Support My Blog

Thursday, April 4, 2024

UMPAN TIRUAN - KEHEBATAN DAN JENISNYA

MEMANCING IKAN adalah salah satu hobi atau aktiviti yang mempunyai peminat dan bilangan pengikut tersendiri tanpa mengira usia. Penulis blog pernah menjadikan aktiviti iaitu memancing sebagai hobi utama suatu ketika dahulu semasa bertugas di Mersing, Segamat dan Muar (Sila lihat foto paling bawah). Memang ada banyak membeli pelbagai jenis alatan memancing suatu ketika dahulu daripada yang basic sehingga kepada yang separa advance. Hasil pengalaman hobi memancing ini memang amatlah ia menyeronokkan terutama semasa berlawan dengan ikan atau udang galah semasa menarik joran yang dimakan dari dalam air. Dalam dunia  memancing pemilihan umpan yang tepat dan mencukupi adalah diantara perkara paling penting. Ini kerana umpan yang disangkutkan pada mata kail lalu joran pancing diayunkan bersama tali pancing tersebut ke dalam air bagi menarik ikan untuk memakannya. Pernag pengalaman dulu dimana sama ada bermain cara casting, jigging atau bottom dimana jika kena pada umpan yang sesuai dan tepat maka dalam beberapa minit sahaja joran mampu lentur dan bergetar akibat disambar ikan. Masa itu belum gila sangat dengan cara memancing menggunakan umpan palsu atau umpan tiruan. Kemudian timbul juga persoalannya antara umpan palsu atau hidup dimana jenis yang manakah lebih sesuai digunakan ketika memancing dan jawapannya adalah sangat subjektif. Bagaimana pun pada hari ini sudah banyak inovasi dan jenis umpan palsu dipasaran yang dikatakan lebih baik daripada jenis umpan hidup dalam dunia memancing. Apa pun kedua-dua jenis umpan ini sebenarnya mempunyai kelebihan masing-masing dimana ia tertakluk pada jenis air atau tempat yang dipancing oleh individu dan juga bergantung pada jenis ikan yang diburu. pengalan dulu mendapati dimana dahulu sering gunakan umpan hidup yang terdiri daripada haiwan atau serangga hidup yang digunakan untuk memikat ikan. Apa pun diantara yang popular digunakan oleh kaki pancing ialah cengkerik, katak, udang, anak sotong kurita, cacing dan banyak lagi. Pada kebiasaannya, umpan seperti ini digunakan jika ingin memancing jenis ikan yang ganas dan besar seperti ikan duri. Namun, ia juga sesuai digunakan untuk memancing ikan di sawah seperti ikan haruan atau ikan puyu. Umpan hidup akan mudah menarik perhatian ikan-ikan lain kerana apabila dibiarkan maka ia akan bergerak dengan sendiri. Apa pun ia boleh membuatkan ikan lain di kawasan sekeliling merasakan kehadiran umpan yang masih hidup dan segar tersebut. Cara pemasangan umpan ini juga memerlukan teknik tersendiri bagi mengelakkannya daripada mati dengan cepat apabila dimasukkan ke dalam air. Setengahnya mencangkuk mata kail pada kaki, ekor atau di tengah badan umpan bergantung pada jenis umpan tersebut. memang tidak dinafikan umpan hidup lebih berkesan untuk ianya menarik perhatian ikan namun ia mempunyai kesukaran untuk mendapatkan bekalan dan kosnya agak mahal. Sepanjang tempoh memancing jika lebih daripada satu hari perlu dipastikan umpan tersebut disimpan didalam kotak kabus yang dipasangkan bersama motor oksigen bagi memastikan umpan tersebut terus hidup. Jika umpan tersebut tidak dipasang dengan betul maka ia mudah tertanggal atau terlucut dibawa arus air tanpa disedari. Kebanyakan pemancing menggunakan umpan hidup hanya untuk bermain gaya bottom sahaja di mana umpan dibiarkan lama di dasar air sambil menunggu, namun ia bergantung pada kehendak pemancing itu sendiri. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology'' kali ini saya kupas mengennai kehebatan dan jenis-jenis umpan tiruan atau umpan palsu untuk dijadikan bahan rujukan kepada pembaca blog semua.


Sebenarnya jenis Umpan Tiruan atau Umpan Palsu atau turut dikenali sebagai 'Gewang' ada banyak jenis dan terdapat dalam pelbagai rupa bentuk serta warna-warni yang menarik. Teknologi gewang kini kebiasaannya memerlukan pemancing untuk mempunyai lebih daripada satu jenis gewang kerana ia mengikut kesesuaian ikan yang hendak dipancing. Sebagai contoh dimana jenis gewang permukaan merupakan umpan tiruan yang digemari oleh ikan toman kerana ia tertarik dengan percikannya seakan-akan ikan yang terapung dan cedera. Dalam pada itu bagi umpan yang tenggelam sehingga dasar air umpama ikan yang berenang pula dipanggil 'gewang selaman' dalam dan ia digunakan jika ikan tidak kelihatan di atas permukaan air. Seterusnya jenis 'gewang katak' iaitu jenis seperti namanya dimana ia seakan-akan melompat seperti katak apabila kekili ditarik dan sesuai dibaling kearah semak tanpa perlu risau ia tersangkut pada ranting kayu. Pergi sahaja kekedai yang ada menjual alatan pancing dimana akan ditunjukan ratusan jenis umpan tiruan dan gewang yang mana ia di paparkan di kedai tersebut dengan ciri khas untuk mereka yang tahu apa yang hendak dibeli (Sila lihat foto disebelah). Kalau tidak berkesempatan kekedai pancing atau kedai gewang kini pembaca blog boleh mendapatkannya dengan membeli secara on-line sahaja dimana ia juga satu kaedah mendapatkan umpan tiruan paling mudan dengan harga berpatutan. Jenis umpan tiruan yang hendak idbeli mesti sesuai dengan jenis tali dan joran serta lokasi untuk memancing. Perlu tanya penjual jika inginkan umpan tiruan yang ada bunyi khas dimana ia berfungsi untuk menarik perhatian ikan dengan mengeluarkan bunyi yang agak bising apabila dilontar dari joran dimana ini bertujuan untuk cara mengumpan ikan keluar dari semak. 


Terkini banyak dalam youtube di tunjukkan jenis 'gewang plastik lembut' yang boleh menyerupai pelbagai jenis binatang seperti katak, anak ikan dan lain-lain yang sangat signifikan untuk dijadikan umpan memancing dimana sahaja. Melihat bentuknya agak lembut seperti cecair pejal dan ia sesuai bagi pemancing yang mana suka menggunakan kaedah jigging. Pada penulis bog dimana memang jelas sekali apabila sudah ada teknologi dalam ia menyediakan jenis umpan palsu ini dicipta bagi memudahkan pemancing untuk memancing ikan yang dikehendaki dan mampu tahan lama. Namun begitu bagi mereka yang baru mula belajar memancing perlu mengeluarkan kos yang lebih sedikit untuk membeli pelbagai jenis gewang yang mudah didapati di kedai pancing. Apa pun hobi memencing bukannya murah seperti hobi yang lain kerana ia mmerlukan bajet yang agak kasar juga kalau mahu alatan memancing yang canggih dan branded. Jadi jika sesiapa hendak memancing sebaiknya belajar untum mengenali terlebih dahulu umpan yang wajar digunakan supaya mendapat pulangan hasil yang kemudian ia memuaskan. Ini kerana jika terun ingin bermain dengan gewang iaitu sejenis umpan tiruan paling popular masa kini danj juga di seluruh dunia dimana ia sangat kompleks akan kisahnya. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis dipasaran iaitu 'Jenis Hard Lure' dan 'Jenis Soft Lure'. Manakala yang lain adalah jenis untuk sesuai digunakan di laut seperti 'Jig'. Ia adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang lain seperti belalang, cacing, cengkerik, lipan dan juga item yang akan mampu untuk ia memperdayakan ikan seperti jenis spoon atau jenis kekipas. Sepasang mata kail atau banyak mata atau tunggal yang terletak di sebalik badan gewang atau selalunya ia akan terlindung adalah senjata untuk mengenakan ikan yang menyambarnya. Dalam pada itu bentuk umpan tiruan yang lain seperti 'popper' yang mana ia digunakan sebagai medium untuk membangkitkan rasa ingin tahu ikan menerusi bunyi atau melalui kocakan air yang dihasilkan. Cara ini sebenarnya akan mengejutkan dan juga menimbulkan rasa amarah ikan terhadap objek yang menganggunya lantas mengejarnya. Apa pun banyak jenis gewang ini akan berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing. Gewang ini sesuai digunakan di hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan seluruh dunia dimana ia sudah lazim kaedah ini digunakan.


Penulis blog akan cuba kongsikan begaimana cara mudah untuk mengenali jenis-jenis umpan tiruan kerana apa yang diikat pada hujung tali pancing merupakan faktor terbesar kepada setiap kejayaan usaha seorang pemancing terutama dalam aspek pemilihan umpan. bagi penulis blog dimana apabila bercerita mengenai umpan dimana sejak dahulu lagi pemancing tidak putus-putus melakukan uji kaji untuk mencari umpan mana yang berkesan menjerat ikan dan mana yang tidak. Memang diakui bahawa tidak ada umpan yang boleh dikatakan sebagai yang terunggul kerana seperti juga manusia dan haiwan lainnya, selera ikan adalah berlainan mengikut jenis atau spesies dan juga boleh berubah-ubah kerana pelbagai faktor seperti tempat, arus, cuaca, suhu, masa dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya hari ini si pemancing berjaya dalam usaha mendapatkan banyak tangkapan dan esok pula pulang dengan muka yang suram meski memancing di tempat yang sama menggunakan umpan yang sama, atau si pemancing yang terkenal pakar di tempatnya tewas di padang pancing baharu kerana umpan yang digunakan tidak mendapat sambutan dek malu bertanya dengan penduduk setempat mengenai umpan yang sesuai. Memang ada terdapat pelbagai pilihan umpan yang tidak terkira banyaknya yang boleh digunakan oleh pemancing untuk menjerat ikan memakan mata kail. Tidak kiralah daripada umpan konvensional seperti umpan hidup atau mati, tumbuhan atau buah-buahan, tepung atau dedak yang digaul dan lain-lain sehinggalah ke umpan tiruan atau lure yang diperbuat dalam pelbagai bentuk dan rupa serta warna. Pada siri kali ini, penulis akan membincangkan secara am mengenai jenis-jenis umpan tiruan atau lure yang biasa ditemui. Mungkin bagi sesetengah pemancing ada yang menganggap penggunaan umpan tiruan adalah umpama ‘tiada akar rotan pun berguna’. Bermakna penggunaan umpan tiruan bagi mereka hanyalah ketika terdesak iaitu sebagai pilihan terakhir jika tidak berjaya mendapatkan umpan konvensional. Sejak dahulu lagi ramai pemancing tidak putus-putus melakukan uji kaji untuk mencari umpan mana yang berkesan menjerat ikan dan mana yang tidak. Memancing menggunakan lure bukan sahaja ia akan mempunyai kelebihan seperti umpan sentiasa tersedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja dan boleh digunakan lebih daripada sekali serta tidak akan busuk seperti umpan konvensional. 


Dalam pada itu sebenarnya umpan tiruan tidak kurang hebatnya dimana kadang-kadang ia lebih berkesan lagi berbanding menggunakan umpan konvensional iaitu selagi mana pemancing menggunakan teknik dan taktik yang betul. Tambahan lagi memancing menggunakan lure bukan sahaja mempunyai kelebihan seperti umpan sentiasa tersedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja dan boleh digunakan lebih daripada sekali serta tidak akan busuk seperti umpan konvensional, ia juga memberikan kepuasan yang berlainan kepada ramai para pemancing dibandingkan dengan cara penggunaan umpan konvensional yang sukar untuk diterangkan melainkan dengan mengalaminya sendiri. Secara amnya umpan tiruan atau lure terbahagi kepada beberapa jenis iaitu jenis Hard Body Lure, Softplastic, Spoon, Jig, Spinnerbait dan Fly. Jenis pertama iaitu 'Hard body lure' boleh dikatakan sebagai umpan tiruan yang paling popular. Umpan tiruan jenis ini diperbuat daripada kayu atau plastik dalam pelbagai saiz dan bentuk untuk menyerupai ikan, katak atau hidupan lainnya seperti krustasea yang menjadi mangsa kepada ikan-ikan predator. Selalunya, tetapi tidak semestinya, hard body lure mempunyai dua bentuk mata kail treble (mata tiga) yang tergantung pada bahagian ekor dan badannya. Lure ini mengikut reka bentuknya masing-masing, boleh mencapai pelbagai aras kedalaman, ada yang direka untuk timbul di permukaan ada juga yang direka untuk menyelam sehingga mencecah kedalaman sekian-sekian. Antara jenis-jenis lure yang termasuk dalam kategori hard body lure adalah seperti popper, stickbait, crankbait, dan swimbait. Jenis Softplastic atau pun umpan tiruan jenis softplastic merupakan jenis lure yang kini semakin mendapat tempat di kalangan pemancing. Ia diperbuat daripada bahan plastik lembut seakan-akan getah dan. selalunya digabungkan penggunaannya bersama mata kail tunggal seperti worm hook, jighead dan lain-lain lagi. Umpan tiruan ini sangat versatil penggunaannya terutama sekali sebagai search bait kerana pemancing boleh menggunakannya untuk mencari di mana ikan berada di pelbagai aras kedalaman tanpa perlu menukar-nukar lure. Bukan itu sahaja pemancing juga boleh melontar lure terus ke dalam struktur tempat ikan bersembunyi seperti reba tanpa perlu risau dengan risiko sangkut jika digabungkan dengan mata kail jenis offset atau texas rig. Antara jenis-jenis softplastic lure adalah seperti curlytail, paddle tail, jerkbait, tube, worm, frog dan creature bait.


Jenis umpan tiruan 'Spoon' pula merupakan antara jenis umpan tiruan tertua yang masih mempunyai tempat di hati sebilangan pemancing. Badannya diperbuat daripada besi nipis yang melengkung seakan-akan kepala sudu yang memberikannya gaya renangan menyerupai ikan yang tercedera. Ia selalu digandingkan dengan mata kail treble atau tunggal pada bahagian hujungnya. Apa pun cara penggunaannya untuk menjerat ikan di kawasan jeram sangat popular di negara-negara jiran. Seterusnya jenis umpan tiruan 'Jig' dimana ada terdapat dua jenis umpan tiruan yang dikenali sebagai jig iaitu jig yang popular digunakan di air tawar oleh kalangan pemancing ikan bass di barat, yang mana rupa bentuknya berupa jighead dengan mata tunggal yang diikat bersama bulu atau rambu, dan jig air masin yang berbentuk kepingan besi. Jig air masin terbahagi kepada dua iaitu fast jig di mana bentuknya berupa besi tirus, ia digunakan untuk memburu spesies ikan pelagik seperti tenggiri, tuna, alu-alu dan trevally. Manakala slow jig berbentuk lebih leper dan lebar yang digunakan untuk memburu ikan dasar seperti kerapu, ikan merah dan lain-lain. Kedua-dua jenis jig air masin ini digandingkan bersama mata tunggal dan kadang-kadang ditambah lagi dengan 'assist hook'. Umpan tiruan seterusnya adalah 'Spinnerbait' iaitu umpan yang berbentuk aneh dan tidak bertujuan untuk menyerupai apa-apa ikan atau mangsa. Badannya terbuat daripada wayar besi seakan berbentuk ‘V’, pada bahagian mata kailnya mempunyai badan yang berbentuk seperti jighead dan diikat dengan rambu atau bulu, manakala pada hujung wayar bahagian atas pula mempunyai kepingan besi yang berbentuk daun atau kipas. Spinnerbait memikat ikan yang bersifat pemangsa dari jauh dengan kilauan dan ‘kucah’ air yang terhasil daripada pusingan kepingan besi atau kipas tersebut. Di negara Malaysia umpan jenis spinnerbait ini selalunya digunakan untuk memburu ikan jenis snakehead seperti dalak dan toman. Terakhir yang perlu dikenali adalah umpan tiruan jenis 'Fly' iaitu ia diperbuat daripada sebentuk mata kail tunggal yang diikat bersama bulu untuk menyerupai serangga atau anak ikan kecil. Umpan fly terbahagi kepada dua jenis iaitu dry fly yang terapung di permukaan seakan-akan serangga yang jatuh ke air dan wet fly yang tenggelam ke dalam air untuk menyerupai larva serangga atau anak ikan. Kerana sifatnya yang kecil dan ringan, secara tradisionalnya umpan fly digunakan bersama set pancing fly dengan menggunakan tali pancing yang dikenali sebagai tippet untuk membuat lontaran, walau bagaimanapun fly juga boleh digunakan bersama set pancing biasa jika digandingkan bersama pelampung buih lut sinar (clear bubble float) atau digunakan bersama sabiki rig atau lebih dikenali sebagai anjun di Malaysia. Semuga artikel panjang ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini/ Wasallam!!!..
UMPAN TIRUAN...GEWANG SAMA SAJA...
PELBAGAI JENIS... PELBAGAI GUNANYA...
ADA YANG LEMBUT... MENARIK WARNANYA...
MEMBACA ARTIKEL... BERMINAT NAK CUBA...


By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...