Support My Blog

Sunday, February 6, 2011

Mengawal Helopeltis


Helopeltis spp adalah sejenis serangga yang di Malaysia dipanggil dengan Kepinding atau Nyamuk Hijau dari order Hemiptera dimana kebanyakkan serangga tersebut adalah merupakan serangga perosak. Terdapat lebih 67,500 jenis serangga ini diseluroh dunia dengan cara merosakkannya adalah dengan menghisap air sap dalam sel tumbuhan terutamanya bahagian pucuk daun dan putik buah yang merosakan tanaman. Industri tanaman koko (Theobroma cacao) di Malaysia memang terancam dengan serangga ini yang telah memusnahkan banyak putik buah koko akibat sejenis Helopeltis jenis Helopeltis antonii yang merosakan putik koko dan juga mencacatkan kulit buah. Ini ditambah dengan serangan ulat pengorek buah koko (UPBK) yang memusnahkan indudtri koko negara pada 1980'an dulu yang bermula di Jasin Lalang Estate, Melaka. Jenis helopeltis yang menyerang mangga adalah Mictis spp sementara helopeltis yang menyerang tanaman padi ialah Leptoconsa spp dan juga Nezara vidula. Artikel ini berkaitan petua kawalan helopeltis secara mudah dan berkesan.


Kawalan Nyamuk hijau (Helopeltis antonii) di kawasan kebun koko perlu dijalankan kerana gigitan serangga seperti nyamuk hijau ini akan menyebabkan kulit buah koko rosak apabila dewasa. Serangan peringkat awal nyamuk ini menyebabkan putik buah akan menjadi hitam, hangus serta kering dan seterusnya gugur. Serangan serious di peringkat putik ini mampu mengurangkan buah koko jika nyamuk hijau helopeltis ini tidak dikawal. Semburan dengan racun serangga di kawasan kebun boleh dijalankan atau membuat 'fogging' tetapi amalan ini jarang-jarang dibuat di negara kita. Saya terbaca satu petua dari majalah trubus bagaimana kaedah IPM yang telah berjaya mengawal atau mengurangkan populasi helopeltis.


Helopeltis antonii menyerang beberapa tumbuhan terutamanya koko tetapi nyamuk ini juga menyerang tanaman jambu air dan juga tanaman teh dengan seriuos. Nyamuk ini menghisap air sap pada pucuk daun dang bunga tanaman tersebut dan merosakan pertumbuhan pokok. Telah di buat kajian di Bogor Indonesia dengan menyembur minyak larutan halia bara dengan kepekatan 6% mampu membunuh nuamuk helopeltis sebanyak 96.7% pada aplikasi penyemburan hari ke 8 (Hampir seminggu semburan). Kaedah ini agak murah jika kita mempunyai sumber halia bara yang mudah di perolehi. Kawalan ini jarang dijalankan di negara kita kerana sukar untuk dapatkan halia bara dan lebih mudah dan cepat menggunakan racun kimia sahaja.



NYAMUK HELOPELTIS....NYAMUK HIJAU....
MEROSAKKAN TANAMAN....JANGAN TAK HIRAU....
MENGURANGKAN HASIL....KADANG2 MELAMPAU...
BUAT KAWALAN...NANTI TAK SASAU....


By,
M Anem
Air Keroh
Melaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...