Syukur kepada Allah yang membolehkan saya menulis artikel yang ke 7,500 pada 30 Mei 2023. Artikel ini sudah pun berjaya menjadikan penulisan dalam blog ''Anim Agro Technology' yang sudah berusia lebih 14 tahun dengan posting setiap hari satu artikel berterusan. Artikel dalam blog ini sudah banyak diposting dengan jumlah rekod bagi pembaca sudah mencapai sebanyak 35,603,088 (35.6 juta) pada 8.30 pagi 30 Mei 2023 dimana ia tidak termasuk pembaca yang tidak direkodkan pada peringkat awal penerbitan dalam blog ini. Purata jumlah pembaca blog ini diantara 250,000 - 300,000 orang sebulan dimana ia menjadi rujukkan kepada ramai pelajar, mahasiswa, pengiat industri pertanian, penyelidik, pensyarah, para guru sekolah, pegawai teknikal pertanian, usahawan tani, pegawai bank, belia, orang biasa dan banyak lagi lapisan pembaca. Melihat kepada graf dibawah amat jelas menunjukkan semasa era pandemik covid-19 lebih ramai yang membaca artikel dari tulisan saya mungkin kerana ramai orang duduk rumah dan banyak membuat rujukkan (Sila lihat rajah dibawah). Masa itu purata pembaca bulanan blog ini mencapai sehingga 18,000 orang sebulan dan kini sudah stabil pada purata sebanyak 10,000 - 13,000 orang sebulan. Hari-hari bekerja selalunya ramai yang membuka artikel dalam blog ini dan menurun semasa hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dan Hari Perayaan. Semuga artikel dalam blog ini terus menjadi rujukkan semua.
Artikel-artikel dalam blog ini adalah menyentuh pelbagai aspek mengenai teknologi pertanian, fakta menarik mengenai aktiviti pertanian, makanan, data dan rekod keluasan tanaman, kuliner makanan, kisah berkaitan dari media dan sebagainya. Keupayaan menulis artikel setiap hari dan membuat posting setiap hari sejak 14 tahun lalu menajdikan ia rutin harian kepada penulis blog. Masih ingat dimana posting kali pertama adalah pada 9 Julai 2009 semasa saya masih lagi bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar di Johor. Artikel ini bertajuk 'Agro Tunneling The World' yang mengisahkan bagaimana penulis blog telah berpengalaman masuk terowong bawah tanah iaitu di DMZ North-South Zone Korea sepanjang 250 km (1993), Memasukki Terowong di Piramid Giza, Mesir (2006), Vietcong Tunnel di Vietnam (2009), Eurotunnel at Channel Tunnel (London to Paris in 2014) dan Underground Rapid Train Transport in UK, France (2014). Artikel tersebut boleh di akses dengan pautan berikut (Sila klik disini). Ia merupakan kisah paparan sesuai ketika itu sebelum penulis blog banyak travel kebanyak negara lain.
Merujuk kepada rekod sejak mula di posting antara 5 artikel yang paling banyak di kunjungi adalah seperti rajah dibawah. rtikel bertajuk 'Kelapa- Menanam Matag dan Kelapa Pandan' yang diposting pada 28 Januari 2015 mencapai 77.2 k diikuti dengan artikel bertajuk 'Racun Rumpai - Cara Tindakan' yang diposting pada 5 Ogos 2018 sebanyak 55.3k (Sila rujuk rajah dibawah). Seterusnya adalah artikel bertajuk 'Khasiat Sacha Inci' yang diposting pada 3 Julai 2020 dengan seramai 43.8 k pembaca diikuti dengan artikel bertajuk 'Durian Musang King - 30 bulan berbuah' yang diposting pada 5 September 2016 dan yang ke 5 terramai pembaca adalah artikel bertajuk 'Cili Padi - Senang Tanamnya' di posting pada 9 Januari 2014 dengan seramai 30.4 k pembaca. Beberapa artikel lain seperti tajuk 'Rumput Miang Mexico' dan 'Racun Rumpai - Apa dia?' juga mendapat jumlah kunjungan yang tinggi dalam blog ini.
Semuga semua artikel dalam blog "Anim Agro Technology'' ini akan terus dapat diterbitkan setiap hari dimasa akan datang. Lebih banyak tajuk-tajuk berkaitan pertanian dan teknologi pertanian akan dapat ditulis dengan isu-isu dan info terkini agar ia dapat ditulis dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua. Wasallam!!!...
MENULIS ARTIKEL... MASA LAMA DIGUNA...
SEBANYAK 7,500... 14 TAHUN LAMANYA...
SETIAP HARI...SATU ARTIKEL PASTI ADA...
MENJADI RUJUKKAN... PEMBACA SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Zulkaedah 1444H
bersamaan 31 Mei 2023).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.