KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, October 26, 2012

1000 ARTIKEL


ALHAMDULLILAH!
Ini adalah artikel ke 1,000!. Artikel ini diterbitkan sempena Hari Raya Qurban 1433H. Blog 'Anim Agro Technology' telah mencapai posting ke 1,000 hari ini!. Ini merupakan satu kegembiraan bagi saya yang telah mencapai satu tahap penulisan dalam 'Anim Agro Technology' selama hampir 4 tahun. Kebanyakan penulisan adalah berkaitan dengan teknologi pertanian yang saya garap daripada pelbagai sumber yang diadun dengan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian selama lebih 31 tahun. Sehingga kini seramai 1.063 juta telah membaca blog ini.  Purata pembaca blog ini juga telah mencecah 2,500 pembaca dalam satu hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad sekitar 1,000 orang sahaja. Seramai 461 orang follwers telah pun mendaftar dengan Anim Agro Technology dimana ianya terus bertambah setiap hari. 




Sempena posting ke 1,000 ini saya rasa banyak maklumat dan teknologi pertanian yang berguna uuntuk dibaca dan dibuat rujukkan. Saya sendiri amat mudah untuk menyediakan sebarang persediaan jika diminta menyediakan nota ceramah berkaitan pertanian kerana banyak data, maklumat dan informasi yang saya tulis sendiri dapat dijadikan bahan rujukkan. Saya hanya perlu ' link' sahaja mana-mana tajuk dengan persembahan dari powerpoint dan ianya sangat membantu dalam proses pemindahan kepakaran teknikal dalam bidang pertanian. Banyak ilmu teknikal mengenai pertanian yang telah ada didalam pemikiran saya sendiri kerana dengan menulis ini telah mendorong saya untuk lebih banyak membaca buku-buku ilmiah, berbincang dengan rakan-rakan profesional mengenai pertanian dan membuat banyak rujukkan didalam website yang berkaitan.


Saya rasa banyak juga tajuk-tajuk baru yang pertama kali ditulis didalam blog ini yang ditulis berdasarkan kajian dan pemerhatian yang saya buat sendiri semasa membuat tinjauan teknologi di seluruh Malaysia. Pada saya teknologi pertanian merupakan satu sains dan seni yang menggabungkan beberapa sumber untuk diaplikasikan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk akhir. Walau pun teknologi yang ditulis merupakan satu panduan, keputusan akhir dalam menggunakan teknologi atau adaptasi terhadap teknologi yang hendak digunakan adalah pilihan petani dan pengusaha itu sendiri. Saya berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar saya akan diberikan kesihatan, pemikiran yang positif, idea yang kreatif dan inovatif serta ketajaman pemikiran pada masa akan datang untuk terus aktif didalam penulisan mengenai Teknologi Pertanian dan pemindahan teknologi pertanian di Malaysia yang kita sayangi. InsyAllah!



ARTIKEL KE 1,000.... TERCAPAI AKHIRNYA....
HAMPIR 4 TAHUN... SAMPAI SASARANNYA...
SETIAP 1 HARI... 1 ARTIKEL SAYA TULISNYA...
HATI GEMBIRA... ANDA PERLU DOAKANNYA...

By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia.
(10 Zulhijjah 1433H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...