Penulis blog yang beberapa kali ke negara Indonesia memang ada juga sempat untuk membuat tinjauan teknologi di kebun dan mencari buku teknologi (budidaya) tanaman bawang merah disana. Bawang merah dilihat merupakan salah satu komoditi sayuran unggulan yang sejak lama telah diusahakan oleh petani secara intensif. Tanaman ini juga merupakan salah satu sumber pendapatan dan kesempatan kerja yang memberikan kontribusi cukup tinggi terhadap perkembangan ekonomi asas pertanian di beberapa wilayah. Oleh kerana tanaman bawang merah dilihat sebagai memiliki nilai ekonomi yang tinggi, maka penanam bawang merah telah cepat menyebar luas di hampir semua provinsi di Indonesia. Meskipun minat petani terhadap penanaman bawang merah cukup kuat akan tetapi dalam proses penjagaan dan amalan agronominya dilaporkan tanaman ini ada banyak masaalah sama ada jenis masaalah bersifat teknikal atau pun untuk penilaian ekonomi. Dalam benerapa rujukkan dinyatakan dimana bawang merah berasal dari Syria diman akemudian sejak beberapa ribu tahun yang lalu ia sudah dikenal umat manusia sebagai penyedap bahan masakan. Sekitar abad ke 7 dilaporkan yang tanaman bawang merah mulai menyebar ke wilayah Eropah Barat, Eropah Timur dan Sepanyol dan ia kemudian mengembang luas ke dataran Amerika, Asia Timur dan Asia Tenggara (ia tidak popular di Malaysia). Pada abad ke 14 dilaporkan dimana bawang merah telah menjadi salah satu tanaman komersial di berbagai negara di dunia dimana kini antara beberapa negara yang menjadi pengeluar bawang erah adalah termasuk Jepun, USA, Romania, Itali, Mexsico dan Texas. Di Indonesia ada juga beberapa kawasan yang merupakan pusat pengeluaran bawang merah seperti di Cirebon, Brebes, Tegal, Kuningan, Wates (Yogyakarta), Lombok Timur dan Samosir. Produktiviti hasil bawang merah tersebut walau pun dilihat masih rendah dimana potensi hasil yang dapat dicapai sekitar 20 t/ha di Indonesia masa ini. Dalam pada itu teknoloi penanaman bawang merah semakin di tambahbaik bagi menjamin dapat penghasilan dan kualiti terbaik.
Penanaman bawang merah perlukan iklim pelbagai dimana selalunya tanaman bawang merah lebih sesuai tumbuh di kawasan yang beriklim kering bagaimana pun di beberapa lokasi penanaman bawang merah di lakukan di kawasan tanah sawah yang lembab. Tanaman bawang merah peka terhadap curah hujan dan intensiti hujan yang tinggi dan juga jika ada kabus pagi. Tanaman ini memerlukan penyinaran cahaya matahari yang maksimal (minimal 70% penyinaran) dengan kadar suhu udara 25 - 32°C dan purata kadar paras kelembaban diantara 50 - 70%. Tanaman bawang merah akan dapat membentuk umbi dengan baik dikawasan yang suhu udaranya pada purata 22°C akan tetapi hasil umbinya tidak sebaik di kawasan kebun bawang merah yang suhu udaranya lebih panas. Bawang merah akan membentuk umbi lebih besar apabila ia ditanam di kawasan kebun dengan kadar terima sinaran matahari lebih lama atau lebih dari 12 jam. Apa pun dilaporkan diman adi bawah suhu udara 22°C kajian mendapati tanaman bawang merah tidak akan berumbi. Oleh karena itu adalah disyorkan agar tanaman bawang merah yang mana ia lebih menyukai tumbuh di kawasan tanah dataran rendah dengan iklim yang cerah untuk penghasilan yang terbaik. Di Indonesia bawang merah dapat ditanam di dataran rendah sampai ketinggian 1,000 meter di atas paras permukaan laut. Ketinggian tempat yang optimal untuk proses pertumbuhan adalah 0 - 450 meter di atas permukaan laut dimana walau pun tanaman bawang merah masih dapat tumbuh dan berumbi di dataran tinggi akan tetapi umur atau jangkahayat tanamnya menjadi lebih panjang 0.5 - 1 bulan lebih laa dengan penghasilannya umbinya lebih rendah.
Adalah penting untuk menentukan jenis tanah yang sesuai untuk penanaman bawang merah. Dilaporkan dimana tanaman bawang merah memerlukan kebun dengan jenis tanah berstruktur peroi, bertekstur sedang sampai tanahliat, sistem saliran dan pengudaraan baik, mengandungi banyak bahan organik dan jenis tanah tidak masam (pH tanah adalah pH5.6 - pH6.5). Jenis tanah yang paling sesuai untuk tanaman bawang merah adalah jenis Tanah Aluvial atau kombinasinya dengan tanah Glei-Humus atau Latosol. Tanah yang cukup lembab dan air tidak menggenang juga amat disukai oleh tanaman bawang merah. Dilaporkan di Pulau Jawa dimana penanaman bawang merah banyak ditanam pada jenis tanah Aluvial dengan keadaan iklim D3/E3 iaitu antara (0-5) bulan basah dan (4-6) bulan kering dengan ketinggian kurang dari 200 meter dari permukaan laut. Kajian menyatakan diana bawang merah juga cukup luas diusahakan pada jenis tanah Andosol, tipe iklim B2/C2 atau keadaan (5-9) bulan basah dan (2-4) bulan kering dan ketinggian lebih dari 500 meter dari paras permukaan laut. Apa pun hasil kajian mendapati dimana masa atau waktu menanam bawang merah yang baik adalah pada musim kemarau dengan ketersediaan air pengairan yang amat mencukupi sekitar bulan April atau bulai Mei sebaik sahaja selesau aktiviti enuai padi di sawah iaitu sekitar bulan Julai atau Ogos. Penanaman bawang merah di musim kemarau biasanya dilakukan pada tanah bekas padi atau bekas tanaman tebu sementara aktiviti penanaman di musim hujan dilakukan pada sawah yang di gilirkan tanamannya. Bawang merah dapat ditanam secara bercampur dengan tanaman lain seperti penanaman bersama tanaman cili merah. Jadual atau pun pola tanaman bawang merah pula sebaiknya di tanam secara bergilir-gilir. Pengiliran tanaman atau rotasi tanaman bawang merah dengan padi setahun sekali atau dengan dengan tebu tiga tahun sekali seperti di Kabupaten Brebes (Jawa Tengah) dilihat ia cukup baik dan sangat membantu mempertahankan produktiviti dari kebun. Ini adalah bertujuan untuk melestarikan produktiviti kebun pertanian yang terus menerus digunakan dalam pengeluaran tanaman makanan dengan pastikan isu saliniti tanah yang tinggi dan sistem saliran yang teruk dapat di selesaikan. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEKNOLOGI DISEDIAKAN... IA AMAT BERGUNA...
MEMILIH LOKASI... ADA VARIETI POPULARNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TEKNOLOGINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.