Support My Blog

Thursday, April 11, 2024

POTENSI INDUSTRI TANAMAN BULOH - KISAHNYA

POKOK BULOH (Bamboo
) adalah tumbuhan dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh dimana ia agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel tulisan saya mengenai buloh dalam blog ini yang di tulis sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh sexR komwesial di Malaysia. Penuli blog komgsikan dimana ada terdapat beberapa jenis buloh di Malaysia dimana ada jenis yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), jenis Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), jenis Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), jenis Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Penulis blog merujuk laporan MTIB menyatakan dimana saiz pasaran nilai industri buluh dunia ialah USD68.8 bilion pada 2018 dimana ia semakin meningkat saban tahun. Malaysia pula hanya menyumbang nilai eksport sebanyak RM9.971 juta sahaja pada 2018 dan kemudian ia semakin merudum kepada RM9.164 juta pada 2019 dan turun lagi semasa pandemik covid-19. Dilaporkan jumlah ini sangat jauh kadar penurunan berbanding 2017 iaitu RM20.957 juta. Penulis blog mendapati dimana pembangunan industri buluh bukan sekadar sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil akan tetapi ia lebih jauh daripada itu ia sebagai program 'game changer' yang perlu seterusnya diperkasakan sebagai satu lagi komoditi yang didakwa boleh menjanjikan pendapatan kepada rakyat dan negara. Selama ini mungkin kadar pembangunan industri buluh agak terbantut kerana masalah kekurangan strategi khusus yang menyeluruh ke atas industri ini menyebabkan tiadanya jalinan, komunikasi dan koordinasi yang kuat di antara pelbagai jenis institusi berbeza yang terlibat dengan industri buluh di Malaysia. Selama ini penulis blog melihat dimana bekalan buluh sangat bergantung kepada hasil hutan yang dituai kebanyakannya oleh Orang Asli atau penduduk kampong dan macam tiada perladangan buloh komersial yang serius. Walau pun pernah mendengar ada Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) diperkenalkan oleh kementerian terlibat sejak 2007 akan tetapi ia amat jarang di laporkan status keluasannya dan tahap kemajuannya. Dilaporkan dalam program ini setiap hektar kebun boleh ditanam sebanyak 400 rumpun. Hasil kajian dilaporkan dimana selepas 3 - 4 tahun ia dijangka dapat dituai dengan hasil kasar sebanyak RM32,000 per hektar. Ini bermakna dalam masa tersebut penanam buluh cuma dapat kurang RM10,000 setahun jika menjual buluh segar. Apa pun secara teknikalnya ia boleh dituai sebanyak 2 kali setahun untuk tuaian dimana pada tahun pertama dengan kadar penebangan sebanyak 40 peratus sahaja setiap kali tuaian. Penulis blog percaya jika pengusaha atau penanam buluh ini memproses sendiri sehiingga menjadi 'produk asas buluh' di percayai pendapatan mereka akan meningkat. Kemudian untuk seterusnya pokok ini buluh boleh terus membiak untuk dituai setiap tahun bagi jangkamasa selama 100 tahun. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta potensi industri tanaman buloh di Malaysia sebagai bahan rujukkan untuk pembaca semua.


Dalam portal berita bharian.com bertajuk '
Industri Buluh Antara Tumpuan Kerajaan Dalam RMK-12' agak menarik dikongsikan. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan terus memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program ‘game changer’ di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Dilaporkan dimana saiz pasaran global bagi produk buluh dianggarkan berjumlah AS$68 bilion pada 2018 dimana ia didakwa boleh memberi sumbangan eksport sektor industri berasaskan buluh negara masih rendah iaitu sekitar RM9 juta pada 2019. Dalam pada itu dilaporkan dimana industri buluh negara masih mempunyai potensi yang besar untuk dapat ia diusahakan dan dimajukan di negara ini. Status pembangunan industri buluh negara dan potensinya untuk dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru dalam sektor agri-komoditi. Pokok buluh adalah pokok mudah ditanam dan dijaga kerana tempoh matang pokok buluh adalah singkat iaitu di antara tiga hingga empat tahun serta boleh dituai selepas tempoh berkenaan. Kini terdapat kira-kira 100 pengusaha buluh dalam pelbagai kategori seperti perabot, makanan, fabrik, kraftangan, kutleri, pembinaan dan eko-pelancongan. Pihak KPPK melalui agensi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) juga menyediakan insentif pinjaman mudah bagi menggalakkan pembangunan ladang buluh. Pinjaman sejumlah RM10,000 sehektar disediakan untuk pembangunan ladang skala kecil (20-40 hektar), skala sederhana (41 - 2,499 hektar) dan skala besar (2,500 hektar ke atas). Lima spesies buluh yang telah lama dikenalpasti di bawah PPLH adalah spesies Buluh Betung, Buluh Semantan, Buluh Beting, Buluh Beti dan Buluh Hitam. Apa pun bagi menyokong pembangunan industri buluh dilaporkan pihak kementerian akan membangunkan Makmal Tisu Kultur dan Tapak Semaian Buluh di Lahat, Perak iaitu berada di kawasan seluas 1.72 hektar (4.2 ekar) dalam usaha untuk menghasilkan anak benih buluh berkualiti. Makmal tisu kultur tersebut berupaya menghasilkan sehingga 100,000 anak benih buluh sebulan apabila beroperasi sepenuhnya kelak. Kini selain memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program pembawa perubahan dalam RMK-12 dilaporkan dimana kementerian juga sedang cuba menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Tahun 2021-2025 yang dijangka akan diumumkan kemudian. Sehingga artikel ini di posting pada Raya kedua 1445H ini belum ada maklumat kemajuan yang penulis blog apat rujuk akan kemajuannya. 


Berikutan itu bernama laporkan 'Pinjaman mudah untuk galak industri buluh disediakan' sesuai agar dirujuk. Kerajaan Malaysia dilaporkan akan menyediakan pinjaman mudah untuk menggalakkan industri perladangan buluh tempatan menanam buluh dalam usaha dalam cara mengurangkan kebergantungan eksport terhadap komoditi utama seperti sawit dan getah. Pinjaman mudah itu akan berjumlah RM10,000 setiap hektar dengan bayaran balik apabila pinjaman itu matang dalam tempoh tujuh tahun. Telah diumumkan dimana kerajaan ada menyediakan khidmat pinjaman mudah di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan tetapi ia hanya untuk tanaman getah. Penanaman buluh amat mudah berbanding komoditi lain yang memerlukan pembajaan dan penjagaan rapi. Ia boleh tumbuh di banyak kawasan dan akan matang dalam tempoh tiga tahun. Apa pun dengan pinjaman mudah ini) kerajaan mahu menggalakkan lebih ramai menanam buluh untuk industri hiliran. Saya berharap lebih banyak sektor swasta terlibat dan bekerjasama dengan kerajaan. Memang sudah tiba masanya Malaysia meneroka sumber pendapatan komoditi tambahan selain membantu menjana hasil tambahan untuk pekebun kecil di negara ini. Ia selain memenuhi keperluan domestik, negara juga boleh merebut peluang perdagangan buluh di peringkat antarabangsa yang semakin meningkat terutamanya di pasaran Jepun. Negara matahari terbit itu sedang mencari sumber bahan bakar lain untuk menggantikan sumber tenaga daripada loji nuklearnya. Kini sumbangan daripada industri buluh juga masih kurang yang mencatatkan nilai eksport produk buluh pada 2018 sebanyak RM9.9 juta berbanding saiz pasaran buluh global yang dianggarkan sebanyak US$68.8 bilion setahun. Kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan kerajaan negeri Perak dimana kini mereka sedang membangunkan industri buluh secara kluster dengan menubuhkan tapak semaian buluh di Ulu Kinta seluas 1.7 hektar. Dijangka sebanyak 100,000 anak benih buluh dapat dihasilkan dalam tempoh sebulan daripada tapak semaian tersebut. Penulis blog belum dapat maklumat perkebangan projek ini sehingga kini.


Dalam laporan lain menarik mengenai '
Nilai eksport produk buluh naik 66.1 peratus' juga dilihat sesuai dijadikan bahan rujukkan. Ada laporan menyatakan nilai eksport produk buluh Malaysia mencatat peningkatan sebanyak 66.1% kepada RM14.46 juta pada 2022 berbanding RM8.7 juta pada tahun sebelumnya dakwaan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Nilai import produk buluh bagi 2022 adalah sebanyak RM129.18 juta dengan kebanyakannya diimport dari China, Indonesia dan Vietnam. Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi nyatakan kepada media dimana pada masa ini ada terdapat 577 pengusaha terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia yang merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraftangan. Selain itu, transformasi industri buluh juga perlu dilakukan secara holistik atau menyeluruh dan memastikan penghasilan produk buluh bernilai tambah tinggi dapat dicapai. Kini semua pihak terbabit secara langsung dalam bidang pembangunan industri itu untuk mengambil langkah proaktif bagi memastikan pelaksanaan pembaharuan dalam rantaian pengeluaran daripada industri huluan sehingga ke peringkat hiliran. Ini termasuk mengutamakan penghasilan produk buluh dengan nilai pasaran tinggi menerusi inovasi, pembangunan modal insan dan teknologi terkini. Aspek ini hendaklah ia sentiasa diterapkan dalam kalangan semua pihak seperti usahawan, profesional, penyelidik, perekabentuk, penggubal polisi dan yang berkaitan. Beliau yakin dengan program penyelidikan, pembangunan dan galakan yang berterusan, industri buluh berupaya mengoptimumkan penggunaan sumber bahan mentah ini sebagai sumber alternatif dalam industri perkayuan. Beliau berkata demikian ketika Maljis merasmikan sambutan Hari Buluh Sedunia Malaysia 2023 (WBD 2023) anjuran Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).  Malaysia mempunyai kira-kira 70 spesies buluh dimana ia termasuk sebanyak 45 yang merupakan spesies tempatan dan tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan. Dari segi taburan penanaman, sebanyak 31% tanaman buluh adalah berada di Semenanjung Malaysia manakala 45 peratus di Sarawak dan 24 peratus di Sabah. Di Semenanjung Malaysia, keluasan taburan tanaman buluh adalah lebih kurang 229,122.57 hektar. Walaupun dari segi sumbangan nilai eksport produk ini tidak besar berbanding dengan produk perkayuan lain, namun ia mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimajukan dan digunakan sebagai salah satu bahan alternatif kayu untuk pelbagai jenis kegunaan. Kini disarankan MTIB bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dalam membangunkan industri buluh negara. Bagi memastikan industri buluh terus berkembang maju, Kementerian Perladangan dan Komoditi menerusi MTIB merancang membangunkan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 yang mana ia menumpukan lima teras strategik. Ini termasuk pengukuhan dasar dan perluasan sumber; peningkatan modal insan, kepakaran dan kapasiti; pengukuhan inovasi, teknologi dan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan; pemerkasaan rantaian dan jaminan kualiti serta pengukuhan strategi pemasaran dan perkongsian pintar. Pada majlis tersebut turut dilancarkan buku bertajuk Industri Arang Buluh di Malaysia yang merupakan terbitan bersama MTIB dan FRIM. Penulis blog berharap industri buluh du Malaysia akan lebih maju setanding dengan beberapa negara jiran dalam ASEAN. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SELAMAT HARI RAYA KE DUA 2024!....
TANAMAN BULOH...KINI ADA BANTUAN...
PIHAK KPPK... MEMBERIKAN HARAPAN...
BULOH DITANAM... DI BERI PINJAMAN...
RAMAI TIDAK TAHU... ADA PENJELASAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Rabiulawal 1445H).
Posted from:
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...