Support My Blog

Friday, June 2, 2023

JAMBU SUSU - SEMAKIN KURANG DIKENALI

JAMBU SUSU
atau saya lebih suka panggil sebagai JAMBU GELAS (Syngium spp) merupakan sejsnis buah nadir yang tumbuh di Malaysia dan kini semakin ramai generasi muda yang kurang mengenalinya. Jambu Susu atau Jambu Gelas atau Jambu Tetek ini diberikan nama kerana bentuk yang yang besar seperti gelas dengan lazimnya berwarna putih susu (Sila lihat foto diatas). Saya mengenali pokok jambu gelas ini kerana ada beberapa pokok jambu ini di Kampong dahulu di Muar, Johor yang mana ia berbuah mengikut musim setiap tahun. Jambu Susu ini juga dipercayai berasal daripada luar negara atau ada dilaporkan juga dimana ia adalah natif dari Asia Tenggara. Sesetengah orang ada yang dakwa ia sebagai sejenis Jambu Bol yang berwarna putih tetapi pada saya jambu susu ini ia memang berbeza. Pembaca blog boleh membca tulisan saya mengenai Jambu Bol (Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Anda juga boleh dengan jelas dapat membezakannya dengan Jambu Mawar dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Kepada yang berminat untuk mengetahui Jambu Air pula lebih banyak artikel yang saya terbitkan sebelum ini (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi pautan dalam blog popular ini. Penulis pada masa ini agak sukar untuk dapat membeli Jambu Susu ini kerana ia adalah buah bermusim (biasanya berbuah pada Jun - September) setiap tahun dan hanya ditanam dikawasan keliling rumah sebagai tanaman hiasan dan juga untuk teduhan walau pun apabila berhasil ianya boleh dimakan atau dijual juga. Baru-baru ini penulis berkunjung di Kg Parit Amal, Muar, Johor dimana dirumah saudara saya ada dua pokok jambu gelas yang sedang masak ranum. Walau pun buahnya masih tidak dipungut malahan bertaburan jatuh diatas tanah namun pada pemilik pokok tersebut memang sudah tidak mahu lagi untuk memakannya. Ini kerana dari dua batang pokok jambu susu tersebut hasil buahnya terlalu banyak dan sebahagian besar guhr akibat masak ranu. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis buah nadir iaitu Jambu Susu atau Jambu Gelas yang kini ia semakin kurang dikenali untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Mengenali pokok 
Jambu Susu yang mana ia lazimnya ditanam daripada anakbenih yang disemai daripada bijinya. Selalunya buah jambu susu yang masak memang ada mengandungi bijii benih bersaiz besar guli dan boleh tumbuh apabila ia disemai dalam polibeg. Benih ini boleh ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter dalam bentuk empat segi sama. Lazimnya dengan penjagaan baik ia mula berbunga selepas seawal 5-6 tahun ditanam (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun kini telah ada diviralkan dimana pokok jambu susu yang masih muda dan kecil ini telah berbunga dan berbuah (Viral ini dipercayai diambil daripada pokok ditanam dengan benih Siam). Apabila pokok jambu susu ini matang maka ia berbunga dengan banyaknya dan bunga tersebut akan mempunyai banyak dimana jadual berbunga ini selalu sama dengan pokok jambu bol. Bunga dengan jambak yang besar ini akan didebungakan serangga dan membentuk putik buah jambu gelas berwarna keputihan. Pada penelitian penulis blog mendapati dimana lazimnya putik buah yang terbentuk adalah bersaiz kecil dengan warna kehijauan. Jika putik tersebut daripada pokok kecil dan rendah maka pemiliknya boleh membalutnya untuk mengelakkan daripada serangan Lalat Buah (Bactocera carambolae) yang selalu akan menusuknya telurnya kedalam putik dan buah jambu. Larva daripada ulat pengorek buah ini akan seterusnya merosakkan buah dan menjadikan buah tersebut tidak sesuai untuk dimakan atau dijual. Pokok jambu gelas sama dengan pokok jambu bol mempunyai daun yang menggerutu atau ada gelembong intil pada permukaan daun. Daunnya yang selalu berwarna hikau muda semasa muda akan bertukar kepada hijau gelap dan berkilat apabila ia sampai peringkat matang. Walau pun buan atau putik jambu gelas ini jrang dibalut pada pokokk yang tinggi tetapi serangan oleh lalat buah selalunya merosakkan buah. Sebaiknya jika ada kemampuan buah jambu gelas ini dibalut dengan kertas suratkhabar dengan sarung plastik diluarnya. Ini membolehkan buah jambu gelas ini selamat daripada larva lalat buah.


Penulis blog memang suka makan buah jambu susu begitu sahaja atau pun dengan dicicah kicap yang dibubuh gula melaka dan cili padi. 
Rasa semulajadi buah Jambu Susu atau Jambu Gelas ini adalah masam-masam kelat dan ada sesetengah kata yang rasanya adalah masam-masam manis. Ada kalangan orang yang memang tidak suka akan rasa semulajadi segar jambu susu ini dan memang tidak boleh masuk tekak terutama yang belum cukup masak dimana rasanya memang cukup masam. Hanya mereka yang mengidam rasa masam ketika mengandung suka akan buah ini. Pada penulis blog sekarang ini memang amat susah untuk mendapatkan jambu susu segar dipasar. Ia sama juga untuk mendapatkan jambu bol dan Jambu air kampong dimana ia semakin dilupakan. Pernah juga jumpa jambu susu di pasar malam Temerloh dimana harganya juga tidak murah. Masa itu apabila ditanya dimana harga yang ditandakan bagi sekilogram buah Jambu Susu adalah sekitar RM30 - RM40 sekilogram bergantung lkepada saiz, kesegaran dan juga lokasinya dimana ia juga menandingi harga untuk sekilogram durian Musang King di lokasi sama. Buah Jambu Susu tidak sama macam buah Jambu Merah yang selalu kita nampak dimana isinya selain mempunyai rasa masam-kelat dan kadang kala dapat yang manis. Isinya memang tidak begitu bersari dimana ia dikatakan kurang mengeluarkan air. Teksturnya seakan adalah lembut seakan-akan sedang makan buah tembikai susu atau buah melon iaitu tekstur isinya padat tetapi lembut. Memang buah jambu susu ini cepat rosak iaitu jika dibiarkan agak lama pada persekitaran suhu bilik maka ia akan mudah lebam dan ia sudah tidak berapa sedap dimakan. Pada penulis blog ada beberapa cara makan buah jambu susu ini iaitu pertama pastikan pilih buah yang gugur dari pokok. Jangan dipetik atau diambil ketika masih berada di pokok sebabnya jika ia tidak begitu masak atau bila tidak berapa masak maka rasa kelat dan masam sudah pasti. Disebebkan ia tidak tahan lama maka penjual buah memang tidak mahu menjualnya secara terbuka. Ia sesuai dimakan dengan cara memotongnya dan dicicah dengan kicap yang dicampur dengan gula melaka (atau gula pasir) dan sedikit cili api. Boleh juga dimakan dengan mencampurkan biji asam boi atau serbuk asam boi dan di gigit dengan cili juga untuk tambah pedas. 


Kalangan penduduk kampung jambu susu ini dijadikan bahan membuat rojak buah yang dibubuh pes kuah rojak. Makan jambu susu jangan terlalu banyak kerana rasa masam akan menyebabkan sesetengah orang akan sakit perut. Ada juga yang menjadikan buah jambu susu sebagai jeruk dimana proses untuk cara membuatnya sama seperti membuat jeruk mangga. Saya paparkan resepi membuat 
Jeruk Jambu Susu Asam Boi agar boleh idjadikan panduan. Bahan-bahan yang digunakan adalah beberapa biji buah jambu susu, Asam boi, Gula (kalau mahu rasa manis boleh dilebihkan), Garam serta Cili padi (perlu dipotong nipis dan lebihkan jika suka pedas). Cara membuatnya adalah dengan membasuh dan potong buah jambu susu mengikut saiz yang dikehendaki. Gaulkan buah jambu susu dengan semua bahan hingga sekata dan biarkan seketika. Rasa dahulu sama ada cukup manis dan masinnya dan disesuaikan dengan garam atau gula. Disyorkan agar ia perlu disimpan dalam peti ais selama 4 hingga 5 jam sebelum enak untuk dinikmati. Dalam pada itu ada juga yang suka menggunakan jambu susu ini dijadikan jus minuman yang bekhasiat. Bagi membuat Jus Jambu Susu perlu disediakan bahan iaitu biji jambu susu, 1.5 liter air bertapis atau masak sejuk dari peti sejuk, susu pekat manis secukup rasa, 1 titis pewarna hijau (jika suka) dan ketulan ais (jika suka). Cara bagi menyediakan dengan membersihkan dulu jambu susu dan dipotong kecil sesuai untuk dikisar. Masukkan potongan jambu kedalam dalam blender dan ditambah air secukupnya dan sebaiknya dikisar sehingga halus. kemudian ia dituang pula kedalam jug dan ditambah sedikit air bertapis sejuk untuk mendapat jus yang sedikit cair. Tambah susu secukup rasa. (jika nak tambah ais, lebihkan sikit kuantiti susunya). Perlu kemuidan ditapiskan ke dalam jug lain untuk dihidang sejuk. Apa pun boleh juga ditambah ais jika suka. Memang enak ujirasa minuman jus jambu susu kepada mereka yang minat. Ia merupakan jus minuman berkhasiat.  Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAMBU SUSU.. JAMBU GELAS SAMA...
BERWARNA SUSU...BESAR BUAHNYA...
BUAH BERMUSIM... MASAM MANIS ADA...
DIMAKAN SEGAR... BANYAK KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...