Support My Blog

Wednesday, June 21, 2023

BIJI TUMBUHAN DAN PENJELASANNYA (Part 2)

BIJI TUMBUHAN (SEEDS)
merupakan bahagian penting tumbuhan didalam proses pembiakan tumbuhan. Selain dipanggil 'Biji' ada juga gelaran sebagai 'biji benih' atau 'benih' dimana ia adalah bakal biji (ovul) daripada tumbuhan yang berbunga yang telah masak. Biji dilihat akan terlindung oleh buah pada angiosperma namun tidak pada gimnosperma. Secara evolusi dimana bahagian biji tumbuhan merupakan embrio atau tumbuhan kecil yang terbentuk sesuai dengan pembiakan sehingga selalu mampu bertahan lebih lama pada keadaan kurang sesuai disimpan sebelum ia tumbuh. Benih merupakan komponen penting dalam pengeluaran dan juga kesinambungan tumbuhan gimnosperma dan angiosperma berbanding dengan jenis tumbuhan lebih primitif seperti paku pakis, lumut dan lumut yang tidak mempunyai benih dan bergantung kepada air untuk pembiakan. Tumbuhan dengan berbiji merupakan jenis tumbuhan segmen biologi di darat dari hutan terutama dalam semua keadaan iklim. Komponen Biji adalah kaedah utama untuk banyak jenis tumbuhan membiak dan sering di gunakan oleh manusia dan haiwan juga sebagai sumber makanan. Biji merupakan bahagian terpenting dalam tumbuhan dimana ia juga disebut sebagai embrio yang ditutup oleh satu lapisan pelindung dibahagian luar. Banyak jenis tumbuhan menghasilkan biji yang mana ia kemudian akan disebarkan dengan pelbagai cara. Apabila ia tersebar dan sesuai dengan persekitaran maka ia akan bercambah dan tumbuh sebagai tumbuhan baru. Bagaimana pun hanya biji yang sudah cukup matang dan berkualiti baik sahaja yang sesuai untuk digelar sebagai 'bijibenih'. Bagi tanaman bijirin (grain) seperti padi, gandum, barli dimana hanya biji matang khusus untuk penanaman akan digunakan didalam aktiviti penanaman semula setiap musim. Setiap biji berkualiti ia mengandungi bahan karbohiderat dan protin dimana ia juga mengandungi air diantara 30 - 55% bergantung kepada piawaiannya. Ini menyebabkan biji (terutama bijirin) dijadikan bahan utama sumber makanan manusia dan juga haiwan ternakan. Tumbuhan yang berbiji di usahakan secara komersil sejak zaman dahulu sebagai satu aktiviti pertanian didalam memberikan sumber makanan dan sebagainya untuk bantu kelestarian kehidupan. Artikel pada subuh 1 Syawal 144H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai biji tumbuhan dalam aspek kepentingan dan fungsinya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Kebanyakan
biji tumbuhan daripada Biji Tertutup memang ada banyak jenisnya didunia alam tumbuhan. Ia dihasilkan dari tumbuhan Angiosperm dimana dilihat ada mempunyai ciri seperti memiliki bakal biji yang ditutupi oleh bunga sejati atau pun bunga sebenar (Sila lihat foto disebelah). Bentuk tumbuhan jenis ini umumnya mempunyai batang berperdu, pokok renek, pokok herba dan memang dilihat sebagai pokok. Paling unik dimana ia memang mempunyai bunga cantik yang beraneka ragam serta bentuk daunnya yang pipih dan ada susunan tulang yang lebar. Selalunya 'Bakal biji' tidak dapat dilihat semasa peringkat berbunga kerana ia berada terbungkus salam satu bahagian yang dipanggil sebagai putik buah pada peringkat pembentukkan biji selepas proses persenyawaan. Bagaimana ia akan menjadi biji sebenar apabila buah masak dan biji sempurna terbentuk. Terdapat ciri dimana pembuahan ganda ada banyak bij terbentuk didalam sebiji buah. Apa pun memang penting peranan tumbuhan berbiji dalam tumbuhan dimana kewujudan Angiospermae bermanfaat bagi kehidupan manusia dan haiwan. Kegunaannya termasuk sebagai tanaman hiasan (ornamental plants) seperti bunga mawar, bunga kaktus, bunga matahari dan sebagainya untuk keindahan dan penghasilan makanan. Bunga juga dijadikan bahan rempah yang dipakai untuk masakkan dari bunga dimana bijinya digunakan seperti cengkih, buah pala, buah keras, lada hitam dan banyak lagi. Tumbuhan ini juga menjadi satu sumber makanan seperti sayuran dan buah-buahan yang dikomersilkan diseluruh dunia sejak dahulu. Tumbuhan berbiji juga merupakan salah satu sumber protein dan karbohiderat serta zat mineral, vitamin dan sebagainya untuk manusia. Tumbuhan jenis ini menghasilkan kayu yang dijadikan bahan asas membuat rumah, perabot, kertas, industri perkayuan dan banyak lagi. Bunga yang diambil boleh juga diproses menjadi ubat dan bahan komestik. Memang banyak tumbuhan berbiji tertutup ini diproses manjadi minyak aromatik, minyak sayur, gula, biodiesel dan pelbagai produk makanan haiwan juga.


Apa pun selalunya t
umbuhan biji akan mempunyai sebutan lain iaitu sebagai Tumbuhan Berbunga (Anthophyta). Tumbuhan ini selalunya melakukan proses pembiakannya terlihat (Phanerogamae) dimana proses pembiakan ini melalui pembuluh dan berlembaga (Embriophyta sifonogama). Proses pendebungaan dan persenyawaan setiap bunga tumbuhan ini melalui pelbagai kaedah dan sering ia digunakan didalan aktiviti pembiak bakaan tanaman. Pakar biakbaka akan melakukan aktiviti pembiakan tumbuhan dengan kacukan sendiri, kacukan silang dan rawatan dengan nuklear bagi mendapatkan varieti tumbuhan baru yang dikehendakki. Pembiakan tanaman kelapa antara yang dilakukan dimana kelapa tinggi dan kelepa renek dikacukkan menjadi kelapa hibrid yang premium seperti kelapa Matag dan kelapa MAWA (Sila lihat foto disebelah). Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) diantara varieti kelapa yang dikeluarkan bagi pengeluaran biji kelapa yang premium. Penulis blog kongsikan info bagaimana fungsi keberadaan biji tumbuhan seperti ia adalah sebagai tempat penyimpan  bagi tumbuhan setelah selesai hasil fotosintesis. Simpanan bagi makanan ini akan digunakan untuk tumbuhan bertahan hidup seperti semasa nutrien dalam tanah semakin berkurangan untuk diserap. Ia selalu berlaku ketika musim kemarau dimaa ketiadaan air dan tidak boleh menyerap nutrien serta akan membawa ke bahagian daun menyebabkan tumbuhan tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan baik. Simpanan makanan ini akan digunakan untuk tanaman untuk bertahan hidup. Beberapa jenis tumbuhan yang bijinya boleh dijadikan penyimpanan simpanan makanan antara lain seperti kacang tanah, padi, kacang soya dan kacang hijau. Selalunya biji yang mempunyai ukuran kecil akan lebih cepat tumbuh dimana puncanya adalah ia tidak mengandung banyak endosperma. Dalam pada itu penulis blog faham untuk biji yang dapat bertahan dalam waktu lama dan keras dimana selalu kandungan endospermanya mempunyai ciri seperti benih untuk bertahan hidup. Buah kelapa (Cocos nucifera) yang kebanyakannya tumbuh di pantai akan menghasilkan jumlah buah (biji kelapa) yang banyak dimana kemudian apabila cukup matang akan gugur ketanah. Ia merupakan biji mempunyai sabut yang membolehkannya terapong-apong di laut sehingga tiba selepas berbulan-bulan dan hidup dilokasi baru. Biji kelapa merupakan sejenis tumbuhan yang paling unik cara penyebarannya didunia dan bertahan sehingga kini.


Kepentingan biji juga dikaitkan dengan fungsinya sebagai Alat Pembiakan Tumbuhan dan juga menjadi 
Sumber Genetik Tumbuhan. Kewujudan biji yang berfungsi sebagai alat pembiakan kerana melaluinya akan dapat menghasilkan tanaman baru atau selalu dipanggil sebagai 'Bijibenih'. Ada kalanya aktiviti penyelidikan khas dilakukan bagi mendapatkan biji-biji dengan kuantiti banyak berkualiti dan 'Seragam' bagi ianya di komersilkan seperti tanaman bijirin (padi, gandum, jagung, kacang soya dan sebagainya). Penyelidik di AARI (Ayub Agriculture Research Institut) di Faisalabad, Pakistan yang penulis blog kunjungi dulu pada tahu 2015 diantara intitusi yang banyak menjalankan kajian mengenai biji jagung bijirin sehingga negara tersebut mampu menjadi salah satu negara penghasil jagung bijirin dunia tersohor (Sila anda lihat foto disebelah). Artikel ini bolwh dibaca dan memang menarik dengan pautan berikut (Sila klik disini). Kepentingan biji ini adalah sebagai agen penting membentuk tumbuhan baru. Selalunya biji akan digunakan didlam penanaman baru dimana biji berkualiti dari varieti premium akan ditanam atas dan dijaga dari segi sistem pengairan, pembajaa, kawalan musuh dan penyakit sebelum tumbuhan ini mengeluarkan hasil dikehendakki. Penentuan biji benih terjamin dan sudah disahkan mengikut prosedur dan piawaian khas dilakukan bagi tujuan mendapatkan tanaman baru yang mempunyai sifat sama dengan pokok induknya. Pelbagai teknik pembiakan boleh dilakukan oleh saintis pembiakbaka tumbuhan sebagai satu proses berterusan sehingga mampu mendapatkan varieti baru yang premium. Asasnya dimana biji berkualiti selalu dilaporkan memiliki generasi sporofit yang lebih kompleks dibandingkan dengan paku dan lumut. Biji yang berkualiti juga tidak terdapat patogen perosak seperti bakteria atau kulat sehingga biji tersebut sesuai untuk ditanam semula. Biji yang berkualiti sebaiknya mia empunyai kandungan air tidak lebih dari 25 % dengan mempunyai bentuk yang sempurna sama ada bentuk bulat, lonjong, tidak cacat dan cantik. Apa pun sebelum mengakhiri artikel ini perlu dijelaskan dimana secara umumnya setiap biji mempunyai 3 bahagian penting iaitu Kulit Luar, Embrio dan juga Simpanan MakananKulit luar biji merupakan testa yang terbentuk dari gabungan intergumen ovule selama proses pembentukan biji. Embrio pula adalah sebahagian dari biji yang menjadi titik awal pada proses awal pertumbuhan tanaman atau tumbuhan. Embrio sendiri juga terbentuk dari proses pertemuan antara gamet jantan dan gamet betina. Embrio mempunyai kedudukan tersendiri didalam biji tepatnya di bahagian tengah biji dan dikelilingi oleh organ penyimpan makanan. Simpanan Makanan pula adalah dimana semua makanan disimpan agar ia dapat digunakan sepanjang masa terutama untuk percambahan.  Artikel ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna sebagai bahan rujukkan ilmiah kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!...
BIJI TUMBUHAN... AMAT BERGUNA...
AGEN PEMBIAKAN... PELBAGAI CARA...
BIJI TERTUTUP... ADA BIJI TERBUKA...
MENCARI ILMU... DENGAN MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Syawal 1444H).
SELAMAT HARI RAYA 2023!!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...