KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, June 10, 2014

BAWANG MERAH - TEKNIK MENANAM (Part 2)

BAWANG MERAH (Allium cepa) merupakan sejenis tanaman yang ditanam dibeberapa negara Asia Tenggara tetapi tidak popular di Malaysia. Negara China dan India adalah negara yang luas menanam bawang merah yang mana kita banyak impot daripadanya. Dalam lawatan saya ke lokasi penanaman bawang di kawasan Wonosobo, Jogjakarta dapat saya belajar sedikit teknik penanaman bawang merah. Tanaman bawang merah harus di tanam pada keadaan kawasan sesuai iaitu kawasan yang beriklim kering, suhu udara yang agak panas, tempat terbuka atau cukup mendapat sinar matahari dan tidak berkabus. Kawasan yang berkabus kurang sesuai terhadap proses pertumbuhan tanaman bawang merah kerana ianya dapat menimbulkan penyakit. Lazimnya kawasan yang terlindung naungan akan menyebabkan pembentukan umbi bawang merah tidak maksima. Tanaman bawang merah dapat di tanam di kawasan tanah rendah atau pun didataran tinggi dengan ketinggian antara 0 -1,000 meter di atas permukaan laut. Namun, tanaman bawang merah lebih menyukai kawasan dataran tanah rendah dengan ketinggian 0 - 400 meter di atas permukaan laut. Pertumbuhan paling optima adalah pada paras ketinggian 0 - 30 meter di atas permukaan laut. Pada pada ketinggian ini lazimnya tanaman bawang merah mampu untuk menghasilkan umbisi yang paling baik. Pada ketinggian 800 - 900 meter di atas permukaan laut pula dilaporkan yang tanaman bawang merah akan dapat tumbuh meskipun didapati iaitu tahap pertumbuhannya kurang baik dan pembentukan untuk umbisinya juga terganggu. Suhu yang paling sesuai untuk pernanaman bawang merah ialah antara 25-32 °C. Jika tanaman bawang merah di tanam pada suhu 22 °C pula lazimnya tanaman akan sukar menghasilkan umbisi atau tidak dapat membentuk umbisi pun pada keadaan suhu rendah ini. Artikel subuh sabtu ini saya teruskan untuk menulis Part 2 dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik penanaman bawang merah daripada pengalaman sendiri dan lawatan ke kebun bawang merah di Indonesia untuk bacaan anda semua.


Umbisi yang  di gunakan sebagai benih sebaiknya yang tidak terlalu besar (Sila lihat foto sebelah). Umbisi yang terlalu kecil akan mudah busuk ketika ia di tanam. Selain itu, biiji benih yang selalu berukuran kecil akan menghasilkan tanaman yang mana pertumbuhannya kurang baik dan hasilnya selalu sedikit. Selalunya umbisi yang besar akan menghasilkan pertumbuhan yang cepat dan lebih sihat. Bagaimana pun saya dapati yang benih umbisi yang besar harganya memang jauh lebih mahal. Ramai petani yang menggunakan benih bawang merah berukuran sedang sahaja untuk dijadikan benih bawang merah. Umbisi untuk benih sebaiknya mempunyai ukuran seragam, tidak luka atau tidak rosak pada kulitnya. Sebelum di tanam sebaiknya kulit luar benih bawang merah yang telah mengering dan sisa-sisa akarnya mesti harus dibuang. Bahagian hujung umbisi dipotong dengan pisau tajam kurang lebih 1/3-1/4 bahagian dari panjang umbisi. Ketika memotong haruslah hati-hati agar tunasnya tidak ikut terpotong. Tujuan ianya dilakukan pemotongan adalah agar umbisi dapat tumbuh dengan rata dan dapat merangsang pertumbuhan tunas. Memotong pucuk juga mempercepatkan proses tumbuhnya tanaman serta dapat merangsang tumbuhnya umbisi sisi (anak pada rumpun) dan mengalakkan pengeluaran anak. Sebelum umbisi ditanam, jika ada kesan luka akibat kesan pemotongan harus dikeringkan terlebih dahulu untuk mencegah terjadinya benih busuk.


Jumlah bilangan biji benih yang di gunakan bergantung pada saiz ukuran bawang dan jarak tanam. Jika ukuran biji kecil, jumlah yang digunakan semakin banyak dan sebaliknya jika ukuran biji besar maka semakin sedikit jumlah biji bawang yang diperlukan. Demikian juga dengan jarak tanaman iaitu semakin rapat jarak tanam maka semakin banyak benih yang digunakan dan semakin renggang jarak tanaman maka semakin sedikit benih yang diperlukan. Jumlah benih bawang merah yang hednak digunakan boleh dikira iaitu satu hektar kebun memerlukan sekitar 600-800 kg benih. Sebelum menanam terlebih dahulu dilakukan aktiviti penyediaan tanah yang sesuai untuk penanaman bawang. Penyediaan tanah ini adalah bertujuan untuk menggemburkan tanah dengan membuang atau membasmi tanaman lain (noxoius plants) yang mengganggu pertumbuhan bawang. Perlu diingat bawang tidak boleh terendam air maka perlu membuat sistem penyerapan air yang baik.


Tanah yang akan ditanam dengan bawang merah terlabih dahulu digemburkan dengan menggunakan cangkul, bajak atau traktor. Penggunaan traktor sangat membantu pada kawasan kebun yang yang luas. Setelah itu memang perlu dibuat batas tanaman. Lazimnya di antara batas dibuat parit dimana parit ini berfungsi sebagai tempat masuk air atau tempat keluar air yang berlebihan. Lebar batas antara100-120 cm. Parit antara bedengan berukuran 30-35 cm dengan kedalaman 30-40 cm dimana panjang batas dan panjang parit disesuaikan dengan luas kebun. Seminggu sebelum menanam tanah diatas batas diberi baja asas iaitu tahi ayam atau najis haiwan  lain atau kompos. Tanah atas batas juga perlu dicampur dengan baja asas dan diratakan iaitu sehari sebelum penanaman. Penanaman bawang merah diatas batas yang telah tersedia untuk menanam bawang merah hendaklah di buat lubang-lubang kecil dengan menggunakan kayu tugal kecil. Kedalaman lubang-lubang kecil dengan menggunakan penunggal kecil mesti sesuai dimana kadar kedalaman lubang saiznya kurang lebih sama dengan sama dengan bibit yang akan ditanam. Jarak tanamaman bawang merah disyorkan adalah 15 x 15 cm atau 15 x 20 cm. Benih umbisi yang telah dipotong bahagian hujungnya dan telah agak kering kemudian dimasukan kedalam lubang dengan bahagian hujung diletak menghala keatas. Susunan benih sebaiknya jangan ditanam terlalu dalam disebabkan ia akan mudah menjadi busuk. Kemudian dihujung umbisi perlu ditutup dengan sedikit tanah. Jika terlalu tebal tanah yang menutupinya maka ini akan melambatkan kadar pertumbuhan tanaman. Setelah penanaman selesai, batas perlu disiram dengan air. Benih akan tumbuh setelah 5 -7 hari. Wasallam!
BERSAMBUNG PADA PART 3. 



CARA MENANAM... BAWANG MERAH...
BENIH DIPOTONG..AMAT MUDAH...
600-800 KG...KADAR SEHEKTAR...
TIMBUS TANAH... BUKAN MUDAH...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 304, Hotel Adya Nalendra,
Jojakarta, 
Indonesia.
(1 Rabiulakhir 1435H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...