Memahami akan ancaman dan keburukan makanan proses perlu di ketahui semua pembaca blog ini. Ini keran apada masa ini memang ada banyak jenis dan pilihan makanan yang telah diproses di pasaran. Membaca artikel ini adalah bertujuan bagi memudah dan menjimatkan masa pengguna dalam memilih dan proses penyediaan makanan harian. Ada banya cogankata mengenai makanan seperti ini dan yang paling popular adalah dimana 'makanan proses ini boleh menjadi pembunuh senyap'. Dijelaskan dimana bagi makanan proses merupakan makanan yang telah di proses dengan bahan-bahan tertentu untuk menjadikannya tahan lebih lama. Kaedah pemprosesan lazim yang digunakan adalah seperti menyejuk beku, dehidrasi dan proses aseptik. Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi untuk tujuan keselamatan dan penggunaan yang mudah dan di bungkus menggunakan pembungkusan seperti tin, plastik, kaca dan sebagainya. Dipasaran dan pada produk selalu ada label yang mana ia asasnya akan dijelaskan akan mempunyai tarikh luput dan perlu dimakan sebelum tamat tempoh. Apa pun antara bahan-bahan yang digunakan untuk memproses makanan termasuk bahan Pewarna, Perisa, Pengawet, Pemanis, Penstabil, Peluntur, Pengemulsi dan beberapa lagi agar makanan ini lebih enak, tahan lama dan menarik di lihat. Apa pun perlu diketahui dimana sudah terbukti terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bagus dalam makanan yang diproses. Ini kerana setiap satu bahan tambahan tersebut mempunyai fungsi yang berbeza dalam membuatkan makanan tersebut lebih tahan lama untuk disimpan dan lebih sedap walau pun sebenarnya makanan tersebut bukanlah satu jenis menu sihat seperti yang ramai orang gambarkan. Hasil kajian dimana terkini ada banyak jenis makanan proses atau bahan-bahan masakan di dapur rumah disimpan untuk digunakan kebanyakkannya adalah makanan yang diproses. Contoh palig ketara adalah dimana ramai orang menyimpan produk seperti tin ikan sardin, sosej, burger sejukbeku, mee segera, susu dalam pek, jem dan sebagainya. Paling sering di debatkan adlah isu bagaimana adakah benar makanan yang diproses penyebab kanser?. Ini kerana pada kebanyakan produk makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA) iaitu ia salah satu bentuk lemak paling bahaya yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Apa pun dilaporkan diman ada sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen iaitu bahan yang mengalakkan pembentukan sel kanser. Contohnya jika ada individu yang kerap makan daging yang diproses seperti sosej akan berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67% kesannya. Selain itu dilaporkan dimana jenis makanan yang diproses mempunyai kandungan gula, lemak dan garam yang tinggi, serta kurang nutrien dan serat. Ia menjadi salah satu punca peningkatan masalah obesiti dan juga penyakit kronik di seluruh dunia.
Kempen dimana 'Mencegah lebih baik daripada merawat' sering dilakukan sepanjang masa. Mungkin beberapa faktur asas termasuk asas permintaan yang tinggi dan dengan gaya hidup zaman sekarang yang terlampau sibuk dengan kerja berlaku senario dimana tidak hairanlah kenapa semakin banyak makanan yang di proses di pasaran. Banyak kali di dengar kempen agar pengguna di Malaysia digalakkan untuk cuba mengurangkan pengambilan makanan yang di proses ini dan sebaiknya pilihlah makanan yang baru di masak dan lebih sihat untuk menu setiap hari. Sebanarnya makanan merupakan elemen atau keperluan asas yang diperlukan oleh semua manusia. Dalam semua industri dimana jalinan perhubungan antara sektor makanan dan kesihatan adalah sangat penting bagi menjadikan semua orang lebih sihat dan kekal aktif. Penyedia makanan komersial dalam semua kategori perlu untuk mereka menitikberatkan penyediaan pelbagai jenis masakan yang sihat dan enak serta dengan harga berpatutan. Usahawan makana njuga sebaiknya mampu selain menyediakan menu yang pelbagai dimana mereka juga perlu mengetahui secara ringkas latar belakang bahan makanan di gunakan bagi menyesuaikan makanan yang disediakan seperti makanan sihat yang menjadi kesukaan ramai orang. Di Malaysia ramai yang mengatakan adalah 'syurga makanan' daripada jenis makanan tempatan atau makanan berasal dari luar negara. Sebut sahaja makanan burger dimana ramai youtuber sudah membuat content tentang 'Burger Ramly' dan makanan nasi lemak yang enak dan mudah di dapati. Makanan lain yang juga popular di Malaysia termasuk sate, nasi arab, nasi dagang, nasi goreng, nasi beriyani, tomyam dan pastinya Roti Canai akan tetapi persoalannya berapa peratus bahan perisa didalam makanan tersebut atau adalah ia jenis makanan siap proses. Yang pasti produk roti canai sejuk beku atau roti canai proses sudah meluas di pasaran. Dalam aspek lain dimana sebagai penyedia makanan iaitu aspek kebersihan dan keselamatan makanan perlu diutamakan dalam penyediaan makanan. Amalan menyediakan makanan yang sihat, bersih dan berkhasiat merupakan perkara yang perlu dititikberatkan bagi mengelak keracunan makanan.
Dilaporkan dalam hmetro.com dimana isu 'Bahana makanan diproses' menarik untuk di kongsikan. Media tersebut laporkan dimana kini ramai mengambil makanan berproses tanpa memberi perhatian serius terhadap kesan buruk kepada kesihatan mereka di kemudian hari. Terkini menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dimana ada 70% kematian di seluruh dunia pada hari ini disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD). Ia termasuk penyakit kardiovaskular, kanser dan pelbagai penyakit berkaitan pernafasan, diabetes serta disebabkan diet selain gaya hidup yang tidak sihat. Dalam hal ini dilaporkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti mengambil makanan diproses secara berlebihan juga perlu dielakkan kerana ia berisiko tinggi yang menjejaskan kesihatan. Namun disebabkan rasanya yang enak dan faktor menjimatkan kos, kebanyakan masyarakat mengambil makanan jenis itu tanpa memberi perhatian serius terhadap kesan buruk kepada kesihatan mereka di kemudian hari. Pakar Perunding Endokrinologi di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway iaitu Dr Teoh Wei Leng mendakwa dimana saban hari masyarakat inginkan makanan mudah dan cepat untuk disediakan dimana ini sekali gus menyebabkan kerap mengambil makanan yang diproses berlebihan. Apa pun makanan diproses berlebihan biasanya mengandungi bahan-bahan yang tidak akan ditambah apabila kita memasak sendiri seperti pewarna, pengawet, pemanis, penstabil dan pengemulsi. Makanan yang diproses juga memang ia akan berlebihan boleh menjadikan ia lebih murah, mudah dan sedap. Perlu diingat dengan cara pengambilan makanan dan minuman yang diproses berlebihan dengan kerap boleh menyebabkan obesiti. Kes obesiti boleh menyebabkan juga gangguan sindrom metabolik seperti obesiti perut, diabetes, darah tinggi, tahap trigliserida yang tinggi dan tahap kolesterol HDL yang rendah dimana keadaan kesihatan sebegitu boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Hasil dari beberapa kajian sudah disahkan dimana individu yang banyak mengambil makanan diproses berlebihan mempunyai kadar obesiti lebih tinggi. Ini juga menyebabkan kualiti pemakanan yang lebih buruk dalam diet mereka, pengambilan natrium dan gula yang lebih tinggi serta pengambilan serat, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran lebih rendah. Antara contoh jenis makanan dan minuman yang diproses berlebihan adalah seperti aiskrim, sosej, kerepek, roti, bijirin sarapan pagi, minuman berkarbonat dan yogurt. Selalunya keadaan itu boleh meningkatkan risiko untuk menghidap diabetes jenis dua dimana secara umumnya ada empat jenis kumpulan makanan berdasarkan cara ia diproses. Makanan tidak diproses atau diproses secara minimum adalah seperti buah, bijirin, batang, akar, daun, telur, daging, susu, organ dalaman, cendawan, alga dan bijian. Makanan yang sudah diproses pula seperti makanan yang diperam, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam tin, kacang masin, daging, keju yang diproses dan roti baru dibuat yang tidak dibungkus. Contoh makanan dan minuman yang diproses berlebihan seperti aiskrim, sosej, kerepek, roti yang dihasilkan secara besar-besaran, bijirin sarapan pagi, minuman berkarbonat, yogurt atau minuman berperisa buah-buahan, sup segera dan beberapa minuman beralkohol seperti wiski, gin serta rum. Bahan masakan yang diproses pula membabitkan gula, garam, mentega, minyak dan cuka. Makanan yang diproses pada asasnya dibuat dengan hanya menambah gula, minyak, garam atau bahan lain. Pada masa sama dimana makanan diproses berlebihan pula mengandungi banyak bahan tambahan seperti lemak tepu, gula dan garam tambahan, perasa, pengawet, agen pemekat atau penstabil dan sebagainya. Kaedah didalam pemprosesan bagi makanan yang diproses berlebihan juga mungkin membabitkan pemanasan pada suhu tinggi yang mungkin menjejaskan struktur makanan itu sendiri. Dilaporkan dimana pada setiap kumpulan makanan yang diproses mempunyai tujuan tersendiri dan tidak semua makanan yang diproses adalah tidak sihat dimana selagi nilai pemakanan dalam makanan tidak berubah maka masih tidak mengapa untuk dimakan. Bagaimanapun dilaporkan makanan diproses berlebihan secara amnya mengandungi gula, garam dan lemak yang diproses pada kadar lebih tinggi. Ini secara tidak langsung ia boleh meningkatkan tahap insulin dan akan juga membuatkan kita makan dengan lebih banyak menyebabkan ia diambil secara berlebihan. Sempena Hari Kesihatan Sedunia beberapa jabatan dan NGO berkempen dengan membantu orang ramai belajar membuat pilihan makanan yang lebih baik. Mengutamakan kesihatan dengan kaedah seperti melakukan saringan kesihatan secara berkala melalui pemeriksaan awal boleh mententeramkan fikiran selain memastikan kesihatan terjaga. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segman iatu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.