Dilaporkan dimana aktiviti penternakan komersil rusa di Malaysia adalah kerana untuk rekreasi dan kegemaran, sebagai tindakan mencegah kepupusan rusa, untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi, sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya, sebagai makanan enak, sebagai Perhiasan dan sebagainya. Dari segi keperluan infrastruktur ladang rusa sangat gemar dengan kawasan yang sunyi dengan yang lapang dengan persekitaran berhampiran dengan hutan dan mempunyai kawasan berteduh. Perlu disediakan kawasan rumput untuk ragutan yang menghijau dan perlu dipagar agar tidak lari daripada kawasan ternakan. Perlu disediakan juga kawasan lembah berair yang ada sungai agar rusa dapat berkubang dikawasan tersebut. Kawasan ternakan rusa perlu dipagar setinggi boleh dimana ia sekurang-kurangnya 8 kaki (sekurang-kurangnya 2 meter) dengan bahagian bawah dikonkrit serta bahagian atas dipasang kawat duri untuk mengelakan ianya melompat keluar apabila rusa terkejut atu ketakutan akibat didatangi oleh manusia yang tidak dikenali atau gangguan lain. Sebaiknya elakan menanam rumput 4 kaki dari tepi pagar kerana rumput akan mati akibat aktiviti rusa yang suka berkumpul dan bergesel dikawasan tepi pagar. Rusa tidak berapa suka duduk dalam padok diwaktu sianghari dan sentiasa aktif bergerak disekeliling ladang ternakan. Sediakan pokok-pokok teduhan yang sesuai dikawasan ternakan untuk rusa berteduh dan daunnya akan dijadikan makanan. Kalau hendak menanam pokok baru pastikan batangnya dibalut dan pokok tinggi mengelakan dirosakkan oleh rusa. Rusa suka makan rumput hijau dan dedaun segar dikawasan ladang atau diberikan kedalam kawasan ternakan. Rusa juga makan dedak makanan haiwan, roti kering, ada yang bagi maggi kering, biskut dan sebagainya. Sediakan tong minuman air yang bersih dikawasan padok atau ujudkan kolam tau anak sungai kecil untuk bekalan air. Kapasiti stok untuk rusa sebaiknya sekitar 10 ekor bagi satu ekar uang mempunyai rumput hijau untuk ragutan. Kadar stok ini boleh diubah suai mengikut sisitem penternakan sama ada intensif atau separa intensif. Makanan tambahan dedak seperti 'Cattle Pallet' sesuai untuk dijadikan makanan rusa. Pondok teduhan untuk takung makanan perlu disediakan bagi ruma berteduh sambil makan dedak. Sebaiknya ada kolam mandi dikawasan ladang kerana rusa perlu mandi dan berkubang untuk menyejukkan badannya dan sememangnya ia satu cara semulajadi rusa berkubang. Pondok kawalan atau pimtu masuk juga perlu dibina dengan kukuh agar keselamatan ternakan rusa yang bernilai ini dapat dijaga dengan baik.
Berlainan dengan peribahasa 'seperti rusa masuk kampong' dimana sebuah portal hmetro.com melaporkan 'Rusa mudah diternak pulangan lumayan' sesuai dikongsikan. Dilaporkan media dimana keputusan seorang penternak lembu beralih kepada penternakan rusa tepat apabila ternakan yang diusahakan sejak 2013 itu kini memberi pulangan lumayan kepadanya. Ini kerana kos dan kaedah penjagaan rusa jauh lebih jimat malah tidak cerewet berbanding lembu selain rusa cepat membiak serta boleh dijual seawal usia dua bulan. Bagi Ramli Yusof (41 tahun) dimana penjagaan rusa sangat mudah dan tidak membabitkan kos makanan yang tinggi pada setiap bulan seperti lembu atau ternakan lain. Dia yang menternak dua jenis rusa iaitu rusa baka Rusa Timor Cervus timorensis kerana sifatnya yang lasak dan tahan serangan penyakit selain Baka axis-axis. Kini dia memiliki 73 ekor rusa namun jumlah itu sentiasa berubah-ubah mengikut permintaan pelanggan. Menternak rusa tidak cerewet dimana ia tidak memerlukan kos ubat-ubatan atau vitamin seperti lembu atau ternakan lain. Dia hanya perlu menyediakan kawasan yang selesa dan selamat selain memagar kawasan itu dengan pagar setinggi 2.4 meter. Makanan yang menjadi kegemaran rusa pula hanya rumput minyak dan napier sementara palet tidak perlu diberikan secara rutin seperti lembu. Rusa lebih gemar makan makanan berasaskan sumber semula jadi seperti batang sagu, hampas soya, buah dan daun pokok kelapa sawit di kandang di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu. Pada peringkat permulaan dia hanya membela empat ekor rusa timor rensis dan membiak hingga 20 ekor seterusnya memperluaskan kandang di ladang kelapa sawit dengan kos RM14,000. Dia tidak sangka permintaan terhadap daging dan rusa hidup amat tinggi hingga hasil pembiakan rusa yang dijalankan di kandang tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh negeri. Kini jumlah induk yang berkualiti di kandang dengan membeli induk terbaik dengan harga RM4,000 seekor dan menjalankan kegiatan penternakan rusa secara serius. Dalam tempoh hanya tujuh hingga lapan bulan rusa yang diternak membiak dan jumlahnya bertambah dari semasa ke semasa. Dia lebih gemar menjual rusa hidup berbanding daging kerana pulangan menjual daging tidak seberapa, bagaimanapun demi memenuhi permintaan pelanggan dia terpaksa menyembelih dan menjual daging berkenaan. Rusa dijual berdasarkan harga pasaran iaitu RM1,500 seekor untuk anak rusa jantan dan RM2,000 untuk anak rusa betina sementara rusa jantan dewasa RM2,500 seekor dan rusa betina dewasa RM3,000. Dia dakwa menjual induk betina dijual dengan RM4,000 seekor sementara induk jantan bernilai RM4,500 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz dan jenis rusa. Rusa baka campuran sambar paling mahal iaitu RM5,000 ke atas. Semuga artikel ini terkait dengan peribahasa seperti rusa masuk kampung dalam aspek pertanian. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HAIRAN... DI LIHAT LAIN LANGSUNG...
TERNAK RUSA... DAKWA ADA UNTUNG..
SIAPA BERMINAT... PERIKSA KANTUNG...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 Rejab 1444H).
Updated 16 Zulhijjah 1444H.