Support My Blog

Friday, April 5, 2024

TUAIAN PERTAMA BAWANG MERAH - PERMULAAN

TUAIAN PERTAMA BAWANG MERAH
merupakan berita viral di Malaysia yang di laporkan oleh banyak media lokal dan menjadi viral dikalangan pembaca, Apa tidaknya berita ini dianggap sebagai satu langkah permulaan yang dilakukan oleh banyak pihak terutama oleh Jabatan Pertanian, MARDI dan kerajaan negeri untuk membangunkan industri bawang merah di Malaysia yang selama ini mengimport dengan nilai jutaan ringgit setahun. Penulis blog mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dengan projek pertama yang dijalankan sehingga mampu menghasilkan berita 'Tuaian pertama bawang Malaysia 2.3 tan' yang membanggakan dan diharap usaha keras terus di gandakan oleh banyak pihak merujuk kepada akhbar bharian.com. Jangan kira dulu kos pembangunan bawang merah masa ini dan jangan ia hendak dibandingkan dengan bawang merah import keraja pelaburan ini demi slogan keterjaminan makanan negara di masa akan datang. Foto diatas menunjukkan dimana Arthur (kanan) bersama Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi meninjau proses pengeringan bawang merah varieti BAW-1 yang baru dituai semalam di Projek Pembangunan Tanaman Bawang di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak. Berita dari Tanjung Malim, Perak yang dilaporkan ia menjadi negeri pertama di Malaysia berjaya menuai hasil bawang tempatan jenis BW1 membabitkan berat sekitar 2.3 tan di Kampung Ladang Bikam pada penulis bog sebagai langkah awal dalam pembangunan industri bawang Merah di Malaysia secara komersial. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata dimana projek kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri itu sebelum ini dilaksanakan secara tiga fasa di kawasan seluas satu hektar, menyasarkan pengeluaran hasil kira-kira empat (4) tan metrik setiap hektar. Disini bagi penuaian pertama dimana ia membabitkan fasa satu di kawasan seluas 0.6 hektar dengan hasil pengeluaran sekitar 2.3 tan. Selepas ini diharapkan hasil penuaian akan terus ia bersambung kepada fasa dua dan fasa tiga. Dia yakin projek perintis ini mampu menjadi pencetus kepada pengeluaran bawang dalam negara sekali gus memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Ini sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import. Masa ini Perak adalah antara enam negeri yang akan menjadi hab pengeluaran tanaman bawang tempatan jenis BW1 di Malaysia bagi kegunaan domestik. Kalangan petani yang hadir juga optimis perkara itu dapat direalisasikan memandangkan kerajaan negeri turut aktif menyokong usaha berkenaan untuk diperluaskan di seluruh Perak. Pihak kementerian sudah mengenal pasti enam negeri iaitu Perak, Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan. Semua ini adalah perancangan dan sasaran kita untuk mencapai kadar sara diri (SSL) bawang tempatan sebanyak 30 peratus menjelang 2030. Artikel pada subuh 24 Ramadan 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa laporan media utama di Malaysia yang laporkan kisah penuaian bawang merah disiarkan pada 3 April 2024 untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Portal berita sinarharian.com laporkan 'Projek bawang Malaysia berjaya hasil 2.3 tan tuaian pertama' menarik di kongsikan. Foto disebelah adalah Arthur Joseph yang menunjukkan rumpun bawang merah yang di tanam iaitu di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak. Projek perintis tanaman bawang seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai dekat sini berjaya memberikan hasil pengeluaran 2.3 tan tuaian pertama pada Rabu. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, tuaian yang dimulakan pada Januari itu menggunakan varieti bawang merah BAW-1 melibatkan kawasan fasa 1 seluas 0.6 hektar. Perkembangan itu menandakan kejayaan projek perintis penghasilan bawang tempatan yang dilaksanakan kerajaan. Dakwanya hari ini Malaysia telah melakarkan satu lagi sejarah buat negara dengan pengeluaran bawang yang 100 peratus hasil dan milik negara Malaysia. Benih bawang merah yang dikeluarkan dan dihasilkan oleh MARDI dan kini ditanam oleh Jabatan Pertanian dilat sebagau langkah awal yang ini benar-benar berjaya. Arthur Joseph menunjukkan hasil tuaian pertama projek perintis tanaman bawang di Kampung Ladang Bikam, Sungkai pada Rabu (Foto sebelah). Apa pun kejayaan tuaian pertama itu membuka peluang untuk menjadikan Perak sebagai hub pengeluaran bawang dengan menambah keluasan tanaman sedia ada. Selain Sungkai pihak kementerian juga telah mengenal pasti kawasan baharu di daerah Kinta yang boleh dijadikan lokasi strategik penanaman bawang. Beliay sebeumnya telah berjumpa dengan Menteri Besar Perak dan beliau sangat gembira apabila negeri ini telah mendahului negeri-negeri lain dalam projek tanaman bawang tempatan di Malaysia. Bagi aktiviti penanaman di Sungkai di harap potensi hasil lebih besar sehingga 4 tan diperolehi menerusi tanaman fasa 2 dan 3 yang menggunakan varieti bawang merah BAW-2. Media menerima laporan dimana selain Perak, kementerian telah mengenal pasti lima lagi negeri iaitu Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan bagi melaksanakan projek mega tanaman bawang tempatan. Langkah itu selari dengan sasaran kementerian untuk mencapai kadar sara diri bawang tempatan sebanyak 30 peratus menjelang 2030. Bagi dapat mencapai itu maka kerajaan memerlukan tanaman seluas lebih 1,400 hektar pada tahun 2030.


Portal lain kosmo.com melaporkan juga kisah iaitu '
Perak hasilkan bawang tempatan pertama negara' yang sesuai di rujuk. Dalam portal ini dilihat Arthur (kiri) sedang menunjukkan bawang keluaran pertama negara yang berjaya dituai di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Tanjung Malim, Perak. Dilaporkan dimana di Tanjung Malim, Perak ia berdiri dalam kelasnya yang tersendiri apabila berjaya menghasilkan bawang tempatan pertama negara ini sekaligus bakal mengurangkan kebergantungan terhadap import sayuran itu. Apa pun prospek cerah itu susulan kejayaan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Perbadanan Pembangunan Negeri Perak (SADC) menuai hasil pertama tanaman bawang di Kampung Ladang Bikam, Sungkai hari ini. Apa pun Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup dakwa dimana projek itu bermula pada 24 Januari 2024 lalu. Secara keseluruhan dimana kawasan tanaman bawang seluas 1 hektar kini ada mempunyai tiga fasa tanaman iaitu fasa 1 menggunakan 1.5 tan benih bawang pada 24 Januari, fasa 2, 8 Februari (0.25 tan) dan fasa 3 melibatkan 161 dulang anak benih bawang pada 16 Februari 2024 lalu. Varieti benih yang digunakan ialah varieti bawang merah BAW–1 dan BAW–2 yang dihasilkan oleh Mardi dimana kawasan pertanian itu dilaporkan ia juga berpotensi mengeluarkan hasil sebanyak enam tan per hektar (6mt/ha). Media diberitahu dimana sSusulan kejayaan ini, kerjaan bercadang tambah 4 hektar lagi penanaman bawang di sini (Sungkai) dan di kawasan Kinta di Perak. Kementerian juga mengenalpasti 6 lokasi penanaman bawang iaitu Perak yang sudah berjaya, Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan sebagai langkah lanjutan. Jika s semua asas perancangan itu dilaksanakan iaitu sebagai prospek dan sasaran kementeriannya untuk mencapai tahap sara diri (SSL) bawang pada kadar 30 peratus menjelang 2030. Bagi dapat  mencapai sasaran itu maka lebih 1,400 hektar kawasan tanah diperlukan bagi penanaman bawang dan proses hasilan memerlukan 65 hingga 70 hari untuk tempoh matang sebelum boleh dituai. Bekalan bawang di Malaysia diimport dari 29 negara dengan lima negara adalah pengeksport terbesar iaitu India, Pakistan, China, Belanda dan Thailand.


Akhbar harapandaily.com juga laporkan '
Negeri pertama cipta rekod tuai bawang Malaysia 2.3 tan' sesuai dirujuk. Dilaporkan dimana Negeri Perak mencipta rekod sebagai negeri pertama di Malaysia berjaya menuai hasil bawang tempatan jenis BW1 membabitkan berat sekitar 2.3 tan di Kampung Ladang Bikam di Bidor. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri itu sebelum ini dilaksanakan secara tiga fasa di kawasan seluas satu hektar. Apa pun menurutnya, projek tersebut sebenarnya awalnya akan menyasarkan pengeluaran hasil kira-kira empat tan metrik setiap hektar. Bagaimana pun bagi penuaian pertama, ia membabitkan fasa satu di kawasan seluas 0.6 hektar dengan hasil pengeluaran sekitar 2.3 tan. “Selepas ini akan ad lagi penuaian akan bersambung kepada fasa dua dan fasa tiga menggunakan varieti bawang merah BAW-1 dan BAW-3.  Dalam masa sama dia menyatakan amat yakin projek rintis tersebut mampu menjadi pencetus kepada pengeluaran bawang dalam negara sekali gus memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Ini sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import semasa merasmikan Majlis Tuaian Hasil Projek Rintis Tanaman Bawang Merah Secara Besar-Besaran di Tanjung Malim, Perak.


Portal berita 
makkalosai.com.my jug laporkan kisah 'Tuaian bawang Malaysia 2.3 tan' yang sesuai di rujuk. Akhbat ini laporkan dimana Perak menjadi negeri pertama di Malaysia berjaya menuai hasil bawang tempatan jenis atau varieti BW1 membabitkan berat sekitar 2.3 tan di Kampung Ladang Bikam, Tg Malim, Perak di sini. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri itu sebelum ini dilaksanakan secara tiga fasa di kawasan seluas satu hektar, menyasarkan pengeluaran hasil kira-kira empat tan metrik setiap hektar. Katanya bagi aktiviti penuaian pertama, ia membabitkan fasa satu di kawasan seluas 0.6 hektar dengan hasil pengeluaran sekitar 2.3 tan. Selepas ini, penuaian akan bersambung kepada fasa dua dan fasa tiga. Dia yakin projek rintis ini mampu menjadi pencetus kepada pengeluaran bawang dalam negara sekali gus memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Ini sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import dakwanya semasa Majlis Tuaian Hasil Projek Rintis Tanaman Bawang Secara Besar-Besaran di Tg Malim. Perak. Pada penulis blog usaha keras berterusan perlu dilakukan melibatkan semua pihak agar industri bawang merah menjadi salah satu bidangsaha diberikan tumpuan bagi mengurangkan ebergantungan import bawang nerab di Malaysia. Kisah usaha untuk mennam bawang merah di Malaysia sudah lama tenggelam-timbu dan tidak menjadi industri yang membanggakan seperti tanaman lain. Saya sudah mencuba tanam bawang merah (guna varieti bawang import sebagai benih) di Mersing pada tahun 1997 dahulu tetapi kurang berjaya dengan penghasilan rendah. kini dengan adanya varieti bawang merah MARDI iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-2 diharaokan lebih ramai petai (terutama dikawasan sawah skim tanam luar jelapang padi yang di tanam sekali setahun) boleh menanam bawang merah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
TANAM BAWANG MERAH,,, PERCUBAAN...
LAPORAN MEDIA... MEMBERI HARAPAN...
DI  KG BIKAM,,, TG MALIM DI MULAKAN...
LIBATKAN PETANI...ADA KEUNTUNGAN?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya
MMalaysia.
(24 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...