Support My Blog

Sunday, June 4, 2023

BUAH AVOCADO DAN FAKTA MENARIK (Part 2)

BUAH AVOCADO
(Persea spp L) adalah sejenis buah eksotik pokok dari keluarna yang di makan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai jenis produk makanan yang digemari ramai. Tanaman buah avocado ini dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang dilaporkan mempunyai tamadunnya tersendiri. Nama lain avocado seperti Avocado, Aligator Pear, Aquacate dan Palta dimana ia juga banyak nama dinegara lain. Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular dilaporkan sebagai sejenis tanaman popular di Filipina dan Indonesia. Penulis blog dapati dimana terdapat 4 spesies utama tanaman avokado popular iaitu Jenis Guatemala (Persea nubigena var. guatemalanisi L Wims), Jenis Mexica (Persea americana var drymifolia Blake), Jenis Hindia Barat (Persea americana) dan Jenis kacukan antara ketiga-tiganya. Apa pun dilporkan ad terdapat dua lagi spesies yang berkait rapat dengan tanaman avokado iaitu Jenis Covo (Persea schiedeana Nees) dan juga Jenis Anay (Beilcshmiedia anay Konter m). Antara kultivar yang ada termasuklah Avocado Hass, Avocado Gwen, Avocado Pinkerton dan Avocado Reed (kategori A). Bagi kultivar kategori B pula adalah Avocado Bacon, Avocado Ettinger, Avocado Fuerte, Avocado Sharwil dan Avocado Zutano. Kultivar lain yang ada termasuk Avocado Spinks dengan jenama Challange, Dickinson, Kist, Queen, Sharpless, Rey, Royal dan Tatt. Klon dan kultivar yang terdapat di Malaysia dibawa masuk dari Mexico tetapi banyak kultivar disesuaikan dengan persekitaran di Indonesia dan Filipina. Orang Malaysia memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti rakyat dibeberapa negara lain seperti di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang memang memakan buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan ambil buah avocado masak dan dibelah buah kepada dua dan ambil isinya dengan sudu dan kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula. Ia sesuai dimakan begitu sahaja bila masak ranum. Tanaman Avocado Popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.7 juta metrik tan pada tahun 2020 (Sumber: FAO Stat). Negara-negara membangun menyumbangkan sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Latin Amerika dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avocado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), USA (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasific dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avocado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia. Apa pun artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengeni beberapa kisah dan fakta menari berkaotan bah avocado untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Buah avocado tidak tahan lama jika ditekkan dimana dan kali ini ada beberapa tips untuk menyi
mpan buah avocado dengan betul sehingga ia boleh tahan sampai 8 hari. Buan avocado juga ia digelar sebagai makanan unggul kerana kandungan nutrisi tinggi yang dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh. Avokado adalah buah yang unik kerana ia mengandungi lebih banyak lemak sihat berbanding karbohidrat. Buah ini juga mempunyai paras gula yang rendah. Salah satu kelebihan yang ada pada memakannya mampu memberikan rasa kenyang lebih lama. Avokado mempunyai banyak khasiat penting untuk tubuh. Beberapa kajian telah menyatakan bahawa buah avokado mempunyai banyak manfaat kesihatan. Avocado mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral. Berikut adalah kandungan nutrisi dalam 100 gram avokado iaitu Vitamin K, Folate, Vitamin C,  Potasium, Vitamin B5, Vitamin B6 dan juga Vitamin E. Buah ini juga mengandungi beberapa sebatian dalam jumlah yang kecil seperti magnesium, mangan, tembaga, besi, zink, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin B3. Hasil kajian dimana 100 gram avokado mengandungi komposisi seperti tenaga (160 kalori), 2 gm protein, 15 gm lemak sihat, 9 gm karbohidrat yang mana tujuh gram daripadanya adalah serat. Apa pun bagi penulis blog ,emdapati buah yang mempunyai rasa lemak ini tidak mengandungi kolesterol atau natrium dan rendah lemak tepu serta enak dimakan begitu sahaja. Ia juga juga sering dimasukkan ke dalam salad, dijadikan inti sandwich dan jus. Tahukah anda bahawaavokado mempunyai kandungan kalium (K) yang lebih tinggi berbanding pisang? Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan kalium yang tinggi boleh membantu mengurangkan tekanan darah, risiko serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Buah avocado tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama.Justeru itu sebaiknya jika hendak membeli buah ini kena pastikan jumlahnya mampu anda habiskan sebelum ia menjadi rosak. Penulis blog paparkan lima tip boleh digunakan agar avokado boleh disimpan untuk tempoh yang lamai. Pertama adalah dengan menyimpan di kawasan terbuka sehingga buah avokado ranum. Tanda buah avokado sudah ranum dapat dilihat apabila warnanya bertukar menjadi gelap dan lembut apabila disentuh. Kedua dimana bila buah avocado sudah masak ranum maka letakkan didalam peti ais yang selalunya akan tahan 7-8 hari lamanya. Ketiga dimana tip yang boleh diamalkan adalah apabila ingin memakan atau menggunakannya maka boleh di belah separuh buah avocado di bahagian tengah dan bahagian baki separuh lagi yang belum dimakan, jangan buang bijinya dan simpan di dalam bekas plastik kedap udara. Kelima adalah meletakkan baki buah avokado dalam peti sejuk dimana ia mampu bertahan sehingga dua hari.


Mungkin ramai sudah sedikit tahu akan kehebatan khasiat buah avocado. Dilaporkan dimana buah ini akan dapat membantu menyerap nutrien daripada makanan lain. Buah Avocado bukan sahaja mempunyai khasiat yang tinggi, malah dapat membantu menyerap nutrien daripada makanan lain ke dalam tubuh. Satu kajian menunjukkan bahawa mendapati ia boleh meningkatkan penyerapan antioksidan ke dalam tubuh. Ia juga mengandungi antioksidan yang kuat yang boleh melindungi mata. Buah yang berasal dari negara Mexico dan Guatemala ini mengandungi antioksidan yang tinggi yang penting untuk kesihatan mata iaitu lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini dapat membantu mengurangkan risiko mendapat katarak yang biasa berlaku kepada warga emas. Ada dakwaan buah ini memang mencegah kanser. Laporan satu kajian ke atas sel terpencil menunjukkan bahawa avokado membantu mengurangkan kesan sampingan kemoterapi pada limfosit manusia. Ekstrak avokado juga telah terbukti menghalang pertumbuhan sel kanser prostat. Khasiat lain buah ini dimana ekstraknya melegakan gejala arthritis dimana hasil dari berapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah ini dan minyak kacang soya mampu mengurangkan gejala osteoarthritis dengan ketara. Seterusnya ia dilaporkan membantu menurunkan berat badan kerana bila makan buah ini akan merasa kenyang yang lama. Ia menjadikan seseorang yang memakannya akan mempunyai keinginan sekitar 28% lebih rendah dalam tempoh lima jam selepas itu tidak mahu makan. Buah ini boleh digelar sebagai makanan kategori 'SuperFood'. Paling diminati ramai dimana buah avocado didakwa mempu mengekalkan kesihatan jantung.
Avokado terutamanya minyak avokado boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung. Lemak tidak tepu mampu menghalang perkembangan arteriosclerosis.


Menarik fakta dimana ada petani yang '
Pinjam duit ibu buka bisnes avocado' sebagai satu usaha terbaik. Kisah dari Kota Bharu, Kelantan ini dilaporkan dengan bermodalkan RM10,000 dipinjam dari ibu mereka maka dua adikberadik membuka tapak semaian benih avocado di Taman Sri Cemerlang sebelum dapat menjual anak pokoknya. Percaturan Hashidah Hashim (56) dan adiknya, Hafiz (40) telah menjadi apabila perniagaan itu mendapat sambutan menggalakkan berikutan tidak ramai yang membekalkan anak pokok tersebut ketika ini. Dakwa mereka dimana sebelum ini kakaknya bertugas di sebuah bank, namun telah berhenti kerja ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala adiknya seorang kontraktor. Semasa tempoh PKP berpanjangan dengan pandemik masih berlarutan menyebabkan hidup mereka semakin terhimpit, lalu berpakat untuk membuka perniagaan sendiri bagi menyara keluarga masing-masing. Kini mereka mempunyai 10,000 biji benih avocado dari Indonesia dengan kos RM10,000 sebelum menyemainya dalam polibeg. DIlihat mereka lega apabila benihnya tumbuh subur menjadi anak pokok dan selepas usaha kami tular di media sosial, ramai mula membuat tempahan termasuk dari Pulau Pinang, Johor dan Kedah (Sila lihat foto disebelah). Anak anak pokok avocado dijual di tapak semaian mereka merupakan jenis ‘Mickey’ dan ‘Alligator’. Proses menyemai benih sehingga menjadi anak pokok tidak rumit sebagaimana disangkakan dan hanya mengambil masa kira-kira dua minggu sahaja. Pokok avocado mula berbuah selepas berusia lima tahun dimana setiap anak pokok avocado yang disemai ini kami jual pada harga RM25 sepokok.


Mungkin ramai yang pernah ujirasa jus minuman acocado smoothies semasa berada diluar negara. Dalam satu tinjauan yang dibuat dilaporkan di Malaysia masih r
amai yang mungkin tidak berapa suka hendak telan avocado untuk di makan begitu sahaja. Ada juga yang ingin tahu buah avocado ini rasanya macam mana. Banyak yang tidak mahu beli buah avocado ini sebab tidak tahu kualiti buah sama ada ia buah mmuda atau telah masak. Bagaimana pun buah masak amat sesuai untuk dijadikan kuliner Avocado Soothies (Sila lihat foto disebelah). Jika ada bahan mencukupi sebenarnya mambuat sendiri dirumah agak mudah dilakukan dan ia adalah minuman berkhasiat. Minuman ini sesuai dibuat sepanjang masa daripada waktu pagi, tengahari, petang dan waktu malam juga. Sediakan bahan-bahan bagi sediakan sebanyak satu jug. Ia adalah 4 biji buah avocado yang masak atau matang, 1 cawan susu segar atau susu cair atau susu full cream atau susu rendah lemak, Gula Melaka atau Gula Merah atau Gula Madu secukupnya (Tips: kalau guna bahan gula melaka atau gula merah pastikan ia dicairkan dulu). Cara untuk membuatnya dengan mula-mula buang dulu kulit dan biji avocado dan isinya semua diambil dan dimasukkan dalam blender untuk dikisar. Kemudian perlu masukkan sedikit air, susu dan akhir sekali gula yang telah dicairka atau madu. Maka ia perlu dikisar sampai nampak smooth dan sebati. Kemudian boleh buat ujirasa dulu kalau kurang manis tambah lagi gula dan kalau hendak rasa creamy tambah lagi susu. Maka ia sudah siap dan sedia untuk dinikmati. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
BUAH AVOCADO.... UNIK BENTUKNYA...
KURANG DI TANAM.. DI NEGARA KITA...
ADA 6 VARIETI... DIDAFTARKAN PULA...
MEMANG ENAK... BERKHASIAT ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...