Support My Blog

Monday, April 22, 2024

TEKNOLOGI BAWANG MERAH INDONESIA (PT 4)

TANAMAN BAWANG MERAH
(Allium cepa L.) di Indonesia adalah merupakan salah satu komoditi penting dalam kategori Tanaman Pangan (tanaman makanan) yang kini semakin diberi penekanan kerana harga komoditi tersebut sudah naik mendadak masa ini. Walau pun negara tersebut ada terus menanam dan menghasilkan bawang merah sendiri akan tetapi mereka masih lagi mengimport 20% bawang merah daripada Vietnam, Thailand dan beberapa negara lain tetapi juga mengeksport 20% bawang mereka keluar. Dilaporkan dimana Kabupaten Brebes di Jawa Tengah adalah merupakan kawasan terluas menanam bawang merah di Indonesia sejak dahulu dan di jadikan komoditi penting di lapangan. Bawang Merah dilaporkan menjadi tanaman utama di kalangan pesawah yang dijalankan sebagai tanaman bergilir dengan tanaman padi semenjak dahulu lagi. Merujuk Badan Pusat Statistik (BPS sama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia) dimana di Indonesia mereka mampu menghasilkan bawang merah sebanyak 1.97 juta metrik tan pada tahun 2022. Apa pun jumlah tersebut menurun sebanyak 1.51% dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang mencapai pengeluaran sebanyak 2.00 juta metrik tan. Di laporkan dimana Pulau Jawa sendiri sejak duliu dimana ia memberikan sumbangan sebesar 75% dari jumlah pengeluaran bawang merah. Sementara kawasan yang luas penanaman utama bawang merah (penghasil utama bawang merah) adalah di Jawa Barat (Indramayu, Kuningan, Garut, Cirebon dan Majalengka), Jawa Tengah (Brebes, Tegal, Boyolali, Pemalang, Magelang, Rembang, Kebumen dan Pati), sementara di Jawa Timur (Malang, Probolinggo, Nganjuk, Banyuwangi, Mojokerto, Magetan, Tuban, Pamekasan dan Sampang). Sementara di luar Jawa terdapat di Sumatera Utara (Tapanuli, Samosir, dan Dairi), Sumatera Barat, Sumatera Selatan (Ogan Komering Ulu, Lahat, dan Palembang), Bali, NTB (Lombok Timur, Bima, Lombok Tengah, Sumbawa, Lombok Barat, dan Dompu), Sulawesi Selatan (Enrekang). Bawang merah adahan komoditi unggul yang menjadi salah satu komoditi nasional yang selalu turun naik teutama dari segi harga dan pengeluarannya. Ini kerana ada kalangan petani yang gagal menghasilkan bawang merah di sebabkan banyak faktur seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit di kebun. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai amalan teknologi penanaman bawang merah di Indonesia untuk ianya dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Kepentingan air bagi tanaman bawang merah amat penting terutama diperingkat awal penanaman. Sebenarnya walau pun dilaporkan yang tanaman bawang 
tidak menghendaki banyak hujan akan tetapi tanaman bawang merah memerlukan air yang cukup selama pertumbuhannya melalui cara penyiraman. Pertanaman diatas tanah bekas sawah dalam keadaan terik di musim kemarau memang ia memerlukan penyiraman yang cukup iaitu dengan mengairkan satu kali dalam sehari pada pagi atau waktu petang sehingga menjelang menuai kecuali kalau ada hujan. Penyiraman yang dilakukan pada musim hujan apa pun sebaiknya hanya ditujukan untuk membilas daun tanaman yang bertujuan untuk membuang percikan tanah batas yang melekat pada daun bawang merah. Kajian mendapati dimana kepeluan air kepada tanaman bawang meah amat KRITIKAL pada peringkat PEMBENTUKKAN UMBI (bulb formation) kerana ketiadaan air akan menurunkan produktiviti dan hasilnya. Penanam bawang di Indonesia lazimnya bagi mengatasi masaalah ini akan mengawal paras ketinggian aur diantara batas tanaman bawang merah dan menambahkan kekerapan menyiram pada kawasan tanah mineral semasa kemarau. Kajian menunjukkan bahwa pemberian air dalam batas tanaman dengan ketinggian 7.5 - 15 mm atau menyiram dengan frekuensi satu kali sehari sekali rata-rata memberikan bobot umbi bawang merah tertinggi. Pemeliharaan tanaman bawang merah kritikal yang lainnya adalah bagaimana mengawal rumpai (gulma). Pertumbuhan rumput jika berlaku  pada celah-celah tanaman bawang merah yang masih muda sampai umur 2 minggu selalunya boleh berlaku dengan kadar sangat cepat. Sebaiknya aktiviti kawalan rumpai dilakukan dengan cekap sejak awal menanam benih dan di sesuaikan dengan cara manual atau mencabut kerana jika rumpai membesar dan akarnya panjang akan menganggu tanaman bawang merah.


Tanaman bawang merah mudah diserang oleh serangga perosak dan juga penyakit. Dilaporkan diantara perosak dan penyakit tanaman bawang merah yang selalu memgancam adalah Ulat Ratus (
Spodoptera exigua), Kutu Thrips, Bintik Daun Ungu (Alternaria sp), Bintik Daun (Colletotrichum), Penyakit Busuk Umbi (Fusarium sp) dan Penyakit Busuk Akar Putih (Sclerotum sp), Penyakit Busuk Daun (Stemphylium sp) dan juga penyakit disebabkan Virus. Pengawal perosak dan penyakit merupakan kegiatan rutin dimana perlu ada tindakan preventif yang dilakukan petani yang menanam bawang merah. Aktiviti ini dilakukan pada minggu kedua setelah menanam dan kali terakhir pada minggu ke lapan dengan dengan interval 2-3 hari sekali. Kawalan perosak dan penyakit yang tidak tepat (dimana petani akan mencampurkan 2- 3 jenis racun atau dengan doss yang tidak tepat perlu dielakkan. Sebaiknya menggunakan nozle semburan yang sesuai dengan tanaman bawang kerana jika gunakan nozel tidak standard akan menjejaskan prestasi pertumbuhan bawang merah. Ini termasuk pemborosan bahan kimia, kerja menjadi boros, isu sisa dan kesihatan penyembur dan juga kesan residu atau sisabaki serta menyebabkan pencemaran persekitaran. Apa pun salah satu cara yang dianjurkan untuk mengurangkan jumlah pemakaian racun adalah dengan tidak mencampurkan beberapa jenis racun kimia dan sentiasa memakai kafar di tulis pada label serta pastikan guna nozel standard. Kajian di Brebes, Jawa Tengah menyatakan penggunaan penyembur dengan menggunakan jenis 'flat nozzle' atau di gelar sebagai 'sprayer kipas' adalah menjadi pilihan kerana menjimatkan isipadu racun yang digunakan sehingga sampai 60%. Terkini disyorkan agar petani menggunakan bahan 'Bio Insecticide' bertujuan untuk mengendalikan perosak seperti Ulat Ratus Bawang Merah (Spodoptera exigua Hubn.). Penggunaan racun serangga dengan bahan aktif SeNPV (Spodoptera exigua Nuclear Polyhedrosis Virus) dilaporkan mesra alam sekitar terutama untukkehidupan dipersekitaran kebun bawang sebab perawis ini adalah sangat selektif dimana hanya menjadi patogen untuk ulat bawang.


Paling menjadi ketidaktentuan kalangan penanam bawang merah adalah apabil tiba musiam menuai bawang tersebut. ini kerana penuaian bawa
ng merah dapat setelah umurnya cukup tua dimana ia biasanya pada umur 60 - 70 hari selepas ditanam. Tanaman bawang merah akan dituai setelah terlihat tanda-tanda dimana terdapat 60% leher batang lembut atau dilhat tanaman rebah dan daun menjadi kuning. Pebuaiab sebaiknya dilakukan pada semasa keadaan tanah kering dan cuaca yang cerah untuk mencegah serangan penyakit busuk umbi di setor simpanan. Menuai bawang merah dilakukan secara manual dengan mencabut rumpunnya bersama daunnya dan kemudian diikat (Sila lihat foto disebelah). Bawang merah yang telah dituai ini kemudian diikat pada batangnya untuk memmudahkan cara mengangkut ke setor atau lokasi pengumpulan hasil. Kemudian aktiviti selanjutnya adalah umbi bawang merah ini perlu dijemur sampai cukup kering (1-2 minggu) dengan meletakkan ia dibawah sinaran matahari dan kemudian amalan biasa adalah ia diikuti dengan pengggred iaitu dipisahkan bawang ini mengikut kualiti (saiz, warna, kesegaran dan sebegainya). Proses pengeringan juga dapat dilakukan dengan alat pengering khusus sampai mencapai kadar air dalam umbi bawang merah ini kurang lebih 80%. Apabila tidak dapat terus dijual sebaiknya umbi bawang merah disimpan dengan cara menggantungkan ikatan-ikatan bawang merah di atas rak-rak kayu didalam pusat pengeringan pada suhu 25-30 ÂșCelcius dengan kadar kelembaban yang cukup rendah (± 60-80%). Bagi tujuan menggunakan hasil bawang untuk dijadikan benih sebaiknya di gantung selama 2 bulan dan barulah boleh di tanam dimana ada masa sekitar 1 bulan lagi sebelum peratus percambahan akan menurun (Sila lihat foto paling bawah sekali). Harga bawang merah di Indonesia banyak di tentukan kepada varieti, kualiti, kuantiti dan musim penanaman. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai agar ia dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

TANAMAN BAWANG MERAH...DI INDONESIA...
TEKNOLOGI DISEDIAKAN... IA AMAT BERGUNA...
MEMILIH LOKASI... ADA VARIETI POPULARNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...