Support My Blog

Monday, June 19, 2023

RESEPI KENTANG PUTAR - HEBATNYA!

RESEPI KENTANG PUTAR
atau pun KENTANG LECEK merupakan sejenis makanan yang popular diseluruh dunia sehingga ia menjadi satu makanan yang mudah dibuat sendiri dirumah ataupun didapatkan daripada rangkaian restoren makanan segera. Cara pembuatan makanan ini mudah dimana ia juga dinamakan sebagai 'mashed potato'. kentang lecek, kentang lenyek, kentang tumbuk dimana ia adalah sejenis makanan yang disediakan dengan melecekkan kentang yang telah direbus. Resepi makanan ini mula muncul lebih kurang tahun 1747 dalam The Art of Cookery oleh Hannah Glasse. Apa pun penulis blog memang suka makanan kentang putar terutama yang disediakan dengan kuah lada hitam seperti resepi dii KFC yang enak dimakan dan menyenyangkan. Lazimnya makanan kentang lecek yang dikeringkan dan dibekukan juga kini boleh didapati dalam bentuk makanan segera di banyak premis dan kedai-kedai. Lazimnya ada banyak jenis resepi dan ramuan yang digunakan untuk memakan kentang putar daripada yang 'plain' sahaja kepada yang manis, pedas dan berempah juga. Kepada mereka yang suka membuatnya sendiri dimana penggunaan kentang yang segar berkualiti memang sesuai dan digalakkan walau pun sebenarnya jenis kentang yang agak "licin" digunakan untuk tekstur yang berbeza. Bahan-bahan seperti mentega, minyak sayuran, susu atau krim lazimnya ditambah untuk menaikkan rasa dan tekstur kentang yang dilecek tadi. Kemudian ia ditabah dengan perisa lain seperti dengan garam, lada, serta rempah dan herba sesuai yang diingini untuk berlainan resepi kuliner. Susu dan mentega boleh digantikan dengan stok atau air rebusan jika untuk mengurangkan kalori mahupun untuk pilihan tanpa tenusu. Dalam pada itu penulis blog melihat dimana diantara ramuan dan bahan perisa yang paling biasa digunakan ialah seperti bawang putih, keju, krim masam, bawang besar atau daun bawang, bawang terkaramel, mustard, rempah ratus seperti buah pala, potongan herba seperti parsli atau rosemary, lobak putih dan juga wasabi. Walaau pun biasanga kentang putar ini ada kentang lecek ini boleh dimakan begitu sahaja tetapi lazimnya ia dimakan bersama kuah atau sos yang dibuat berasaskan daging atau sayuran. Ia juga boleh dimasukkan dalam hidangan tetentu sebagai bahan asas seperti age pie, pierogi, colcannon, ladu barat, kroket dan gnocchi. Makanan dari KFC yang enak dimana selalunya penulis paling suka tentunya kentang putar kerana sudah serasi dengan citarasa penulis berbanding dengan produk kentang putar daripada restoren makanan segera yang lain. Sebaiknya jika tidak mahu makan ayam goreng atau pun burger ayam penulis blog hanya membeli kentang putar sahaja sama ada Saiz Kecil, Saiz Sederhana atau saiz besar. Makan kentang Putar resepi KFC memang mengenyangkan dan memberikan banyak tenaga kepada semua yang suka memakannya kerana banyak karbohiderat yang boleh menghasilkan gula dan tenaga. Kalau dahulu jika ingin makan kentang putar perlu pergi kerestoren makanan segera tetapi kini telah ada kaedah untuk menyediakan sendiri kentang putar dirumah. Artikel malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa resepi menarik makanan kentang putar sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.


Di Malaysia apa yang penulis blog rujuk diantara resepi yang paling popular adalah 'Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC'.
Bagi penggemar kentang putar, resipi adalah diantara yang boleh dicuba kerana ia tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga murah iaitu ia boleh makan sekeluarga. Beli bahan-bahan secara biasa di premis atau kini boleh dibeli secara on-line sahaja. Bahan tersebut adalah 8 biji ubi kentang, 1 kotak kecil susu segar, 2-3 sudu makan mentega, Serbuk lada hitam dengan kadar secukupnya dan jeuga serbuk lada sulah secukupnya. Memang sesiapa yang biasa memasak dirumh boleh menyediakan meni ini. Pertama sekali pastinya adalah mengupas kulit ubi kentang dan belah dua. Kemudian ia dimasukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang. Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana. Seterusnya apabila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya. Langkah berikutnya adalah memasukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus. Tambahkan serbuh lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas atau boleh dilebihkan. Langkat menuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu. Kemudian dilenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus). Resepi ini perlu disediakan sos (gravy) bagi dimakan bersama kentang putar agar lebih rnak. Bahan untuk buat sos kentang putar termasuk 1 biji bawang besar dipotong dadu, 2 ulas bawang putih juga dipotong dadu, 4 sudu makan mentega, 2 sudu makan tepung gandum@ jagung, 2 kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya serta 2.5 cawan air. cara masak sosnya adalah dengan mencairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan. Kemudian idmasukkan tepung gandum atau tepong jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar sehingga semua bahan hancur dan halus. Tuangkan kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. Kemudian dimasukkan kiub ayam dan juga serbuk lada hitam dan lada sulah dengan secukup rasa. Apa pun jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air dan mesti disebatikan. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul. Kemudian diangkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.


S
ebenarnya ada banyak resepi kentang putar yang didakwa menyerupai dengan resepi kentang putar KFC. Resepi bagi Kentang Putar Homemade Ala KFC ini memerlukan kelainan bahan dan cara membuatnya untuk menjadi kelainan ikut kepada citarasa pembuatnya. Pada penulis blog menyediakan makanan enak dari kentang ada pelbagai cara. Kentang putar yang ‘special’ memang boleh disediakan sendiri asalkan tahu akan cara begaimana membuatnya dan ada bahan diperlukan. Salah satu menu istimewa di restoran KFC yang diminati ramai selain ayam goreng dah tentulah kentang putar atau mashed potato. Rasanya yang lazat dan lemak memang selalu akan membangkitkan selera. Apa pun tidak susah pun untuk membuat kentang putar ini di rumah. Bahan yang diperlukan pun cuma Ubi kentang (5 biji), Susu segar (1 cawan) dan jyga bahan lerbuk lada sulah. Sementara itu bahan untuk membuat kuahnya disediakan 2 cawan air, 1 kuib ayam, 1 biji bawang besar (perlu dikisar), 2 ulas bawang putih (dikisar), 4 sudu marjerin, 1 cawan tepung gandum. sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah. Cara membuatnya dengan merebus kentang yang dikupas. Kentang perlu dipotong berbentuk dadu dan rebuskan selama lebih kurang 20 minit. Selepas itu perlu ditoskan kentang rebus dan lenyek. Gaulkan bersama susu segar dan lada sulah dimana kerja menyediakan kentangnya sudah pun siap dan diketepikan. Bagi sediakan kuahnya pula perlu direneh bahan dengan mula-mula didihkan air dan masukkan kiub ayam bersama bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar. Renehkan selama 10 minit dan ditutup api dan toskan air rebusan ini ke dalam sebuah bekas dimana ia sebaiknya diketepikan dulu. Seterusnya adalah dengan mencairkan marjerin dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau sehingga tepung larut dan tidak berketul. Langkah berikutnya adalah memasukkan air rebusan yang telah ditoskan tadi ke dalam campuran marjerin dan tepung dimana ia dicampurkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali adalah perlu menaburkan serbuk lada hitam dan lada sulah mengikut kuantiti dan citarasa pembaca dan ia sudah sedia untuk dihidangkan bersama mashed potato tadi. Meang agak mudah saja rupanya nak membuat kentang putar dimana ia memang kebanyakan bahan pun dah memang ada di rumah.


Penulis merujuk kepada resepi unik dimana ia adalah Kentang Putar dengan Sos Cendawan. makanan ini pada penulis blog memang enak dan sedia dihidangkan bila-bila masa sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. 
Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah 4 biji kentang (buang kulit dan potong), air secukupnya, sedikit garam, satu sudu kecil mentega serta bahan 2 - 3 sudu susu cair (boleh ganti susu segar). Apa pun cara menyediakannya mudah iaitu dengan merebus kentang dengan air dan sedikit garam sampai empuk. Buangkan air rebusan dan ditinggalkan air dalam sesudu diman akemudian biji kentang rebus tersebut dillenyek atau diputar. Langkah seterusnya adalah memasukkan mentega dan susu. Teruskan lenyek dan gaul sampai lumat. Bagi sediakan bajan sos cendawan dimana sediakan bahan 2 sudu mentega, 4 unit atau 4 piring cendawan kering (di basuh bersih, di rendam sampai lembut serta di potong dadu), 2 sudu tepung gandum, satu paket serbuk Nasi Goreng Ayam, 2 cawan air, satu cawan susu, satu sudu lada hitam dan juga sedikit kicap lemak manis. Apa pun cara penyediaannya mencairkan mentega, tumis cendawan sampai layu. Kemudian dimasukkan tepung dan serbuk nasi goreng ayam dalam api yang perlahan. Kacau sampai tepung garing dan bertukar ke warna sedikit coklat. Sebaiknya terus dimasukkan air dan dikacau sehingga tepung larut, tambah susu, lada hitam dan kicap. Kacau sampai mendidih dan jika pekat boleh tambah air. Akhir sekali dituang sos cendawan ke atas kentang putar apabila hendak dimakan.


Resepi kelima adlah '
Resipi kentang putar parmesan' yang agak popular juga. Bagi mereka yangbiasa makan kentang putar dengan kuah lada sulah sesuai sesekali di tukar selera dan cuba resipi kentang putar parmesan ini. Ada dakwaan dimana rasanya sedap dan pasti pikat selera jika dimakan suam panas. Bagi menyediakan makanan ini untuk 10 orang perlu disediakan bahan bahan iaitu 1 kg bahan kentang Idaho, 120 gm keju parmesan, 140 ml krim masakan,  140 ml susu segar, 100 gm mentega, 25 gm garam iaitu kuantiti secukup rasa, 2 gm lada hitam kisar, 5 gm daun pasli yang di racik halus dan secubit serbuk pala. Cara-cara untuk menyediakannya adalah dengan merebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk dan kupaskan kulitnya dan diketepikan. Kemudian kentang ini di lenyek dan di putar hancur kentang tersebut semasa masih suam. Seterusnya dimasukkan krim, serbuk pala, garam, dan serbuk lada hitam dalam periuk kecil dan panaskan dengan api perlahan. Apa pun langkah seterusnya memasukkan kentang putar dan kacau rata hingga pekat. Akhir sekali masukkan mentega dan keju parmesan dan digaul sebati. Makanan ini sedia untuk dihidangkan untuk keluarga. Semuga artikel ini memberi infoo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RESEPI KENTANG... ADA BANYAK CARA...
KENTANG PUTAR KFC... POPULAR DIA...
MUDAH DISEDIAKAN... BAHAN KENA ADA...
IA BERKHASIAT... HIDANGAN KELUARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Zulkaedah 1444H).
Posted from:
Room 5017, Bertam Resort,
Penang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...