PROJEK TANAMAN NANAS DI LANGKAWI, KEDAH kini merupakan saah satu projek pertanian yang dianggap berjaya di pulau peranginan ini. Penulis blog sempat untuk membuat tinjauan teknologi ke Kelompok Pengusaha Projek Nanas di Kg Kok, Langkawi bersama rombongan dari Ahli Lembaga Pengarah, Kakitangan LPNM dan juga ramai peserta projek pada 10 Jun 2023 jam 3.00 petang dalam keadaan cuaca mendung. Ketibaan di sambut oleh Ketua Persatuan Penanam Nanas Kg Kok iaitu Encik Azizan dan sekitar 30 orang ahli-ahlinya yang aktif menanam, memasarkan dan mengerjakan kawasan tourism nanas dimasa akan datang. Kedudukan Kg. Kok yang terletak diantara Gunung Machinchang dengan Gunung Raya menjadikan kawasan disini sesuai untuk aktiviti tanaman nanas terutama jenis tanahnya yang subur dan sedikit berbukit. Menurut ketua kumpulan penanaman nanas di Langkawi dimana mereka dulu awalnya pernah di ejek oleh rakan kampong kerana mereka selalu nyatakan kemana hendak dijual jika menanam nanas di pulau yang kecil seperti Langkawi ini?. Jumlah pokok nanas bukan sedikit itu awalnya cuma mencapai 42,000 pokok sehektar jika ia ditanam monokrop dan boleh mencecah 70,000 pokok sehektar jika menggunakan sistem tanaman padat seperti dilakukan di Kuala Muda, Padang Terap, Baling dan juga Sungai Petani. Tanaman Nanas (Ananas comosus) merupakan tanaman yang dipilih untuk ditanam secara berselingan (intercropping) dengan tanaman getah sebelum pokok getah membesar dan sedia untuk ditoreh dalam masa 6-7 tahun. Bagaimana pun secara teknikalnya kawasan tanaman semua getah dimana ia boleh ditanam nanas dalam masa 4 tahun atau dua hingga tiga pusingan tanaman sebelum pokok meninggi dan kurang sesuai ditanam nanas. Bagaimana pun pada tahun 2023 beberapa pengusaha sudah pun menanam nanas moris ini secara monokrop menggunakan pakej amalan teknologi yang diisediakan oleh pihak LPNM dan juga bersama pihak Jabatan Pertanian Malaysia (Sila lihat foto paling atas). Aktiviti untuk menanam nanas dikenalpasti semasa tahap awal pemilihan jenis tanaman selingan yang hendak dipilih dikawasan tanaman getah. Artikel pada malam Ahad ini dari bilik hotel Bayview iaitu dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan hasil tinjauan teknolgi tanaman nenas di Kg Kok, Langkawi untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Penanaman nanas di Kedah adalah seluas 378.6 hektar dengan penghasilan sebanyak 8,664 metrik tan dengan nilai RM15.603 juta pada tahun 2021 (Sumber: Laporan Taklimat LPNM Kedah, 2021). Hampir semua daerah di Kedah ada menanam nanas dimana daerah yang paling luas menanam nanas dilaporkan adalah Daerah Kuala Muda dengan keluasan 74.2 hektar menghasilkan sebanyak 1,857 metrik tan yang bernilai RM3,342.5 juta diikuti dengan daerah Padang Terap dengan keluasan 37.8 hektar menghasilkan sebanyak 912.5 mt bernilai sekitar RM1.642 juta. Pada tahun 2021 dilaporkan di Daerah Langkawi baru menanam seluas 15.3 hektar dengan penghasilan sebanyak 149.9 mt bernilai RM269,300. Kini keluasan penanaman nanas di Langkawi terus berkembang terutama di Kawasan Kampong Kok dimana dilaporkan petani disini akan terus kembangkan pada 2023 sehingga 2025. Kebanyakan jenis nanas yang di tanam adalah Nanas Moris (AC1) dan juga nanas MD2 di Negeri Kedah tetapi di Langkawi nanas moris merupakan jenis yang ditanam dengan meluas. Taklimat oleh Pegawai Kawasan LPNM En Zainol menyatakan pada tahun 2109 seluas 4.4 hektar nanas dengan 11 peserta iaitu merupakan pilot projek bantuan LPNM. Tanaman nanas di Kg Kok ini dikembangkan pada tahun 2020 libatkan bantuan seluas 5.2 ha libatkan 11 petani dengan bantuan 130,000 benih nanas. Seterusnya pada tahun 2021 seluas 14.2 hektar pula di tanam libatkan 31 peserta dengan bantuan 360,000 benih nanas. Bantuan LPNM diteruskan pada 2022 dengan tanaman nanas moris, nanas MD2 dan Nanas Cobek libatkan 6 hektar dan 12 peserta. Tahun 2023 dimaklumkab sebnayak 190,000 benih nanas moris telah diluluskan dan kini ia didalam peringkat penyediaan kawasan dimana benih di bekalkan dari penanam sedia ada. Kini ada beberapa plot kebun nanas yang mana ia menanam nanas secara monokrop dengan cara amalan agronomi yang disesuaikan dengan pakej amalan teknologi sedia ada. Sebelum ini ada ramai kalangan peserta tanaman nanas di Kg ini adalag secara selingan dengan tanaman getah sudah tidak menanam nanas lagi kerna pokok getah sudah membesar dan tanaman nenas sudah tidak sesuai lagi untuk ditanam. Oleh itu mereka mencari lokasi tanah lain (didakwa tanah tersebut adalah milik LADA) yang sudah pun mendapat 'greenlight' semasa perbincangan pihak pengurusan LADA, LPNM dan perstuan penanam nanas Langkawi. Di tapak baru ini kelak telah dirancang untu dibawa pelancong datang untuk melihat tanaman nanas, bergambar dengan ikon nanas, ujirasa produk berasaskan nanas, melakukan kerja memetik buah nanas dan sebagainya.
Usaha menanam nanas di Langkawi bukanlah satu proses yang singkat kerana ia memerlukan proses lama bagi tujuan untuk mendapatkan kepercayaan peserta. Di sebabkan ada program penanaman semula getah di kawasan Kg Kok dimana LPNM mulakan perbincangan bagaimana untuk memberikan pendapatan sementara menunggu pokok getah boleh ditoreh dalam 6-7 tahun kemudian. Sebelum ini mereka menanam jenis tanaman kontan seperti pisang ubikayu, jagung dan sayuran tetapi semuanya banyak yang tidak kekal bertahan lama. LPNM dalam penerangannya memberitahu bahawa menanam nanas boleh memberikan pendapatan lebih baik jika dilaksanakan dengan betul. Hanya nanas moris sahaja yang telah di syorkan kepada petani disini kerana ia mudah untuk ditanam, kos benih agak murah dan permintaan yang baik dikalangan masyarakat tempatan. Di maklumkan semasa kurusu asas itu diantara halatuju pembangunan nanas di Langkawi adalah bertujuan untuk pengeluaran optima dari sumber tanah yang ada, penjualan nanas segar serta aktiviti membuat produk berasaskan nanas dan juga kaitkan tanaman nanas dengan aktiviti pelancongan. Sehingga kini dilaporkan dimana ramai pelancong domestik dan antarabangsa yang pernah dapat berkunjung ke kebung nanas di Kg Kok dan membeli serta makan buah nanas sega dakwa memang berpuashati dengan kualiti nanas tersebut. Dalam ucapan Peengerusi Persatuan En Azizan nyatakan peserta nanas memohon agar mereka diberikan bantuan berterusan pada tahun mendatang kerana ramai yang semakin berminat menanam nanas. Antara isu perlu diselesaikan adalah isu tapak tanah untuk menanam nanas, isu kekurangan trekter membajak tanah, isu alatan untuk memproses dan hasilkan produk berasaskan buah nanas dan juga isu menyusun jadual pengeluaran buah nanas. Azizan dakwa 'perang harga' akan berlaku dikalangan perserta jika pengeluaran banyak akibat penanaman yang tidak ikut jadual matrik pengeluaran. Beliau minta LPNM membantu membuat jadual tanaman matrik dikalangan peserta agar masaalah lambakkan buah nanas tidak berlaku lagi.
Setakat lawatan di lakukan dilaporkan dimana isu pasaran tidak menjadi isu teruk kerana persefahaman kalangan peserta persatuan penanam nanas kini sudah lebih baik. Mereka akan menyusunatur jadual penanaman kerana apabila berlaku pengeluaran buah banyak memang tidak sesuai dibawa keluar dari Pulau Langkawi yang libatkan kos pengengkutan untuk dibawa ke tanah besar. Setakat ini pasaran tempatan masih baik dimana bagi Nanas Moris Gred A ia dijual pada harga runcit RM7.00 - RM8.00 sebiji. Ia adalah nanas moris yang sudah matang dimana mempunyai 2-3 bari mata nanas yang bertukar hijau kekuningan di pangkal buah. Dalam ujirasa nanas moris yang dihidangkan penulis blog dapati rasanya manis dengan tekstur yang rangup dan sangat enak dimakan (Sila lihat foto disebelah). Nanas moris di Kg Koko yang ditanan diatas tanah mineral ini jauh lebih enak daripada jenis buah nanas moris yang ditanam di atas tanah ganbut yang duu luas di tanam di Johor. Secara teknikal nanas moris di Langkawi dan diseluruh negeri Kedah yang ditanam diatas tanah mineral memang lebih baik dana berkualiti dengan di tanah mineral banyak mineral dan nutrien yang diperlukan oleh pokok nanas dan cuaca panas yang tinggi dimana ia membeolehkan ia manis. Di laporkan pula bagi jenis Nanas Cobek yang sudah dihasilkan dan matang ia dijual pada harga RM12 sekilogram dimanaa kebanyakan nanas cobek purata beratnya sekitar 1.2 -1.3 kg sebiji. Semasa ujirasa nanas cobek penulis blog dapati ia berserat, manis dan mudah untuk di cobek (dicubit) daripada buahnya. Kebanyakan nanas MD2 yang telah menghasilkan buah dibeli oleh kalangan perserta projek kerana jumlahnya masih tidak banyak. Pada penulis blog mengucakan tahniah kepada persetuan penanam nanas Pulau Langkawi yang ingin majukan satu pusat Taman Agrotourism di kawasan yang sudah dikenalpasti dan pohon LPNM membantu semasa penyediaaanya kelak. Semuga projek ini akan terus berkembang dan berikan pulangan terbaik kepada penduduk di Langkawi. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NANAS MD2 DAN COBEK... ADA JUGA...
HARGA BAIK... PENGUSAHA GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1017, Bayview Hotel,
Kuah, Langkawi, Kedah,
Malaysia.
(10 Jun 2023).
MENANAM NANAS.. MORIS JENISNYA...
PROJEK PERINTIS... 2019 MULANYA...NANAS MD2 DAN COBEK... ADA JUGA...
HARGA BAIK... PENGUSAHA GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1017, Bayview Hotel,
Kuah, Langkawi, Kedah,
Malaysia.
(10 Jun 2023).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.