Sunday, July 18, 2010

Betik Sekaki Perlis

Reactions: 
Tanaman betik sekaki En tan yang subur dan dijaga dengan rapi di Pauh, Perlis.

Betik (Carica papaya) merupakan sejenis tanaman yang popular dikalangan petani di sekitar Johor dan beberapa negeri kerana tanaman ini mempunyai pasaran yang baik untuk tempatan dan ekspot. Di Malaysia dianggarkan seluas 3,000 hektar betik ditanam pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 48,200 metrik tan . Hampir 65% betik yang ditanam adalah jenis Betik Sekaki sementara bakinya adalah betik Subang, Betik Eksotika 1 dan Betik Eksotika 2. Penulis baru-baru ini melawat satu projek komersial tanaman betik sekaki di Kebun Tan Yak Sau di Kg Paya Garing, Pekan Pauh, Perlis (Foto dibawah) . Tinjauan teknologi ini untuk mengumpul maklumat amalan teknologi tanaman betik sekaki di Bahagian Utara Semenanjung Malaysia.

Tanaman Betik Sekaki En Tan berumur 2.5 tahun di atas tanah mineral seluas 4 ekar dengan menggunakan benih betik sekaki yang di buat atau di kutip sendiri oleh beliau. En Tan akan mengenalpasti pokok terbaik dan menyimpannya sebagai benih dengan menyimpan buah tersebut sehingga cukup tua. Biji benih tersebut akan dikeringkan dan disimpan dalam peti sejuk sebelum disemai. En Tan telah lebih 5 musim menggunakan benih sendiri. Kebun betik ini dipasang dengan sistem pngairan sprinkler dimana air diperolehi daripada sungai berhampiran. Jarak tanaman ialah 10 kaki x 12 kaki dengan dibuat batas diantara barisan tanaman.

Pembajaan menggunakan baja organik (Tahi Ayam Proses) dan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 3 kg sepokok di tabur sebanyak 4 kali setahun. Baja semburan daun (Baja Foliar) juga di sembur mengikut jadual yang ditetapkan. Semburan racun kulat dan racun serangga dijalankan dengan jadual seperti Pakej Teknologi Jabatan Pertanian. En Tan sentiasa mengamalkan Amalan Pertanian Balik (GAP) dengan menyembur racun serangga selepas selesai mngutip hasil. Jadual pengutipan hasil betik sekski setiap 3-4 hari sekali. Beliau telah memohon Persijilan SALM dan dalam peringkat lepas penyiasatan tanah.

Daripada pemerhatian buah betik sekaki di kebun En Tan terdapat buah-buah betik yang bentuknya tidak sekata dan banyak yang ada pinggang (Foto sebelah). Menurut En Tan kejadian tersebut berlaku kerana musin dan cuaca panas pada bulan Febuari-March yang menyebabkan pertumbuhan buah terencat. Cuaca di Perlis adalah sangat panas tetapi kejadian ini membolehkan betik En Tan menerima harga baik. Dakwanya berbanding dengan betik sekaki dari Johor. Ini kerana betik keluarannya lebih manis dan rangup daripada betik sekaki selatan tanahair.

En Tan mengupah 4 pekerja tetap di ladang betik dan 3 lagi di ladang pisang berangan seluas 3 ekar yang berumur 8 bulan. Betik yang dituai akan digredkan mengikut saiz, warna, bentuk dan keseragaman. Terdapat 3 Gred Betik Sekaki dari kebun beliau iaitu Gred A (Dijual dengan harga RM 0.70 keatas / kg), Gred B (RM 0.40-RM 0.60 / kg) dan Gred C (Dijual dengan harga RM 0.30/kg). En Tan juga membuat Gred AB iaitu buah yang bentuknya panjang tetapi kecil dan dijual dengan harga RM 0.20 - RM 0.30 sekilogram) kebanyakknya untuk pasar malam. Hasil betik sekaki En Tan di jual sehingga ke AlorSetar dan Pulau Pinang. Sebanyak purata 2,500 - 3,000 kg betik sekaki di tuai setiap minggu.

BETIK SEKAKI....DI TANAM EN TAN....
POKOKNYA SUBUR....HASIL BERTAN-TAN...
BAJA CUKUP....INSENTIF HARGA DIBERIKAN....
PETANI HAPPY...PENDAPATAN LUMAYAN...

By
M Anem
Tandop Hotel, Kuala Perlis,
Perlis (Julai 2010)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA