Support My Blog

Friday, June 9, 2023

HAIWAN ULAR DALAM PERTANIAN

HAIWAN ULAR
(Snakes) merupakan sejenis haiwan yang ramai orang takut, geli dan sering dihindari. Namun masih ada individu tertentu yang hobinya memelihara ular sebagai haiwan peliharaan (pets). Dalam sektor pertanian pula ada dinyatakan bagaimana uar dikatakan sebagai haiwan berguna didalam membantu kawalan perosak secara biologi (Biological control). Ia memakan perosak seperti tikus di kebun sayur, kebun sawit dan sebagainya dan mengurangkan populasinya. Bagaimana pun penulis blog dapati dalam sektor pertanian memang akan ujud pelbagai jenis masalah yang sering dihadapi petani daripada bencana alam, penyakit sehingga kepada kerosakan tanaman daripada serangga dan haiwan  perosak. Biasanya ada pelbagai kaedah diperkenalkan bagi mengelakkan daripada serangan perosak. Salah satu aspek yang agak selalu didengar adalah kaedah kawalan perosak tanaman dengan pendekatan Kawalan Biologi. Ramai petani di Malaysia yang lebih gemar menggunakan kaedah Kawalan Kimia dimana racun perosak yang mengandungi bahan kimia kerana ia memberi kesan yang cepat serta mudah untuk diuruskan. Bagaimanan pun akibatnya apabila penggunaan racun serangga digunakan secara keterlaluan dan tanpa kawalan maka perosak mampu mengadaptasi dan menjadi kebal terhadap racun tersebut. Akibatnya pada jangka masa jangkapanjang penggunaan racun serangga akan menjadi kebal dan hasil pertanian akan musnah.  Kaedah Kawalan Biologi Dalam Pertanian didefinisikan sebagai kawalan biologi serta kebaikan dan keburukan menggunakan kaedah kawalan biologi dalam pertanian. Definisi Kawalan Biologi Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak tanpa menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia. Lazimnya interaksi diantara haiwan mangsa-pemangsa digunakan sebagai kawalan biologi dalam bidang pertanian di Malaysia. Disntsrs jenis haiwan bagi kawalan Biologi adalah seperti Burung Hantu dan Ular yang selalu digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit. Antara kebaikan kawalan biologi seperti ia ia lebih ,urah, sealunya ia akan perlukan tempoh masa yang lama, tidak mencemarkan alam sekitar dan  perlukan cara pengurusan yang baik. Burung Hamtu merupakan haiwan paling kerap digunakan dan dilaporkan didalam banyak media. Bagaimana pun kes ular sebagai agen kawalan biologi mempunyai pelbagai versi yang baik, menyeramkan dan kesan negatif. Artikel petang khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kupas bagaimana haiwan ular dan kepentingan serta ancamannya dalam bidang pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Sebaiknya mengenali akan apakah dia Ular yang mana ia merupakan sejenis  haiwan 
reptilia karnivor yang panjang dan berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata dimana haiwan ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindih. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding lhaiwan seperti cicak supaya mudah untuk ular menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak. Lazimnya untuk menampung badan ular yang sempit ada organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara bersusunsn dan bukan bersebelahan. Lazimnya kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Bagi sesetengah spesies ular ia mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka. Ular tiada kelopak mata dan telinga luaran. Ular ditemui hidup di setiap benua (kecuali Antartika), Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, serta kebanyakan daratan yang lebih kecil dimana diantara yang terkecuali ialah beberapa pulau besar seperti Ireland dan New Zealand serta kebanyakan pulau kecil di Lautan Atlantik dan tengah Lautan Pasifik. Lebih daripada 20 keluarga ular kini dikenal pasti yang mana ia terdiri daripada sekitar 500 genus dengan sekitar 3,400 spesies. Ular terdapat dalam pelbagai saiz iaitu daripada ular benang yang kecil iaitu hanya  berukuran 10 cm sehingga ular sawa rendam yang boleh mencapai 8.7 meter (29 ka). Walau pun kebanyakan spesies ular adalah tidak berbisa tetapi masih banyak yang berbisa dimana ia akan menggunakan venomnya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding mempertahankan diri. Terdapat ular yang memiliki venom (bisa) yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk atau kematian terhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula selalunya akan terus menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati sebelum dimakan. Dalam sektor pertanian kehadiran ular berbisa didalam kebun selalunya akan mengganggu aktivitii petani. 


Penulis blog merujuk kepada laporan media dari Indonesia yang bertajuk '
Ular Piton Sahabat Petani Sawit, Ada yang Makan Dagingnya' sesuai ditulis semula dan dijadikan bahan rujukkan. Portal Gatra.com dari Pekan Baru laporkan dimana selain menjadi sumber rezeki kebun kelapa sawit ternyata juga menjadi sarang predator termasuk Ular Sawa (Phyton) dakwa seorang pekebun bernama Wirman (42 tahun) yang dakwa haiwan tersebut sering dijumpai dikebun sawit terutama dikawasan tanah gambut. Menurutnya ular sawa boleh membelit atau melilit mangsanya sehingga mati sebelum dimakan dimana ramai pekebun sawit akan mengelakkannya. Bagaimana pun kehadiran ular sawa ini yang berkembang biak di kebun sawit sebenarnya dapat membantu mengurangkan perosak tikus.  Pekebun sawit ini dakwa selagi uar sawa ini tidak menganggu manusia maka akan di biarkan saja kerana dia percaya yang biasanya ular sawa memilih menghindar kalau ada manusia. Dia yang mempunyai kebun sawit seluas 4 hektar mengaku pernah terpaksa membunuh seekor ular sawa disebabkan  binatang itu menganggu aktivitinya semasa kerja menuai tandan sawit. Menjadi lebih terkejut apabila ada pihak lain yang mendatangmya dan meminta ular sawa untuk dikadikan bahan makanan (lauk enak agaknya). Bangkai sawa tidak jadi ditanam sebalinya orang asing tersebut membawanya pulang setelah diambil isinya. Dia tidak tahu bagaimana orang utu akan memasak daging ular tersebut dan mungkin beliau adalah agen yag membeli daging haiwan liar dan haiwan eksotik. Dilaporkan dimana terdapat beberapa etnik di Indonesia yang mana mereka menjadikan ular sebagai salah satu santapan. Bahkan ada laporan seperti di kota besar seperti Jakarta dimana ular dijadikan sebagai menu makanan di pinggiran jalan yang didakwa ia dipercayai mampu untuk meningkatkan stamina. Bagaimana pun menurut Wirman, ular  telah menjadi bahagian penting dari rantai makanan di kebun sawit sama jenis ulae sawa atau ular kobra dimana akibat dari kehadirannya akan mengurangkan populasi tikus dan kurangkan kerosakan buah sawit dimakan tikus. Bagaimana pun kini mereka lebih suka memelihara burung hantu untuk memangsa tikus dan kehadiran ular juga membantu kawal tikus. Menyentuh tentang tempat sarang ular di kebun dimana Wirman dapati ada sebahagian ular sawa akan dilihat  ia melingkar di pangkal pohon sawit, sementara yang lain berada di atas pohon sawit. Namun dia percaya ada lebih banyak kumpulan ular sawa yang bersembunyi di lubang dalam tanah atau besarang didalam timbunan pelepah kelapa sawit dalam kebun.  


Kawalan bioogi di sawah padi memang digalakkan kepada kalangan pesawah padi di Malaysia. Penulis blog sudah banyak kali membuat tinjauan dan juga menulis banyak artikel menegnai tajuk kawasan biologi di sawah padi, Apa pun semasa membuat tinjauan teknologi di s
awah padi di Kepala Batas, Pulau Pinang setelah pesawah merayu bantuan lanjutan akibat dari kemusnahan tanaman padi mdan dilayan baik. Pihak Jabatan Pertanian Negeri telah membantu mereka dengan memberi cadangan kawalan tikus secara biologi di sawah padi. Apa pun teknologi menggunakan burung hantu untuk memerangi akan populasi tikus merupakan idea lama yang kini digiatkan lagi semula oleh banyak sektor industri pertanian. Akibat tekanan daripada kumpulan pengguna dan alam sekitar negeri untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia pertanian di sawah dimana kredit juga mestilah diberikan kepada tanggapan bahawa alam boleh menjadi sekutu petani dalam menentang makhluk perosak. Kini diperakui nilai burung hantu sebagai pakar pemburu tikus dimana petani dengan mudah boleh menggalakkan kehadiran mereka dengan menyediakan tempat untuk bersarang memandangkan burung itu lebih tertarik kepada hampir sebarang kawasan yang terlindung dan ruang yang gelap. Burung ini juga boleh bertolak ansur dengan sedikit bunyi bising dan kekecohan di sekitar sarangnya selagi ia tidak diancam secara langsung. Selagi bekalan makanan terus diperolehi, burung hantu ini akan kembali semula. Pada penulis blog mendapati dimana burung hantu merupakan satu bentuk kawalan biologi untuk tikus. Berbanding ular dimana burung hantu kini lebih sesuai untuk mengurangkan bilangan tikus dengan memandangkan burung hantu jantan boleh menangkap 10 ekor tikus untuk dibawa ke sarangnya pada waktu malam. Burung hantu (Tyto alba) yang aktif pada waktu malam mempunyai selera makan yang kuat. Setiap burung dewasa memakan sehingga 2,000 ekor tikus setahun. Saintis dapati burung hantu dalam kawasan kelapa sawit hampir seluruhnya bergantung kepada tikus untuk makanannya. Burung hantu yang unik ini mempunyai banyak ciri dan sifat yang khusus. Mukanya yang rata dengan berbentuk hati mempunyai pendengaran yang tajam dan mata bulat yang besar menyediakan pandangan yang tajam pada waktu malam ditambah oleh kemampuan untuk memusingkan kepalanya 180 darjah menjadikan ia burung yang paling menakjubkan. Apa pun sebagai haiwan pemburu, burung hantu merupakan makhluk yang amat sesuai. Bentuk sayapnya menjadikan ia terbang dengan senyap dan mempunyai deria pendengaran yang membolehkannya memburu dalam kegelapan. Ramai kalangan petani kini sudah tentu perlu mempertimbangkan apakah yang terbaik untuk memenuhi keperluan mereka serta keperluan burung hantu itu. Dalam sebarang kes, kotak sarang burung perlu ditempatkan di kawasan aktiviti manusia yang rendah atau di lokasi di atas pokok atau dalam pondok pertanian di mana lebih terlindung daripada cahaya matahari. Bagaimanapun adalah penting untuk tidak menghalau atau mengancam burung hantu. Burung hantu secara purata merupakan makhluk yang singkat jangka hayatnya. Banyak yang mati sebelum menghabiskan tahun pertama mereka. Penyebab kematian termasuklah kemalangan akibat keracunan racun makhluk perosak, kebuluran, menjadi mangsa kepada manusia, kemalangan dengan kenderaan, pagar dan talian kuasa, dan serangan oleh mamalia karnivor, helang dan burung hantu lain. Perlu diingatkan bahawa burung hantu bukanlah penyelesaian sepenuhnya kepada masalah tikus yang dihadapi petani. Kawalan mampan hanya boleh dicapai dengan mengurangkan bilangan tikus dalam alam sekitar, secara prinsipnya dengan mengurangkan makanan dan tempat pembiakan. Satu lagi cara berkesan untuk mengawal tikus dan sering terlepas pandang ialah ular. Ular memakan lebih banyak tikus berbanding semua pemakan tikus lain. Bagaimanapun selalunya ular masih ditakuti oleh kebanyakan orang, apabila mereka gagal untuk memahami atau mengakui peranan ular dalam alam sekitar. Adalah diharapkan pemikiran terhadap ular akan berubah dengan masa disebabkan ujud hubungan utamanya dalam rantaian makanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA ULAR... TAKUTKAN MANUSIA....
ULAR BERBISA ... MENGANCAM NYAWA...
MEMAKAN TIKUS....BAGUS PERANANNYA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHU INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana/Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...