Support My Blog

Friday, June 16, 2023

IKAN AIR TAWAR VS IKAN AIR MASIN - APA BEZA? (Pt 1)

Lazimnya dipasar ada dijual IKAN AIR TAWAR, IKAN AIR MASIN dan IKAN AIR PAYAU untuk dinikmati setelah siap dimasak. Kalangan pembaca blog dan pengguna lazimnya ada yang suka makan ikan laut (air masin) dan tidak suka makan ikan air tawar dan sebaliknya berlaku juga orang yang suka makan ikan air tawar dan sebaliknya tidak suka makan ikan laut. Terdapat banyak fakta yang boleh dibincangkan tentang ikan air masin, ikan air tawar dan juga ikan air payau untuk ianya dijadikan bahan rujukkan. Asasnya ikan air tawar hidup dengan persekitaran air tawar dan ikan air masin hidup dipersekitaran air masin. Penulis blog jelaskan apakah dia perkara asas yang membezakan diantara Air Masin (Saline water) dengan  Air Tawar (Fresh Water) untuk dijadikan bahan rujukkan. Asasnya dimana perbezaan utama antara air masin dan air tawar ialah kandungan kemasinan dimana kedua-duanya mengandungi garam atau natrium klorida akan tetapi bagi air tawar mengandungi hanya sedikit garam. Umum mungkin tahu dimana di lautan luas dibumi ia mempunyai ekosistem air masin manakala bagi mukabumi tasik, sungai, sungai, paya dan kolam ia mempunyai ekosistem air tawar. Kelikatan air laut, atau rintangan dalaman untuk mengalir, adalah lebih tinggi daripada air tawar kerana perbezaan kemasinan. Setiap jenis air membolehkan haiwan, marin dan hidupan tumbuhan yang berbeza berkembang maju. Merujuk kepada ekosistem Air Tawar sebenarnya di dalam kolam dan tasik ada terdapat beberapa zon yang menawarkan suasana berbeza yang terbaik untuk jenis kehidupan tertentu. Tingkat atas dipanggil zon litoral iaitu ia merupakan rumah kepada alga, tumbuhan akuatik dan ikan. Haiwan Amfibia dan juga beberapa spesis haiwan serangga juga tinggal di zon litoral. Dalam pada itu penulis blog faham dimana di zon kedua atau pun dipanggil zon limnetik akan ada plankton yang mana ia berkembang subur serta beberapa jenis ikan. Terakhir adalah pada kedudukkan zon ketiga dipanggil zon profundal. Satu lagi jenis ekosistem air tawar ialah tanah lembap. Di dalam tanah lembap dimana seseorang boleh menemui pelbagai jenis hidupan tumbuhan yang mana kebanyakannya terdiri dari hidupan hidrofit dimana ia berkembang untuk berada dalam persekitaran lembap. Banyak burung dan amfibia juga dilihat tinggal di kawasan itu. Di sesetengah tanah lembap yang mana ia mempunyai air masin maka ia jadi tanah lembap tidak selalunya dianggap sebagai ekosistem air tawar. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta mengenai ikan air tawar dan ikan air masin untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Tidak lengkap membaca artikel ini kalau tidak dijelaskan akan bagaimanakan sebenarnya e
kosistem Air Masin yang dikaitkan dengan kehidupan laut yang sangat pelbagai. Dari paus terbesar, ikan kembung yang diminati ramai sehingga kepada hidupan plankton terkecil yang memang lautan dipenuhi dengan banyak keajaiban. Terdapat juga terumbu karang, ikan lumba-lumba dan pelbagai jenis ikan menjadikan pada ekosistem air masin sebagai rumah mereka. Terdapat juga keadaan seperti situasi ekosistem hutan kelp, hutan bakau dan ada pantai berbatu. Terumbu karang dan ekosistem laut dalam juga menyokong kepada keberadaan pelbagai jenis hidupan. Memandangkan lebih daripada 70 peratus daripada planet ini diliputi oleh lautan dan juga 97 peratus daripada air planet ini adalah lautan maka ada dilaporkan adalah selamat untuk saintis mengatakan bahawa bentuk air yang paling lazim dan adalah terbanyak di muka bumi ialah air masin. Saintis yang pakar dalam dunia lautan dan air masin menyatakan dimana tahap kemasinan atau purata kemasinan air laut ialah 3.5% yang mana ia bermakna ada sebanyak 35 gram garam terlarut dalam satu liter air laut. Kemasinan badan air yang berbeza menghalang organisma daripada ia dapat berkembang maju dalam kedua-dua air masin dan air tawar. Dilaporkan dimana ada sesetengah tumbuhan dan haiwan hidup dalam satu jenis air tetapi tidak boleh hidup didalam jenis air yang lain. Aspek sains yang penting ketika membincangkan berkaitan air adalah aspek Ketumpatan Air. Satu lagi perbezaan yang ketara antara keduanya ialah ketumpatannya dimana saintis dapati air masin mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air tawar kerana kandungan bahan Natrium klorida (NaCl) yang terkandung di dalamnya. Tambahan pula dalam air masin sejuk lebih tumpat daripada air masin suam tetapi ia menjadi kurang tumpat apabila air membeku menjadi ais. Data menunjukkan dimana takat didih air laut lebih tinggi daripada air tulen dan takat bekunya lebih rendah. Ketumpatan air masin ialah 1.025 manakala ketumpatan air tawar ialah 1.0. Objek terapung lebih mudah di dalam air masin berbanding di dalam air tawar. Manusia juga biasanya merasa mudah terapung di dalam air laut tetapi tidak di dalam air tawar. Dalam pada itu penting difahami dimana Muara Sungai penting keberadaannya. Muara sungai merupakan bahagian penting dalam ekosistem Bumi dimana ia adalah tempat air masin dan air tawar bercampur bersama yang membolehkan pelbagai jenis hidupan berkembang dikenali sebagai Air Payau. Memandangkan bahagian muara yang berbeza mempunyai paras air yang berbeza bagi kedua-dua jenis air maka seseorang boleh menemui satu terumbu yang dipenuhi tiram manakala satu lagi dipenuhi dengan ketam biru dan lazimnya kawasan ketiga dipenuhi dengan penyu laut.


Mempelajari ilmu perikanan dimana 
semua jenis ikan samada yang hidup dekat laut atau di sungai mempunyai ciri-ciri yang sama. Contohnya marfologi ikan ada insang, ada ekor dan sirip dimana kesemua jenis atau spesis ikan ada ciri-ciri ini  sama ianya jenis ikan sungai atau ikan laut (Sila lihat foto disebelah). Walau pun kebanyakan jenis ikan mempunyai ciri yang sama persoalannya adalah kenapa ikan tidak boleh hidup dalam semua jenis air yang ada sama ada di sungai, tasik, kolam atau dekat air laut?. Jawapannya kerana ikan air masin mempunyai sifat sel badan yang berbeza berbanding ikan air tawar. Bagi memahami dengan lanjut perkara ini maka perlulah kena tahu satu sifat air iaitu dipanggil di panggil 'tonicity'. Tonicity sebenarnya ada 3 jenis iaitu Hipertonik (hypertonic), Hipotonik (hypotonic) dan Isotonik (isotonic). Untuk artikel ini, kami akan ulaskan hipertonik dan hipotonik saja. Situasi Hipotonik bermaksud kadar kepekatan solute (bahan larut, macam garam atau gula) adalah lebih rendah di dalam sel berbanding di luar sel. Sebaliknya situasi hipertonik pula bermaksud kepekatan bahan larut adalah lebih tinggi di luar sel daripada di dalam sel. Dalam konteks ini, air laut mempunyai sifat hipertonik berbanding ikan yang hidup di dalamnya. Ini bermaksud kandungan garam di dalam air laut lebih tinggi daripada kandungan garam dalam sel pada badan ikan. Lazimnya apabila berlaku ketidak seimbangan antara kepekatan air apa yang berlaku adalah air akan bergerak keluar daripada badan ikan. Kenapa air bergerak keluar adalah dimana tuhan telah jadikan sifat air daripada dulu sampailah sekarang macam itu. Air akan bergerak ke kawasan yang kontang atau kurang air sama juga dengan sifat haba. Memang sifat haba daripada dulu lagi akan bergerak daripada kawasan panas ke kawasan yang lebih sejuk dan bukan sebaliknya. Bagi belajar bagaimana mengimbangi proses kehilangan air daripada badan dimana ikan air masin akan minum lebih banyak air. Sebaliknya bagi sifat air tawar pula adalah hipotonik dimana kandungan garam di dalam tubuh ikan adalah lebih tinggi daripada air di sekelilingnya. Dalam pada itu di sebabkan kepekatan air lagi rendah dalam badan ikan, maka air akan berterusan mengalir ke dalam badan mereka. Untuk bertahan menghadapi bekalan air yang mana ia akan berterusan maka ikan air tawar perlu membuang air kencing dengan lebih kerap. Apa yang akan berlaku jika kita letakkan ikan air tawar ke dalam air masin dan sebaliknya?. Dilaporkan sekiranya dimasukkan ikan air tawar ke dalam air masin maka air akan mengalir ke luar dari badan mereka sehingga menyebabkan mereka mati akibat dehidrasi. Dalam hal lain sekiranya kita meletakkan ikan air masin ke dalam air tawar maka apa yang berlaku adalah air di sekelilingnya akan mengalir masuk ke dalam badan ikan sehingga sel-selnya membengkak dan akhirnya menyebabkan ikan akan mati. Bagaimana pun saintis dapati terdapat jenis ikan tertentu yang dapat bertahan di kedua-dua jenis air samada ikan air masin dan air tawar. Spesis ikan ini di panggil juga Ikan Euryhaline (Euryhaline Fish). Contoh spesis Euryhaline Fish ialah Salmon, jerung buaya (bull shark), trout, shad dan Striped bass. Artikel inii ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN AIR TAWAR... BANYAK JENISNYA...
IKAN DI LAUT... TIDAK MASIN ISINYA....
HENDAK BELI... MEMILIH YANG MANA...
BACA  ARTIKEL....FAHAM SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Zulkaedah 1444H).
Posted from:
Room 510, Bertam Resort,
Pulau Pinang 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...