KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, April 9, 2011

KANGKONG KERBAU

KANGKONG KERBAU (Enydra fluctuans L) adalah sejenis tumbuhan dari Keluarga COMPOSITAE yang digunakan sebagai sayuran daun seperti kangkung biasa terutama oleh penduduk Thailand dan Indonesia. Nama bontanikal yang sinonim tumbuhan ini ialah Enydra longifolia dan Enydra paludosa. Tumbuhan ini tumbuh liar atau ada yang menanam untuk kegunaan sendiri terutama di kawasan Asia Tenggara dan juga terdapat di Afrika. Nama-nama lain tumbuhan ini ialah seperti Buffalo Spinach (English), Kangkong Kerbau ; Cengkeru (Malaysia), Godobos ; Kokoha ; Ambur (Indonesia), Kangkong Kalabaw (Filipina), Kanting Ring (Kemboja), Buangz-ping (Laos) dan Phakbum-ruang ;phakbumpling ; phakpaeng (Thailand). Tidak terdapat data mengenai keluasan dan pengeluaran Kangkong Kerbau di Malaysia atau Asia Tenggara kerana tanaman ini kurang di usahakan. Artikel ini saya berikan maklumat mengenai tumbuhan Kangkung Kerbau untuk maklumat semua berdasarkan pembacaan buku teknikal yang saya ambil dari perpustakaan untuk pengetahuan bersama.

Tumbuhan Kangkong Kerbau merupakan tumbuhan herba yang tumbuh menegak atau terapong atas air dengan ketinggian mencapai 30 - 100 cmm. Akarnya berbentuk selinder bulat yang kosong ditengahnya, tidak bercabang dan mengeluarkan akar pada setiap ruas batang. Ukurlilit batang adalah 0.5-1 cm dan seakan ada rerambut dibatangnya. Daun berwarna hijau dengan bentuk oblong yang tirus dihujungnya berukuraan 0.5 - 2 cm lebar dan 2-10 cm panjang. Susunan daun adalah bersilang dan sering terdapat bintik-bintik pada permukaan daun. Bunga Kangkong Kerbau berwarna putih atau putih keehijauan dengan 'heterogamous' iaitu banyak bunga didalamnya (4-5 unit) berukuran 1 cm garispusat (Lihat foto dibawah). Buahnya berbentuk achene dan oblongoid, yang boleh terapong diatas air bersaiz 3 mm panjang dan Bagaimana pun bijinya kurang terbentuk dikawasan Asia Tenggara.

Kajian menunjukkan jika kangkung kerbau dimakan sebagai sayuran ada zat permakanan. Setiap 100 gram kangkong Kerbau mengandungi 92.2 gram air, Protin (1.5 g), Karbohiderat (3.8 g), Lemak (0.3 g), Fiber (1.3 g), Ash (0.3 g) dan juga tenaga sebanyak 100 Kilojoule. Daun Kangkong Kerbau akan dicelur dahulu sebelum di akan walau pun ada yang makan segar di Indonesia, Thailand dan Filipina. Walau pun ada terdapat 'Rasa Pahit' dan 'laxative' pada sayuran ini tetapi dipercayai mempunyai nilai perubatan tersendiri. Di Filipina daun 'Kangkong kalabaw' di tumbuk lumat dan di gunakan untk membaiki kulit yang pecah-pecah atau melicinkan kulit. Yumbuhan ini juga merupakan sumber makanan ternakan ruminan yang baik dam industri ternakan.

Kangkong Kerbau seperti juga Kangkung Air (Impomea aquatica) adalah jenis tumbuhan yang subur di kawasan berair, berpaya atau di kawasan sawah padi. Tumbuhan ini juga mudah tumbuh didalam kolam ikan, tali air dari kawasan tanah rendah sehingga ketinggian altitude 1,800 meter dari aras laut. Tumbuhan ini kadang-kadang menyekat laluan air dalam tali air atau parit tanah jika ia tumbuh dengan banyak dan tidak di kawal. Maknanya tumbuhan ini merupakan rumpai bermasaalah jika tiada kawalan. Saya ada menjumpai tumbuhan ini di Sawah Ring dan Sawah Sg Balang semasa membuat tinjauan ke Projek2 Sawah Padi kelolaan Jabatan Pertanian.

Kangkong Kerbau walau pun hidup liar ada usaha menanam oleh segelintir petani untuk kegunaan sendiri. Penanaman menggunakan bahan keratan dan di tanam dalam kolam ikan atau taliair dekat rumah. Keratan sepanjanag 15-30 cm dengan 4-5 ruas berakar di potong dari pokok induk dan di cucuk 2-3 ruas dalam tanah. Keratan akan mula hidup sebaik sahaja ia di tanam dengan mudah dan cepat membesar. Tumbuhan ini tidak mempunyai masaalah serangan penyakit dan perosak. Amalan pembajaan jug jarang di bincangkan oleh mana-mana saintis kerana ia mudah mengambil baja dalam air dan tanah disekilingnya. Kerja mengutip hasil boleh dibuat selepas 20-40 hari lepas tanaam dengan memotong bahagian pucuk yang lembut. Daun yang di kutip diikat dan dijual atau di makan sediri.

Prospek tumbuhan ini untuk dijadikan tanaman penting masa akan datang agak kabur. Ramai saintis dan petani menganggap yang Kangkong Kerbau adalah kategori 'Rumpai' atau 'weeds' yang tidak mempunyai nilai ekonomi signifikan pada masa ini. Jika ingin di buat kajian mungkin dari segi spesis, amalan agronmi dan potensinya untuk dijadikan makanan kesihatan dan sebagainya. Mana tahu satu hari nanti tumbuhan ini akan di usahakan secara komersial apabila ada nilai ekonomi.

RUMPUT KERBAU...KANGKONG KERBAU...
BANYAK BACA....NAK TUJUK TIDAK TAU....
SENANG TUMBUH...SECARA SEMULAJADI....
KALAU NAK MAKAN....PASTIKAN HIDUP LAGI...

By,
M Anem
utrajaya
Malaysia
Ahad 9.50 pagi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...