Saturday, July 3, 2010

SISTEM FERTIGASI AUTOPOT

Tanaman melon menggunakan kaedah sistem fertigasi autopot menguntungkan?

Pernah Dengar Sistem Fertigasi Autopot?

Fertigasi Autopot adalah satu kaedah terkini dimana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke Pot tanaman melalui sistem pengairan titisan. Keperluan paras air atau larutan nutrien dikawal oleh alatan yang dipanggil sebagai "smart valve" yang dapat menentukann aliran larutan kedalam media tanaman. Penulis belajar dan memerhatikan sistem fertigasi autopot semasa menjalankan khidmat pengembangan teknikal projek ini di IPAH dan Projek dengan petani di Gersik dan Parit Medan , Kundang Ulu serta Projek Bukit Kepong di bawah Projek Khas Pertanian Kawasan Pagoh, Johor.

Pokok dipilih akan ditanam dalam polibeg yang mengandungi media serpihan batubatan dan polibeg ini diletak atas autopot. Autopot adalah diperbuat daripada 'High Density Polyethylene (HDPE) yang tahan dimana jangkahayatnya mencecah 5-10 tahun bergantung kepada penjagaan dan pengurusan yang betul. Projek di Muar menjalankan tanaman Rock Melon dan Cili. Tanaman lain yang sesuai dnengan teknologi ini sperti terung, kacang panjang bendi, peria, petola serta bunga-bungaan.

Keperluan asas Sistem Fertigasi Aotopot adalah seperti berikut:
a. Rumah Pelindung Hujan (Foto sebelah)
b. Sistem Pengairan
c. Baja Khas fertigasi (Ada dijual di Kedai Pertanian Set A, Set B)
d. Peralatan pH dan EC Meter
e. Sumber ir yang bersih
f. Bekas tanaman diladang semaian (Polibeg dan autopot)
g. Media tanaman (Pcahan batu batan atau Bata)
h. Biji benih tanaman terpilih


Kaedah Penanaman
a. Menyediakan Larutan Stok
Larutkan semua campuraan baja Set A dalam air untuk menjadi sukatan sebanyak 100 liter. Larutkan juga Baja Set B kedalam bekas lain sdalam 100 liter air bersih. Kedua-dua bekas larutan yang siap dibancuh disimpan ditempat yang teduh dan terlindung.

b. Menyediakann larutan nutrien
Isikan air kedalam tangki simpanan dan kemudian masukkan stok set larutan A dan kacau hingga sebati. Masukkan set larutan B (sukatan mesti sama dengan set A) kedalam tangki dan kacau. Sukat kepekatan larutan inii dengan alatan pH dan EC meter mrngikut keperluan tumbuhan dan peringkat tanaman,

Formulasi Baja Fertigasi:
Seta A : Kalsium Nitrat = 18,720 gm dan Iron (EDTA) = 328 gm

Set B : Kalium Nitrat = 16,240 gm, Mono Kalium Higrogen Posforan (5,265 gm), magnesium Sulfat (9,840 gm), Mangenese Sulfat (9,840 gm), Asid Boric (60 gm), Zinc Sulfat (4.4 gm), Kuprum Sulfat (4.4 gm) dan Amonium Molybdate (0.36 gm).

Kepekatan larutan banyak bergantung kepada umur pokok. Kepekatan baja yang terlalu rendah atau terlalu tinggi akan menjejaskan pertumbuhan pokok.

CONTOH:-
Kepekatan Larutan bagi Rock Melon mesti mengikut syor seperti berikut:
Pokok 1-2 minggu = Kepekatan 1.6 EC Tangki = 1.7 EC (Autopot)
Pokok 2-4 minggu = Kepekatan 11.7 EC (Tangki) = 1.8 EC (Autopot)
Pokok 4-6 minggu = Kepekatan 1.8 EC (Tangki) = 1.9 EC (Autopot)
Pokok 6-7 minggu = Kepekatan 1.9 EC (Tangki) = 2.0 EC (Autopot)
Pokok 6-9 minggu = 20-2.2 EC (Tangki) = 2.3-2.5 EC (Autopot)
Pokok > 10 minggu = 2.4 - 2.5 EC = 2.6 - 3.0 EC (Autopot)


c. Semaian anak benih
Benih hendaklah ditanam dalam Jiffy 7 (bahan yang dibuat dari cocopeat) yang teleh direndam air. Setelah ada 2 helai daun pada benih tumbuh, maka benih tersebut diletkkan dengan betul diatas susunan batubatan dalam sistem fertigasi autopot.

d. Menguruskan sistem fertigasi autopot
Sentiasa sukat larutan untuk konduktiviti dan pH larutan baja menggunakan EC meter (Foto sebelah) . Kalau perlu semburan racun serangga dijalankan bersama racun kulat. Buang tunas2 air yang tidak diperlukan dan juga buang akar-akar tanaman yang berlebihan. Buat trellis dan tali untuk pokok menjalar keatas (Bagi tanaman yang menjalar dan memanjat). Gunakan tali sesuai berwarna hijau dan ajar pucuk menjalar. Buah yang saiz sesuai perlu dibalut agar tidak di rosakkan oleh perosak seperti Lalat Buah (Bactocera spp). Buah yang telah masak di kutip dan digredkan mengikut ciri-ciri pemasaran.

Kebaikan sistem fertigasi Autopot
a. Dapat elakkan serangan penyakit, prosak dan rumpai yang dibawa oleh tanah dan media
b. Hasil pengeluaran lebih tinggi (Jika berjaya)
c. Pertumbuhan pokok biasanya sekata dan serentak
d. Menjimatkan baja sehingga 30% dibandiing cara konvensional
e. Boleh tanam sebanyak 4-5 pusingan setahun
f. Hayat simpanan autopot agak lama.


Analisa Kewangan Fertigasi Autopot:

Contoh kiraan untuk tanaman Rock Melon secara Fertigasi untuk 3,000 pokok selama 3 bulan penanaman.

Anggaran Pendapatan Kasar:
Hasil Rock Melon = 5,500 kg x RM 3.50 = RM 19,250.00
Jumlah Kos Perbelanjaan = 7,700.00
Pendapat Bersih = RM 11,550.00
Pendapatan Bersih Sebulan = RM 3,850.00
Nisbah Faedah-Kos = 1:2.5

Teknologi ini merupakan teknologi Fertigasi Baru yang perlukan ilmu pengetahuan, kemahiran dan modal yang agak tinggi. Saya telah banyak membuat pemerhatian berkaitan projek ini dimana sebahagian projek gagal diteruskan setelah beberapa pusingan tanaman. Antara isu yang dibangkitkan mengenai kegagalan ialah seperti masaalah teknikal sistem autopot sendiri, ekspektasi pendapatan yang terlalu tinggi oleh mereka yang buat projek autopot, masaalah harga yang tidak seperti diharapkan dalam kertaskerja, kerosakan struktur pelindung hujan, masaalah bekalan dan sumber air, masaalah serangan serangga dan penyakit dan sebagainya.

Sistem Fertigasi Autopot merupakan satu kaedah yang sangat baik jika dilaksanakan mengikut cara yang betul dan pasaran yang dijamin. Kaedah ini perlu di laksanakan dikawasan di bandar dan pinggir bandar dimana pasaran mudah dan kekurangan tanah untuk penanaman konvensional. Modal tinggi juga mengekang perlaksanaan sistem ini sedangkan tiada jaminan harga jualan produk begitu tinggi. Isu serangan penyakit juga menghantui usahawan sedia ada. Potensi hasil juga perlu dikaji semula mengikut pencapaian sebenar. Hanya tanaman tomato ceri didapati berjaya. Pemerhatian dan penulisan mengenai teknologi ini perlu diteruskan untuk mempastikan teknologi ini akan menjadi amalan ramai petani di Malaysia. Allahhualam....

SISTEM FERTIGASI....SISTEM AUTOPOT....
POKOK DITANAM .....SERING KENA KEREKOT...
BAJA DIBERIKAN.... BUAH KELUAR KEDEKUT....
SIAPA NAK CUBA...PASTIKAN DUIT DAH CUKUP...

By
M Anem
Hort

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...