Support My Blog

Wednesday, April 3, 2024

CUACA PANAS - JEJASKAN TANAMAN PADI (PART 2)

KEMARAU DAN SUHU PANAS
yang melampau boleh menjejaskan pertumbuhan dan merosakkan tanaman padi dimana isu ini menyebabkkan kekurangan penghasilan beras negara. Insiden musim kering dan suhu panas selalu berlaku di Malaysia dari bulan Febuari sehingga Jun dimana ini boleh menyebabkan aktiviti pertanian terganggu. Keluasan tanaman padi di Malaysia pada tahun 2023 seluas 637,955 hektar dimana seluas 522,689 hektar berada di Semenanjung Malaysia dan bakinya di Sabah (37,343 ha) dan di Sarawak (77,943 ha) dengan menghasilkan sebanyak 2,281,736 mt padi (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Jumlah ini jika di proses menjadi beras sebanyak 1,574,950 mt yang bernilai RM2.597 billion dengan purata pengeluaran sekitar 3,577 mt sehektar. Apa yang penulis blog tahu dimana tanaman padi akan tumbuh subur di kawasan panas dan kering beriklim lembap. Bagaimana pun jika berlaku insiden gelombang haba yang sangat panas boleh menyebabkan kerosakan kepada hasil dan kualiti serta proses pertumbuhan seperti percambahan dan persenyawaan. Apa pun sebenarnya tanaman padi sangat mudah ianya terdedah kepada tekanan haba terutamanya semasa peringkat reproduktif dan masak. Akibat suhu yang sangat tinggi berlaku walaupun untuk beberapa jam sahaja semasa ia berbunga boleh menyebabkan kemandulan penuh manakala ketika ia sedang masak, ia boleh membawa kepada pengurangan pengisian bijirin dan kualiti penghasilan yang tidak baik dan akan menyebabkan banyak bijirin rosak. Kajian mendapati dimana jika berlaku kenaikan 2°Celcius suhu boleh membawa kepada pengurangan 13% dalam pengeluaran hasil padi manakala kemarau atau penurunan sebanyak 15% kadar hujan boleh membawa kepada kejatuhan dalam hasil sehingga 80%. Apa pun cuaca panas dan kering juga boleh meningkatkan populasi perosak beras iaitu perkara yang boleh menyumbang kepada penurunan hasil padi. Faktur seperti kekurangan air, corak taburan hujan yang tidak teratur dan tekanan air akan meningkatkan intensiti beberapa penyakit tanaman padi. Lazimnya Malaysia mengimport 30% daripada beras untuk kegunaan negara manakala yang lain 70% lagi datangnya daripada penanam tempatan. Kesannya jika pengeluaran padi tempatan jatuh maka Malaysia akan meningkatkan import untuk mengimbangi penurunan dalam bekalan tempatan. Lazimnya Fenomena Nino yang kini sedang melanda Malaysia sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran tanaman padi yang memerlukan sumber air banyak dan mengubah struktur tanah sekali gus, memberi kesan kepada pengeluaran padi negara. Akibat kekurangan bekalan air akan menjejaskan hasil padi kerana air bukan sahaja penting untuk proses fisiologi pokok padi malah membantu untuk mengawal rumpai dan penyakit. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana cuaca panas dan kemarau menjejaskan tanaman dan pengeluaran padi negara seperti dilaporkan media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Berita dipetik dari nstp.com bertajuk '
50 pesawah rugi besar, padi rosak akibat kemarau' di Kelantan berkait dengan isu yang dibincangkan ini. Kisah dari Pasir Mas ini dilaporkan ada sekitar lebih 50 orang pesawah membabitkan kawasan lebih 200 hektar di Kampung Aur Duri buntu apabila sebahagian besar tanaman padi yang diusahakan rosak akibat ketiadaan air berikutan musim kemarau. Mereka mendakwa sebahagian besar padi yang diusahakan sejak Disember lalu kini mulai rosak sejak dua minggu lalu, manakala sebahagian lagi hanya mampu bertahan seminggu sahaja. Apa yang lebih malang bila impian pesawah berkenaan yang mahu mengaut akan keuntungan juga tidak kesampaian dan sebaliknya berdepan kerugian puluhan ribu ringgit setiap seorang. Tinjauan oleh wartawan di kawasan berkenaan mendapati tanah sawah di lokasi berkenaan kering dan merekah manakala tali air yang menjadi punca air mereka juga kering kontang. Lokasi sawah berkenaan tidak sampai satu kilometer (km) dari Sungai Kelantan dan terdapat juga pam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Sungai berkenaan, namun penduduk mendakwa air tidak sampai ke sawah mereka. bagi pesawah, Rasul Zulkifli dakwa situasi yang berlaku sangat mengecewakan kerana sudah tiga musim berturut-turut dia mengalami kerugian akibat masalah air. Dia yang usahakan sawah seluas enam hektar dan hampir keseluruhan sudah rosak. Tinggal sebahagian kecil sahaja masih selamat namun hanya mampu bertahan seminggu sahaja lagi. Dia kini buntu sebab modal yang dikeluarkan membabitkan puluhan ribu, beberapa ekor lembu juga sudah dijual kerana mahu dijadikan modal padi dengan harapan mampu memperoleh keuntungan. Apa yang berlaku apabila dia berdepan kerugian dan modal pun lebur dan macam mana hendak bayar hutang dengan Agrobank pening difikirkannya. Bapa kepada seorang cahaya mata itu turut meluahkan rasa kesal kepada KADA apabila didakwa gagal menyelesaikan masalah bencana yang berlaku menyebabkan pesawah berdepan kerugian. Dia dakwa sepatutnya KADA sedar setiap tahun berlaku musim kemarau dan sudah ada langkah proaktif yang perlu dilakukan. Kita juga akui musim kemarau namun lokasi sawah kami begitu dekat dengan Sungai Kelantan dan air di sungai berkenaan masih banyak, kenapa tidak dapat disalurkan air?. Pesawah juga melihat ada pam di sungai berkenaan namun air tidak juga sampai ke sawah kami. Inilah masalah kami saban musim sejak beberapa tahun lalu, sampai bila kami terpaksa berdepan kerugian. Disebabkan talir yang rosak menjadikan punca air kering kontang mengakibatkan tanah padi seluas 200 hektar yang diusahakan mereka rosak. Pesawah lain yang dikenai Mohd Arif (30) yang mengusahakan sawah seluas 28 hektar sejak 15 tahun lalu nyatakan dia berdepan kerugian hampir RM80,000 sekiranya masalah air tidak dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari. Keadaan padinya sudah tenat apabila sebahagian besar sudah bertukar kuning dan tidak boleh dibaja akibat tanah yang kering. Pesawah masih berharap pihak KADA mampu menyelesaikan masalah air secepat mungkin bagi mengelak lebih ramai pesawah berdepan kerugian.


Media sinarharian.com juga laporkan '
Cuaca panas: 100 hektar sawah bergantung air bukit, hujan terjejas' berkait dengan isu ini. Dilaporkan dimana Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) menerima aduan sebanyak 100 hektar kawasan sawah yang bergantung kepada sumber air hujan dan air bukit terjejas di beberapa negeri akibat cuaca panas. Exconya Abdul Rashid Yob laporkan aduan tersebut diterima dari kira-kira 50 pesawah di Perak, Negeri Sembilan dan Melaka yang menyatakan cuaca panas yang sedang melanda sekarang ini menyebabkan air di sawah berkurangan dan petak sawah menjadi kering. Menurutnya walapun aduan tersebut tidak menjejaskan ramai pesawah, namun tetap memberikan kesan kepada bekalan padi negara jika keadaan tersebut berterusan. Tanaman mereka sudah berusia lebih dua bulan, namun terpaksa dibiarkan sahaja dalam petak sawah kering kerana pokok padi itu tidak mengeluarkan buah. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian tinggi kerana sudah mengeluarkan modal untuk menanam padi. Sebagai satu badan bukan kerajaan (NGO) mereka berharap agar kerajaan dapat membantu pesawah yang terjejas selain memikirkan penyelesaian lain selepas fenomena El Nino kali ini diramal berlarutan lebih lama. Cuaca panas akan menyebabkan sumber air semakin berkurangan dan lebih ramai pesawah akan terjejas sekali gus menyaksikan negara bakal kehilangan hasil negara pada musim seterusnya. Kalangan pesawah di KADA juga turut mengalami masalah sumber air kerana ketiadaan sistem pengairan yang sistematik. Masalah seperti ini perlu dikawal dari awal lagi, agensi berkaitan perlu memainkan peranan secepat mungkin membantu pesawah yang terjejas sama ada melalui naik taraf kemudahan pengairan atau beri bantuan sewajarnya untuk pesawah agar mereka dapat bertahan. Sebelum ini media melaporkan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius diramalkan di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh tujuh hari ke hadapan.


Media bh.com juga laporkan '
Musim panas dijangka jejas musim baharu tanaman padi' dimana cuaca panas akibat fenomena El Nino dijangka akan memberi kesan kepada kawasan sawah yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air hujan dan air bukit untuk memulakan musim tanaman baharu. Menurut Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH) Abdul Rashid mendakwa dimana kebanyakan sawah terletak di luar kawasan tanaman Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Kini terdapat petak sawah di luar kawasan MADA dilaporkan sudah mengalami masalah tanah merekah berikutan ketiadaan sumber air mencukupi untuk pengairan. Di Kedah ada kira-kira 20,000 hektar sawah di kawasan luar MADA dimana pesawah ini di antara penyumbang kepada keterjaminan makanan negara. Begitu juga sawah di negeri lain seperti di Melaka dimana terdapat kawasan sawah yang turut terkesan dengan cuaca panas sekarang. Kini tanah sawah mula merekah kerana tiada hujan dimana jadi keadaan ini membimbangkan untuk mereka memulakan tanaman musim seterusnya, jika cuaca panas berterusan tanpa hujan, kita khuatir mereka akan menangguh jadual penanaman padi. Cuaca yang terlalu panas ketika ini juga mengakibatkan ramai pesawah terpaksa mengehadkan aktiviti kerja di sawah. Ada ramai pesawah memilih keluar ke sawah awal iaitu selepas Subuh dan sudah kembali ke rumah pada jam 10 pagi sebelum kembali semula ke sawah pada jam 5 petang. Kini waktu antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang sangat panas dimana kalangan pesawah dapati aktiviti di sawah agak terganggu (apa lagi di bulan Raadan 1445H ini) dan dinasihatkan pesawah untuk jaga kesihatan kerana ramai pesawah ini berusia 50-an ke atas. Mereka agak berisiko untuk terkena strok haba.  Bagaimana pun bekalan air untuk sawah di kawasan MADA tidak banyak terjejas dan kini sudah lebih 10 peratus padi sudah dituai. Ada beberapa Jabatan dan agensi berkaitan seperti MADA, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (AIDA) dan lain-lain sudah membuat persediaan untuk menghadapi fenomena El Nino yang dijangka lebih buruk pada 2025. Perancangan lebih awal perlu dilakukan dari sekarang agar bekalan air mencukupi untuk pertanian. Dibimbangi apabila musim tanaman lewat dimulakan akibat taburan hujan berkurangan, maka ia akan memberi kesan kepada musim seterusnya dan ini boleh menyebabkan masalah lebih besar. Pesawah kini bimbang jika berlaku kekurangan dan kelewatan benih padi seperti yang berlaku sebelum ini. Jadi agensi berkaitan pertanian ini kena bertindak segera dan lebih proaktif selesaikan masalah pesawah. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
CUACA PANAS... BERLAKU FENOMENA....
KEKURANGAN AIR...MUSIM BENCANA....
PADI TERENCAT... KURANG HASILNYA...
TINDAKAN PENTING...BERAS PERLU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...