Support My Blog

Saturday, June 3, 2023

BUAH AVOCADO DAN FAKTA MENARIK (Part 1)

BUAH AVOCADO
(Persea spp L) adalah sejenis buah eksotik pokok dari keluarna Lauraceae yang di makan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai jenis produk makanan yang digemari ramai. Tanaman buah avocado ini dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang dilaporkan mempunyai tamadunnya tersendiri. Nama lain avocado seperti Avocado, Aligator Pear, Aquacate dan Palta dimana ia juga banyak nama dinegara lain. Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular dilaporkan sebagai sejenis tanaman popular di Filipina dan Indonesia. Penulis blog dapati dimana te
rdapat 4 spesies utama tanaman avokado popular iaitu Jenis Guatemala (Persea nubigena var. guatemalanisi L Wims), Jenis Mexica (Persea americana var drymifolia Blake), Jenis Hindia Barat (Persea americana) dan Jenis kacukan antara ketiga-tiganya.
Apa pun dilporkan ad terdapat dua lagi spesies yang berkait rapat dengan tanaman avokado iaitu Jenis Covo (Persea schiedeana Nees) dan juga Jenis Anay (Beilcshmiedia anay Konter m). Antara kultivar yang ada termasuklah Avocado Hass, Avocado Gwen, Avocado Pinkerton dan Avocado Reed (kategori A). Bagi kultivar kategori B pula adalah Avocado Bacon, Avocado Ettinger, Avocado Fuerte, Avocado Sharwil dan Avocado Zutano. Kultivar lain yang ada termasuk Avocado Spinks dengan jenama Challange, Dickinson, Kist, Queen, Sharpless, Rey, Royal dan Tatt. Klon dan kultivar yang terdapat di Malaysia dibawa masuk dari Mexico tetapi banyak kultivar disesuaikan dengan persekitaran di Indonesia dan Filipina. 
Orang Malaysia memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti rakyat dibeberapa negara lain seperti di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang memang memakan buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan ambil buah avocado masak dan dibelah buah kepada dua dan ambil isinya dengan sudu dan kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula. Ia sesuai dimakan begitu sahaja bila masak ranum. Tanaman Avocado Popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.7 juta metrik tan pada tahun 2020 (Sumber: FAO Stat). Negara-negara membangun menyumbangkan sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Latin Amerika dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avocado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), USA (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasific dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avocado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia. Apa pun artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengeni beberapa kisah dan fakta menari berkaotan bah avocado untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Walau pun tanaman pokok avocado kurang popular ditanam oleh petani di Malaysia namun ada beberapa varieti yang te;ah didafyatkan dengan Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertnian Malaysia. Merujuk kepada portal dan buku tersebut di 
Malaysia terdapat tujuh varieti yang telah didaftarkan untuk tanaman avokado. Walaupun tanaman avokado di Malaysia tidak begitu popular tetapi sejak zaman kolonial masih terdapat usaha petani untuk membangunkan tanaman ini yang dimajukan terutama di stesen-stesen pertanian. Jenis pokok avokado Hindi Barat iaitu Persia americana ialah spesies yang lazim ditanam di Malaysia. Jabatan Pertanian Malaysia telah mendaftarkan beberapa klon avokado semenjak tahun 1953 dan menyimpan sebahagian daripada pokok-pokok tersebut di beberapa pusat pertanian sekitar Malaysia. Penulis blog pernah membuat tinjauan tanaman avocadi di Pusat Pertanian Tawau, Sabah dan di Pusat Pertanian Tangkak, Johor. Ia sebagai satu cara untuk menyimpan pokok tersebut sebagai sumber janaplasma perlu dijalankan. Di jelaskan fakta ciri-ciri Varieti Avocado Klon A7 atau ia di panggil sebagai "Haji Abu" yang didaftarkan pada 5.10.1953 dari Pusat Pertanian Ampang Tinggi, Negeri Sembilan. Klon ini didaftarkan oleh pegawai pertanian pusat tersebut. Buah jenis ini berbentuk buah pear dengan saiz yang sederhana dan mempunyai kulit berwarna hijau. Buah ini senang dikupas apabila telah matang. Isinya berwarna kuning, lembut dan bijinya senang tertanggal dari isi. Kedua adalah varieti Avocado Klon A10 merupakan jenis avokado klon A10 yang didaftarkan pada 1956 didapati di Lot 2835, Selama, Perak oleh Jabatan Pertanian. Buah klon ini bersaiz besar, berwarna merah padam dan mempunyai kulit yang nipis. Tidak ada nama tempatan untuk klon ini. Isinya lembut dan ia juga mempunyai mutu serta rasa yang sederhana. Varieti Buah  Avocado Klon A16 telah didaftarkan pada 18 Mei 1957 dimana dilihat pokoknya ditanam di Pusat Pertanian Selama, Perak yang didaftarkan oleh Jabatan Pertanian. Buah mempunyai kulit yang hijau kekuningan dengan bentuk agak panjang dan membengkok. Buah ini juga meruncing di bahagian tangkai. Isinya pucat dan rasa buah adalah didakwa sederhana sedap. Keempat adalah Varieti Avocado Klon A25 walau pun tiada nama tempatan dan didaftarkan pada tahun 1958 oleh pegawai pertanian. Pokok induk masih ada di Pusat Pertanian Tangkak, Ledang, Johor. Buahnya bila matang berwarna merah hati dengan saiz buah sederhana. Isinya tebal dan berbiji kecil dengan ira isinya yang halus dan rasa yang sangat sedap. Kelima adalah Varieti Avocado Klon A27 yang telah didaftarkan pada 16 Jun 1958 oleh pegawai di Jabatan Pertanian Serdang. Tidak ada nama tempatan untuk klon ini. Klon ini menghasilkan buah yang kecil yang kulitnya berwarna jingga gelap. Isinya agak nipis di bahagian tepi tetapi tebal di bahagian atas dan bawah biji. Mutu dan rasa klon A27 pula dikategorikan sederhana. Keenam adalah Varieti Avocado Klon A30 yang telah didaftarkan pada 1 Jun 1958 oleh pegawai Jabatan Pertanian yang bertugas di Pusat Komoditi Jabatan Pertanian Serdang, Selangor. Klon ini mempunyai buah yang besar dengan kulit berwarna jingga. Isinya adalah tebal, halus serta berwarna cream. Mutu buah adalah sangat baik.


Dalam menyatakan fakta portal hmetro.com nyatakan '
Avokado makanan unggul' sesuai dikongsikan. Buah avocado apa pun sebaiknya menjadi buah-buahan yang mesti ada di rumah bagi mereka sedang diet. Ia menjadi menjadi pelengkap dalam hidangan sarapan yang dimakan bersama roti bakar, salad atau dijadikan jus minuman. Avokado atau nama saintifiknya Persea americana boleh diolah dalam pasta dan makan lain mengikut kreativiti mereka yang mengamalkan 'eat clean'. Buah ini boleh digelar sebagai makanan unggul kerana kandungan nutrisi tinggi yang dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh. Ia juga dilaporkan sebagai sumber nutrien sangat baik dimana bagi  satu hidangan 201 gram avocado mengandungi Kalori (322 kcal), Lemak (30 g), Protein (4g), Karbohidrat (17g), Serat (14g), Vitamin C (22%) daripada keperluan nilai harian (DV),  Vitamin E (28%) daripada DV, Vitamin K (35%) daripada DV, Roboflavin (B2) iaitu 20% daripada DV, Niasin (B3) iaitu 22% daripada DV,  Asid pantothenik (B5) iaitu 56% daripada DV, Pyridoxine (B6) iaitu 30% daripada DV, Folate (41% daripada DV),Magnesium (14%), Potasium (21%) dan unsur  Tembaga (42%) daripada DV. Apa pun kandungan nutrien yang tinggi ini menjadi salah satu pelengkap kepada mereka yang sering kekurangan nutrien semasa berdiet termasuk magnesium, B6, vitamin C, vitamin E dan folat. Hasil kajian terhadap 4,730 individu dewasa di Amerika Syarikat mendapati kurang tiga peratus individu mengambil zat kalium lebih banyak daripada jumlah ditetapkan iaitu 4,700 miligram (mg) sehari. Kalium diperlukan untuk beberapa fungsi badan yang kritikal termasuk tekanan darah dan fungsi sistem saraf. Mengambil jumlah kalium yang disarankan setiap hari boleh membantu melindungi diri daripada tekanan darah tinggi dan angin ahmar. Avocado juga mempunyai nutrien penting untuk kesihatan sistem imun termasuk vitamin C, B6 dan E. Buah avocadi dilaporkan bermanfaat untuk kesihatan usus.
Avokado mengandungi serat yang tinggi iaitu kira-kira 14 gram dalam setiap biji. Ia melengkapkan hampir separuh daripada keperluan DV semasa untuk nutrien penting ini. Iaa sangat penting mendapatkan serat mencukupi dalam diet harian untuk penjagaan kesihatan sistem pencernaan kerana ia membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Satu kajian ke atas 163 individu dewasa yang dianggap mempunyai berat badan berlebihan mendapati, mengambil 175 gram (lelaki) atau 140 gram (wanita) buah avocado setiap hari selama 12 minggu, mempunyai kepekatan asid hempedu najis lebih rendah dan meningkatkan kepelbagaian bakteria.  Kepekatan asid hempedu yang tinggi boleh menyebabkan keradangan usus dan mempunyai kaitan dengan pertumbuhan mikrob dikaitkan dengan masalah kesihatan negatif seperti barah usus besar.


Fakta bagaimana buah avocade dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung melalui pengambilan makanan tinggi nutrisi seperti avocado secara kerap boleh membantu melindungi jantung. Vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam buah ini, memainkan peranan dalam memastikan sistem kardiovaskular sihat. Hasil kajian mendapati, diet yang lengkap dengan buah avocado boleh membantu mencegah penyakit jantung. Buah avocado juga membantu meningkatkan paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikaitkan dengan pembentukan plak di sepanjang dinding arteri. Buah ini yang diperkaya sebatian antioksidan dan antikeradangan dimana selain vitamin, mineral, lemak sihat dan serat, avocado sarat dengan sebatian bioaktif termasuk karotenoid, vitamin C, vitamin E dan sebatian fenolik. Bahan ini terbukti mempunyai aktiviti antioksidan, 'neuroprotective' dan bahan 'cardioprotective' yang ketara termasuk karotenoid yang ada dalam avocado termasuk lutein, ɑ-karotena, dan β-karotena terbukti mempunyai kesan antioksidan kuat, melindungi daripada kerosakan oksidatif, dikaitkan dengan perkembangan banyak penyakit kronik. Memakan avocado dengan kerap boleh juga membantu meningkatkan pertahanan antioksidan badan. Buah ini dilaporkan membantu menggalakkan berat badan yang sihat. Walaupun avocado tinggi kalori, tetapi ia penuh dengan nutrien dan membantu membuatkan rasa kenyang disebabkan kandungan serat yang tinggi dan lemak sihat. Penyelidikan menunjukkan corak pemakanan yang tinggi makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, boleh membantu penurunan berat badan. Orang yang makan lebih banyak serat cenderung mengekalkan berat badan lebih sihat berbanding mereka mengikuti diet rendah serat. Oleh itu, avocado adalah pilihan makan yang tepat bagi mereka yang menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan. Ia juga menjadi pilihan bijak semasa kepada ibu mengandung dan menyusukan. Keperluan nutrien meningkat dengan ketara semasa hamil dan menyusukan bayi. Ini kerana ibu semasa hamil perlukan folat meningkat daripada 400 miligram (mg) kepada 600mg. Keperluan kalium pula meningkat daripada 2,600mg kepada 2,900mg. Vitamin C pula meningkat kepada 85mg daripada 75mg. Keperluan folat meningkat dengan ketara semasa hamil. Malangnya, ramai wanita hamil di seluruh dunia kekurangan pengambilan folat disyorkan dan ia boleh meningkatkan risiko komplikasi kehamilan. Satu biji avokado memberikan 27 peratus daripada pengambilan folat yang disyorkan semasa kehamilan. Makan avocado juga boleh membantu mencapai tahap pengambilan disyorkan untuk nutrien diperlukan dalam jumlah yang lebih besar dalam tempoh berkenaan seperti vitamin C, kalium serta B6. Kandungan tinggi serta avocado boleh membantu dalam mencegah sembelit, yang sangat biasa dialami wanita semasa hamil. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
BUAH AVOCADO.... UNIK BENTUKNYA...
KURANG DI TANAM.. DI NEGARA KITA...
ADA 6 VARIETI... DIDAFTARKAN PULA...
MEMANG ENAK... BERKHASIAT ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...