Friday, October 5, 2012

KESAN RUMAH HIJAU

KESAN RUMAH HIJAU (Greenhouse Effect) merupakan satu istilah yang kini menjadi sebutan ramai kerana ianya berkaitan dengan keadaan cuaca dan iklim dunia. Saya sering tertanya-tanya apakan dia yang dimaksudkan dengan 'Rumah Hijau'? kerana dengan istilah tersebut seolah-olah macam ada yang tidak kena kerana lazimnya kita akan bayangkan yang warna hijau adalah mesra alam sekitar. Saya merujuk kepada satu artikel dalam majalah estidoymy menyatakan bahawa definasi kesan rumah hijau adalah 'pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau didalam suatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada dibebaskan'. Ianya berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen dioksida meningkat lebih tinggi daripada tahap normal. Apabila komposisi ini meningkat maka molikul-molikul gas ini yang bersifat menyimpan habaakan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba. Artikel kali ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai kesan rumah hijau untuk bacaan semua.

Kesan rumah hijau global akan berlaku apabila sinaran inframerah matahari (infra-red sunlight) yang memasukki ruang atomosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan oleh kesan rumah hijau. Bagaimana ini memberikan kesan kepada alamsekitar?. Implikasi daripada pemanasan global yang menyebabkan suhu bumi akan meningkat dan menyebabkan lapisan air atau airbatu  di kedua-dua kutub Utara dan Kutub Selatan akan mengalami pencairan dan kesan dari pencairan ais menyebabkan paras air laut meningkat. Paras air laut meningkat apabila ais dikutup cair menjadi air dan menambahkan isipadu air laut. Ini akan menyebabkan sebahagian kawasan tanah daratan yang rendah akan ditenggelami air masin sama ada ianya kawasan bandar, penempatan manusia dan lebih teruk lagi kawasan pengeluaran bahan makanan dan kawasan pertanian yang subur. 


Secara semulajadi kajian saintis mendapati sebenarnya kesan rumah hijau ini berpunca daridapa pelbagai faktor seperti akibat letusan gunong berapi yang membebaskan gas-gas sulfur keudara dan juga bahan karbon beracun. Pengalaman saya ketika berkursus di Filipina sekitar tahun 1990 dimana berlakunya letusan Gunung Pinatubo, saya dapati awan gelap menyelubungi kawasan tersebut selepas beberapa bulan letusan berlaku. Sungai-sungai di penohi dengan debu dan larva yang menyebabkan tanaman padi, haiwan ternakan dan hidupan ikan mati didalam sungai. Letupan Gunung Bromo dua tahun lepas juga menyebabkan banyak kemusnahan alam dan meningkatkan kesan rumah hijau kepada muka bumi ini. 


Kajian oleh para saintis kini menjurus kepada kesan rumah hijau yang berpunca daripada pembebasan bahan-bahan pencemaran udara yang datang daripada asap kenderaan dan sektor perkilangan serta pembakaran terbuka. Semakin banyak kilang yang mengeluarkan asap, semakin banyak kenderaan diatas jalanraya, semakin banyak berlaku pembakaran terbuka dalam proses pembukaan ladang kelapa sawit... maka banyaklah asap dilepaskan keudara. Siapa tidak ingat kes 'Jerebu' beberapa tahun kebelakangan ini akibat pembakaran di kawasan Sumatra sehingga menjejaskan kesihatan dan sistem penerbangan di kawasan Asia Tenggara?. 


Penggunan penyembur Aerosol seperti Aerosol Racun Pembunuh Nyamuk, Aerosol Minyak Wangi menghasilkan partikel-partikel ringan yang dibebaskan keudara. Sistem Penghawa Dingin (Aircond) dan Peti Sejuk menyebabkan pelepasan bahan gas Kloroflorokarbon (CFC) yang menyumbang kepada kesan pemanasan global ini. Cuba kira berapa banyak alat penghawa dingin dan peti ais yang ada diseluroh dunia. DI Malaysia sahaka jika kita buat anggaran kasar, mungkin lebih daripada 10 juta peti sejuk dan aircond yang melepaskan CFC keudara. Jika manusia dapat menggurangkan bilangan kenderaan dan lebih banyak menggunakan kenderaan awam yang mesra alam, pastinya pelepasan gas merbahaya dapat dikurangkan. Saya sendiri mempunyai 3 biji kereta dan sebuah motorsikal. Rata-rata satu keluarga di Malaysia mempunyai lebih dari dua biji kereta dan memang kesesakan lalulintas kini semakin dahsyat. Mereka semua menyumbangkan kepada kesan rumah hijau.

KESAN RUMAH HIJAU...DAHSYATNYA...
PELEPASAN GAS...PERLU KAWALANNYA...
AIS CAIR...AIR LAUT PASTI NAIK PARASNYA....
PERLU KESEDARAN..LIBATKAN SEMUANYA...

By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(18 Zulkaedah 1433H)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...