KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, April 12, 2011

BENIH SAYUR & BUAH (Part 3)


BENIH TANAMAN merupakan asas kepada industri pertanian terutamanya tanaman makanan yang sangat kritikal. Benih merupakan asas kepada semua jenis aktiviti didalam menentukan bahan input dari segi varieti, jenis, kesesuaian, harga, kualiti, kehendak pasaran dan menentukan pendapatan petani. Pepatah ada mengatakan "Who control the seed, able to control the world". Industri Benih Tanaman Makanan di Malaysia bernilai lingkungan RM 30 juta setahun (tidak termasuk benih padi dan benih tanaman industri). Bagaimana pun nilai industri benih tanaman dunia melebihi USD 500 juta setahun. Negera-negara pengeluar benih adalah kebanyakannya di monopoli oleh beberapa negara maju di dunia seperti di USA, China, Belanda, Jepun, Taiwan oleh beberapa syarikat terkenal dunia seperti Sygenta, Pioneer, Know You Seed dan sebagainya. Artikel ini saya bercerita sekitar beberapa jenis benih yang di jual di Malaysia berdasarkan kepada kajian persendirian dan buku syarikan Green Eagle Sdn Bhd.


1. MELON

Terdapat 3 jenis benih Buah Melon (Cucumis melo) yang di jual oleh syarikat Green Eagle Sdn Bhd di Malaysia iaitu Melon 380, Melon 381 dan Melon 382.

Benih MELON MERAH MANIS MADU F1 HYBRID (380) bercirikan buah berbentuk bulat dengan warna hijau dan corak jaring kelabu dengan purata berat buah 1-8 - 2.5 kg sebiji. Isinya berwarna merah jingga solomon dengan tekstur halus lembut dan rasa yang manis mencapai 14-17 brix. Pokok tumbuh menjalar dan didakwa rintang terhadap serangan penyakit serta tahan panas. Keperluan biji benih sebanyak 600 - 800 gram sehektar dimana setiap 1 gram ada 30 biji benih. Penuaian hasil dijalankan 75-80 hari lepas tanam.


Benih MELON HIJAU MANIS MADU F1 HYBRID (381) berbentuk bulat dengan kulit berjaring warna kelabu dan kulit berwarna hijau. Purata berat buah lingkungan 1.8 - 2.5 kg sebiji. Isinya berwarna hijau susu, tekstur isi halus dan lembut dengan kadar kemanisan mencapai 14-17 Brix. Buah boleh dikutip 75-80 hari lepas tanam dan pokok menjalar agak rintang kepada serangan penyakit. Keperluan biji benih sebanyak 600 - 800 gram se hektar. Setiap 1 gram mengandungi 30 biji benih.


Benih MELON HIBRID BULAN MADU (HONEY LIGHT) bernombor 382 berbentuk bulat buhur (Oblong) dengan kulit berwarna putih kerim. Kulitnya licin tanpa jejaring dengan purata berat 1.6 - 2 kg sebiji, Tekstur isinya halus berwarna oren segar dan aroma kuat dengan tahap kemanisan buah lingkungan 14-16 Darjah Brix. Pokok menjalar dan pengutipan hasil 70 - 75 hari lepas tanam. Keperluan benih varieti ini sebanyak 600 - 800 gram sehektar. Kiraan 1 gram mengandungi purata 30 biji benih.



2. TEMBIKAI

Ada 3 jenis Tembikai (Citrullus lunatus) diedarkan untuk pilihan penanam tembikai di Malaysia iaitu GE 341, GE 342 dan GE 343.

Benih TEMBIKAI MERAH MALAYSIA BULAT / F1 HYBRID MALAYSIA RED DELIGHT WATERMELON (GE 341) menghsilkan buah berbentuk bulat dengan kulit hijau gelap berjalur putih dengan purata berat 6-8 kg sebiji. Isinya berwarna merah ros dengan aroma yang sederhana dan tahap kemanisan 11-13 darjah Brix. Jenis ini agak tahan serangan Penyakit Layu Fusarium dan tahan cuaca panas. Kutipan Hasil dibuat 70 - 75 hari lepas tanam. Setiap 1 gram benih ada 25-30 biji benih.


b) Benih TEMBIKAI MERAH PUMA F1 / PUMA F1 HYBRID RED WATERMELON OBLONG (GE 342) bercirikan buah berbentuk bulat bujur dengan kulit berwarna hijau gelap. Berat buah 3-5 kh sebiji dengan isi berwarna merah tua ros dan mempunyai aroma yang kuat. Kadar kemanisan buah 12-14 darjah Brix. Pertumbuhan baik dan dikutip hasil 60-65 hari lepas tanam. Setiap 1 gram ada 25-30 biji benih.


c) Benih TEMBIKAI MERAH HARIMAU F1 / F1 TIGER RED WATER MELON (GE 343) menghasilkan buah berbentuk bulat bujur dengan kulit berwarna hijau muda berjalur hijau gelap. Berat sebiji buah 3-5 kg sebiji dengan isi berwarna merah ros dan beraroma kuat. Kemanisan buah 11-13% darjah Brix. Kutipan hasil di buat 60-65 hari selepas ditanam dengan setiap 1 gram ada 25-30 biji benih.



3. BENDI
Dua jenis benih Kacang Bendi (Hibiscus esculentus) dipasaran ialah Jenis 551 dan jenis 555.


a)Benih KACANG BENDIBENDI TORPEDO HIJAU F1 HIBRID/ F1 HYBRID TORPEDO LADYS FINGER (551) adalah jenid bendi bersegi lima dengan warna hijau berminyak serta buah yang lurus dan panjang buah antara 15-16 cm. Hasilnya agak tinggi serta manis serta agak lama masa mengutip hasil. Hasil dituai 40-45 hari lepas tanam dimana keperluan benih sebanyak 4-8 kg/hektar. Kiraan setiap 1 gram mengandungi 15-20 biji benih.


b) Benih BENDI LIMA BINTANG F1 HIBRID / F1 HYBRID F1 LADYS FINGER (555) menghasilkan buah yang lurus , langsing panjang dengan ukuran 15-16 cm panjang. hasil buah agak tinggi dan pokok didakwa berusia panjang. Pengutipan hasil 40-45 hari lepas ditanam dengan keperluan biji benih sebanyak 4-8 kg sehektar. Kangungan setiap 1 gram benih bendi ada 15-20 biji benih.



4. SAWI

Terdapat 6 jenis benih Sawi (Brassica sp) dipasarkan iaitu 280, 288, 821, 822, 825 dan 2005.


a) Benih SAWI PAK CHOY KERDIL / DRAWF TYPE PAK CHOY (280) merupakan sawi yang mempunyai daun hijau berkilat, pendek, petiol hijau muda yang tebal serta sedap untuk dimakan. Daunya berjus, rangup dan kualiti pemakanan yang tinggi. Sawi ini tahan cuaca panas dan berhasil agak tinggi dan dituai dalam masa singkat iaitu 28-30 hari sahaja. Keperluan benih adalah sebanyak 5 kg sehektar dimana setiap 1 gram mengandungi 400-500 biji benih.


b) Benih SAWI PAK CHOY KERDIL SHANGHAI HIBRID F1/ SHANGHAI DWARF F1 HYBRID PAK CHOY (288) mempunyai ciri sawi daun berwarna hijau berkilau, petiol pendek dan lebih tebal berwarna putih kehijauann dengan susunan padat. Pertumbuhan baik dan berhasil tinggi dan di tuai dalam masa 28-30 hari. Kadar keperluan behin jenis ini 5 kg sehektar dimana setiap 1 gram mengandungi 400-500 biji.


c) Benih SAWI PAK CHOI F1 DAUN LEBAR / F1 HYBRIP BROA LEAF PAK CHOY (821) mempunyai daun hijau gelap yang lebar berkerinting (curly) dengan petiol pendek berwarna putih susu. Rasa sawi ini adalah rangup, padat dan manis serta kandungan zat permakanan yang tinggi. Seuai dengan cuaca panas , berhasil tinggi dan ditual dalam masa 33-36 hari lepas tanam. Keperluan biji benih sebanyak 3.7-6.2 kg sehektar dimana setiap gram ada 400-500 biji.


d) Benih SAWI PAK CHOY KERINTING PENDEK / CURLY DWARF PAK CHOY (822) mempunyai daun kerinting hijau berkilat dengan petiol pendek berwarna putih dan susunan adalah terbuka. Daunnya halus licin, petiol yangberjus dan rangup serta kualiti pemakanan yang baik. Hasil dikutip 28-30 hari lepas tanam dan sesuai ditanam dalam cuaca panas dan cepat membesar. Kadar keperluan benih 5-7 kg sehektar dengan setiap 1 gram mempunyai 400-500 biji benih.


e) Benih SAWI PAK CHOY MA YEE GRED A / GRADE A MA YEE PAK CHOY (825) adalah jenis sawi berdaun lebar berwarna hijau tua agak berminyak serta petiol tebal berwarna putih kehijauan. Daunya berjus, rangup dan manis dituai 33-36 hari lepas tanam. Keperluan benih sebanyak 3.7-6.2 sehektar dimana setiap 1 gram mengandungi 400-500 biji benih.


f) Benih SAWI KERINTING WONG KING / CURLY WRAP WONG KING PAK HOY (2005) merupakan jenis sawi baru yang mempunyai ciri daun kerinting berwarna hijau kekuningan. Petiol atau tangkai daun agak panjang berwarna putih agak panjang dan pokok terbuka. Pertumbuhan agak cepat dengan lama untuk menuai 35-40 hari lepas semai. Keperluan biji benih sebanyak 4-7 kg sehektar dimana setiap 1 gram ada 400-800 biji benih.



5. LABU

Dua jenis labu yang di edarkan syarikat ini adalah Labu 152 dan Labu 155.


a) Benih LABU MANIS F1 /F1 JADE QUEEN PUMPKIN (152) merupakan jenis pokok labu yang berkulit hijau, warna kulit hijau kelabu, buah berbentuk bujur leper dengan purata berat 1 - 1.5 kg sebiji. Isinya berwarna oren segar dengan itekstur halus dan tahan penyimpanan selepas dituai. Hasil dituai selepas 73-78 hari lepas tanam dimana jenis ini adalah rintang dari serangan penyakit vurus. Sesuai di tanam dalam cuaca panas dan musim hujan lebat. Kadar keperluan benih sebanyak 1.5 kg sehektar dimana setiap 1 gram ada 10-20 biji benih.


b) Benih LABU MANIS RAJA F1 / F1 HYBRID PIONEER KING PUMPKIN (155) menghasilkan buah berbentuk bujur leper dengan warna kulit hijau coklat dan purata berat 2-4 kg sebiji. Isinya berwarna oren segar dengan aroma yang baik serta tahan disimpan lama. Pokok jenis ini cepat membesar dan sesuai dalam keadaan cuaca panas dan musim hujan serta rintang penyakit virus. Hasil dituai 73-78 hari lepas tanam dimana keperluan biji benih sebanyak 1.5 kg sehektar. Setiap 1 gram ada 10=20 biji benih.



6. KAROT / LOBAK PUTIH

Benih Karot (Daucus carota) yang dijual adalah jenis LOBAK PUTIH TROPIKA (130) yang menghasilkan akar atau umbisi berwarna putih salji dengan berbentuk selinder lurus, daun sempit kecil. Purata saiz lobak putih ini 28-30 cm x 5.6-6 cm garispusat dengan purata berat lingkungan 500-600 gm sebiji. Rasa lobak segar dan agak manis dengan tekstur yang halus dan rangup dan pokok didakwa rintang serangan penyakit. Penuaian dibuat 45 hari lepas tanam dengan pokok yang sesuai ditanam dalam cuaca panas. Keperluan benih lobak puih sebanyak 10-12 kg sehektar. Bilangan 1 gram benih ada 80-120 biji benih.


Pemilihan benih yang baik akan menjamin hasil pengeluaran. Petani perlu mengetahui sumber pembelian biji benih yang bermutu, harga berpatutan, jaminan ketulinan dan peratus percambahan yang tinggi. Tidak berguna jika kita mempunyai tanah yang subur, baja termahal dan pekerja mahir tetapi benih tanaman tidak berkualiti dalam bertani. Betul kata Prof. Chin mantan Pensyarah UPM yang saya jumpa minggu lepas dengan pepatah mengatakan 'WHO CONTROL THE SEED, HE WILL CONTROL THE WORLD'. maknanya xesiapa yang ada maklumat dan stok mengenai biji benih mampu mengawal pattern pengeluaran makanan penduduk dunia. kini teknologi benih di punyai oleh beberapa negara maju didunia.

BELI BENIH....PASTIKAN JAMINAN....
ADA YANG TULIN...AD YANG TIRUAN.....
HARGA MAHAL... BAIK PERCAMBAHAN....
ADA ILMU PENGETAHUAN... IMBUHAN...

By
M Anem
PBT
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...