Dalam portal hmetro.com dilaporkan bagaimana 'Kambing panggang istimewa!' ada dipaparkan untuk ia dikongsikan. Setiap kali tiba bulan ramadan akan ada buffet Ramadan bertemakan Selera Serantau di One World Hotel menyajikan lebih 100 hidangan bercita rasa tempatan dan antarabangsa. One World Hotel menerusi Cinnamon Coffee House yang serba baharu menyediakan pelbagai hidangan yang berbuka puasa yang pasti menggamit rasa. Dengan konsep dapur interaktif yang mempamerkan kepelbagaian masakan, bufet Ramadan bertemakan Selera Serantau ini menyajikan lebih 100 hidangan bercita rasakan tempatan dan antarabangsa. Hidangan utama yang tidak harus dilepaskan ketika berpuasa di Cinnamon Coffee House ini adalah kambing panggang yang diperap dengan rempah istimewa (Sila lihat foto disebelah). Selain kambing bakar dimana hidangan bufet ini menampilkan makanan tradisional asli kampung seperti ayam panggang percik dan daging perap panggang tenderloin dengan campuran perencah, murtabak, pelbagai jenis ikan panggang, aneka sate, opor daging masak pekan, gulai kawah kambing dan banyak lagi. Bagi penggemar masakan Melayu, antara hidangan utama yang menanti adalah bubur lambuk, ayam rendang Minang, gulai daging utara, dalca kari kambing, ketam bercili, ikan patin masak tempoyak, gulai ikan bersama bendi. Sup gearbox, tulang rawan, ekor dan banyak lagi yang disajikan secara bergilir sebagai pelengkap hidangan. Jika pelanggan inginkan ujirasa masakan selain Melayu, juadah lain seperti nasi ayam hainan, sup masam dan szechuan, mi goreng kantonis di Stesen Cina, manakala udang dan kambing masala, ayam tandoori di stesen makanan India. Di kaunter makanan laut pula dilihat mengajikan pengunjung dengan lobster slipper, udang harimau, kerang biru dan hitam serta makanan laut atas ais seperti tiram segar, ketam, udang, kerang hidangan sashimi dan sushi juga disajikan buat penggemar makanan Jepun. Ada pelbagai pilihan pencuci mulut antaranya aneka kuih Melayu, pulut serawa durian, ais kacang, cendol, aneka agar-agar serta enam jenis aiskrim menjadi pelengkap bufet. Untuk Stesen Goreng-goreng di mana pengunjung boleh menikmati keropok lekor, pisang dan keledek goreng pastinya pelengkap sajian berbuka puasa pada hari itu. Bufet Ramadan Selera Serantau di Cinnamon Coffee House ini bermula dengan harga RM208 nett untuk dewasa dan RM104 nett untuk kanak-kanak (enam hingga 12 tahun) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas. Pada penulis blog memang mahal harga yang ditawarkan tetapi mungkin banyak pilihan makanan untuk dinikmati. Berapa banyak seorang makan semasa berbuka puasa dengan hidangan tersebut?.
Paling seronok membaca fakta dari Ipoh bagaimana 'Panggang kambing dalam tanah liat gaya Kazakhstan' yang dilaporkan oleh bharian.com untuk dikongsikan. Dilaporkan dimana BBQ Lamb Cafe milik Ahmad Md Saad (58) yang terletak dalam kawasan rekreasi Ipoh River Front atau dikenali sebagai People's Park antara destinasi popular yang mana mereka menyediakan menu berasaskan daging kambing. Saya ada tonton youtube Azfar Badrul yang membuat content mengenai premis ini beberapa kali. Apa yang uniknya dimana kedai kafe berkonsepkan santai dan selesa di tengah bandar raya ini menampilkan kelainan apabila daging kambing dipanggang menggunakan ketuhar khas diperbuat daripada tanah liat, mengadaptasi kaedah tradisional daripada Kazakhstan. Tidak hairanlah daging kambing dihidang memiliki keunikan rasa kerana lebih enak serta memiliki aroma tersendiri, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung, khususnya peminat tegar menu berasaskan daging kambing. Pemiliknya mengakui ilham mencipta ketuhar berkenaan tercetus selepas beliau menonton rancangan 'Spice Routes' yang ditayangkan sepanjang Ramadan. Pada awalnya dia hanya tertarik melihat teknik masyarakat di Kazakhstan memanggang seekor unta di dalam ketuhar besar yang mencapai ketinggian sehingga enam meter. Dia memikirkan sekiranya mereka (masyarakat di Kazakhstan) yang boleh membakar seekor unta iaitu dengan (menggunakan kaedah itu) dan tidak mustahil kita juga boleh membakar seekor kambing. Mengambil mekanisme cara pembuatan ketuhar daripada Kazakhstan itu, saya membina dan mereka bentuk sendiri ketuhar seperti itu di kafe milik saya ini dan syukur ia menjadi. BBQ Lamb Cafe di Jalan Sultan Iskandar menyediakan lebih 22 menu dengan 17 daripadanya berasaskan kambing dengan kadar harga berpatutan. Mereka turut menerima pengunjung luar negara seperti daripada Sudan, Kuwait, Arab Saudi, Turki, Sweden, Amerika Syarikat, India, Jerman, United Kingdom, Australia, Kanada, Afrika, China, Indonesia dan Singapura. Selain daging kambing kafe miliknya turut menyediakan menu berasaskan daging lembu, itik dan ayam yang mana semuanya dimasak secara 'smoke' antara empat hingga 12 jam mengikut jenis daging dan tidak dipanggang secara terus menggunakan api. Kelebihan teknik ini adalah daging tidak akan menjadi kering dan lebih lembut, kerana ia dapat mengekalkan kandungan jus pada daging. Mengenai menu kambing disediakan, katanya antara yang terbaik dan mendapat perhatian pengunjung adalah Lamb Ribs, Lamb Shank, Lamb Rack, Lamb Skewer, Lamb Loin, Lamb Leg dan Sup Kambing. Premis ini turut menawarkan set menu bagi keseluruhan bahagian kambing, nasi kambing serta ayam organik, chilled salmon, smokey duck dan fish and chips. Info tambahan dimana BBQ Lamb Cafe dibuka jam 5 petang hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Selasa dengan menyediakan pelbagai jenis menu menarik bermula daripada harga RM13 hingga RM60.
Dalam melihat fakta lain dimana 'Kambing Panggang 'Sasaran' Pengunjung Bufet PWTC' juga sesuai dikongsikan. Sudah ada tradisi dimana setiap kali apabila tiba Ramadan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pastinya akan 'diserbu' oleh ramai penggemar daging kambing panggang. Apa pun situasi itu diakui Eksekutif Chef PWTC Suzaini Mohamed Salih yang telah mendedahkan sekurang-kurangnya 9 - 10 ekor kambing akan dipanggang setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Hidangan kambing panggang di sini memang 'panas'. Pendek kata menu istimewa 'Carving Station' ini tidak akan putus-putus dikunjungi pelanggan yang menggemari sajian itu. Kebanyakan daripada pelanggan beritahu mereka datang berbuka puasa di sini semata-mata untuk menikmati hidangan tersebut. Kelebihan kambing panggang PWTC adalah dari segi perapannya bersama dengan rempah-ratus terpilih. Apa yang didakwa membezakan kambing panggang kita dengan tempat lain adalah dari segi perapannya. Ia akan dibiarkan semalaman agar aroma rempah sebati dengan daging. Daging kambing yang sudah dipotong itu akan dipanaskan kembali untuk mengekalkan keenakannya. Kalau di tempat lain selepas daging itu dibakar, ia akan dipotong dan diletakkan begitu sahaja namun di PWTC ia akan panaskan semula kerana daging tersebut apabila sejuk ia memang berminyak, Ia dilaporkan dalam menjaga kualiti demi kepuasan pelanggan, Suzaini, 51, menegaskan PWTC hanya menggunakan daging kambing Boer yang diimport dari Australia.yang jauh lebih berkualiti daripada kambing tempatan kerana dagingnya lebih lembut selain tidak berbau. Selain hidangan kambing panggang, Suzaini berkata PWTC turut tidak ketinggalan menawarkan juadah masakan ala kampung dengan menghidangkan lebih 250 menu pilihan termasuk 20 jenis sajian berkonsepkan warung. Lazimnya saban tahun ia ditawarkan pada pakej RM80 untuk dewasa, RM40 bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, dan RM65 bagi warga emas 65 tahun ke atas. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan agar dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.