Kali ini dipilih satu peribahasa yang agak unik iaitu 'LEPAS DARI MULUT HARIMAU, JATUH KE MULUT BUAYA' dimana ia mengaitkan dua jenis haiwan ganas yang amat digeruni pembaca blog semua. Haiwan tersebut adalah Harimau (Tiger) dan juga Buaya (Crocidile) yang ada di Malaysia sama ada dalam keadaan liar atau pun yang di letakkan di dalam Zoo. Peribahasa ini mungkin masih kerap digunakan dalam masyarakat tempatan apabila dikaotkan dengan kehidupan seharian. Apa pun peribahasa 'Lepas dari mulut harimau jatuh ke mulut buaya memberi maksut iaitu 'Lepas dari bahaya yang besar, lalu jatuh ke dalam bahaya yang lebih besar lagi' atau juga di maksudkan sebagai 'Kesialan yang bertubi-tubi' dan adalah malang bagi sesiapa yang melaluinya. Walau pun hakikat sebenarnya apabila harimau sudah mengigit mangsanya ketika dia lapar memang amat sukar sesiapa sahaja melepaskannya dan begitu juga kalau sang bedal sudah menangkap mangsanya memang tidak akan dilepaskan lagi. Itulah keunikan peribahasa kiasan ini yang dicipta oleh orang dulu-dulu yang hebat kesannya. Mungkin boleh dibayangkan situasi dimana sang harimau dan buaya berebut akan mangsanya dan kalau harimau terlepas tetapi buaya menang boleh jadi juga. Apa pun jika dirungkai dimana peribahasa mengenai harimau dan buaya ini juga menggambarkan seorang yang lepas dari masalah besar, namun kemudian ia jatuh lagi ke dalam bahaya yang lebih besar lagi dimana keadaan sedemikian memang amat sukar dan dahsyat. Mungkin dalam kehidupan sebenar tidak semua orang mampu untuk menghindari masalah dalam hidup ini kerana lazimnya semua inginkan suatu kebahagian dan kesenangan. Sebenarnya memang tidak ramai orang yang akan mampu melalui masa sukar dan pada akhirnya kemuidan ramai yang menyerah sahaja kepada tuhan yang maha esa atau menyerah kepada keadaan. Oleh itu setiap orang perlu bertahan untuk menghadapi kesukaran yang dilalui terutama kekuatan mental dan sokongan dari semua pihak untuk menghadapinya. Artikel pada petang khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas menegenai haiwan harimau dan buaya yang dijadikan kiasan dalam aspek teknikal untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Haiwan Harimau (Panthera tigris) yang juga dipanggil harimau belang atau pak belang) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera dan sebagai anggota famili Felidae. Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter dan berat 300 kilogram dimana ia ganas dan merbahaya kepada manusia juga. Harimau mempunyai corak belang menegak berwarna hitam yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan. Di Malaysia ada spesis Harimau Malaya merupakan hidupan liar yang menjadi kebanggaan khazanah negara sehingga menjadi jata dalam loga Malaysia. Ia digelar dengan nama ‘Pak Belang’ yang dikenalpasti pada tahun 2004 yang kemudiannya dijadikan sebagai haiwan kebangsaan Malaysia. Harimau Malaya juga merupakan sub-spesis harimau paling kecil berbanding 8 saudara sub-spesisnya yang lain. Seekor Harimau Malaya jantan dewasa mempunyai berat sekitar 100-120kg dengan panjang melebihi 8 kaki dan tinggi tubuh mencecah 114cm. Walau pun harimau Malaya berat akan tetapi ia memang laju berlari dengan yang dewasa seberat 80kg hingga 129kg setiap ekor. Ia boleh capai kelajuan larian mencecah sehingga 96km/jam. Setiap Harimau Malaya adalah melalui belangnya yang berbeza iaitu ia sama seperti cap jari manusia. Habitan asal harimau Malaya hanya wujud di Tanah Semenanjung Malaysia dan ia tidak dijumpai di Sabah dan Sarawak. Habitat utama harimau merentasi tiga landskap iaitu Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Johor, Pahang). Harimau Malaya hidup bersendirian kecuali ketika hendak mengawan atau masih beranak kecil. Proses mengawan berlaku sepanjang tahun dan menghasilkan dua atau tiga ekor anak. Anak Harimau Malaya akan tinggal bersama ibunya untuk tempoh dua tahun. Ini kerana anak harimau tidak dapat melihat (buta) selepas dilahirkan. Mata anak harimau akan terbuka antara 6-12 hari. Namun ia hanya dapat melihat selepas beberapa minggu kelahiran. Ini menjadikan anak harimau terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ibu harimau (harimau betina dan hidup berkeluarga sepanjang tempoh hingga berusia hampir 18 bulan. Usia hayat seekor Harimau Malaya adalah antara 21 hingga 26 tahun. Tidak seperti kebanyakan spesis kucing yang lain dimana spesis Harimau Malaya sukakan air dimana ia boleh berenang antara 7km - 29km sehari untuk mengawasi kawasan jajahannya. Secara purata seekor harimau ini akan menghabiskan 18-20 jam sehari untuk tidur terutamanya di waktu siang. Ia selesa tidur di atas batu-batuan atau di atas rumput liar dalam jajahannya. Harimau Malaya akan memburu mangsa ketika waktu pemangsanya sudah ‘berehat’ agar ia dapat menjimatkan tenaga. Kini jumlah Harimau Malaya hanya tinggal kurang daripada 200 ekor sahaja lagi kerana diancam kepupusan akibat kerakusan manusia dengan kekayaan wang yang memusnahkan ekosistem alam.
Haiwan Buaya (Crocodylinae) adalah reptil semi-akuatik yang sangat besar.
Buaya air masin atau buaya muara dilaporkan sebagai jenis buaya hidup terbesar di dunia dimana di Sabah dan Sarawak ia memangsa manusia. Saiz buaya dewasa berukuran sekitar 4.3 hingga 7.0 meter iaitu dengan berat 498 - 997 kilogram!. Apa puun badan buaya yang ramping membolehkannya dapat berenang dengan cepat, ia juga mampu melipat kakinya ke kiri semasa berenang dimana ini akan meningkatkan kecepatan berenang dan kakinya membantu berenang dan membelok. kaki buaya membolehkan ia bergerak laju diatas tanah dan berenang didalam air. Buaya merupakan haiwan kuno yang berevolusi sehingga ke hari ini dalam aspek perilaku, sosial, dan fizikalnya. Buaya dilaporkan satu-satunya reptilia yang mampu membuat bunyi khas dan ia boleh berkomnikasi melalui beberapa cara termasu dengan berdesis, dengusan, kicauan, sendawa dan geraman serta suara inframerah. Proses pembiakan buaya berlaku didalam air dan kemudian akan bertelur dibanyak lokasi termasuk ditepi sungai. Jangkamasa menetas bertelur berbeza mengikut spesis dimana ia boleh menetas dalam masa seminggu sehingga selama 6 bulan. Telur buaya memiliki kulit cengkerang yang koat akan tetapi agak transparen semasa di periksa di makmal. Embrio buaya tidak memiliki kromosom seks atau jenis kelamin tidak ditentukan secara genetik tidak seperti manusia. Namun suhu yang menentukan jenis kelamin. Buaya dapat banyak ditemui dikawasan tanah rendah di kawasan berair tawar dan air payau. Buaya adalah sejenis predator yang mengintai mangsanya dengan sabar berada di bawah permukaan dekat tepi air sebelum menyambarnya. Apa pun populasi buaya liar dilaporkan ia semakin berkurangan diseluruh dunia kerana di buru kecuali dibebearpa negara yang dijadikan haiwan ternakan dimana populasinya meningkat. Buaya di buru aatau diternak untuk kulitnya yang digunakan sebagai beg tangan, aksesori, tali pinggang dan produk lainnya. Ada juga dilaporkan orang akan daging buaya dan dijadikan ubat.
Menarik kisah dalam nstp.com iaitu yang bertajuk 'Rakyat mengeluh harga barang naik kerana SST' yang berkaitan dengan peribahasa diatas. Tidak berapa lama dulu portan ini melaporkan dimana Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap beberapa barang asas dan keperluan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat setempat. Hasil dari tinjauan NSTP bagi mendapatkan respon orang ramai mendapati, walaupun SST baru diperkenalkan semalam, pengguna dilihat sudah mula mengeluh dengan kenaikan harga barang apatah lagi bagi mereka yang tidak peka dengan senarai lengkap barangan yang dikenakan cukai. Berdasarkan barang yang disenaraikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), makanan laut yang diproses adalah antara yang dikenakan cukai. Antaranya ikan kering, ikan masin bulu ayam, ikan pekasam, ikan tamban, udang geragau dan udang kering. Bagi suri rumah iaitu Riri Nelvia mendakwa dia berpendapat adalah tidak wajar untuk barangan kering seperti itu dikenakan cukai kerana ia adalah barang asas. Selepas beberapa insentif rakyat ditarik balik oleh kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), beliau berharap kerajaan lebih bertimbang rasa dengan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi. Dia merasa sangat tidak wajar bagi ikan kering untuk dikenakan cukai. Bukankah lebih baik barang yang lebih besar dikenakan cukai seperti barang elektrik dan sebagainya. Peniaga juga mengambil kesempatan dengan pelaksanaan SST ini, bagi sesetengah barang saya lihat ia beberapa kali dinaikkan dan diturunkan harga. Mereka bagi alasan SST sedangkan tidak semua barang dikenakan cukai. Perbezaan ketara terhadap harga ikan kering tenggiri dikenal pasti oleh seorang pemandu iaitu encik Zaidi Soaid yang terkejut dengan harga baharu selepas SST. Dulu pada kebiasaannya, harga asal bagi sekilo ikan kering tenggiri antara RM13 hingga RM14 saja akan tetapi kini saya lihat harganya RM55 sekilo dimana dia cukup terkejut. Kini rakyat tersepit dalam keadaan sebegini dimana dia tidak pasti sama ada harga itu dikenakan kerana cukai SST atau peniaga yang mengambil kesempatan dalam situasi ini. Ramai pengguna yang turut menerima kesan terhadap kenaikan harga barang. Pengguna mendakwa mereka dilaporkan cuba positif dengan pentadbiran kerajaan baru, tetapi rasanya ‘keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya’. Mereka nyatakan jika dulu beban dengan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) kini dengan SST pula dimana rakyat tersepit disebabkan banyak lagi barang yang dinaikkan harga oleh pembekal. Pengguna berharap senarai lengkap barangan yang dikenakan cukai itu dimuktamadkan secepat mungkin. Apa pun harga barang ada yang masih dikawal dimana tiada sebarang aduan dari pelanggan mahupun kenaikan harga dari pembekal. Pengguna berharap barang kecil seperti keperluan asas tidak dikenakan cukai supaya semua pihak di setiap peringkat tidak terbeban. Pada penulis blog isu kenikan barang keperluan seperti makanan asas dan makanan siap proses memang ketara kenaikannya pada tahun 2023. Kos cukai perkhidmatan dan sebagainya dilihat turut naik pada tahun 2023 memang amat dirasai semua rakyat.
Dalam portal lain dilaporkan 'Selain bebankan rakyat, ini 2 lagi sebab kenapa rakyat sekali lagi tolak GST' menarik dikongsikan. Dilaporkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan di Malaysia ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 telah pun berkuat kuasa pada 1 April 2015. GST melibatkan pembekalan berkadar standard sebanyak enam peratus, pembekalan berkadar sifar, pembekalan dikecualikan cukai dan pelepasan daripada pengenaan dan pembayaran cukai. Apa pun penguatkuasaan cukai GST bertujuan untuk mentransformasikan sistem percukaian negara dan merangsang ekonomi negara yang semakin membangun untuk mencapai status negara maju. Kadar standard untuk GST adalah enam peratus dan ia dikumpulkan pada setiap peringkat rantaian bekalan. Cukai tersebut telah dimansuhkan pada 2018 dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Bagaimanapun pada 2023, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan terbuka untuk memperkenalkan semula GST sebagai salah satu strategi untuk memperluas asas hasil bagi mencapai kemampanan fiskal. Menurutnya, kerajaan bersikap terbuka dan akan melalui apa sahaja cara bagi mencapai kemampanan fiskal menerusi asas hasil lebih luas, sama ada cukai keuntungan modal, GST atau sebarang bentuk cukai langsung atau tidak langsung. Dalam pada itu, kerajaan akan menjawab pertanyaan sama ada akan mengembalikan semula sistem GST pada Isnin depan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, maklum balas daripada ahli Parlimen telah diterima dan perkara itu akan dibincangkan di Dewan Rakyat. Meskipun cukai itu diyakini dapat merancakkan semula pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk masa akan datang, namun masih terdapat rakyat yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Sehubungan itu, Majoriti senaraikan tiga sebab mengapa rakyat mungkin menolak GST dikembalikan semula disebabkan pendapatan rakyat masih rendah dimana ia berbeza dengan negara lain yang melaksanakan cukai GST termasuk Singapura, Kanada dan New Zealand yang mana pendapatan minimum rakyat mereka adalah munasabah. PM Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah berkata dimana agak mustahil untuk melaksanakan semula GST dalam tempoh enam bulan atau setahun akan datang kerana pendapatan rakyat masih rendah. Pendapatan rakyat mesti naik dahulu, nilai ambang itu perlu munasabah dimana kerajaan tidak boleh dalam cuba mempertimbangkan untuk melaksanakan semula GST ketika ini kerana jumlah golongan susah masih ramai. Sekarang ini (golongan susah) masih terlalu ramai, 130,000 miskin tegar, B40 yang ramai, jadi tidak boleh dipertimbangkan untuk masa sekarang. Dilaporkan dimana GST tidak bantu ekonomi Malaysia jika keberhasilan cukai itu juga terus menjadi pertikaian banyak pihak. Malah ada juga yang berpandangan, sekiranya GST benar-benar memberi hasil besar kepada negara dan menarik pelaburan asing, mengapa ekonomi Malaysia terus merosot sejak GST dilaksanakan?. Ada para pendakyah GST sering mengemukakan alasan bahawa hanya 16.5 peratus rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dimana mereka berpendapat bahawa nilai itu tidak cukup untuk ekonomi negara. Bagi mereka, GST akan memastikan setiap warganegara dan pemastautin dikenakan cukai. Kin idilaporkan GST tidak membezakan antara golongan kaya dengan golongan miskin dan dilihat GST membebankan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. GST adalah satu bentuk cukai regresif yang mengenakan kadar cukai yang sama untuk setiap orang tanpa mengira kaya atau miskin, golongan berada atau golongan daif. GST boleh dikatakan sebagai tidak adil kepada kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana cukai itu tidak membezakan antara golongan kaya yang mempunyai pendapatan yang lebih besar dengan golongan miskin yang berpendapatan kecil. Inilah yang dimaksudkan bahawa GST memberi kesan regresif dalam pengagihan pendapatan. Mekanisme percukaian tersebut dikatakan regresif apabila jumlah yang dikenakan cukai meningkat, kadar cukai keseluruhan menurun, maka mekanisme percukaian ini dikatakan regresif. Justeru, GST tidak sesuai dilaksanakan ketika ini kerana rakyat sudah terbeban dengan pelbagai kos perbelanjaan harian, ditambah kos harga barangan yang semakin meningkat. Semuga artikel ini yang membincangkan peribahasa unik ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.