KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, April 7, 2011

BENIH SAYURAN (PART 2)


BENIH SAYURAN merupakan satu keperluan dalam industri menanam sayur-sayuran selain daripada input baja, racun, baja organik, bakul, alatan pertanian dan sebagainya. Benih sayuran di Malaysia terutamanya sayuran jenis daun adalah hampir 90% adalah diimpot dari luar negara oleh beberapa syarikat terkenal di Malaysia seperti Syarikat Green Eagle Seeds, LecKat Sdn Bhd atau un Syarikat Green World Sdn Bhd serta beberapa syarikat lagi. Terdapat syarikat ini yang menggunakan benih asas dari Malaysia dan membiakkannya di beberapa negara lain seperti di China, Thailand, Indonesia dan Myanmar serta beberapa negara lain yang mana kos pengeluarannya lebuh murah dan jaminan kualiti yang lebuh baik. Benih tersebut di bawa masuk semula ke Malaysia sebagai benih impot walau pun 'beneih asas' daripada varieti tempatan. Artikel kali ini saya membentangkan beberapa jenis sayuran tempatan yang di keluarkan dan di edarkan oleh Syarikan Green Eagle berdasarkan kepada risalah terkini syarikat tersebut untuk panduan para petani di Semenanjung Malaysia.


1. DAUN SADERI

Benih DAUN SADERI PILIHAN GUANGZHOU (501) menghasilkan daun saderi )Celery) yang berwarna hijau tua, bergigi dan berkilau. Menghasilkan bau atau aroma wangi yang kuat dan petiol agak panjang. Keperluan benih sebanyak 550-700 gram/ha dan dikutip hasil 65-75 hari lrpas menyemai. Setiap 1 g ada sebanyak 2,000-2,800 biji benih.


2. SALAD

Daun salad jenis SALAD WANGI MANIS TAJAM (601) menghasilkan daun hijau dan hujung tajam serta cepat membesar. Daunnya tidak ada serat kasar dan pertumbuha seragam. Dituai selepas 40-50 hari lepas tanam dan keperluan benih sebanyak 1-1.25 kg/ha. Saya dapati setiap 1 gram ada 800-1,000 biji benih.


3. DAUN KETUMBAR

Daun ketumbar digunakan dalam masahan Siam seperti tomyam, perasa sup dan juga salad. Benih DAUN KETUMBAR ASIA TERBAIK (500) menghasilkan daun ketumbar yang berbau wangi kuat, hijau gelap, petiol pendek, berdaun segar dan berkilat. Kutipan hasil 40-45 hari lepas tanam dan berhasil tinggi serta sesuai ditanam musim panas. Keperluan benih sebanyak 30-40 kg/ha dimana setiap 1 gram ada 70-90 biji benih.


4. CILI

Ada 4 jenis cili besar atau Cili Merah diedarkan iaitu Benih Cili 223, 228, 826 dan 828. Benih CILI BARU GREEN EAGLE F1 HIBRID (223) menghasilkan buah cili berwarna merah terang , berkilat, lurus, rasa pedas, wangi serta mendapat permintaan tinggi dipasaran. Buah bersaiz 18 cm panjang dan 1.6-1.8 cm lebar dengan isi tebal dan berjus. Kutipan hasil 70 hari lepas tanam dan keperluan benih sebanyak 3 kg/ha dan setiap gram ada 120-150 biji benih.

Benih CILI MERAH EXTREME F1 HIBRID (228) buahnya berwarna merah terang, pedas, berukuran 16-18 cm panjang dan 1.8 cm lebar. Kutipan selepas 75-80 hari lepas tanam dan berhasil tinggi dengan keperluan benih sebanyak 1.8 kg/ha. Bilangan benih lingkungan 120-180 biji setiap 1 gram.

CILI PADI THAI F1 HIBRID (826) adalah sejenis benih cili padi yang berwarna merah serta buah menegak keatas (macam cili CENTIL). Hasilnya tinggi berukuran 5 cm panjang dan 0.8 cm garispusat dengan purata berat 2-3 gram setiap biji. Keperluan benih sebanyak 150-250 gm/ha dan mula kutip hasil 70-75 hari lepas tanam. Berat 1 gram ada 120-200 biji benih.

CILI PADI JAMBAK MERAH F1 HIBRID (828) juga jenis cili padi berwarna merah terang, pedas kuat dan berukuran 6 cm panjang dan 0.8 cm g/pusat. Pokok berhasil tinggi dan agak tahan penyakit serta sistem cabang senang untuk mengutip hasil Sebanyak 150-250 gram/ha benih diperlukan dengan kutipan hasil dijalankan 70-75 hari lepas tanam.



5. SAWI

Terdapat 3 jenis sawi dijual iaitu 881A, 886 dan 889. Benih SAWI BATANG PUTIH BIASA atau LATE FLOWER WHITE STALK CHOY SAM(881A) berdaun hijau muda berkilat, berbunga lambat dan ketinggian 33-38 cm serta seragam. Sawi ini merupakan jenis paling tinggi permintaan di pasaran. Di tuai selepas 30-35 hari lepas tanam dan hasil yang tinggi pada cuaca panas. Keperluan benih sebanyak 5-7 kg seheltar. Setiap 1 gram ada 400 - 500 biji benih.

SAWI HK DAUN MINYAK HIJAU TAJAM (886) mempunyai daun berwarna hijau gelap berkilat dengan saiz batang besar juga hijau gelap. Ia juga dipanggil 'Choy Sam Shanghai' yang dikutip hasil 30-32 hari selepas menyemai dan mudah ditanam. Keperluan benih 5-7 kg/ha sama seperti sai diatas.

SAWI HONG KONG BATANG HIJAU BESAR (889) mempunyai batang bersaiz besar berwarna hijau dan sering berbunga warna kuning. Sayur sawi ini jug ada permintaan tinggi dipasar borong dengan pokok setinggi 25-28 cm. Di tuai 30-32 hari lepas semai dengan keperluan benih sebanyak 5-7 kg/ha dan sering menghasilkan daun berkualiti. Bilangan 1 gram benih ada 400-500 biji.



6. KANGKUNG

Kangkung jenis GE KANG KUNG GRADE A (250) adalah jenis kangkung berbatang dan berdaun hijau berkilat dan hujung daun tirus. Ketinggian sayur kangkung ini 35 - 45 cm dan tumbuh seragam serta cepat membesar. Kadar benih sebanyak 40 kg sehektar dan boleh dituai 26 - 28 hari lepas semai. Setiap 1 gram benih kangkung ada 20-30 biji benih.


7. TIMUN

terdapat 4 jenis timun di edarkan iaitu Timun 138, Timun 2211 dan Timun 2222 dan Timun 2255. Keperluan benih timun adalah sebanyak 1 kg sehektar dan mula mengutip hasil 35 hari selepas tanam. Timun keluarannya di dakwa memberikan saiz buah seragam, tahan cuaca panas dan rintang kepada penyakit. Benih TIMUN MINI KING (138) berwarna hijau dengan ukuran saiz 11-13 cm panjang dan 4 cm lebar dengan purata berat 120 - 150 gram sebiji. Benih TIMUN RINTANG 8 F1 HIBRID (2211) menghasilkan buah bulat berwarna hijau berukuran 20-22 cm panjang dan 4.5 cm garispusat dengan purata berat 260 - 280 gram sebiji. Benih TIMUN TOKYO GREEN F1 HIBRID (2222) buahnya berwarna hijau gelap macam berduti berukuran 20-22 cm panjang dan 3.5 cm garispusat (Macam tumin jenpu besar). Benih TIMUN PASARAN F1 HIBRID (2255) agak besar dengan panjang 20-23 cm panjang dan 4.5 cm lebar dengan purata berat 280 -300 gram.



8. PERIA

Dua jenis peria diedarkan adalan Peria B13 dan Peria B19. Peria jenis B13 di gelar PERIA TEBAL PANJANG F1 HIBRID (B13) yang mengeluarkan buah peria berwarna hijau berukuran 30 cm panjang dan 6 cm garispusat serta berat purata 450 - 600 gram. Hasil buah adalah tinggi dan isinya padat. Pokok mula berhasil 45-50 hari selepas di tanam dan tahan serangan penyakit serta tahan cuaca panas. Keperluan benih sebanyak 1 - 1.25 kg/ha dan berat setiap 1 gram ada 5 - 7 biji benih.

PERIA KATAK F1 HIBRID (B19) menghasilkan buah berwarna hijau gelap dengan kulit mengerutu seperti kulit Katak Puru. Saiz buah berukuran 26 cm panjang x 3.8 cm lebar dengan berat purata 200 gram. Hasil mula di kutip 50 - 55 gram selepas menanam dan berhasil tinggi di musim panas. Keperluan benih sebanyak 1 - 1.25 kg/ha dengan bilangan biji benih sebanyak 5-7 biji setiap 1gram.



9. PETOLA

Tiga jenis petola yang di jual adalah (a) PETOLA F1 HIBRID KULIT ULAR (361), (b) PETOLA F1 HIBRID PETOLA SEGI GREEN EAGLE (3311) dan (c) PETOLA F1 HIBRID PETOLA SEGI GRED 'A' (3322).

Petola Ular (361) menghasilkan petola ular berwarna hijau belang putih yang panjangnya 35 cm dengan garispusat 4.5 cm garispusat dan purata berat buah lingkungan 180 gram sebiji. Buahnya agak rasa manis, isi yang halus dan berhasil 40-45 hari selepas menanam. Keperluan biji benih sebanyak 1 -1.3 kg sehektar dan setiap 1 gram ada 7-9 biji benih.

Petola Segi 3311 menghasilkan buah berwarna hijau seragam dengan saiz 30 cm panjang dan 3.5 cm garispusat. Purata berat varieti ini adalah 240 - 260 gram sebiji. Isinya halus dan berwarna putih serta agak manis yang mula dituai dalam tempoh 38 - 42 hari lepas tanam. Hasil tinggi dengan 'fruit set' yang bail. Keperluan benih sebanyak 1 - 1.25 kg sehektar dengan bilangan biji setiap 1 gram sebanyak 8 -10 biji.

Benih Petola Segi 3322 menghasilkan buah lebih panjang dari benih 3311 iaitu sepanjang 45 cm dan garispusat 3.8 cm. Purata berat adalah 300 - 350 gram sebiji dan menpunyai isi licin serta berhasil 38 - 42 hari lepas tanam. Keperluan benih 1 - 1.25 kg sehektar dan bilangan setiam 1 gram benih ada 8 - 10 biji.



10. LABU LILIN

Labu Lilin yang di edarkan syarikat ini diberi nama 'Labu F1 hibrid Lilin Hijau' dengan nombor Kod 360. Labu jenis ini adalah menghasilkan labu berwarna hijau yang berukuran 20 cm panjang dengan 5.5 cm lebar yang purata beratnya sekitar 700 - 900 kg sebiji. Pokok lsbu jrnid ini perlukan sokongan atau trellis dimana buah akan bergantungan. Pertumbuhan cepat dan berhasil tinggi terutama pada cuaca panas. Buah labu lilin mempunyai buah yang bentuknya seragam dan rasa yang sedap.


BENIH SAYURAN....MAHAL HARGANYA....

PERCAMBAHAN TINGGI...BERBALOINYA...

BANYAK DIIMPOT...PENGEDAR UNTUNGNYA...

PASTIKAN SAYUR...CUKUP BEKALANNYA...


By.,

M Anem

Pct 11

Putrajaya

1.30 pagi





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...