KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, July 6, 2010

Cili Api CENTIL

Cili Api (Capsicum frutescens L) merupakan tanaman penting di Malaysia dari keluarga SOLANACEAE walau pun ianya diusahakan secara tradisional dahulu. Kini tanaman cili api menjadi satu lagi pilihan petani terutama oleh mereka yang menggunakan Sistem Penanaman Cara Fertigasi. Rekod rasmi menyatakan seluas 223.6 hektar cili api ditanam pada tahun 2007 dengan pengeluaran sebanyak 1,375 mt bernilai RM 6.509 juta. Analisa juga menunjukkan purata pengeluaran cili api di Malaysia cuma 6 mt sehektar sedangkan ada yang kata potensi pengeluaran cili api mampu capai sehingga 40 mt/ha (Kena siasat balek data ini) . Kawasan utama penanaman cili api adalah di Negeri Johor (75 hektar) diikuti Negeri Sarawak (41.5 ha) dan Kelantan (29 ha). Negeri Lain yang menanam cili padi adalah Negeri Sembilan (20.3 ha), Sabah (24 ha) dan Selangor (19 ha) pada tahun 2009. Kebanyakkan penanaman diatas tanah kebun biasa dan hanya sebahagian sahaja yang menanam secara Sistem Fertigasi. Artikel petang Ahad ini say menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman cili api varieti Cili Padi Centil yang telah banyak ditanam dikawasan TKPM.


Cili Api CENTIL merupakan sejenis cili api seperti cili api kampong yang disyorkan untuk ditanam dalam Sistem Fertigasi. Penlis baru-baru ini melawat dua projek penanaman cili api Centil iaitu di Projek TKPM Pulau Gadong Melaka dan Usahawan Swasta di Jasin, Melaka. Projek cili api centil oleh En Mohd Izuan Safri dibawah struktur SPH di TKPM Pulau Gadung menanam sebanyak 500 polibeg dan sedang berhasil. Benih Cili Api Centil di beli dari kedai pertanian dengan harga RM 40 stu paket. Beliau ada 10 unit SPH dan satu unit sedang mengeluarkan hasil cili api Centil. En Izuan menuai sebanyak 200 kg seminggu dan hingga kini telah menuai sebanyak 700 kg. Harga jualan ladang ialah RM 10.00 sekilogram. Katanya kos pengeluaran cili api Centil ialah RM 2.00 sekilogram dalam sistem fertigasi dan tidak termasuk kos upah memetik hasil. Upah memetik cili padi lingkungan RM 1.00 -RM 1.50 sekilogram menjadikan kos pengeluaran sebanyak RM 3.00 - RM 3.50 sekilogram. Jangkamasa memetik hasil selama lingkungan 5 - 6 bulan. Penggunaan baja foloar dapat membantu meningkatkan pengeluaran hasil dan boleh mengelakkan kejadian penyakit daun kerinting.

En Liow juga menanam Cili Api Centil di Kg Asahan, Jasin Melaka sebanyak 7,000 pokok secara fertigasi (Lihat foto sebelah). Sebanyak 3,000 pokok mempunyai struktur SPH semantara 4,000 pokok lagi dalam polibeg yang tiada struktur SPH berumur 5 bulan. Menurut En Liow penghasilan cili api Centil sebanyak 500 - 700 kg seminggu. Terdapat tanda-tanda serangan Kerinting di beberapa kawasan di kebun En Liow terutama di bahagian yang tiada struktur SPH. Harga jualan cili Centil En Liow antara RM 8.00 - RM 10.00 sekilogram mengikut Gred (Yang Kecil2 dijual RM 6.00- RM8.00 .kg). Upah memetik di kebun En Liow cuma RM 1.00 yang dibuat oleh beberapa surirumah India sekitar kampong dalam masa setengah hari sahaja. Kemampuan memetik cili api Centil oleh pekerjanya lingkungan 4-6 kg sekali datang. Memetik cili api di bawah SPH agak selesa kerana boleh dibuat diwaktu hujan atau panas malahan boleh memetik di waktu malam jika mahu kerana terang. Kajian di TKPM Air Hitam pada April 2012 (Sistem Tanaman Padat - 31,900 pokok sehektar) mendapati potensi hasil sekitar 13 - 15 metrik tan sehaktar. 

  
Cili api Centil adalah sangat sesuai untuk tanaman secara fertigasi. Selain daripada pertumbuhan yang uniform, pembajaan dan kawalan serangga perosak serta penyakit boleh dikawal dengan lebih mudah. Larutan baja boleh di selaraskan dengan penggunaan bahan kimia yang membantu kawalan penyakit dan perosak. Kos memetik hasil perlu diambilkira dam melaksanakan penanam cili api Centil. Pada pemerhatian saya pokok akan tetap berhasil tinggi selagi bunga di keluarkan dan pokok dijaga dari serangan kerinting. Beberapa petua menanam cili padi yang saya dengar adalah seperti 'Jangan Merokok di Kawasan Cili Padi" dan 'Elakkan menggunakan baja tahi Ayam untuk Cili padi" . Mungkin ada benarnya petua ini. Selain itu media tanaman yang sesuai perlu dipilih selain daripada 'cocoa peat' sedia ada dipasaran.

 Pengeluaran cili padi Centil mungkin mampu mengurangkan ke bergantungan Malaysia terhadap isu pengimpotan Cili Api Siam yang mendominasi bekalan cili api di Malaysia. Cili Api Siam dimpot dengan banyak dan harga yang begitu murah dan boleh dikatakan memonopoli dalam rantaian restoran masakan Thailand (Tomyam Resturant). Malaysia perlu terus menggalakkan penanaman cili api yang juga merupakan komoditi yang berpotensi tinggi dengan pelbagai kajian dan insentif. Penanaman cili api centil secara fertigasi dan di keliling rumah boleh digalakkan. Pada masa ini saya dapati yang teknologi penanaman cili api masih dalam peringkat penambahbaikan. Masaalah daun cili kerekot atau daun cili kerinting merupakan antara cabaran yang perlu diatasi. Saya banyak menulis artikel mengenai masaalah serangan penyakit kerekot daun cili yang disebabkan oleh virus. Sila baca artikel berkaitan dalam blog anim agro technlogy pada masa akan datang. 

CILI JENIS CENTIL.....SESUAI DITANAM....
SISTEM PERTIGASI...AMATLAH DISYORKAN...
UPAH MEMETIK.... PERLU DI MODENKAN...
HARGANYA TINGGI... JUAL ADA JAMINAN...

Related articles in this blog:

1. Cili Padi (Klik disini)
2. Cashflow Cili (Klik disini)
3. Cili Benggla - Bell pepper (Klik disini)
4. Teknologi NTF Salad (Klik disini)
5. Capsaicin yang pedas (Klik disini)
6. Menyemai benih cili (Klik disini)
7. Kerekot Daun Cili (klik disini)
8. Cili- Indeks kematangan (Klik disini)
9. Cili varieti Baru SPD 33 (Klik disini)
10. Penyakit cili padi (Klik disini)

By
M Anem
TKPM Pulau Gadong, 
Melaka,
Malaysia
(Minat makan cili padi
Kemaskini artikel pada 14 April 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...