Penulis merujuk kepada salah satu produk yang mana ramai penanam sayur komersial menggunakan sebagai produk Fertigasi Bantal HG (HG BAntal). Produk yang dinamakan sebagai 'Cocopeat Grow Beg' yang saiznya berukuran 15 cm x 20 cm x 100 cm ini apa yang dilihat dikeluarkan oleh Syarikat Hock Green Taman Ringlet, Ringlet, Cameroon Highland, Pahang memang sangat popular digunakan kalangan petani di kawasan pertanian yang ia bersuhu sejuk ini. Merujuk kepada iklan dalam Lazada dan Shopee dimana satu unit produk cocoapeat grow beg yang di kenali sebagai 'kit fertigasi bantal' ini berharga RM6.50/unit dengan mempunyai sebanyak purata 4-5 lubang penanaman. Harga runcit ini meliputi satu unit cocopeat bantal walau pun ada jenis medium yang berbentuk seperti empatsegi, bulat, bag shape dan sebagainya. Penelitian penulis blog dengan harga tersebut ia lebih mudah didapatkan kerana kajian di lapangan mendapati dengan ukuran beg fertagasi bantal yang di buat sendiri pun kos membuatnya hampir sama. Akan tetapi produk HG ini lebih mudah disimpan, di gunakan dan agak mudah semasa kerja awalan penanaman secara fertigasi. Semasa di beli bantak HG ini ringan dan kering dimana perlu di masukkan air dimana dalam beberapa minit sahaja maka cocopeat ini akan berkembang memenuhi ruangan polibeg tersebut. Apabila polibeg bantal ini penuh maka ia boleh disusun diatas batas tanaman atau para fertigasi dengan membuka lubang (point) penanaman. Emmiter fertigasi boleh terus di cucuk diatas lubang penanaman sebelu memasukkan anak benih atau pun beniih yang sudah disemai dahulu mengikut jenis tanaman. Daripada keterangan pengeluar dimana beg bantal ini boleh dipakai semula (reuse) sebanyak dua kali pusingan tanaman. Ini juga bergantung kepada jenis tanaman dan jangkamasa pertumbuhan dilaluinya. Dilaporkan hasil kajian syarikat pengeluar dimana teknologi HG Bantal ini mengurangkan kematian anak benih semasa ditanam kerana media yang terlalu basah. Ciri lain dimana HG Bantal ini adalah ia menjimatkan tenagakerja dan wang (jika hendak dibanding dengan membuat bantal sendiri secara manual) dan sebaik sahaja membelinya ia boleh terus digunakan dan lebihannya juga boleh disimpan dalam stor sesuai (kering). Sainya yang nipis dan ringan membolehkan ia mudah dibawa kemana sahaja dan memang mudah dibawa dengan kuantiti yang banyak terus kekebun. HG Bantal ini pada penulis blog merupakan salah satu produk fertigasi bantal yang sesuai digunakan untuk penanaman secara fertigasi di Malaysia.
Penulis blog mendapati dimana inovasi fertigasi bantal adalah kelihatan seperti sebuah bantal hitam dan disusun di atas batas yang berasaskan plastik silvershine. Kaedah penanaman sayuran menggunakan teknik ini yang menjadikannya sebagai satu teknologi penanaman fertigasi yang baharu. Antara kebaikan kaedah penanaman cara fertigasi bantal adalah penghasilan yang tinggi dan keseragaman buah yang amat baik, hasil tanaman yang berkualiti, bersaiz besar dan pokok tahan lama jika ia dibanding dengan kaedah fertigasi biasa dan kaedah tanaman konvensional. Perkaraini kerana akar pokok mampu untuk mengambil nutrien air baja dalam bantal dan juga jauh masuk ke dalam tanah di bawah bantal tersebut. Purata hasil yang diperoleh dengan menggunakan sistem fertigasi bantal amat tinggi. Keperluan asas sistem fertigasi ini hampir sama dengan sistem fertigasi lain kecuali bahagian pangkal pokok yang menggunakan beg plastik saiz besar dibentuk seperti bantal. Plastik besar ini diisikan dengan media tanaman daripada campuran coco peat dengan tanah dan diikat sehingga membentuk bantal. Ia akan diletakkan di atas batas tanaman yang telah dipasangkan lapisan plastik silvershine. Apa yang penting adalah kedudukan bantal tersebut diletakkan di tengah-tengah batas tanaman dengan jarak yang bersesuaian bergantung kepada kedudukan dan kecerunan batas tanaman. Bantal ini diletakkan betulbetul di bawah jajaran tiang junjung yang seterusnya dipasang dengan jaring atau pukat. Setiap lubang penanaman akan diletakkan dua anak benih yang mana sulur pautnya akan naik melalui pukat dan seterusnya memenuhi ruang para trellis. Setiap lubang penanaman disediakan paip kecil yang membekalkan air baja diletakkan di tengah-tengah bantal. Permukaan atas bantal dibuat lubang-lubang kecil untuk membolehkan air hujan masuk ke dalam tanah dan untuk pengudaraan. Lubang penanaman di bahagian atas bantal membolehkan air baja masuk, pembajaan baja organik untuk meningkatkan kesuburan tanah. Fertigasi bantal ini memerlukan kos awal agak tinggi untuk menyediakan infra sistem fertigasi dengan bilangan tangki yang banyak untuk membuat air baja dan disalurkan kepada semua bantal. Kawalan musuh dan penyakit dilakukan dengan kaedah semburan racun serangga secara berjadual. Tanaman tidak perlu dibungkus dan tidak akan dirosakkan oleh serangga perosak. Sekiranya membalut tanaman dan ia memerlukan kos yang tinggi dan masa lama untuk menyiapkannya. Selain daripada itu, kebersihan kawasan tanaman juga perlu dijaga dengan baik di mana kawalan rumpai dilakukan secara berjadual.
Teknologi fertigasi termasuk dengan menggunakan fertigasi bantal sebenarnya untuk dianalisa ia didakwa mampu untuk mengurangkan kos operasi pengeluaran hasil tanaman. Teknik fertigasi secara umumnya akan dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil tanaman jika semua pakej amalan teknologi dijalan dengan baik. Penting memahami dimana jika sistem fertigasi bantal di laporkan ia boleh menjimatkan masa serta pastinya mampu dalam mengurangkan jumlah penggunaan tenaga buruh (KAlau kaedah konvensional pelrlukan seramai 4 orang pekerja asing untuk satu ekar keluasan tanaman). Teknik fertigasi memang ianya akan dapat meningkatkan kecekapan ladang dimana cara ini memang ia akan dapat mengurangkan penggunaan air dan baja serta pastinya ia boleh mengawal kelembapan tanah. Jika bantal ini berada dia tas tanah (bukan diletak diatas tanah) maka kelebihannya adalah ia akan dapat mengelak daripada kes-kes dijangkiti penyakit bawaan tanah (soil borne disease). Saya ada menulis beberapa artikel mengenai teknologi fertigasi bantal sebelum ini yang boleh dibaca dengan pautan (Sila Klik DIsini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi dalam blog sama. Pada penulis blog petani yang mengubah daripada sistem tanaman konvensional kepada sistem tanaman fertigasi termasuk fertigasi bantal adalah langkah bijak. Ini keran umumnya sistem fertigasi adalah satu kaedah moden yang lebih praktikal dan mengikut amalan pertanian yang baik dan sesuai digelar sebagai 'Vertical farming Model' yang sesuai pada zaman moden ini. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mentransformasi teknologi pertanian ke arah yang lebih maju dan berdaya saing bagi membantu dalam usaha pengeluaran secara berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi. Dalam usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensif modal, aplikasi teknologi baru dan berasaskan ilmu pengetahuan dimana kemudiannya program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti akan mebjadikan keterjaminan makanan Malaysia akan lebih baik. Semuga artikel ini membei sedikit maklumat berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK HG BANTAL...MUDAH IA DIGUNA...
PELBAGAI TANAMAN... IA MUDAH DI JAGA...
HASILNYA BANYAK... BERKUALITI PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Ramadan 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.