Support My Blog

Thursday, April 7, 2011

COLA


COLA (Cola spp) merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan untuk bahan minuman dari keluarga STERCULIACEAE yang popular di Afrika Barat semenjak 800 tahun dulu. Kita mendengar minuman Coca-Cola semenjak kita kecil lagi kerana ianya merupakan jenama unggul didunia sehingga sekarang. Terdapat lebih dari 50 genera tumbuh dalam hutan di Afrika Barat tetapi hanya dua spesis yang popular untuk di komersialkan iaitu Cola nitida (gbanja cola) dan Cola acuminata (abata kola). Tumbuhan ini memang sesuai di tanam di Malaysia kerana cuaca yang panas dan lembab yang di perlukan oleh tanaman ini. Nama lain bagi cola adalah seperti Kola, Gurru Nuts, Bissy Nut dan sebagainya. Artikel ini saya mempaparkan teknologi tanaman Cola berdasarkan kepada pelbagai buku rujukan (An introduction to tropical plants terbitan Longman : 1982) dan carian dalam laman web serta pemerhatian tanaman tersebut di Ladang Nasuha Muar semasa bertugas di Daerah Muar selama 5 tahun.

Tanaman Cola atau Kola adalah berasal dari Afrika Barat dan sekitarnya dimana bijinya digunakan sebagai perasa minuman semenjak 800 tahun dulu. Tanaman ini saya agak sesuai di tanam di Malaysia memandangkan kita mempunyai iklim yang membolehkan tanaman ini di tanam. Nigeria merupakan negara pengeluar biji kola utama dunia dengan pengeluaran sekitar 110,000 metrik tan setahun. Negeri lain yang menghasilkan biji kola (Cola nuts) adalah seperti Afrika Barat, Ivory Coast, Ghana, Brazil, Afrika Tengah, West Indies dan Indonesia. Biji kola di gunakan secara tradisional semenjak tahun 1,800 lagi dengan merendam biji kola kering dalam air untuk mendapatkan raza kola yang lazat. Air kola ini di minum di kalangan orang Islam di benua Afrika dan Aran sebagai minuman yang tidak memabukkan (Lihat foto di sebelah). Kini perasa kola telah di komersialkan menjadi minuman bergas yang sangat terkenal di dunia oleh pejnajah dan sangat popular di Eropah, Amerika dan seluruh dunia sebagai minuman 'COCA COLA'.

Pokok kola (Cola nitida) merupakan tumbuhan saka tumbuh menegak dengan mencapai ketinggian sehingga 12 meter sementara spesis Cola acuminata dilaporkan mampu mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Pokok ini seperti pokok koko yang merupakan saka berbatang keras dan banyak cabang. Daun cola lebat dan banyak dengan panjang daun 20 cm panjang sama ada berbentuk 'oblong' atau 'eliptical'. Daun mempunyai hujung yanttajam dengan tangkai daun panjang (long petiol). Pengeluaran daun memuncak 2-3 kali setahun. Bunga jantan dan bunga hemaprodite keluar bersama dengan berterusan selama 5 bulan. Bungannya tiada kelopak bunga tetapi ada 5 segmen berwarna kemerahan. Bunga hemaprodit berwarna kuning yang berukuran 5 cm dan bunga jantan berukuran 2 cm panjang. Ovari bung ada 5-7 karpel bebas dengan setiap satu berwarna hijau sepanjang 13 mm. Buahnya mengandungi biji cola berukuran 5 cm panjang yang kotilidon yang berwarna merah, pink atau putih.

Kola sesuai di tanam di kawasan tanah subur yang mempunyai naungan. Hujan antara 1,200-1,500 mm setahun sesuai untuk tanaman ini dengan suhu 25 celsius. Jika kering agak panjang daun pokok akan mula gugur dan pokok muda akan mati. Penanaman kola lazimnya menggunakan biji benih yang matang dari pokok yang teroilih. Biji di semai dahulu dalam tapak semaian sebelum di masukkan kedalam polibeg seperti anak benih koko. Benih yang berumur 10-12 bulan sedia untuk di tanam di ladang. Teknologi terkiniadalah penanaman kola melalui kaedah cantuman atau keratan yang lebih cepat mengeluarkan hasil. Buat lubang penanaman dan masukan baja organik serta bahan penggalak akar sebelum masukan anak benih. Jarak penanaman 6 m x 6 m atau lebuh jauh lagi bergantung kepada keadaan tanah. Penanaman cola di Afrika sering tidak komersial dan di dapati dari dalam hutan semulajadi, di kawasan tanaman koko atau di kawasan kopi atau tanaman secara suka-suka.

Pokok kola akan mula berhasil selepas 7-10 tahun di tanam atau lebih awal bergantung kepada benih tanaman sama ada biji atau cantuman. Pokok matang akan menghasilkan bunga dan buah dengan semulajadi tanpa bergantung kepada sistem pembajaan sempurna. Tidak banyak maklumat teknologi agronomi tanaman ini kerana tidak di usahakan secara komersil. Maklumat mengenai pembajaan, cantasan, kaedah mengawal rumpai dan sebagainya kurang dibuat kajian. Progtam pemilihan benih terbaik dan pembiakbakaan tanaman kola masih sangat kurang di jalankan tidak seperti tanaman lain. Buah yang matang akan di petik dengan tangan sebelum di proses. Buah kola di simpan sehingga kering dan tahan lama. Biji kola akan diproses dan dijual sebagai kering.

Biji kola mengandungi banyak 'caffeine' , 'alkoloid' dan 'theobromine' yang agak pahit rasanya jika dimakan mentah. Bahan ini lah yang akan menjadikan tindakbalas badan manusia yang makan akan menghilangkan rasa lapar, rasa kehausan dan juga meningkatkan daya ingatan dan kebijaksanaan. Kola digunakan dalam penghasilan ubatan farmaseutikal dan makanan kesihatan. Penduduk di Afrika dulu mengunyak atau masukan biji kola dalam mulut sebagai satu amalan bagi mendapatkan rasanya. Biji dimasukkan dalam mulut san mengulum (Chewing) sehingga lama. Mula-mula memang rasa pahit tetapi kemudian baru rasa kopi datang. Majlis-majlis tempatan sering menghidangkan biji kola untuk amalan tradisi.

Kini minuman coca-cola merupakan satu jenama besar didunia dengan nilai perniagaan berbillion juta USD. Sebotol atau satu tin minuman coca cola juga mengandungi bahan ckola semulajadi atau mungkin tiruan tidak dapat di pastikan. Grnerasi muda memang menggemari minuman ini yang melambangkan kecergasan dan moden kepada penggunanya. Saya kini dah tidak minum lagi coca cola kerana minuman bergas tidak sesuai untuk perut yang ada masaalah gastrik. Pelbagai bentuk iklan promosi minuman coca cola yang kita lihat di media cetak, media eletronik dan sebagainya setiap hari. Sekian buat kali ini yang dapat di tulis mengenai tanaman Cola nitida dan Cola acuminata berdasarkan buku dan maklumat yang telah di kumpulkan.

SELAMAT MEMBACA!


MINUMAN SEDAP...DARI POKOK KOLA.....
KENAL SEJAK DULU...MULA SEKOLAH...
BOLEH DITANAM... DI MALAYSIA...
KENAPA TAK CUBA...KENA USAHA....

Related articles:-
1. Opium (Klik disini)
2. Pokok Ganja (Klik disini)
3. Pokok Ketum (Klik disini)
4. Coffee in Malaysia (Klik disini)
5. Teh (Klik disini)

By,
M Anem
Melaka
Malaysia
(Lawat rumah sendiri)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...