KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, October 13, 2012

RUMPUT NAPIER (Part 2)

RUMPUT NAPIER (Brachiaria ducumbens) atau nama lain synonim sebagai Urochloa ducumbens atau RUMPUT GAJAH adalah sejenia rumput dari keluarga Poaceae (dulu dipanggil sebagai Graminae) yang banyak ditanam untuk kegunaan makanan ternakan. Rumput jenis ini dipercayai natif daripada kawasan Afrika dan Amerika Selatan dan sesuai hidup dikawasan Tropika serta kawasan Sub-Tropika. Saya belajar mengenai rumput Napier semasa di universiti dahulu pada hujung tahun 1970'an hingga awal tahun 1980'an dibawah subjek ternakan ruminan dan jenis-jenis rumpai. Pada masa ini kita mudah menjumpai rumput napier ini di Malaysia iaitu dikawasan padang ragut milik JPV atau pun milik persendirian untuk membekalkan kepada haiwan ternakan seperti Lembu, Kambing dan ruminan lain. Artikel petang ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' berkaitan rumput napier atau rumput gajah untk dikongsi bersama pembaca blog ini.

Penanaman rumput napier dikawasan luas boleh dijalankan dengan menggunakan bahan tanaman dari biji benih. Lazimnya biji rumput ini adalah dormat untuk selama 6 bulan selepas dituai dan perlu disimpan dahulu. Kadar menabur biji benih adalah sebanyak 2 - 4 kg kilogram sehektar. Biji benih ditabur selepas aktiviti membajak dan harrow dan pastikan ianya ditutup semula selepas menabur benih. Lazim juga rumput ini ditanam dengan jenis tanaman penutup bumi yang lain sebagai tanaman forage. Bagi penanaman untuk kawasan kecil boleh di jalankan dengan menggunakan stolon atau rizom yang dipotong pendek yang mempunyai matatunas daun dan ditanam didalam alur atau parit kecil. Rumput napier ini sesuai juga ditanam bersama kacang penutup bumi seperti Peuraria pheosoiloides dikawasan yang banyak dapat hujan seperti di Malaysia. Pemerhatian juga mendapati rumput napier ini bebas daripada serangan penyakit dan serangga prosak dan memang jenis yang tahan lasak.

Rumput Napier mudah membiak diatas tanah yang subur dan cukup air serta mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Walau pun ramai kata rumput napier tidak perlu dibaja kerana ianya sejenis rumput, hakikatnya sistem pembajaan sempurna perlu dijalankan untuk dapatkan kualiti rumput yang mengandungi nutrien mencukupi bagi diberikan kepada ternakan. Rumput ini sangat memerlukan baja unsur Kalium, Posforan dan Baja unsur Nitrojen dengan kadar signifikan untuk pertumbuhan akar dan daun. Selepas menanam atau menyemai baja sebatian NPK pada kadar N (0 - 50 kg/ha), P (20 - 60 kg/ha) , K (60 -100 kg/ha), S (0 - 30 kg/ha) dan Mollybdenum ( 100 - 200 gram/ha). Pembajaan seterusnya dijalankan secara berjadual dengan baja N ( 50 - 300 kg / ha/ tahun), P (10 - 20 kg/ha/ tahun), K (25 - 30 kg/ ha/ tahun) , S (30 kg/ ha/ tahun) dan Molybdenum (200 - 300 gram/ ha/ tahun). Kadar pembajaan banyak bergantung kepada jenis tanah, spesis rumput napier digunakan dan juga jenis pengurusan penuaian rumpai. Bagi rumpai yang digunakan untuk ragutan agak kurang gunakan baja berbanding dengan rumput yang di potong-angkut kekandang yang perlukan lebih banyak baja NPK. Banja unsur pekit Kuprum (Cu) perlu diberikan setiap 3 tahun untuk meningkatkan kesuburan tanah.

Rumput lain juga merupakan pesaing kepada rumput napier dalam kawasan pastura. Bagi kawasan yang menjalankan kaedah ragutan bebas, lazimnya ternakan lembu atau kambing akan memilih rumput yang dia suka dan kita perlu jalankan kawalan rumpai yang tidak dikehendakki. Kaedah paling sesuai adalah dengan cara kawalan manual (cabut atau tajak dan buang) atau boleh menggunakan jenis racun rumpai jenis pra-cambah yang disembur sebaik sahaja menyemai benih. Rumput napier mempunyai ciri kadar penghadaman yang tinggi iaitu diantara 50 - 80% seperti juga jenis rumpai tropika yang lain. Kadar ini banyak bergantung daripada tahap kesuburan tanah dimana jika tanah subur ianya mempunyai kadar penghadaman tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur. Kadar CP pula sekitar 9 - 20% juga bergantung kepada kesuburan tanah. Kadar penerimaan oleh ternakan (Palatabality and acceptability) adalah sederhana baik juga bergantung kepada kesuburan tanah.

Kandungan bahan kering (Dry matter) rumput napier adalah tinggi jika menerima pembajaan yang mencukupi sehingga  kadar 10 tan/ ha/ tahun atau mampu mencecah sehingga 30 tan / ha/ tahun terutama dikawasan yang banyak taburan hujan. Rumput pastura yang subur mampu menghasilkan kadar tumbesaran tinggi pada ternakan sehingga 1,300 kg berathidup/ hektar. Ini kerana rumput napier yang dibaja dengan subur mampu menghasilkan rumput berkualiti dan sesuai untuk pembesaran ternakan berdasarkan kepada junlah 'herbaceous' yang dihasilkan. Kebaikan rumput napier adalah kerana mampu menghasilkan hasil tinggi dibawah sistem penanaman intensif, tahan lasak dengan ragutan intensif, tahan lasak dengan jenis tanah yang kurang subur dan disesetangah negara mampu menghasilkan banyak biji benih walau pun kos untuk biji benih murah. Lelemahan rumput napier ini adalah seperti kurang kompatibel dengan jenis rumpai kekacang lain, tidak tahan dengan saliran kurang baik (waterlogged) dan kurang sesuai untuk ternakan kambing atau biri-biri muda (masaalah dinamakan Photosensitization). Semuga artikel ini memberikan informasi berguna kepada anda pembaca semua. 

RUMPUT NAPIER... MUDAH HIDUPNYA...
PERLU DIBAJA...SUBURLAH PERTUMBUHANNYA...
KAEDAH INTENSIF... TINGGI KUALITINYA....
TERNAKAN SIHAT... PENDAPATAN OK PUNYA...

By,
M Anem
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia
(6 Oktober 1433H)





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...