Teknik menebar jala perlukan kemahiran dan latihan kerana hanya hasil tebaran yang tepat dan betul akan mampu untuk memerangkap ikan. Cara menebar jala mempunyai seni tersendiri dimana saiz tebaran ini boleh digayakan dengan tepat sama ada bentuk bulat, bentuk lonjong dan sebagainya ketika menebar jala. Teknik tebar jala ini memang sudah ia dititik beratkan pada zaman dahulu dimana pernah diadakan acara penebaran jala dilakukan beramai-ramai dan diketuai oleh raja atau sultan. Sejak dulu dilaporkan didalam setiap perahu terdapat satu kumpulan nelayan iaitu terdiri daripada pendayung, seorang pengemudi dan seorang lagi penebar jala yang berdiri dihujung haluan dan akan melakukan tugasnya sebaik sahaja menerima arahan menebar jala. Jala tradisional biasanya mempunyai jaring yang lebih kecil dimana ia diperbuat daripada benang kapas yang telah dipintal dan panjangnya dari tengah ke tepi biasanya dua atau tigalengan panjangnya. Dalam pada itu ukuran panjangnya pula biasanya dua atau tiga belas kaki bergatung kepada kegunaan. Jala tersebut haruslah ditebar dengan cara yang betul agar dapat melebar dengan lebih luas. Apabila penjala ini sampai pada satu kawasan yang dianggap sesuai untuk acara menebar jala dimana sultan atau raja akan berhenti dan memberi isyarat kepada para kumpulan nelayan tadi supaya menebarkan jala mereka. Perahu-perahu tersebut akan bergerak perlahan-lahan dan akan membentuk seakan lingkungan seperti bulan sabit. Jala ditebar dan apabila ia mula tenggelam jala akan ditarik perlahan-lahan dengan sabar ke permukaan dan ikan-ikan dikeluarkan dari jaring-jaring halus tersebut dan dimasukkan kedalam jejaring buluh. Biasanya penjala mempunyai cara-cara mereka tersendiri dalam teknik-teknik menebar atau menarik jala. Salah satu caranya ialah jala tersebut pada mulanya akan ditarik iaitu dibahagian tali yang kendur dan kemudian tali tadi akan digelung dengan tangan kanan dan selepas itu jala itu akan ditarik hingga cincin besi pada jala tersebut terangakt dari perahu sampai ke paras lutut penjala. Lazimnya dengan guna tangan kirinya maka nelayan ini mengambil jala itu dan perlu disandangnya pada bahu dan lengan kanannya. Semasa ditebar maka jala itu akan berkembang dengan cantiknya seperti sarang labah-labah yang besar bentuknya. Bahagian tepi jala tersebut tenggelam dengan serta-merta disebabkan oleh berat cincin itu menarik jaring jala tersebut. Bagi menjala dikawasan pesisir pantai ianya lebih mudah untuk dilakukan berbanding dengan menjala di sungai yang banyak kayu. Pada penulis blog yang pernah menjala dapati dimana ramai penduduk kampung yang tinggal berhampiran pesisiran pantai, sungai dan sawah padi juga menjalankan aktiviti menjala ikan atau udang di waktu lapang iaitu setelah selesai melakukan kerja utama seperti bersawah, menoreh getah, berkebun dan sebagainya. Kegiatan menjala juga dilakukan untuk menangkap ikan bagi keperluan seharian keluarga dan jika terdapat lebihan dijual kepada jiran atau sahabat handai serta dijadikan ikan pekasam.
Sebenarnya Jala merupakan sejenis peralatan menangkap ikan tradisional yang sehingga kini masih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan masa kini. Pada penuilis blog dapati dimana aktiviiti ini masih relevan kerana ia menghasilkan ikan dan udang dan diteruskan sehingga ke hari ini. Apa pun dikalangan penduduk kampung berada dikawasan kampong pendalaman biasanya menghasilkannya untuk dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri sebagai lauk. Ianya diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nilon yang agak kasar bagi menyokong beban cincin berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman benang menggunakan alat dikenali sebagai 'coban'. Apa pun kini tidak sudah membeli jala kerana dipasaran ada bermacam jenis jala akan tetapi yang popular adalah jala tangsi untuk udang dan jala benang untuk ikan. Di negara kita selain meencari jala di kedai pertanian yang menjual peralatan menangkap ikan memang sudah boleh beli secara on-line sahaja (Sila lihat foto disebelah). Harga jala yang dijual di kawasan utara Malaysia antara RM60 - RM250 satu unit. Dalam pada itu jenis Jala Burma atau jala benang putih dijual dengan harga yang agak murah iaitu bawah dari RM50.00. Kaian mendapati jika dibeli di Thailand dilaporkan dimana harga dalam lingkungan 400 bath sahaja (RM53). Jenis jala Siam pula merupakan jenis jala jenis benang tangsi kebanyakkan warna biru atau hijau dan agak kecil diameter berbanding jala tangsi di Malaysia. Penelitian mendapati dimana kebanyakkan kedai pancing ada menjual jala. Dalam pada itu jala yang dibuat menggunakan tangan (hand made) lebih mahal dan tahan lama berbanding jala dibuat dikilang komersil. Selalunya jenis jala yang dibuat oleh mesin cepat rosak dimana talinya mudah reput dan mudah koyak (jadi kena beli baru lagi). Jala buatan mesin juga agak dilihat ianya memang halus talinya iaitu diantara saiz tali biasanya 3/4 inci, 1 inci, 1.25 inci atau 5 inci. Jenis jala tangsi memang ia agak memudahkan untuk membuang sampah atau daun-daun serta ikan kecil akan tetapi haiwan seperti ikan, udang dan ketam juga mudah terlepas juga kerana sifatnya yang licin. Dalam pada itu jenis jala benang atau dari benang nylon biasanya agak sukar bagi ikan besar merosakkan jala tersebut. Ikan seperti spesis siakap putih yang akan melompat dengan ganas dalam jala dan jala benang juga memudahkan menjala ketam jika kena pada musim. Lazimnua jenis jala yang bewarna gelap berukuran panjang 12 kaki dan berat tanpa basah hampir 4-5 kilogram adalah jala yang ditempah khas untuk jala ikan. Ia sesuai untuk jenis ikan spesis siakap. Selalunya apabila basah maka berat boleh mencecah hampir 2 kali ganda.
Beberapa media tempatan melaporkan bagaimana 'Pesta tuai ikan meriah' melibatkan kemahiran yang dimiliki 1,500 peserta menangkap ikan menggunakan jala di Estet Ikan Kampung Paya Chempaka, Lanchang, Pahang. Dilaporkan dimana pesta acara diadakan dua tahun sekali itu tanpa dikenakan bayaran memberikan keterujaan orang ramai menyertai pesta terbesar di Pahang itu terbukti apabila terdapat dalam kalangan mereka yang mendirikan khemah dan bermalam di tepi kawasan paya seluas 16 hektar itu. Pesta itu dianjurkan jawatankuasa estet ikan Kampung Paya Chempaka dengan kerjasama Jabatan Perikanan Pahang dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang. Didakwa dimana keghairahan untuk menangkap pelbagai spesies ikan seperti patin, lee koh, kap rumput, keli afrika, tilapia dan rohu dapat dilihat apabila ada peserta yang mengambil keputusan bermalam di kawasan paya. Walaupun terpaksa berjalan sejauh satu kilometer (km) untuk sampai ke kawasan paya terbabit, itu tidak mematahkan semangat mereka yang memburu ikan pelbagai saiz menggunakan jala dan sauk. Adalah ia lebih mencabar lagi apabila lebih 13 peserta menerima rawatan termasuk dikejarkan ke klinik berhampiran selepas terkena sengatan ikan patin. Pesta menangkap ikan di estet ikan kampung Paya Chempaka diadakan setiap dua hingga tiga tahun sekali dimana setiap kali acara itu diadakan sambutan begitu menggalakkan. Peserta tidak dikenakan sebarang bayaran dan faktor terbabit menyebabkan jumlah peserta meningkat dua hingga tiga kali ganda dan pihaknya akan terus menyumbangkan benih ikan kepada jawatankuasa estet terbabit pada masa akan datang. Peserta Azmi Ibrahim juga dakwa dia berjaya menangkap ikan pelbagai spesies seberat 150 kilogram (kg) pada pesta berkenaan yang dianggap berbaloi dan menguntungkan. Dia bersama dua rakan menggunakan dua jala untuk menangkap ikan bermula jam 9.00 pagi, jumlah ikan yang banyak menambahkan lagi semangat mereka walaupun terpaksa berpanas. Memang seronok dapat bersama-sama memeriahkan pesta menuai ikan ini, ia adalah kali kedua saya menyertai program itu. Saiz ikan yang besar menambahkan semangat berada dalam paya itu. Dia juga bersyukur berjaya membawa pulang hasil yang begitu lumayan dan menguntungkan yang datang dari Mentakab. Bagi Zazali pula yang menetap di FELDA Sungai Retang, Jerantut dakwa dia sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menangkap banyak ikan yang terdapat dalam paya Chempaka. Walaupun dia hanya berjaya menangkap lebih 20 kilogram (kg) ikan kap rumput, patin, lee koh namun saya tetap berpuas hati apabila usaha yang dilakukan beberapa jam dianggap berbaloi. Selain kemeriahan pesta menangkap ikan program itu juga memberi peluang kepada peserta bertemu rakan dan peminat ikan paya di daerah ini. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.