Banyak laporan yang mendakwa dimana pengguna perlu awas akan bahaya plastik kepada kesihatan. Penulis blog percaya ketika membeli-belah biasanya pengguna akan melihat ramuan pada makanan yang di beli untuk seterusnya mengelakkan ujudnya ramuan bahan yang merbahaya kepada kesihatan dimana ramai kurang tahu akan ancaman daripada bahan plastik. Apa pun kehadiran plastik dalam makanan ada ditemui di mana sahaja sebagai pembungkus makanan atau plastik bekas makanan (pinggan plastik) dimana sering digunakan. Paling ketara adalah botol minuman air mineral yang jelas menggunakan botol plastik walau pun air mineral di dakwa sebagai minuman kesihatan juga. Dilaporkan botol plastik dan pembungkus makanan plastik kini menjadi salah satu punca pencemaran alam sekitar dimana ini menjadikan ekosistem tercemar sama ada didaratan atau di lautan. Isu ini untuk jangkamasa panjang boleh mencemarkan seluruh rantaian makanan. Sebanrnya dilaporkan yang produk bahan plastik tidak hanya terdiri daripada polimer. Ia juga terdiri daripada bahan tambahan yang menguatkan atau memberikan sifat kepada plastik sama ada secara fizikal dan kimia. Sesetengah bahan tambahan ini dilaporkanamat toksik dan mengancam kesihatan manusia dan hidupan lain. Bahan tambahan yang amat membimbangkan dalam pembungkusan makanan dan bukan makanan ini dikenal pasti oleh Forum Pembungkusan Makanan (FPF) adalah Bahan Logam Berbahaya (diharamkan di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) untuk pembungkusan), bisphenol, ftalat dan bahan kimia PFAS. Hasil dari beberapa kajian menunjukkan bahawa bahan penambah plastik mungkin melarut resap dan berpindah ke dalam makanan memandangkan ia tidak terikat secara kimia kepada kandungan polimer plastik. Bahan penambah ini juga dilaporkan ia mempunyai kesan yang boleh menjejaskan kesihatan memandangkan sesetengahnya bahan ini adalah mengandungi bahan karsinogenik, neurogenik dan komponen pengganggu endokrin yang membawa kepada penyakit kronik, kanser, neurotoksik, necrosis, toksik kepada sistem pembiakan dan lain-lain. Ia juga berterusan kekal dalam alam sekitar dan boleh berkumpul dalam rantaian makanan. Apa pun selain daripada bahan penambah plastik berlaku situasi kemerosotan plastik kepada 'plastik mikro' dan 'plastik nano' dimana ia boleh mendedahkan ancaman kesihatan kepada manusia. Saintis menyatakan kemungkinan penghadaman dan penyedutan plastik boleh menyebabkan radang (dikaitkan dengan kanser), penyakit jantung, penyakit radang usus, reumatoid, artritis, ketoksikan sel dan lain-lain.
Memanag adalah perlu diingatkan bahawa kesan kesihatan yang mana perlu dipertimbangkan adalah hanya daripada penggunaan plastik. Kesan plastik kepada kesihatan perlu dilihat dari seluruh kitaran hayatnya iaitu daripada pengeluaran minyak sehingga ke akhir hayatnya. Sebenarnya masih tiada senarai ramuan pada plastik bagi pengguna untuk was-was akan potensi kesannya kepada kesihatan. Kesan kepada pengguna menyebabkan pengguna membeli produk plastik tanpa mengetahui kesan negatif kepada kesihatan. Ancaman bahaya plastik terhadap kehidupan manusia dimana bahan plastik bagai tidak boleh dipisahkan kerana ramai bergantung kepada penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian. Boleh dikatakan setiap rumah pasti mempunyai barangan plastik kerana ada beberapa kelebihannya seperti ia bahan yang tahan lama, kalis air, cantik dan murah menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan masyarakat selain membantu memudahkan banyak urusan harian mereka. Pada penulis blong mendapati dimana memang tidak kurang juga ramai menganggap lambakan penggunaan bahan plastik sebagai isu remeh sehinggakan mereka membuang sampah merata-rata dan bukan di tempat sepatutnya. Memang masih ramai kalangan masyarakat masih tidak menyedari plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia dan boleh ‘membunuh’. Beberapa pakar kesihatan ada menyatakan perlunya ada kempen bagi memberi aspek kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya plastik kepada manusia dan alam sekitar. Dilaporkan ada tiga bahan asas dalam membuat plastik iaitu Phthalate, Bisphenol A (BPA) dan kadangkala dicampur juga bahan Polybrominated diphenyl ethers (PBDEs). Bahan Phthalate adalah bahan paling banyak digunakan dan berfungsi melembutkan plastik yang keras. Apa pun dilaporkan yang kedua tertinggi adalah BPA sebagai bahan menjadikan plastik lebih keras, tahan lama dan menghalangnya daripada pudar. Ketiga adalah PBDEs dan bahan ini menjadikan plastik kalis air yang banyak digunakan dalam penghasilan telefon bimbit dan barangan elektrik. Apabila berlaku campuran beberapa bahan lain yang lebih bertoksik seperti pewarna dan bahan pewangi dalam penghasilan plastik bagi meningkatkan kualiti barangan itu secara tidak langsung mendedahkan lagi risiko bahaya kepada manusia. Plastik pada asasnya berbentuk polimer berantai panjang (seperti tasbih) dan apabila terlerai menjadi molekul kecil yang dipanggil monomer. Apabila ia terurai maka terhasillah BPA dan phthalate dalam air atau tanah yang akhirnya masuk ke dalam tubuh manusia serta haiwan. Kemudian hasil kajian mendapati dimana apabila bahan ini (phthalate dan BPA) masuk ke dalam tubuh manusia ia akan tersimpan di dalam lemak dan boleh menyebabkan gangguan sistem badan terutama pada kanak-kanak. Kandungan bahan phthalate yang banyak dalam darah atau badan manusia boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti.
Kajian mendapati dimana kesan lain pencemaran plastik adalah gangguan terhadap organ pembiakan terutama kepada kanak-kanak termasuk kelewatan akil baligh. Dilaporkan dimana salah satu perkara amat penting untuk ramai tahu dimana bahan ini didakwa boleh mengganggu proses pembentukan janin dalam kandungan sekiranya ibu banyak terdedah kepada phthalate. Dilaporkan ada beberapa kemungkinan lain yang boleh terjadi seperti kecacatan dan bayi akan mengalami gangguan organ pembiakan apabila dewasa kelak. Ada laporan mengaitkan plastik dengan masalah kesihatan lain termasuk kanser. Bagaimanapun kajian itu menyebut kesan bahaya plastik kepada manusia hanya dapat dilihat selepas 40 tahun. Ada kemungkinan besar peningkatan penyakit kanser yang berlaku mutakhir disebabkan penggunaan plastik secara berleluasa dan berterusan sejak sekian lama. Dalam kajian lain menunjukkan 10 peratus daripada semua plastik yang dikeluarkan di seluruh dunia berakhir di lautan dan kemudian membentuk ‘Pulau Sampah’ di tengah Lautan Pasifik. Plastik yang terurai dalam laut akan menjadi mikroplastik dan nanoplastik. Didakwa yang mikroplastik adalah zarah plastik berukuran antara lima milimeter (mm) dan 0.1 mikrometer (um) manakala nanoplastik pula saiznya lebih kecil daripada mikroplastik iaitu 0.0000000009. Kedua-dua bahan ini akan terkumpul dalam badan hidupan laut iaitu ikan apabila memakan plankton atau tumbuhan laut yang sudah dicemari mikroplastik dan nanoplastik. Ia akan terkumpul dalam badan ikan kerana haiwan ini tidak mampu menghadam dua bahan berkenaan. Pengumpulan bahan ini yang banyak akan menyebabkan kehidupan haiwan ini terganggu atau boleh mengakibatkan kematian jika jumlahnya terlalu tinggi. Kalau manusia yang makan ikan dicemari mikroplastik dan nanoplastik akan menerima kesan yang hampir sama seperti haiwan berkenaan. Kehadiran bahan-bahan itu tidak boleh dirasai manusia kerana mikroplastik dan nanoplastik tidak berbau atau berwarna tetapi bahan kimia berkenaan akan meresap dalam tubuh manusia sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Ancaman senyap daripada penggunaan barangan plastik membimbangkan banyak pihak. Kesedaran inilah yang menggerakkan sekumpulan penyelidik dari Universiti Lund, Sweden telah menjalankan kajian ke atas nanoplastik. Penyelidik mendapati nanoplastik yang terkumpul dalam tisu otak ikan menyebabkan perubahan tingkah lakunya menjadi seperti tidak aktif. Senario itu menunjukkan betapa bahayanya kesan plastik terhadap alam sekitar, manusia dan hidupan lain. Bahan plastik mengambil masa lama untuk mereput dan tempohnya bergantung kepada di mana bahan itu berada. Dilaporkan apabila bahan ini susah hendak mereput ia akan menambahkan lagi bilangan plastik sedia ada hingga menjadi beban kepada alam sekitar. Masyarakat perlu bekerjasama dan berusaha ke arah mengurangkan penggunaan plastik. Berfikir sebelum menggunakan bahan ini sama ada ia benar-benar perlu atau tidak. Sebagai contoh kehadiran botol plastik beraneka saiz bagi mengisi air mineral atau air minuman untuk jualan adalah satu perbuatan yang menambahkan lagi penggunaan plastik dalam kehidupan harian. Walau pun ada banyak langkah untuk mengurangkan bebanan plastik kepada alam sekitar dan kehidupan, contohnya bertukar kepada penggunaan bekas minuman seperti botol kaca atau bekas yang lebih mesra alam. Jika ini dapat dilakukan, maka sebahagian punca pencemaran dan punca bahaya akan dapat dielakkan.
Dalam mengurangkan risiko pencemaran plastik bagi kesihatan dimana pengguna boleh meminimakan pembelian makanan bungkus dalam plastik kedai. Penjual makanan terutamanya di kedai makan untuk dibawa pulang atau pembelian secara on-line melalui grab food atau panda food juga selalu dihantar didalam bungkusan plastik. Ada juga pelanggan yang membawa bekas dari plastik dari rumah untuk membawa makanan. Amalan terbaik dimana jika membeli makanan masih panas yang di bungkus atau diletakkan didalam bekas plastik periksa dulu agar ia dimasukkan kedalam plastik semasa panas lagi dan jika sudah agak sejuk baru dimasukkan. Kesan haba panas akan menyebabkan plastik ada tindakbalas kimia berlaku. Apa pun jika membawa bekas dari plastik dari rumah sendiri untuk diisi dengan makanan sebaiknya jangan terus minta bungkus dimana boleh beritahu penjual dan ditunggu yang makanan sudah sejuk maka bolehlah minta dibungkus. Ada banyak dakwaan dimana semua makanan panas yang kena bungkusan plastik selalunya merbahaya sangat. Di Malaysia dimana kedai mamak senang untuk membeli air atau jenis makanan yang memang ia pasti dibungkus dengan bahan pembungkus plastik. Periksa jika penjual di kedi tersebut memasukkan makanan kedalam plastik dengan minuman atau makanan panas. Boleh minum air buah atau air lain yang tidak panas menggunakan cawan atau gelas kaca sahaja. Ada amalan dimana ramai pelanggan akan meminum air panas dengan menggunakan penyedut minuman atau straw. Walau pun agak jarang akan tetapi jika sesiapa yang suka cara ini sebaiknya dihentikan. Minum air menggunakan straw terutama air panas akan memberikan ancaman pencemaran bahan plastik juga. Memanaskan makanan didalam plastik didalam microwave adalah dilarang sama sekali. Ini kerana kaedah ini dilaporkan tidak selamat kerana plastik tersebut mungkin cair atau ada tindakbalas kimia yang memang membahayakan pengguna. Sebaiknya gunakan bekas khusus untuk digunakan didalam microwave. Dimana-mana sahaja penjualan air mineral di Malaysia dan negara lain akan menggunakan botol plastik yang jernih. Botol air mineral atau bekas air plastik jangan suka dan amalkan ditinggal didalam kereta kerana jika kereta di letakkan di tempat panas maka suhu didalamnya juga akan panas dan ini menjadikan ada berlaku tindakbalas antara air mineral dengan botol plastik. Semasa memasak di dapur sebaiknya elakkan daripada menggunakan sudip atau pembancuh plastik sama sekali kerana suhu panas dalam kuali akan menyebabkan berlaku pencemaran bahan plastik dalam makanan. Sebaiknya gunakan sudip yang diperbuat daripada logam, katu atau buluh sahaja. Bagi tujuan menapis air sebaiknya pili jenis penapis air yang stainless steel. Di hotel selalu disediakan cerek atau pemanas air minuman dimana penggunaanya sudah menjadi satu kelaziman. Sebaiknya elakkan menggunakan cerek plastik tersebut untuk menyediakan air minuman panas dalam bilik hotel. Pilih pemanas air yang dibuat daripada bahan kaca atau stainless steel saja dalamnya. Dalam pada itu perhatikan walau pun banyak cerek letrik ini atau jenis pemanas air elektrik stainless steel akan tetapi penutupnya plastik yang juga berikan ancaman kesihatan. Apa pun amalan menyimpan makanan panas dalam plastik kalau diulang-ulang kali atau dilakuak setiap hari akan memberikan pencemaran plastik. Mungkin disebabkan pencemaran plastik ada pesakit kronik yang sudah berubat tetapi tidak juga sembuh mungkin berpunca dari plastik. Pada penulis blog dimana kempen kesedaran akan bahaya pencemaran plastik perlu di teruskan di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.