Aktiviti Kasi atau Kembiri (castrate) haiwan jantan seperti lembu, kambing, kerbau dan haiwan liar lain adalah satu proses dimana testis kambing jantan dibuang untuk menjadikan kambing tersebut sesuai menjadi kambing pedaging. Bagaimana pun bukan semua orang boleh melakukannya kerana ia melibatkan aktiviti pembedahan yang agak rumit dimana jika tersalah lakukannya boleh menyebabkan kecederaan yang membahayakan haiwan ternakan tersebut. Ini kerana perlu ada peralatan dan bahan kimia khas yang sesuai digunakan dan dilakukan dengan profesional. Bagaimana pun bagi penulis blog tidak hairan kerana masa dulu di kampung banyak kali membantu keluarga melakukan kasi terhadap banyak ekor kambing jantan dan belajar juga secara amali semasa belajar di universiti tahun 1980'an dahulu. Kesannya dimana bagi haiwan yang dikasi menyababkan apabila testis pada zakar haiwan jantan ini dibuang maka haiwan jantan tersebut tersebut tidak dapat mengawan di mana ianya akan menjadi lebih cepat gemuk atau lebih cepat membesar untuk disembelih atau dijual akibat kurang aktif untuk mengawan. Dalam mengkasi haiwan ini ada banyak tujuan antaranya seperti dinyatakan bagi membolehkan haiwan tersebut lebih cepat membesar untuk di jual dimana ia akan menguntungkan penternak juga. Tujuan lain selalunya bagi menjinakkan haiwan tersebut (seperti lembu) agar sesuai digunakan sebagai haiwan untuk kegunnan pengangkutan (kereta lembu), membajak tanah di kebun, menarik treller hasil tanaman (kelapa sawit satu masa dulu), menarik alat proses bijirin (menarik alat penggiling gandum atau mengepam air dari kolam dalam) dan sebagainya. Lazimnya lembu jantan yang di kasi ini sudah 'tidak garang' untuk mengawan lagi berbanding dengan lembu jantan normal datang biang untuk mengawan dengan lembu betina yang sedang 'heat'. Cuba bayangkan kalau sedang tarik kereta lembu dan kemudian ia 'mengamuk' untuk mengejar lembu betina yang sedang 'heat' untuk mengawan tentulah huru-hara jadinya. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dimana dilaporkan pada asasnya, para ulama’ mazhab Syafi’e membolehkan mengasi haiwan yang halal dimakan ketika haiwan tersebut masih kecil, dan juga mengharamkannya ketika haiwan tersebut sudah besar. Imam Nawawi menukilkan pendapat Imam Baghawi yang menyebut: “Haram mengasi semua haiwan yang tidak boleh dimakan. Adapun haiwan yang boleh dimakan maka boleh mengasinya ketika masih kecil, dan haram ketika sudah besar. Ulama’ Hanabilah membolehkan pengembirian binatang ternakan kerana ia akan mengelokkan (menggemukkan) dagingnya, dan memakruhkan mengasi binatang yang tidak halal kerana tidak ada manfaatnya dan menyakiti mereka. Begitu juga para ulama’ Hanafiyyah dan Malikiyyah juga membolehkan pengembirian pada haiwan ternakan yang halal dimakan.
Menternak Lembu Pedaging kini merupakan salah satu aktiviti yang mendapat perhatian kerajaan Malaysia. Kita di Malaysia merupakan negara pengimport daging dari beberapa negara untuk kegunaan tempatn kerana kadar pengeluaran daging segar tempatan jauh daripada mencapai kadar kecukupan saradiri (Self sufficient level). Ini termasuk juga kekurangan pengeluaran susu lembu yang teraksa diimport untuk kegunaan industri dan kanak-kanak. Dalam pada itu terdapat banyak skim penternakan lembu yang ujud dinegara ini. Antarannya adalah PINTAR. Pendekatan konsep PINTAR ini atau singkatan kepada Projek Integrasi Ternakan Ruminan dengan tanaman kekal seperti getah atau kelapa sawit.Ia merupakan satu bidang usaha berinput rendah (low input). Ternakan lembu pedaging dibawa masuk untuk menggunakan rumput yang terdapat dengan banyak di dalam sesuatu ladang dimana ini bermakna jumlah stok adalah bergantung kepada kuantiti rumpai yang sedia ada. Sila baca artikel penuh tulisan saya dalam blog ini dengan pautan (Sila Klik Disini). Sehubungan itu apabila kuantiti rumpai berkurangan (apabila getah atau kelapa sawit meningkat tua), stok ternakan perlulah dikurangkan sehingga cukup untuk meragut rumpai yang ada saja. Ianya memberi maksud mana-mana kawasan perladangan yang tiada rumpai yang mungkin berpunca dari aktiviti meracun rumpai tersebut, tidak boleh atau tidak sesuai menjalankan projek pintar.Apabila sumber makanan berkurangqn lazimnya pengusaha terpaksa memberi makanan tambahan PKC (Palm Kernel Cake) atau PKE (Palm Kernel Expeller) atau pelepah sawit yang dirincih untuk mencukupkan keperluan makanan yang diperlukan. Ia juga bukan merupakan konsep Pintar kerana menyebabkan kos pengurusan meningkat. Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini hanyalah ubat-ubatan, garam galian, sumber air, peralatan pengenalan ternakan termasuklah kandang yang sesuai dan system pagar elektrik. Satu ciri yang terdapat pada Pintar ialah sistem ragutan berpusingan mengikut amalan yang telah ditetapkan. Misalnya kawasan seluas 400 hektar selesai diragut sepenuhnya dalam tempoh 90 hari atau 3 bulan. Ianya hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan system pagar elektrik. Dari sudut ekonomi keuntungan boleh didapati dalaam kedua dua bidang iaitu penghasilan sawi atau getah dan penternakan lembu pedaging. Keperluan daging lembu sebagai sumber protin masih jauh daripada mencukupi.
Menarik kisah dala hmetro.com bertajuk 'Tak kisah dianggap gila kerana lembu' iaitu kisah dari Marang, Terengganu untuk dikongsikan. kata mereka dimana apabila sudah minat maka duit bukan masalah dan tidak kisah jika orang menganggap kami gila kerana membeli lembu baka dengan harga puluhan ribu ringgit dakwa Nor Faizi Mamat dan dua abangnya yang menjadi penternak di Kampung Bukit Parit yang sanggup untuk mereka menghabiskan lebih RM200,000 untuk membeli lembu baka pelbagai jenis termasuk Limosin, Charolais Blonde dan Belgium Blue sejak 2014. Tiga beradik itu tular di media sosial selepas membeli seekor lembu betina baka Charolais Blonde bersama seekor anak berusia empat bulan di Kelantan dengan harga RM50,000 pada April lalu. Meraka kini gembira terbabit dalam bidang penternakan itu kerana minat yang asalnya hanya suka-suka sahaja tetapi tidak sangka apabila bidang penternakan itu memberi pulangan keuntungan yang lumayan. Mereka sepakat mengumpul modal dan membeli beberapa ekor lembu baka yang terbaik sebelum membiaknya di tanah seluas 2.5 hektar peninggalan arwah bapa. Setakat ini dia bersama abangnya sudah menjual lebih 40 ekor lembu baka sejak 2016 sehingga sekarang. Lembu baka itu dijual mengikut jantina dan gred. Biasanya lembu betina jauh lebih mahal berbanding lembu jantan dimana harga setiap lembu mengikut harga pasaran tetapi fleksibel bergantung kepada jenis baka iaitu RM15,000 ke atas. Dakwa mereka paling mahal dan terbaru kami menjual lembu baka Charolais dengan harga RM35,000 seekor pada awal tahun lalu. Mereka tidak bimbang untuk membeli lembu pada harga mahal kerana permintaan terhadap ternakan itu sentiasa tinggi. Biasanya anak lembu betina berusia beberapa bulan sudah ditempah malah ada yang menawarkan harga sehingga RM25,000 seekor. Sebab itu mereka tidak peduli apabila segelintir penduduk menyindir dan mentertawakan kami kerana membeli lembu dengan harga mahal kerana yakin dengan potensi bidang penternakan itu. Cara untuk mereka menguruskan semua lembu bakanya itu seawal 8 hingga 11 pagi dan 4.30 petang hingga 6.30 petang pada setiap hari. Kos makanan untuk semua lembu yang diternak ialah RM3,000 sebulan selain pemberian makanan alternatif lain seperti rumput napier. Mereka berterima kasih kepada semua pihak yang membimbing dan membantunya dalam menjalankan kegiatan penternakan itu. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu antara yang banyak membantu mengembangkan kegiatan penternakan yang dijalankan termasuk pemberian sumbangan kandang lembu yang lebih baik/ Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.