Support My Blog

Monday, February 7, 2011

GETAH PISANG


Pisang Raja (Musa sapientum) merupakan sejenis pisang yang mudah di dapati di sekeliling kita dan buahnya memang enak di makan. Tanaman Pisang merupakan komoditi buah-buahan ke tiga terpenting di Malaysia dari segi keluasan. Tahukah anda bahawa selain daripada rasa enak dan memberikan tenaga yang banyak Pisang Raja merupakan tanaman yang sangat berguna dalam ilmu perubatan ? Pembacaan saya di sebuah majalah pertanian baru-baru ini menjumpai teknologi bagaimana getah pisang raja boleh dijadikan sebagai "UBAT LUKA". Kajian yang dijalankan disebuah institusi di Universiti Gadjah Mada menunjukkan getah pisang raja mengandungi unsur Saponin, Flovanoid san asid askorbik. Kajian menunjukkan bahawa Flavanoid mampu mencegah kesan jangkitan (infection) kuman dikawasan luka dimana ianya dibantu oleh asid askorbik yang membentuk jaringan mengikat kalogen. Ujikaji yang dibuat keatas arnab juga menunjukkan bahawa kesan getah pisang raja menyembuhkan 2 kali lebih cepat kesan luka berbanding dengan kalau tiada rawatan.

Pisang Raja juga mempunyai rasa yang sedap untuk dimakan dan mengandungi tenaga yang banyak. Ramai ahli sukan makan pisang (Biasanya Cavandish) sebelum bersukan kerana jumlah tenaga yang ada sangat sesuai untuk bersukan. Jadi kepada mereka yang suka bersukan seperti pemain tenis, bolasepak, futsal, badminton, pingpong atau mereka yang suka berenang atau berjogging dinasihatkan makan pisang untuk mengekalkan tenaga. Pemain tennis dunia seperti Martina Navratilova, Andre Agasi makan pisang sebelum bermain. Kita fikir sendiri kenapa monyet suka makan pisang?.....kerana tenaga yang diperlukan untuk bergayut adalah sangat banyak... maka makanlah pisang untuk sumber tenaga dan kesihatan anda.


By
M Anem
Suka makan pisang
Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...