Support My Blog

Sunday, April 28, 2024

PERANAN SEMUT DALAM BIODIVERSITI

SEMUT (Ants)
merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae iaitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, kebun, bangunan tinggi, kawasan gurun, kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis dari Wikepedia menyatakan terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua didunia semenjak pra-sejarah dahuli melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut denan beberapa jenis yang popular seperti Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Keluarga semut yang hidup dalam koloni memang pelik berbanding dengan serangga lain kerana didalam koloni mereka mempunyai kasta masyarakat iaitu Ratu (Queen), Jantan (Drone), Pekerja (Workers) dan Askar (Army) seperti rajah sebelah. Mereka mempunyai fungsi dan tugas khusus didalam koloni untuk menjalankan aktiviti harian. Tugas Ratu adalah untuk bertelur seberapa banyak telur selepas proses mengawan dengan semut jantan. Pada kebanyakan jenis semut seperti Lebah dan Anai-anai, lazimnya semut jantan akan mati selepas proses mengawan. Bagaimana pun banyak juga spesis tertentu yang semut penjantan tidak mati selepas mengawan. Golongan pekerja lazimnya bertugas mencari makanan, membina sarang, memberikan makan kepada larva dan sebagainya. Askar pula menjaga koloni daripada dicerobohi oleh musuh dengan menggunakan sengatan atau gigi. Koloni semut atau lebah memang merupakan satu masyarakat sosial yang sangat baik untuk dicontohi oleh manusia dalam kehidupan iaitu secara bermasyarakat. Saya ada menulis banyak artikel mengenai semut yang boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan peranan semut dalam alam biodiversiti untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog p
eranan semut dalam sistem biodiversiti memang sesuai di bincangkan dengan baik dan akademik. Kalangan umat Islam dimana semua kehidupan ini mempunyai keunikan dan rahsia yang amat mendalam. Dalam pada itu para sintis telah mengkelaskan semut dalam Kelas Insekta dan termasuk dalam order Hymenoptera. Ada terdapat lebih 13,000 spesies semut telah dijumpai di pelbagai habitat di serata dunia. Dari sudut teknologi dimana semut berkoloni dengan ada hierarki organisasi serta rangkaian komunikasi, disiplin, perancangan pembangunan dan strategi ketenteraan. Semut merupakan antara serangga yang boleh dipelajari dari aspek kemasyarakatan bagi manusia. Mengenalpasti jenis semut adalah perkara yang mudah iaspek morfologinya yang mempunyai pinggang yang ramping, sepasang antenna, mandibel dan berkaki enam. Semut juga merupakan serangga yang mempunyai kaitan dan sejarah dimana ada juga ciri persamaan dengan semua jenis serangga penyengat sebab itu sesetengah semut masih lagi mempunyai sengat di hujung abdomen akibat daripada evolusi tersebut. Pada penulis blog faham jika semut tidak mempunyai sayap akan tetapi untuk semut dalam fasa pembiakan ia berkebolehan untuk terbang. Sayap yang digunakan semasa “nuptial flight” iaitu selepas waktu hujan akan ada kelkatu berterbangan kerana pada masa ini tanah akan menjadi lembut sesuai untuk semut ini mengorek tanah untuk bertelur bagi mengadakan koloni baru dilokasi baru. dan keadaan panas lembab memudahkan semut terbang. Flying ants biasanya lebih besar iaitu ia berwarna hitam dan lebih jelas mandibelnya berlainan dengan flying termites (kelkatu). Pada penulis blog dimana kehebatan haiwan semut ini adalah kepada kemandirian spesies semut itu sendiri dalam cara berinteraksi iaitu secara mutualisme, parasitisme, persaingan atau simbiosis dengan flora dan fauna lain. Mengambil contoh seperti Semut Taman (garden-ant) yang dilaporkan ia mampu mencari benih tumbuhan perumahnya dengan mengesan sebatian tertentu dan secara tidak langsung menjadi agen penyebaran benih tumbuhan tersebut. Semut akan melindungi perumah tumbuhannya iaitu dengan cara menghalau atau membunuh serangga lain yang mengancam. Semut mampu untuk mengalihkan gangguan yang boleh menyebabkan perumah rosak dan pada masa yang sama menyediakan nutrisi yang diperlukan kepada tumbuhan tersebut iaitu makanan semut sendiri yang dibawa masuk ke dalam perumah tumbuhan tersebut. Dilaporkan dimana ada beberapa jenis spesies semut yang mampu hidup di dalam sarang spesies semut lain. Semut berperwatakan secara ‘chemical camouflage’ dimana mereka bergerak secara ‘halimunan’ semasa berada di dalam sarang kepada spesies semut yang diserang tesebut. Apabila mereka berjaya memasuki sarang itu maka koloni semut ini akan mencuri makanan yang terdapat di dalam sarang itu. Selain itu penulis blog pernah melihat ciri menarik semut dan manusia membela haiwan untuk manfaat kehidupan masing-masing. Salah satu yang unik seperti spesis semut merupakan jenis Ghost Ant (Tapinoma melanocephalum) yang membela serangga seperti Mealy bug (Phenacoccus solenopsis) iaitu sejenis serangga kecil ini yang menghisap cecair pokok dan menghasilkan buah tembikai susu (honey dew) yang menjadi makanan kepada mereka. Hubungan mutualistik ini sangat menguntungkan semut kerana memberi sumber makanan kepada mereka. Ada dakwaan dengan cara pelihara mealy bug ini maka semut sebenarnya ia sangat menjaga sekitarnya dan gembalaannya. Mereka selalu dilihat akan menjaga serangga  mealy bug ini seperti mereka membesarkan larva mereka.


Ada fakta lain yang menyatakan dimana d
engan anggaran melebihi 10,000 trillion individu maka ia menjadikan bilangan semut hampir sama dengan biojisim jumlah manusia. Dilaporkan dimana jika manusia sistemnya berkeluarga akan tetapi bagi serangga semut pula keluarga dipanggil 'koloni'. Lazimnya setiap satu sarang hanya ada satu koloni sahaja iaitu mereka diwujudkan daripada baka semut ratu (induk) yang sama. Secara umumnya dimana satu koloni dibina oleh satu ekor ratu semut (Ant Queen). Selalunya semut dalam koloni yang sama boleh mengesan kehadiran semut daripada koloni lain daripada bau yang berbeza. Jika ada semut dari koloni lain maka mereka akan menyerang atau menghalaunya. Ratu semut setelah mengawn selalunya akan menyimpan sperma dalam spermathecae sebelum menggunakanya. Maka selalunya antara perkara pertama yang semut betina buat ialah membina generasi semut pekerja (worker ant) untuk tujuan bagi membina koloni semut yang baru. Oleh itu dilihat dimana semut senantiasa bekerja secara berkumpulan dan semut menjadi sangat efisen apabila tugas mereka dilakukan dengan secara berkumpulan (atau secara berjemaah). Begitu jugalah kehidupan manusia yang perlu hidup berorganisasi dimana penting dalam sistem kehidupan yang sangat teratur  supaya menjadi suatu keselamatan dan cara semut hidup. Apa pun selalunya dalam pembinaan sarang semut dan terowong di dalam tanah dimana semut akan mengalihkan butir-butir tanah dari satu tempat ke tempat lain sehingga sarang lengkap. Semut juga akan membawa masuk buangan organik dan sumber makanan ke dalam sarang mereka dan ia disimpan didalam setor makanan. Aktiviti-aktiviti semut ini secara tidak langsung mengakibatkan peralihan banyak bahan organik dan nutrisi-nutrisi tertentu yang membantu menambahbaikkan struktur tanah, membaiki sistem peredaran udara dan air akan bertambah baik dalam tanah. Akibatmya dimana kemudian keberadaan semut dalam tanah akan menjadikan tanah lebih subur dan tumbuh-tumbuhan akan tumbuh dengan sihat kerana mendapat nutrisi, udara dan air yang secukupnya di kawasan tersebut. Apa pun secara amnya dimana kebanyakan flora dan fauna akan terkesan dengan aktivi-aktiviti manusia seperti penebangan hutan untuk pertanian dan pembangunan yang akan mengakibatkan gangguan ekosistem. Apa pun jika dibandingkan dengan invertebrata lain, semut mampu beradaptasi dan mempunyai daya tahan kepada kesan pencemaran alam sekitar, hal ini membolehkan mereka kembali semula dan hidup pada kawasan yang mengalami gangguan ekosistem.


Pada penulis blog dimana k
ehadirannya semut pada sesetengah orang melihat ia sering kali dirasakan sebagai menganggu kehidupan. Ini kerana semut merupakan haiwan serangga yang sering muncul dalam bekas gula didapur dan juga menyebabkan makanan diatas meja di hinggapi (Sila lihat foto disebelah). Tetapi hakikatnya semut adalah makhluk yang memudahkan kehidupan manusia secara tidak langsung tanpa di sedari. Semut sebenarnya adalah salah satu agen pengurai yang sangat penting. Di dalam rumah peranan semut yang menjadi agen pengawal serangga yang tidak disukai manusia seperti lipas, lalat, anai-anai dan pijat perosak dengan mencari dan memakan telur dan larvanya. Mereka juga memakan buangan organik atau haiwan yang telah mati dan membantu dalam memastikan persekitaran bersih. Apa pun didalam strategi ketenteraan dimana operasi kententeraan manusia boleh dikatakan hampir sama dengan peperangan antara spesies semut. Semut yang dipilih untuk berada di barisan hadapan akan melawan pihak musuh sehingga ke titisan akhir dan tidak akan melarikan diri semasa pertempuran dalam peperangan berlaku. Meletakkan semut-semut yang boleh diganti dengan mudah di barisan hadapan merupakan antara strategi yang sering digunakan. Kemudian, dengan bilangan yang sedikit, pada barisan belakang dan seterusnya, semut-semut yang lebih gagah dan hebat akan menyerang dan menghabiskan musuhnya. Kematian dan pengorbanan bagi setiap semut dalam mempertahankan kawasannya merupakan suatu penghormatan bagi koloni semut tersebut. Begitu juga strategi ketenteraan yang sudah lama diamalkan oleh manusia di dalam medan pertempuran. Niat untuk mati syahid dalam melindungi nyawa, harta, keturunan dan agama adalah antara cita-cita setiap orang yang beragama islam inginkan. Semut terkenal sebagai elemen yang paling dominan di dalam ekosistem darat dimana ia menyumbang kepada sebahagian besar biojisim. Semut juga merupakan kumpulan serangga sosial yang paling besar dan amat penting dalam menyumbang kepada ekosistem darat. Ia juga dianggap sebagai penanda ekologi yang baik disebabkan aktiviti mutualistik flora dan fauna, dimana ia dapat memberikan sumbangan yang besar kepada persekitaran dengan meningkatkan kualiti tanah dan memang membantu proses pereputan. Kepentingan dalam ekologi, kelimpahan spesies dan bilangan yang dominan menjadikan semut sebagai subjek utama apabila berkaitan dengan kajian berkenaan kepelbagaian dan biodiversiti. Kebolehan sesuatu organisma untuk membiak dan mempunyai pertumbuhan yang optimum dipengaruhi oleh faktor abiotik dan biotik. Sebagai contoh, ketersediaan sebatian yang utama seperti air, mineral dan oksigen memainkan peranan dalam ketahanan untuk terus hidup. Hubungan simbiosis antara semut dan afid (kutu daun) menjadi contoh salah satu kunci utama untuk spesis semut meneruskan hidup dan berlindung daripada pemangsa mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SERANGGA SEMUT... BERKOLONI DIA....
SEMUANYA BEKERJA...BERSAMA-SAMA...
SATU KOLONI... BBANYAK JUMLAHNYA...
MENGURAI ORGANIK... AMAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 521, Grand Daira Hotel,
Palembang, Sumatra Selatan,
Indonesia.
(21 Safar 1445H).
Posted from,
Bandar Melaka, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...