Memang tidak banyak penyelidikan dan pemerhatian tentang potensi ternakan kelulut dibawah kawasan tanaman pokok getah dewasa. Pengalaman penulis blog yang juga meminati serta sering menjadi penceramah dan pakar rujuk industri ternakan kelulut di Malaysia semasa bertugas dulu masih percaya dimana teknologi penternakan kelulut ini masih perlu diterokai dengan lebih baik dimasa akan datang termasuk dikawasan kebun getah. Serangga termasuk lebah dan keluut dan semut memerlukan nektar sebagai sumber makanan dan debunga serta bahan lain untuk ia hidup. NEKTAR adalah cecair manisan yang mana ia dihasilkan oleh bunga, daun atau buah-buahan tertentu yang manis dan sering diambil oleh haiwan lain sebagai sumber makanan. Nektar dihasilkan pada kebanyakan bunga daripada Nectaris iaitu sejenis organ di bawah petal bunga yang mana ia mampu bagi mengeluarkan cecair manisan tersebut pada pangkal dalam bunga. Ramai diantara kita yang panggil nektar sebagai 'Madu Bunga' kerana rasa manis tetapi sebenarnya ia akhirnya akan menjadi Madu Lebah selepas melalui beberapa proses alami dan semulajadi. Sila baca artikel tulisan saya mengenai nektar dalam blog ini dengan pautan disertakan (Sila klik disini). Terdapat juga jenis nektar yang dihasilkan bukan pada bunga tetapi pada pangkal daun atau tangkai daun seperti yang terdapat pada Daun Getah Muda (Hevea brazilliensis), Pokok Gelam (Melaleuca cajuputi), Pokak Akasia (Acacia spp) dan Daun Pokok Prunus (Prunus africana). Nektar adalah salah satu sumber makanan yang penting kepada beberapa jenis haiwan seperti Lebah Madu (Honey Bees), Kupu-kupu atau Moths, Rama-rama (Butterfly), Burung Madu (Hummingbirds), Kelawar (Bats), Semut, Kerengga dan sebagainya. Bagi tanaman getah ia hanya dilaporkan ada banyak sumber nektar semasa pokok getah dewasa mengeluarkan daun baru dengan banyak selepas proses keguguran daun setiap tahun untuk beberapa minggu. Ini mungkin yang membolehkan nektar tersebut di kutip melalui aktiviti penternakan kelulut dan lebah madu. Cara lain adalah dengan mempastikan ada sumber nektar dari tanaman lain dikawasan kebun getah di sediakan untuk membolehkan serangga ini sentiasa mendapat makanan secara berterusan. Kelulut dan lebah madu yang diternak memerlukan bahan sumber makanan dan bahan lain seperti debunga, resin, propolis, air dan sebagainya untuk mereka dapat hidup dengan baik.
Penulis blog merujuk kepada satu laporan dalam facebook mengenai bagaimana ada satu laporan mengenai aktiviti usaha meneliti cara menternak kelulut oleh oleh pegawai dari RISDA Kuala Kangsar, Perak iaitu Tn Hj Mohd Najib Moh Nordin atau lebih dikenali sebagai Haji Najib Haji Din. Beliau dilaporkan telah mengintegrasikan ternakan kelulut dibawah pokok-pokok getah untuk dijadikan bsgsimsns potensinya sebagai bahan rujukkan (Sila lihat foto paling atas sekali). Sebelum ini penulis blog ada membuat tinjauan teknologi projek menternak kelulut dikawasan getah di Raub, Temerloh dan Kuala Lipis di Pahang semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang sekitar tahun 2015 - 2017. Bagaimana pun kebanyakan penternak tersebut membuat ternakan ini secara intergrasi dengan tanaman lain untuk sumber makanan. Memang suka apabila melihat dan membuka penutup kotak super di kebun penternak kelulut apabila melihat kantung madu sudah dipenohi dan sedia dituai dengan menggunakan mesin penyedut madu (Sila lihat foto disebelah). Madu Kelulut Asli memiliki khasiat yang dapat memberi manfaat terhadap kesihatan secara keseluruhannya. Penulis blog percaya dimana kelebihan ini hanya boleh diperolehi sekiranya mengamalkan pengambilan madu kelulut asli terutama melelui usaha penternakan komersil. Ini kerana madu kelulut memiliki satu-satunya bahan yang tidak terdapat pada madu lain iaitu gula 'trehalulose'. Hasil kajian daripada sepasukan penyelidik daripada Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bersama zJabatan Pertanian dimana dalam industri kelulut mereka menjalankan penyelidikan bagi mewujudkan sistem jaminan kualiti madu kelulut untuk dapat memastikan keaslian madu kelulut dalam pasaran. Inovasi ini dikenali sebagai 'Unique Kelulut Superfood Factor' (UKSF) menggunakan sistem penskoran bintang menggabungkan beberapa parameter ujian berdasarkan pembuktian analisis saintifik. Ketua penyelidik Prof Madya Dr Razinah Mohd Sharif dakwa kaedah ini telah menjadikan analisis terhadap madu kelulut terjamin kualitinya. Apa pun inisiatif menjalankan kajian ini ekoran lambakan madu tiruan dalam pasaran tempatan yang semakin berleluasa. Kini dilaporkan dan dianggarkan kira-kira 30 - 40 peratus madu kelulut dalam pasaran adalah tiruan yang mana ia dihasilkan atau ditambah gula putih, gula perang atau gula Melaka. Ada madu ini dicampur dengan gula berkenaan untuk tujuan bagi membanyakkan kuantiti madu bagi meraih keuntungan berlipat kali ganda. Ini kerana madu kelulut asli mengandungi tiga komponen utama iaitu bahan antioksidan, antibakteria dan trehalulose. Kandungan bahan 'trehalulose' iaitu sejenis gula semula jadi yang mempunyai bacaan indeks glisemik (GI) rendah. Meskipun kadar tahap kemanisannya lebih tinggi daripada gula biasa, ia (trehalulose) boleh digunakan sebagai pemanis dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis jika dimakan pada jumlah sepatutnya. Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi pengamal makanan tambahan ini daripada penyakit kronik. Keistimewaan lain madu kelulut ialah, ia boleh mengurangkan risiko kerosakan DNA dan radikal bebas. Dilaporkan pada 2016 saintis ada membuat kajian madu kelulut terhadap penyakit barah dan mendapati ia boleh mencegah barah kolon serta penyakit barah yang lain melalui ujian in-vitro. Madu kelulut turut bersifat antibakteria yang membantu melawan jangkitan kuman patogenik. Ketika pandemik Covid-19 sebelum ini ada masyarakat digalakkan mengambil madu kelulut yang dicampur bersama air suam untuk melawan serangan virus berkenaan. Berbeza pula dengan madu tiruan dimana ia tidak mengandungi komponen trehalulose, antioksidan dan antibakteria. Sebaliknya, ia mempunyai kandungan gula sangat tinggi yang boleh menyebabkan pengamal madu tiruan berisiko menghidap kencing manis. Cara mudah untuk dapat mengenal pasti ciri-ciri madu asli ialah, ia tidak menjadi beku apabila disimpan dalam peti sejuk dan bertukar sebaliknya jika ia adalah madu tiruan. Bagi madu tiruan yang didakwa mengandungi bahan antioksidan dimana sebenarnya pengusaha atau penjual boleh memasukkan bahan tambahan iaitu vitamin C (asid askorbik). Mereka tidak boleh 'mencipta' trehalulose kerana bahan ini terhasil secara semula jadi. Ada tiga komponen utama iaitu trehalulose, antibakteria dan antioksidan dirangkumkan serta dimasukkan dalam algoritma untuk menghasilkan penarafan bintang. Penarafan madu ini mengikut jumlah bintang daripada satu hingga lima. Kini untuk penarafan satu bintang, sudah menunjukkan madu ini asli akan tetapi berbeza daripada segi kandungan antibakteria dan antioksidan. Penarafan paling minimum ialah setiap madu perlu mencapai sekurang-kurangnya satu bintang bagi komponen trehalulose. Kini sudah tiba masanya masyarakat membuat pilihan bijak sebelum membeli produk madu kelulut sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Sebaiknya pada penulis blog pemain industri juga diharapkan agar mereka lebih dalam bertanggungjawab dengan melaksanakan ujian penskoran terhadap produk mereka demi kepentingan pengguna.
Berbalik kepada tajuk artikel diatas dimana masih banyak persoalan teknikal akan isu bagaimanakah pokok getah ini dapat menampung keperluan sumber makanan bagi kelulut dan pada masa yang sama ianya dapat meningkatkan pendapatan pekebun getah?. Pada penulis blog dimana pokok getah (Hevea brasiliensis) adalah diantara jenis pokok saka ditanam meluas sejak lama dulu di Malaysia yang akan mengalami musim luruh apabila berada dalam musim panas berlaku setiap tahun. Pemerhatian oleh penulis blog sendiri sebagai seorang anak pennoreh getah dan zaman remaja dulu pandai menoreh getah sangat memahami keadaan ini. Apa pun dilihat dimana ketika daun sedang gugur lazimnya pokok getah masih lagi ia mampu mengeluarkan susu getah dengan banyaknya dan memang seronok walau pun agak siksa menoreh masa ini kerana cuaca panas dan juga banyak kerengga berada diatas tanah yang menggigit. Ini kerana apabila daun getah gugur makan sarang kerengga juga akan jatuh ketanah (ia pengalaman peribadi). Kemudian sebelum gugur daun dimana daun getah akan mula bertukar warna dari hijau kepada keperangan dan akhirnya kering dan gugur ke tanah. Daun getah akan gugur keseluruhan dan hanya meninggalkan ranting. Apa pun dilihat selepas itu dalam tempoh dua minggu selepas daun gugur maka pucuk dan tunas bunga akan mula terbit dari ranting pokok getah. Ketika ini pula memang 'menyakitkan' kerana selain daripada penghasilan susu getah amat kurang hasil torehan dimana selalunya ada banyak pula nyamok sering menganggu. Susu getah semasa pokok pada keadaan begini disebabkan kerana ada banyak nutrien disalurkan keatas untuk proses penghasilan pucuk daun dan bunga yang baru. Kemudian apabila daun-daun getah muda telah muncul lazimnya secara teknikalnya akan terdapat liang kelenjar pada petiol pada daun muda yang akan merembeskan cairan jernih yang manis dikenali sebagai manisan nektar. Cairan jernih yang manis ini dikenali sebagai nektar (extrafloral nectaries) dimana ianya akan diambil oleh kelulut, lebah untuk dijadikan madu atau oleh serangga lain terutamanya semut dan kerengga sebagai makanan. Jika tidak diambil pula kemudian nektar ini akan kering dilinat dengan tanda ia berkilat pada petiol tersebut. Nektar ini akan terus menerus dirembeskan semasa daun masih muda dan hanya akan terhenti apabila daun tersebut telah mula matang. Hasil dari pemerhatian penulis blog dulu mendapati dimana aktiviti menternak keluut dan lebah madu hanya sesuai diletakkan dikawasan pokok getah pada masa ini sahaja. Teknik ini dikatakan sebagai 'penternakan kelukut berpindah' yang perlu diletakkan ditempat asal yang ada sumber makanan yang biasa ia diletakkan. Beberapa laporan dari penternak di Pahang dan Perak melaporkan dimana purata keseluruhan hasil madu bagi setiap koloni di kawasan tanaman getah adalah sekitar 1.0 - 1.5kg sebulan bergantung pada saiz kotak topping (kotak super) dan pengurusan yang dijalankan. Kemudian lazimnya hasil madu akan berkurangan apabila musim hujan dimana nektar tersebut akan dicairkan oleh air hujan dan kelulut juga tidak akan keluar dari sarangnya lagi disebebkan cuaca tersebut. Cara pengurusan yang betul bagaimana untuk menternak keluut dibawah pokok getah perlu difahami oleh mereka yang mahir dalam perkara ini. Bagaimana pun perlu diingat dimana susu getah yang mana ia dikeluarkan merupakan sumber resin yang penting dalam membantu kelulut untuk membina sarang, membaiki sarang, membina kantung iaitu untuk pertahanan dan sebagainya lagi. Pada penulis blog masih ada potensi menternak keluut dikawasan tanaman getah dewasa dengan meletakkannya dalam jumlah banyak log semasa daun pokok getah muda yang mengeluarkan nektar dan dikeluarkan selepas itu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.