Dalam sektor pertanian terutamanya tanaman ada banyak teknologi baru yang diperkenalkan hasil dari banyak aktiviti penyelidikkan dan biakbaka tanaman. Penghasilan teknologi baru ini disediakan untuk penyediaan dan proses siap guna bagi produk pertanian. Di peringkat dunia dimana pertambahan penduduk dunia memerlukan lebih banyak makanan dan faktur perubahan tabiat makanan juga mempengaruhi produk pertanian dipasaran. Ada teknologi yang digunakan baik untuk kegunaan dan kesihatan manusia sebaliknya ada teknologi yang membahayakan kesihatan manusia dan keselamatan produk makanan. Ini kerana jika penggunaan amalan teknologi itu tidak baik dimana ia akan merugikan manusia sebab boleh menjejaskan kesihatan mereka. Perkara ini juga yang menyebabkan ada beberapa pihak berkepentingan terutama dibeberapa negara maju mrmbust beberapa peraturan undang-undang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa dalam menetapkan kriteria dan piawaian tertentu bagi produk makanan yang selamat dipasaran mereka. Perlu difahami dimana aspek Keselamatan Makanan (Food security) memang banysk unsur termasuk piawaian bahan makanan tidak mengandungi bahan komponen luar biasa, menyimpan komponen yang tidak merbahaya untuk diterima, mematuhi kebersihan dan kebersihan semasa proses pengeluaran makanan, memberikan kepentingan untuk hubungan dengan alam sekitar dalam pelbagai peringkat pengeluaran makanan dan juga aktiviti pengeluaran memberi keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Para peruncit di negara Eropah telah berkumpul untuk mempastikan produk yang mereka tawarkan kepada pelanggan adalah selamat dimakan dan mengikut prinsip kemampanan. Dokumen ini akan digunakan sebagai jaminan pemantauan produk yang hendak dipasarkan mengikut piawaian. Pada tahun 2007 piawajan EUREPGAP telah sebagai GLOBALGAP untuk lebih meluas penggunaanya. Malaysia mempunyai persijilan MyGAP dan MyOrganic yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
Mereka yang ingin mendapatkan GLOBALGAP perlu memohon kepada Badan Persijilan GLOBALGAP iaitu sebagai organisasi pengeluar atau persatuan hendaklah terlebih dahulu mengisi Borang Permohonan. Borang ini bila diterima akan diproses sehingga mendapat kelulusan. Bagi mulakan kerja persijilan maka pengeluar atau pengilang bila lulus perlu tandatangani kontrak bersama Globalgap dimana nombor pendaftaran akan diberikan dan digunakan. Nombor ini akan didaftarkan dengan data GLOBALGAP induk sebagai rujukkan pengeluar atau persatuan untuk kebolehlesenan produk. Banyak langkah perlu diikuti diantaranya akan ada badan persijilan akan mengadakan rancangan audit dengan mengambil masa pengumpulan produk semasa pemeriksaan dijalankan. Persijilan Amalan Pertanian Yang Baik (GAP) bagi persijilan GLOBALGAP boleh dijalankan selari atau secara berasingan mengikut keperluan pemeriksa. Sijil GLOBALGAP merupakan sijil yang mana pengeluar ingin melakukan perniagaan produknya kepasaran antarabangsa. Dokumen ini diperlukan sebagai prasyarat untuk syarikat yang ingin mengeksport buah dan sayur-sayuran ke negara-negara Kesatuan Eropah. Sebaliknya sijil Amalan Pertanian Baik seperti MyGAP di Malaysia akan digunakan sebagai dokumen untuk pasaran domestik. Selalunya semasa pemeriksaan dijalankan dan pengeluar tidak berada pada tahap pematuhan yang mencukupi maka pengeluat yang meminta sijil akan diberi tempoh selama 4 minggu untuk menghapuskan segala ketidakpatuhan yang dikesan dan ketidakpatuhan dijangka dalam tempoh ini. Jika tidak ada halangan maka sijil GLOBALGAP ini akan dihantarkan kepada pemohon dengan tempah sahlaku selama satu tahun (1 tahun). Setelah hampir tamat tempoh sahlaku maka pemeriksaan atau penauditan akan dijalankan semula dan sijil GLOBALGAP baru akan dikeluarkan.
Pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah diantara agensi yang ingin melaksanakan Insentif Program Pembangunan Pasaran Kearah GLOBALGAP pada tahun 2023. Dalam portal LPNM ada dipaparkan borang permohonan pihak berminat untuk mendapatkan perkhidmatan persijilan ini. Penulis blog teliti dimana kandungan borang ini adalah hak cipta Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dimana sebarang penyebaran atau pengubahsuaian kandungan borang ini adalah dilarang. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dengan ini memastikan maklumat yang diberikan oleh usahawan pengeluar tidak akan didedahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran. Ia dipelawa kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pemasar nanas yang berminat untuk mengeksport ke pasaran antarabangsa dan berhasrat melengkapkan pensijilan Global GAP sebagai polisi dan hala tuju syarikat. Pemohon atau Syarikat mestilah memenuhi syarat-syarat seperti iaitu (i) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas; (ii) Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) atau enterprise yang diperbadankan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) atau; (iii) Berdaftar sebagai sebagai pekebun di bawah Akta Perindustrian Nanas 1957, Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979 (Borang IV); (iv) Mengeluarkan hasil ladang nanas secara aktif; (v) Keluasan minimum ladang nanas sekurang-kurangnya 25 hektar dan ke atas; (vi) Keutamaan kepada projek yang memiliki kemudahan infrastruktur ladang seperti pusat pengumpulan hasil ladang / Collection, Processing and Packaging Center (CPPC); (vii) Keutamaan kepada yang telah memperolehi pensijilan myGAP dan / atau myOrganik yang masih aktif; (viii) Keutamaan kepada syarikat yang telah memperolehi nombor permohonan pendaftaran Global GAP dan/ atau telah menjalani pengauditan daripada agensi yang dilantik Global GAP dengan disertakan laporan penemuan audit sebagai dokumen sokongan. (ix) Syarikat Pengeksport atau Pengangkut Penjual perlu berdaftar dengan LPNM dan lesen yang masih aktif. Dimaklumkan dimana boleh dikemukakan lengkap borang permohonan. Borang Permohonan Insentif bersama salinan dokumen sokongan yang berkaitan seperti iaitu terdiri dari Salinan Kad Pengenalan, Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang A atau D termasuk maklumat perniagaan dan maklumat terkini pemilik), Salinan Borang 9, Borang 24 dan Borang 49 (jika Pendaftaran Syarikat atau SDN. BHD.), Salinan permohonan/ Sijil myGAP / myOrganik, Salinan permohonan pendaftran Global GAP (jika berkenaan), Salinan Laporan Pengauditan Global GAP (jika berkenaan) dan juga Profail syarikat. Sebarang pentenyaan lanjut maka sila berhubung dengan Pejabat LPNM yang berhampiran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERLU DIPOHON... OLEH PENGUSAHA...
PROSES AUDIT... PANJANG CERITANYA...
SUDAH LULUS... MELUAS PASARANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.