mengalami kemerosotan apabila berakhirnya musim itu. Petani yang menghasilkan makanan tidak dapat mengurangkan harga bahan makanan diladang kerana kos pengeluaran untuk membeli bahan input pertanian semakin tinggi dan kos upah pekerja ladang juga meningkat dengan akta gaji minima iaitu RM800 - RM900 sebulan.


Namun, tidak dapat dinafikan bahawa bebanan kos yang ditanggung pengusaha khususnya ppetani dan pengusaha Bumiputera seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan juga antara faktor kepada masalah ini.  Sebagai contoh, dilaporkan yang kadar sewa sebuah restoran di pusat beli-belah terkemuka Suria KLCC ialah RM520,000 setahun berbanding RM360,000 pada 2004 serta RM180,000 pada 2001. Perkata dan situasi ini memperlihatkan bagaimana salah satu usahawan iaitu pemilik restoran Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah terpaksa menutup restorannya ekoran kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Menurut beliau, restoran itu adalah satu-satunya milik Bumiputera di situ. Alasan yang diberikan pihak pengurusan adalah kerana mengikut harga pasaran. Maka demi mempertahankan 'survival' perniagaan peniaga, mereka terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Dalam kita mencadangkan mengatasi isu mungkin perlu ada beberapa dasar kerajaan boleh atau perlu diubah. Ini turut membabitkan pemerkasaan kepada dasar pertanian sedia ada. Jika dilihat, pelaksanaan dasar ini hanya bergantung kepada kesanggupan politik pemimpin kerajaan. Dasar Agro-Makanan Negara (DAM) telah digubal dalam mengatasi isu bekalan bahan makanan da;am negera yang mencukupi, selamat dimakan dan berkualiti. Perlaksanaan dasar ini perlu dikukuhkan agar negara tidak mengalami krisis makanan seperti yang pernah melanda dunia beberapa tahun dahulu.


Usaha perlu dilakukan untuk memastikan pemerkasaan kepada dasar seperti ini dikekalkan walau siapa pun yang menjadi pemimpin. Sekiranya dasar pertanian kita diperkasakan seperti dalam Dasar Agro Makanan Negara (DAM), kita berupaya mengeluarkan produk bahan keperluan isi rumah dan secara tidak langsung mampu menampung permintaan kepada bahan itu. Pada saya sudah tentu kenaikan harga bahan keperluan dapat dikawal memandangkan hasil pengeluaran makanan adalah selari dengan permintaan. Teori ekonomi Ibnu Khaldun pernah menyatakan, untuk meningkatkan perbelanjaan rakyat, maka pengurangan bebanan seperti cukai dan harga minyak perlu dilakukan. Ini termasuk pemberian subsidi daripada kerajaan kepada petani dan peniaga khususnya Bumiputera bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga barang. Apabila bebanan rakyat seperti kadar cukai, harga minyak, dan sebagainya berjaya dikurangkan, ia akan menggalakkan lagi rakyat berbelanja. Ianya akan mentambahkan bilangan pengeluar makanan, pengusaha dan pembekal. Kesan dari aktiviti tersebut adalah dimana dijangkakan bahawa kerajaan akan memperolehi semula hasil perbelanjaan rakyat itu menerusi cukai yang dikutip daripada pertambahan bilangan pengusaha dan pembekal berkenaan. Kerajaan juga perlu terus menggiatkan usaha penyelidikan untuk mencari sumber alternatif kepada keperluan petrol seperti minyak kelapa sawit. Hasil daripada penemuan bahan gentian itu dapat membantu kita mengurangkan kadar kenaikan harga minyak. Jika pihak kerajaan tidak menangani kenaikan harga barang, inflasi akan meningkat seterusnya kos hidup mencanak sekali gus rakyat menderita. Semua pihak dripada kerajaan, syarikat swasta, individu dan orang tengah perlu menyumbang kepada isu kenaikan harga makanan sebagai satu gerakan bersepadu. Sektor pertanian juga mesti dikukuhkan sebagai asas untuk menghasilkan bahan asasi makanan negara bagi rakyat Malaysia dan mengurangkan kebergantungan produk impot. Artikel "Anim Agro Technology" ini hanya mengupas beberapa isu mengenai kepentingan sektor pertanian terus diberikan tumpuan kearah sebuah negara maju pada 2020. Wasallam!

BEKALAN MAKANAN...IA ASAS...
MINYAK NAIK... KESAN JELAS...
INFLASI... IMPAKNYA KERAS...
DAH BACA NI... APA KELAS...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Saujana,
Precint 11,
Putrajaya,
WP, Malaysia.
(5 Syaaban 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...