Support My Blog

Monday, June 5, 2023

KAMBING BAKAR DAN FAKTANYA (Part 1)

KAMBING BAKAR
atau KAMBING PANGGANG merupakan sejenis makananan popuar di Malaysia dimana ia diantara hidangan yang enak dimakan ketika masih panas-panas. Walau pun masih ramai yang masih 'takut' makan daging kambing bakar dengan persoalan bagus ke makan daging kambing ini sebenarnya untuk kesihatan?. Daripada rujukan dinyatakan dimana fakta daging kambing mempunyai manfaat kesihatan masih lagi kurang diketahui ramai. Ada juga yang masih kurang kenal akan perbezaan diantara daging mutton dari jenis kambing kampong (goats) dengan Lamb iaitu daging dari kambing biri-biri (sheeps) serta beberapa jenis kambing yang lain. Saya ada juga menulis mengenai daging kambing yang boleh dibaca dalam blog ini pada September 2019 tahun (Sila klik disini). Sebenarnya daging kambing dikelaskan sebagai daging merah kerana ia mempunyai tahap myoglobin tinggi dimana zat protein yang terdapat dalam tisu otot haiwan tertentu seperti lembu jug telah menjadikan daging ini akan berwarna merah apabila terdedah kepada oksigen. Pada penulis blog dapati dimana rasa daging kambing pula lebih kuat baunya berbanding ayam atau lembu tetapi masih boleh diterima untuk dimakan terutama peminat kamping panggang. Kini sudah banyak hidangan daging kambing akan dibakar atau dipanggang dan sudah menjadii trend hidangan istimewa di Malaysia. Sebaiknya daging kambing sesuai diambil daripada kambing atau bebiri kerana daging kambing tua dilaporkan dagingnya adalah lebih keras dan liat. Menyentuh mengenai khasiat daging kambing iaitu dari aspek penting pemakanan dilaporkan daging kambing kaya dengan sumber mineral seperti zat besi, zink, kalsium, selenium, kalium, tembaga dan magnesium serta pelbagai jenis vitamin B. Hasil kajian dilaporkan setiap 113 gram daging kambing (4 auns) ia mengandungi hampir 28g protein. Junlah ini sudah memenuhi hampir ⅔ keperluan pengambilan lemak tepu harian. Adalah digalakan agar perlu bersederhana ketika memakan hidangan daging kambing. Ia juga turut mengandungi lebih 330 kalori dan lemak tak tepu tunggal. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai daging kambing bakar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Beberapa info mengenai kelebihan makan daging kambing ada dinyatakan memang baik untuk kesihatan. Antaranya ia dikaitkan dengan masaalah  Anemia.  Kandungan kalsium dan zat besi dalam daging merah ini didakwa dapat untuk membantu mencegah anemia dengan memberikan jumlah zat besi mencukupi bagi penghasilan darah merah baharu. Tanpa zat besi mencukupi maka ia akan menjejaskan pengeluaran sel darah merah. Kesannya anda akan berasa lemah, letih dan kesejukan. Keadaan ini juga boleh menjejaskan kesihatan imun dan fungsi kognitif. Dalam pada itu ia dilaporkan membantu mengurangkan berat badan. Aktiviti pengambilan daging kambing dikatakan dapat membantu meningkatkan rasa kenyang dan aktiviti metabolik, di samping menyediakan banyak protein. Sesetengah laporan mendakwa amalan makan daging kambing kurangkan kes kecacatan kelahiran kerana daging kambing yang kaya dengan sumber asid folik adalah ia  diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi baru lahir. Paling hebat adalah dakwaan dimana daging kambing bakar bagus untuk kesihatan kulit kerana ujud kandungan asid lemak omega-3 dalam daging ini, kulit akan mendapat perlindungan antioksidan, sekali gus mengurangkan penampilan kedutan dan bintik penuaan. Seterusnya didakwa ia membantu untuk ketumpatan tulang.  Daging kambing adalah sumber yang sangat baik bagi banyak mineral, seperti zink, fosforus, dan selenium iaitu semuanya diperlukan untuk ketumpatan mineral tulang. Ia juga dilaporkan membantu meningkatkan sistem imun mereka yang memakannya kerana tanpa zink yang mencukupi, sistem imun akan terjejas. Pengambilan sekitar satu hidangan kambing dapat memenuhi 30% keperluan harian pengguna. Ia berkait juga dengan menambah baik jisim otot. Daging kambing bakar yang padat dengan sumber protein, daging kambing dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan jisim otot dimana ia meningkatkan prestasi fizikal dan metabolik. Protein yang mencukupi membantu anda mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Mengambil hidangan kambing bakar bukan sahaja sedap tetapi juga merupakan sumber protein tanpa lemak yang baik. Antara kelebihan lain seperti daging kambing yang kaya dengan protein dan vitamin boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa haid dan menurunkan risiko strok serta penyakit buah pinggang. Apa pun ia juga membantu dalam melegakan simptom autisme dan meningkatkan kesihatan sistem saraf.


Beberapa isu yang sering dikaitkan dengan memakan daging kambing adalah dari aspek memakan kambing bakar berlebihan. Beberapa laporan menyatakan dimana ada terdapat beberapa kesan sampingan makan daging kambing, terutamanya jika mengambilnya secara berlebihan. Paling sering dilaporkan adakan tentang kesan tingginya risiko mengalami hipertensi, risiko kolesterol tinggi, risiko diabetes dan juga kesan kepada masalah kardiovaskular. Daging merah ini mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi yang man ia menjadikan tahap pengambilan secara sederhana amat digalakkan. Makan terlalu banyak boleh mengakibatkan peningkatan tahap serum kolesterol. Keadaan tersebut akan mendedahkan pengguna kepada risiko penyakit jantung, kes tekanan darah tinggi dan masaalah pengidap diabetes. Apa pun sebaiknya jumlah berlebihan jika dimakan akan turut dapat meningkatkan tahap bahan urin dalam badan iaitu ia adalah punca pembentukan batu karang. Paras urin ini juga ada dikaitkan dengan masaalah gout. Penulis blog akan kongsikan resepi kambing bakar ala barat. Ia dilaporkan salah satu cara paling sihat dalam penyediaan daging kambing adalah dengan memasak bahagian otot secara memanggang di dalam ketuhar atau membakarnya. Tetapi elakkan ia menjadi hangus kerana boleh meningkatkan risiko kanser. Bahan yang perlu disediakan adalah 1 kilogram daging kambing tanpa tulang, 4 ulas bawang putih yang dikisar, 1 sudu besar herba rosemary, 2 sudu kecil herba thyme, 3 sudu besar minyak zaitun, Garam merah jambu Himalaya, Lada hitam yang dikisar dan 1 kilogram kentang (baby potate) yang dibelah dua jika besar. Cara penyediaan dengan memanaskan ketuhar sehingga 450ºC dan letakkan rak pada sepertiga bahagian bawah ketuhar. Dalam mangkuk kecil, campurkan bersama bawang putih, rosemary, thyme dan 1 sudu besar minyak. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Sapukan pada keseluruhan daging. Dalam dulang pembakar, letakkan kentang. Kemudian tuangkan baki minyak zaitun dan beri perasakan dengan garam dan lada hitam. Letakkan kambing pada bahagian atas kentang dan panggang sehingga lebih kurang 1 jam atau suhu dalaman ketuhar mencapai 145ºC.  Rehatkan daging selama 15 minit sebelum dihidangkan. Memang enak dimakan ketika masih panas-panas lagi.


Sebuah media tempatan melaporkan fakta bagaimana '
Ladang Kelapa Sawit Diserbu Gara-Gara Kambing Bakar 'Harga Rakyat' wajar dikongsikan. Kisah menarik ini dilaporkan dari sebuah warung Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara yang terletak di Jalan Kasim, Meru, Klang, Selangor yang mana ia sering diserbu pelanggan terutama pada waktu tengah hari dan hari cuti. Kes ini berlaku semuanya gara-gara kambing bakarnya yang dihidangkan bersama kuah kicap, sambal belacan dan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Media laporkan dimana bagi pemilik warung dikenali Supriyadi Sukadi (43) dakwa dia tidak mempunyai sebarang rahsia dalam menyediakan makanan yang dijual dan sebaliknya akan sentiasa ikhlas dan menawarkan hanya yang terbaik untuk pelanggan. Dia mengakui menggunakan resipi turun-temurun keluarganya dari Indonesia untuk menyediakan sambal dan kuah kicap, juga dalam memastikan daging kambingnya lembut, tidak kering dan tidak berbau. Selain set kambing bakar yang dijual pada harga RM9 dimana ada menu lain yang ditawarkan adalah ayam penyet, lele penyet, bakso dan sup tulang. Warung yang mula dibuka pada Januari 2015 ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 12 malam. Ramai pelanggan yang perlu berbaris terutama di hari cuti untuk mendapatkan kelazatan hidangan daging kambing bakar.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan agar dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
DAGING KAMBING BAKAR...IA ENAKNYA...
DIPERAP DAHULU... DIBAKAR CARANYA...
MAKAN SEDIKIT... ITU BAIK AMALANNYA...
BACA ARTIKEL..TERINGIN PULA RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...