Support My Blog

Wednesday, February 16, 2011

ORGANISMA TANAH

Tahukan anda dalam satu sudu teh tanah yang asli diambil dari kawasan hutan semulajadi mengandungi antara 600 - 800 juta sel bakteria yang mencapai sehingga lebih 10,000 spesis? ...Ini menunjukkan bertapa organisma dalam tanah ujud dalam proses kitaran alam semulajadi dan mempastikan tumbuhan dan manusia terus hidup sejak beribu-ribu tahun dulu dari sistem rantaian kehidupan semulajadi. Selain bakteria terdapat berbatu-batu panjang kulat jika disambungkan dengan lebih dari 5,000 spesis dalam satu sudu tanah. Tanah tersebut juga mengandungi lebih 10,000 sel protozoa yang terdiri dari 3 jenis iaitu amoeba, flagellate dan ciliates. Tanah tersebut juga kadang2 mengandungi 20-30 jenis cacing nematod yang berfaedah daripada 100 spesis yang terdapat dalam tanah. Fakta ini menunjukkan bertapa kayanya tanah yang belum tercemar dalam kitaran semulajadi alam ciptaan tuhan. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat mengenai peranan dan keujudan organisma ini dalam bidang pertanian berdasarkan kepada pembelajaran di universiti dulu, pemerhatian penulis dan pembacaan daripada beberapa buah buku di perpustakaan.

Sektor pertanian di Malaysia bermula semenjak zaman dulu melalui pembukaan tanah-tanah hutan yang ditebang, diratakan, dibajak, di berikan baja, di tanam, di jaga aktiviti agronomi sehingga mengeluarkan hasil. Pembukaan tanah-tanah ini melibatkan pelbagai proses sehingga struktur asal tanah yang kaya dengan organisma halus telah berubah. Akar tanaman dan tumbuhan mempunyai sistem menyerap unsur makanan, air dan lain-lain bahan dari dalam tanah untuk dijadikan tenaga dan bahan-lain melalui proses fotosintesis. Pemuliharaan tanah pertanian dan mengkayakan tanah pertanian di jalankan dengan penambahan unsur-unsur Nitrojen, Posforan, Kaliam (NPK), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) sebagai unsur utama dan juga unsur-unsur pekit seperti Zat Besi (Fe), Boron (B), Manganese (Mn) dan beberapa lagi. Penambahan baja organik dan kompos akan menggalakan lagi kehidupan mikrorganisma dalam tanah.



Keujudan cacing tanah lazimnya melambangkan tahap kesuburan tanah yang juga mengandungi organisma lain yang populasinya juga tinggi. Cacing tanah hanya sesuai hidup dimana struktur tanahnya poros, lembab, banyak humus, banyak udara, tanah peroi dan keasidan yang sederhana. Cacing membantu proses pereputan bahan organan dalam tanah dan menghasilkan rongga serta tahi cacing yang juga akan digunakan oleh organisma lain dalam sistem kitaran. Cacing nematod pula kebanyakannya merosakkan sistem pengakaran tumbuhan yang menyekat proses penyaluran air dan zat makanan melalui sel2 akar. Tanah yang subur jarang-jarang dihuni oleh nematod yang merosakkan tanaman. Nematod membiak melalui tanah, air dan bahan tanaman dari kawasan tercemar kekawasan baru.

Tanah yang asalnya mengandungi berjuta mikrorganisma tanah sama ada jenis baik atau jenis perosak hidup seimbang. Organisma ini ada yang bertindak sebagai parasit atau predator kepada organisma yang lain dalam tanah dan kesan terhadap tumbuhan yang ada dilokasi tersebut. Antara organisma ini juga menjalani proses simbiosis yang memberikan kesanbaik kepada kesuburan tanah. Proses membajak tanah (tillage) merupakan proses memutuskan kitaran semulajadi dan membunuh banyak organisma tanah termasuk organisma yang berfaedah. Penggunaan baja kimia, racun kimia, plastik silvershine, haba dan sebagainya banyak memusnahkan sesetangah organisma baik seperti 'decomposer' dan 'beneficial fingi" atau 'recyclers' yang ada.


Kajian dan penahaman mengenai organisma dalam tanah perlu dijalankan dengan lebih banyak bagi mempastikan organisma seda ada dalam tanah boleh membantu dalam meningkatkan kesuburan tanah serta tumbuh-tumbuhan seterusnya memnerikan hasil yang tinggi. Saya pernah berkursus di Kyusei Natural Farming di Saraburi, Bangkok, Thailand selama 10 hari pada 2006 dimana mereka menggunakan Effective Microorganisma (EM) sebagai penggalak kesuburan tanah. EMRO menghasilkan EM yang berfungsi untuk mengurangkan organisma jahat dengan organisma baik. Konsep ini akan memberikan tahap kesuburan tanah meningkat dalam jangkamasa yang panjang.


DALAM TANAH...ADA ORGANISMA....
MENINGKATKAN KESUBURAN...BERSAMA-SAMA...
CACING, AMOEBA....PARASIT DAN BAKTERIA....
MENYUBURKAN TANAH...PERLU DIJAGA ....


By
M Anem
Rumah
Ptjya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...