KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, April 3, 2011

KROKOT BELANDA

KROKOT BELANDA (Talinum triangulare) merupakan sejenis tumbuhan dari Keluarga PORTULACEAE yang berasal dari kawasan Amerika Tropika dan di bawa ke Asia Tenggara melalui Surinam oleh penjajah Belanda. Tumbuhan ini kurang di kenali di Malaysia tetapi mempunyai nilai khusus sebagai sayuran. Puas saya cari nama tempatan untuk tumbuhan ini di Malaysia tetapi tidak jumpa dan barangkali ada antara pembaca yang tahu nama tumbuhan ini di Malaysia. Nama-nama lain yang saya dapat cari ialah seperti Water Leaf ; Surinam Purslane , Sweetheart (English), Krokot Belanda ; Ginseng Jawa ; Poslen (Indonesia), Kumu manus (Papuan New Guinea), Talilong ; Galaghati ; Biala (Filipina) dan Som-Kaoli ; Som-khon (Thailand). Artikel ini apalah kiranya sudi membaca artikel saya bertajuk 'Krokot Belanda' sebagai bingkisan kali ini berdasarkan pembacaan buku, pengalaman dan pelayaran dalam web sesawang.


Krokot Belanda merupakan sejenis tumbuhan yang dimakan bahagian pucuk dan daun muda sebagai sayuran sama ada di makan mentah atau di celur dengan air panas. Kajian menunjukkan masyarakat Sunda di Pulau Jawa menjadikan tanaman ini sebagai sayuran penting dalam menu makanan mereka. Dari segi perubatan tumbuhan ini digunakan sebagai ubat untuk penyakit radang paru-paru dan penyakit ketumbuhan (tumor) serta mampu mengubati penyakit sakit mata. Tumbuhan ini jarang di tanam secara komersial dengan luas tetapi banyak di tanam sebagai ornamental atau pokok hiasan sahaja di kebanyakan negara Asia Tenggara. Tanaman ini merupakan sejenis tanaman yang agak popular di Amerika Selatan, Carribean dan Afrika tetapi agak baru di perkenalkan di Asia Tenggara.


Tumbuhan Krokot Belanda atau 'waterleaf' ini merupakan jenis herba yang mempunyai akar membengkak (swollen root) dan tumbuh menegak setinggi 30-100 cm (Lihat foto sebelah). Batangnya berbentuk agak bersegi atau 'obtuse angular' dan struktur yang lembut. Daun berwarna hijau gelap berbentuk bulat atau obtuse yang membulat dibahagian hujung dengan saiz lingkungan 1-6 cm lebar dan 3-15 cm panjang. Susunan daun adalah sprial semacam bertentangan dengan lebat di bahagian atas dan jarang di bahagian bawah serta mempunyai tangkai pendek. Bunga berbentuk panjang sama ada berwarna pink atau putih yang berukuran 2-5 mm tinggi dan 5-30 mm panjang berbentuk corymboid thrysus. Buah dalam kapsul atau ellipsoid atau globular berukuran 4-7 mm panjang dan mengandungi banyak biji benih didalamnya. Saiz biji benih krokot belanda ialah 0.8-1.2 mm garispusat berwarna kehitaman.


Kandungan zat permakanan tumbuhan krokot belanda bagi setiap 100 gram adalah air (92 gram), Lemak (0.3 g), Karbohiderat (4 g), Protin (2.4 g), Fiber (1.1 g), Ca (90-125 mg), Fe (5 mg), B-Carotene (3 mg), Vitamin B1 (0.03 mg), Vitamin C (31 mg), Niacin (0.30 mg) dan sebanyak 105 Kilojoule tenaga. Tumbuhan ini mengandungi Bahan Oxalate yang tinggi. Setiap 1,000 biji benih beratnya ialah 0.3 gram. Tumbuhan ini cepat membesar dan bunganya akan terbuka pada awal pagi untuk melakukan pendebungaan sendiri. Tumbuhan ini mudah tumbuh di tepi jalan, keliling rumah,di belukar , tempat buangan sampah dikawasan tanah rendah sehingga ketinggian 1,000 meter dari paras laut. Kawasan yang lembab dan mengandungi baja humus yang banyak sangat sesuai tumbuhan ini hidup. Kajian saintis menunjukkan ianya tahan dan toleran dalam cuara kering dan kemarau.


Pembiakan tumbuhan ini menggunakan biji benih walau pun agak sukar untuk mengutip biji benihnya yang sangat halus dikebun. Benihnya perlu disemai dulu di tapak semaian sebelum di ubah keladang. Penanaman menggunakan kaedah Keratan Batang juga sesuai dengan memotong 15-20 cm batang yang matang yang dibuang daunnya. Jarak penanaman bergantung kepada kesesuaian lokasi asalkan mencapai kepadatan 10-25 pokok satu meter persegi bergantung kepada cara menuai dan jangkamasa penanaman. Pengeluaran bunga tidak berapa menjejaskan pengeluaran daun dan pucuk untuk dituai. Kajian menunjukkan tumbuhan ini tidak ada masaalah serangan penyakit dan serangga perosak.


Kerja mengutip hasil dijalankan selepas 6-8 minggu menanam dengan memotong bahagian pucuk atau terus mencabut keseluruhan tanaman. Pengutipan hasil dijalankan setiap 2 minggu sehingga pokok berumur 6 bulan atau pun sebanyak 15-20 kali kekerapan tuaian hasil. Lazimya hasil sebanyak 10 kg setiap 1 meter persegi dituai tetapi jumlah kuantiti juga bergantung kepada jenis tanah, pemgurusan dan kekerapan memetik hasil. Daun dan pucuk yang dituai akan diikumpulkan atau diikat sebelum di jual. Ia perlu di jual segera untuk kesegarannya. Tanaman ini juga mempunyai potensi baik jika dipromosikan pada masa akan datang di Malaysia.

WATERLEAF....NAMA INGERISNYA...
KROKOT BELANDA...JUGA GELARANNYA...
DISINI TAK PASTI.....APA NAMANYA...
DAH BACA....DAPAT ILMUNYA....

By,
M Anem
Kajang
Selangor
Makan Sate Kajang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...