Support My Blog

Monday, April 8, 2024

VARIETI BAWANG MERAH DI INDONESIA (Pt 2)

TERDAPAT BEBERAPA VARIETI PADI UNGGUL yang di tanam oleh jutaan pesawah dan petani dan jutaan hektar tanaman padi di Indonesia bagi menghasilkan jutaan metrik tan padi setiap tahun. Begitu juga dengan industri tanaman bawang merah dimana ada ratusan ribu petani dan ratusan ribu hektar tanaman bawang merah yang menghasilkan sekitar 2 juta metrik tan setahun. Bawang Merah (Allium cepa L.) dilihat merupakan salah satu komoditi penting dalam kategori Tanaman Pangan (tanaman makanan) yang kini semakin diberi penekanan kerana harga komoditi tersut sudah naik mendadak masa ini. Walau pun negara tersebut ada terus menanam dan menghasilkan bawang merah sendiri akan tetapi mereka masih lagi mengimport 20% bawang merah daripada Vietnam, Thailand dan beberapa negara lain tetapi juga mengeksport 20% bawang mereka keluar. Dilaporkan dimana Kabupaten Brebes di Jawa Tengah adalah merupakan kawasan terluas menanam bawang merah di Indonesia sejak dahulu dan di jadikan komoditi penting di lapangan. Bawang Merah dilaporkan menjadi tanaman utama di kalangan pesawah yang dijalankan sebagai tanaman bergilir dengan tanaman padi semenjak dahulu lagi. Merujuk Badan Pusat Statistik (BPS sama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia) dimana di Indonesia mereka mampu menghasilkan bawang merah sebanyak 1.97 juta metrik tan pada tahun 2022. Apa pun jumlah tersebut menurun sebanyak 1.51% dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang mencapai pengeluaran sebanyak 2.00 juta metrik tan. Di laporkan dimana Pulau Jawa sendiri sejak duliu dimana ia memberikan sumbangan sebesar 75% dari jumlah pengeluaran bawang merah. Sementara kawasan yang luas penanaman utama bawang merah (penghasil utama bawang merah) adalah di Jawa Barat (Indramayu, Kuningan, Garut, Cirebon dan Majalengka), Jawa Tengah (Brebes, Tegal, Boyolali, Pemalang, Magelang, Rembang, Kebumen dan Pati), sementara di Jawa Timur (Malang, Probolinggo, Nganjuk, Banyuwangi, Mojokerto, Magetan, Tuban, Pamekasan dan Sampang). Sementara di luar Jawa terdapat di Sumatera Utara (Tapanuli, Samosir, dan Dairi), Sumatera Barat, Sumatera Selatan (Ogan Komering Ulu, Lahat, dan Palembang), Bali, NTB (Lombok Timur, Bima, Lombok Tengah, Sumbawa, Lombok Barat, dan Dompu), Sulawesi Selatan (Enrekang). Bawang merah adahan komoditi unggul yang menjadi salah satu komoditi nasional yang selalu turun naik teutama dari segi harga dan pengeluarannya. Ini kerana ada kalangan petani yang gagal menghasilkan bawang merah di sebabkan banyak faktur seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit di kebun. Artikel pada subuh ini di bilik 806, Royal Hotel, Bogor, Jawa Tengah, Indonesia saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology''  mengenai beberapa varieti bawang merah utama di Indonesia untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Di laporkan dimana permintaan bawang merah terus naik dimana isu ini seiring dengan peningkatan penduduk dan pada masa sama pengeluaran dan ketersediaan benih bermutu di lapangan menjadikan ia seimbang. Penanaman bawang merah kini dilakukan pada keadaan agroklimatik yang ideal. Di antaranya berpunca dari ketinggian lokasi penanaman bawang merah yang sesuai iaitu pada ketinggian diantara 0 - 1,000 meter dari paras laut dengan ciri tanah jenis aluvial (nilai pH tanah pH5.6 - pH6.5), mempunyai tahap kelembapan udara 50 - 70%, suhu 25 - 32⁰C. Bagaimana pun aktiviti penanaman bawang merah banyak bergantung kepada minat petani dalam memilih varieti bawang tertentu. Ini kerana bukan semua varieti bawang merah yang disenaraikan sesuai untuk semua lokasi diatas faktur mikroklimat seperti jenis tanah, suhu, kelempapan, cara pengurusan dan sebagainya yang melibatkan faktur seperti 'location specific'. Terdapat beberapa varieti bawang merah yang diminati oleh petani mengikut kawasan tertentu iaitu ia berdasarkan kepada pengalaman dan jumlah penghasilannya serta amalan agronominya. S
sebagai contoh dimana kawasan seperti Solok-Sumatera Barat (sesuai varieti SS Sakato), Parigi Moutong- Sulawesi Tengah (varieti Tinombo) dan bagi kawasan di Sigi- Sulawesi Tengah (sesuai varieti Lembah Palu). Varieti tersebut merupakan varieti yang unggul dan ia spesifik lokasi dimana kemudian diistiharkan menjadi varieti unggul terbaik nasional. Selain wilayah tersebut dimana ada terdapat pula wilayah di provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) yang mempunyai varieti unggul lebih khusus atau varieti bawang merah spesifik lokasi dimana ia memang banyak ditanam atau diminati oleh petani setempat. Varieti bawang merah yang dimaksudkan adaah seperti Varieti Tiron, varieti Crok Kuning dan varieti Srikayang. Para saintis di Indonesia memang sentiasa membuat kajian dan penyelidikan mengenai industri bawang sejak lama dahulu dan di berikan kepada petani untuk menanamnya termasuk kajian biakbaka (plant breeding), kajian amalan agronomi, kajian kawalan perosak sehingga kepada aktiviti lepas tuai. Berikut adalah beberapa varieti popular bawang merh di Indonesia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


(5) VARIETI 'PANCASONA'

Bawang merah jenis ini juga merupakan hasil pembiakan secara kacukan silang diantara varieti bawang merah B 2575 dengan varieti bawang merah B 4127. Hasil tinjauan mendapati dimana bawang ini mempunyai ciri-ciri khas dimana daunnya dilihat ia berwarna hijau agak tua dimana pada setiap umbinya pula selalu ia mempunyai sebanyak 5-6 helai daun. Ciri lain dimana pada bahagian umbi silihat ia berbentuk bulat dengan ukuran tinggi 2.0-2.75 cm dan ukuran diameter 1.50 - 2.65 cm dimana warna umbi adalah merah keunguan (Sila lhat foto disebelah). Dalam pada itu ukuran umbi boleh ia menjadi ukuran saiz sangat besar dimana dilaporkan ada umbinya yang berat paling kecil hanya 5 gm sebiji dan saiz paling besar beratnya mencecah sehingga 32 gm sebiji. Bawang ini dapat dituai  dengan masa lebih cepat dibandingkan varieti jenis lainn iaitu 50 - 57 hari selepas di tanam dan kehebatannya dimana masa simpananan varieti Pancasona ini adalah cukup lama antara jangkamasa 3 - 4 bulan setelah dituai.


(6) VARIETI 'SEMBRANI'

Bawang merah ini merupakan hasil proses kacukan silang antara varieti Bawang merah Thailand dengan varieti Bawang Bombay. Bawang merah ini mempunyai daun berwarna hijau muda dan bentuk umbinya sangat bulat dengan warna merah pucat. Waktu berbunga varieti ini adalah lebih singkat iaitu 28 hari setelah tanam dan dilihat ia sudah boleh dituai pada umur 54-56 hari setelah di tanam. Ciri lainnya dimana varieti ini akan tahan disimpan antara 2-4 bulan setelah sudah proses penuaian. Dilaporkan potensi hasi varieti sembrani ini sekitar 9.0 - 24.4 metrik tan sehektar. Daalam pada itu varieti ini sesuai beradaptasi dengan baik keadaan penanaman dataran tanah rendah pada ketinggian 6 - 80 mdpl (meter dari paras laut) terutama jika ditanam pada musim kemarau. Kawasan tanah rendah akan berlaku masaalah penykiat jika di tanam pada musim hujan.


(7) VARIETI 'TRISULA'
Bawang merah varieti 'Trisula' ini adalah merupakan varieti klon iaitu hasil dari proses pembiakan kacuk (kawin silang) diantara varieti bawang merah B 2558 dengan varieti bawang merah B 4127. Apa pun dilaporkan yang varieti ini adalah sesuai untuk ditanam terutama di kawasan tanah tinggi. Ciri-ciri bawang ini dimana mempunyai daun yang berwarna hijau tua yang jumlahnya hanya 4 - 5 helai setiap umbi dimana ciri warna umbi adalah merah tua dengan bentuk yang agak panjang, pipih, serta runcing (Sila lihat foto disebelah). Varieti ini apa yang penulis blog diberitahu dimana ia akan berbunga pada hari ke 24 - 35 setelah tanam dimana dilaporkan ia boleh dituai pada hari ke-50 setelah tanam. Ciri lain dimana varieti ini memang ia tahan disimpan selama 5 bulan setelah di tuai dengan dilaporkan mempunyai potensi hasil sekitar 6.5 - 23.21 mt sehektar. Berat setiap umbi sekitar  10 - 25 gram sebiji dengan bilangan 5 - 7 umbi setiap rumpun bawang. Kepadatan tanaman varieti ini diantara 220,000 - 330,000 rumpun sehektar dengan agak mudah penjagaannya.


(8) VARIETI 'TSS Agrigorti 1'
Bawang merah ini merupakan baka hasil kacukan dari varieti bawang merah 'Tiron' dengan varieti 'Maja Cipanas'. Cirin bagi bahagian daun berwarna hijau dan cukup banyak jumlahnya dari setiap umbinya dengan sebanyak 8 helai. Umbi bawang varieti ini adalah berbentuk pipih tapi bulat dengan diameter 3.33 - 3.42 cm. Setiap rumpun bagaimana pun hanya ada 1 - 2 umbi sahaja. Varieti ini dilaporkan memang ia cepat berbunga iaitu dalam masa 29 - 36 hari setelah ditanam walau pun dilaporkan dimana bawang merah trisula lebih cepat lagi. Proses penuaian pula boleh dilakukan 66 - 68 hari setelah tanam yang mana ia dilihat apabila 80% batang sudah lembik. Varieti ini 
mempunyai ketahanan terhadap penyakit bintik daun ungu yang mana ia adalah disebabkan oleh Alternaria porii dimana varieti ini sesuai beradaptasi keadaan cuaca dan suhu di kawasan tanah tinggi. Potensi hasilmnya adalah tinggi iaitu di sekitar 17.32 - 24.66 me sehektar (basah) dan sebanyak 8.87 - 15.2 mt sehektar (apabila di keringkan). Varieti ini dilihat mempunyai saiz umbi besar dan kering dengan ada keupayaan penyimpanan pada suhu 25 - 30 C dimana ketahanannya sampai 2 - 3 bulan. Ia sesuai untuk di tanam pada masa luar musim walau pun berprestasi lebih baik jika ditanam pada musim kemarau di kawasan tanah tinggi.
 

(9) VARIETI 'Violetta 2 Agrihorti'
Varieti bawang merah ini merupakan hasil kacukan silang dari varieti bawang merah Sembrani dengan varieti bawang merah Kramat 1 yang mempunyai umbi berbentuk bulat dan berwarna merah muda. Varieti ini dilaporkan semasa taklimat di Brebes adalah varieti bawang merah yang paling lama untuk boleh ia dituai disebabkan selalunya jenis ini baru mula berbunga iaitu setelah 70 hari selepas di tanam. Bagaimana pun ciri hebatnya adalah dimana setelah berbunga ia hanya perlukan masa hanya 16 hari untuk di tuai. 


(10) VARIETI 'PIKATAN'
Varieti bawang merah Pikatan dilaporkan ia mempunyai umur panen berkisar 55 hari. Potensi hasil dari bawang merah ini adalah sekitar antara 6.20 - 23.31 met sehektar dengan penjagaan yang baik. Dilaporkan dimana varieti bawang merah ini mampu bertahan sampai 6 bulan untuk disimpan dalam keadaan normal. Varieti ini mempunyai daya tahan lama dijadikan sebagai varieti unggul atau varieti premium dipercayai ia dapat dalam meningkatkan pengeluaran bahan makanan untuk keterjaminan makanan negara tersebut.


Sebagai rumusan dimana b
awang merah adalah salah satu komoditi pertanian terus penting di Indonesia. Walau pun ada banyak varieti bawang merah yang ditanam di Indonesia namun secara umumnya dimana pengeluaran oleh beberapa varieti bawang merah tersebut masih rendah iaitu kurang dari 10 mt sehektar. Beberapa perkara asas yang membezakan varieti bawang merah sedia ada satu dengan varieti yang lain biasanya berpunca daripada bentuk, ukuran, warna, kekenyalan, aroma umbi, umur tanam, ketahanan terhadap penyakit serta faktur berlaku keadaan hujan dan beberapa isu lain. Penulis blog merujuk kepada pakar bawang semasa berkunjung di IPB University di Bopor yang menyatakan dimana beberapa varieti bawang merah unggul Indonesia antara lain adalah varieti Bima Brebes iaitu varieti lokal berasal dari Brebes, Jawa Tengah dimana ia boleh dituai dalam masa 60 hari setelah ditanam. Varieti ini hasinya tinggi mencapai 10 mt sehektar umbi kering dengan kadar penurunan berat umbi hanya 22% persen dari berat basah selepas menuai. Daunnya berwarna hijau yang  berbentuk selinder dan berlubang. Umbinya berwarna merah muda, berbentuk lonjong dan bercincin kecil pada leher cakramnya. Bawang merah ini resisten terhadap penyakit Reput Umbi (serangan Botrytis allii) akan tetapi ia juga peka terhadap penyakit Reput Daun (Phytophtora porii). Bawang merah ini lebih sesuai ditanam di kawasan tanah rendah.  Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan PArt 2 yang sesuai dibacaa semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agr technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN BAWANG MERAH... BAGAIMANA...
BANYAK VARIETI... DI NEGARA INDONESIA...
TINJAUAN TEKNOLOGI... PERGI KESANA...
DI TULIS ARTIKEL.. RUJUKKAN SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 806, Tingkat 8,
Royal Hotel, Jl. Ir Hj Juanda No 16,
Peledang, Kacamatan Bogor,
Jawa Barat, 16122,
Indnesia.
(8 Mac 2014).
Posted from:
Room 1406, 
Millesime Hotel, Iskandar Puteri,
Johor Bahru, Johor on 8 April 2024.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...