KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, October 31, 2012

PERMAKANAN KAMBING

PERMAKANAN KAMBING adalah satu daripada asas yang  penting dalam aktiviti penternakan kambing selain daripada faktur baka, kandang, keshiatan, cara pengurusan dan sebagainya. Makanan Kambing adalah perlu untuk proses pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga menetukan untung ruginya seuatu perusahaan ternakan tersebut. Kita juga tahu yang makanan hijau mengandungi air yang tinggi serta merupakan sumber penting protin serta unsur mineral. Bahan makanan konsentrat (concentrates) pula mengandungi bahan kering yang tinggi, kaya dengan protin, lemak, mineral dan juga sumber tenaga. Saya juga belajar pentingnya bahan makanan kambing mesti mengandungi bahan Protin, Karbohiderat, Lemak, Vitamin dan Zat Galian semasa belajar di Universiti dahulu. Artikel subuh ini saya akan menulis mengenai permakanan kambing dalam 'Anim Agro Technology' sebagai salah satu buku yang saya rujuk dari Pakej Teknologi Panduan pengeluaran kambing KAPRIMA oleh JPV terbaharu. 

Zat permakanan yang tidak seimbang dan tidak mencukupi boleh menyebabkan masaalah penyakit kepada ternakan kambing. Zat protin saya masih ingat penting untuk pembinaan otot-otot yang kuat dan juga proses pemulihan. Karbohiderat dan zat kanji adalah pembesaran sementara vitamin pula perlu untuk meningkatkan tahap kesihatan walau pun tahap keperluannya sedikit. Jika pengambilan makanan tersebut tidak seimbang maka akan menyebabkan gejala penyakit dimana contohnya kekurangan vitamin maka kambing mudah diserang penyakit tertentu. Lazim kita lihat kiub garam digantung pada kandang kambing. Sebenarnya garam galian perlu untuk pertumbuhan tulang, gigi dan sebagainya. Garam galian seperti Kalsium, Posforus, natrium boleh diberikan dari garam biasa, garam jilat, dicalsium fosfat, tepong tulamg dan tepong ikan. 


Kambing juga seperti kita perlukan air minuman dalam sistem permakanan. Air berfungsi sebagai pengawal suhu badan, dan membantu pergerakan zat makanan dalam ternakan.  Sumber air mesti berkualiti tinggi dengan pembekalan yang sentiasa ada. Elakkan daripada air tertumpah dilantai kerana ianya merosakan kandang dan berlaku lembab yang akan menjadi punca pembiakan kuman. Penternak boleh gunakan automatik drinker set yang mana ianya sangat praktikan dan meberikan persekitaran ternakan yang kondiusif. Sebaiknya perksa kualiti air sama ada dari bekalan syarikat pembekal air atau dari kolam atau sungai dikawasan kadang. Menggunakan air yang tercemar dengan racun rumpai atau racun kimia akan menjejaskan kesihatan ternakan.


Dalam sistem penternakan untuk kambing KAPRIMA, pemberian formula makanan adalah hasil campuran PKC, bahan-bahan lain dan mineral yang diberikan bermula dari umur 1 bulan keatas. Seekor kambing dewasa saya dapati perlukan sebanyak 350 - 650 gram sehari makanan 'Kaprima Feed' dan sebanyak 500 - 1,000 gram sehari rumput segar. Cara permakanan rumput hijau dengan pemberian rumput berkualiti seperti Rumput Guinea (Panicum sp), Rumput Gajah (Panisetum purureum), Rumput Dove (Baka dari taiwan), Rumput Setaria (Setaria ducumbens) dan Daun Petai Belalang (Leucaena leucephala). Sementara itu daun hijau seperti Daun Nangka (Artocarpus heterophyllus), Daun Turi (Sesbania grandiflora), Daun Ubi (Manihot esculenta), Daun Mengkudu (Morinda citrifolia) dan Daun Pisang muda (Musa spp) boleh digunakan.  Daun ubi perlu dijemur dibawah matahari selama 1.5 jam pagi hari untuk menghilangkan getahnya kerana jika basah akan menyebabkan getah dari daun ubi menyebabkan kambing kembong perut. Kambing yang cukup makan dan sihat akan memberikan pulangan yang baik kepada pengusahanya.
Wasallam!

MAKANAN KAMBING... SEIMBANG PERLUNYA...
ADA BAHAN HIJAU... RUMPUT SEGAR PUNCANYA...
GARAM GALIAN... AIR JUGA DIPERLUKANNYA...
VITAMIN PULA... MENJAMIN KESIHATANNYA...

By,
M Anem
Pagoh, Muar, Johor,
Malaysia.
(8 Zulhijjah 1433H)
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...