Support My Blog

Tuesday, May 16, 2023

MENANAM RUMPUT GAJAH MINI

RUMPUT GAJAH MINI
(Axonopus compressus) atau juga di kenali sebagai 'Rumput Parit atau 'Blanket Grass' adalah merupakan sejenis rumput yang paling banyak di tanam dan dilihat di Malaysia sebagai rumput hiasan taman dan cantik disekeliling perumahan. Pada penulis blog dimana rumput ini 
adalah jenis rumput yang berdaun lebar sedikit (Sila lihat foto diatas sekali) dimana ia juga memang tahan lasak serta mudah membiak dengan cepat jika dijaga dengan baik. Pembiakan rumput ini selalu dengan cara mengunakan bahan umbisi. Walau pun ia dipercayai berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan Carribean namun sebenarnya ia memang natif dan ada banyak tumbuh meliar dinegara kita dan selalunya akan dapat membiak subur pada kebanyakan jenis tanah subur termasuk juga dikawasan tanah liat. Rumpu ini juga adalah jenis paling sesuai untuk hidup dengan baik pada kawasan yang berkelembapan tinggi dan ramai penternak tempatan yang menternak haiwan ruminan secara tradisional serta yang kurang modal dan kemahiran akan memilih rumput ini. Rumput parit ini juga memang ada disyorkan pada sistem menternak ruminan yang mana modal inputnya rendah. Apa pun samada dikawasan naungan atau kawasan kurang subur dimana penulis blog dapati rumput parit ini mudah hidup walau pun tanpa memerlukan pembajaan rapi dan jenis ini juga adalah tahan subur dibawah keadaan ada naungan. Memang amat mudah juga untuk melihat rumput ini tumbuh meliar dikawasan tepi jalanraya, padang bolasepak, tepi perparitan, kawasan belukar halaman rumah atau ia ditanam secara komersial. Dilaporkan ada banyak pengusaha nurseri yang ada mengusahakan nurseri khusus pengeluaran rumput parit ini untuk dijual. Bagaimana pun penulis mendapati hasil bahan kering dicatitkan sekitar 6 -10 tan/ha/tahun dengan kandungan protein kasar sebanyak 7.5.%. Rumput ini juga berupaya untuk mengeluarkan biji benih yang banyak dan biasanya ditanam dengan mengunakan tompokan berakar. Rumput ini lebih dikenali sebagai hiasan halaman rumah yang cantik dan kemas. Penulis blog syorkan kepada mereka yang suka melihat halaman rumahnya cantik boleh menanam sendiri dengan mendapatkan maklumat asas bagaimana untuk menanam sendiri, mendapatkan sumber benih, penjagaan, amalan agronomi dan memberikan kepuasan maksima. Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis teknologi menanam rumput gajah mini atau rumput parit untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 


Kawasan halaman rumah yang ada rumput berwarna hijau selalunya akan enak dilihat dan mengindahkan lagi permandangan apa lagi jika ia terdiri dari rumput-rumput jenis tempatan yang mudah untuk ditanam dan dijaga dengan baik (Sila anda lihat foto disebelah). Pemilik rumah boleh menanam sendiri rumput seperti ini dengan pastikan ada ilmu bagaimana untuk menanam dan juga cara penjagaan yang betul. Keliling rumah yang ada rumput menghijau ini akan menyejukkan suhu keliling, kelihatan kemas, sesuai untuk dijadikan kawasan permainan anak-anak dan orang dewasa, menyerap kekotoran udara dan sebagainya. Kawasan perumahan baru yang dibina pihak syarikat perumahan sering ada menanam rumput dikawasan kompoung dan sekitar tepi jalan dengan rumput parit ini bergantung kepada kos rumah dan pakej yang ditawarkan.  Bagaimana pun jik apemilik rumah kemudian tidak berminat dalam penjagaan rumput hijau ini dan dibiarkan akhirnya akan tumpuh tumbuhan lain yang merosakkan tanaman rumput tersebut. Ada pembeli rumah pula akan menggantikannya dengan rumput sintetik yang berwarna hijau kerana malas hendak menjaganya (bagaimana pun rumput sintetik mudah buruk dan luntur warnanya dalam masa beberapa tahun). Kalang orang lain pula akan menutup halaman rumah yang kosong dengan di simen konkrit, di pasang jubin atau di pasang bumbung untuk dijadikan ruangan pelbagai guna. Bagi mereka yang ada kompound halaman tanah yang luas sebaiknya ditanam dengan rumput dan tanaman hiasan lain untuk menyerikan lagi halaman rumah.


Sebenarnya menanam dan menjaga rumput gajah mini atau rumput parit ini adalah 
sangat mudah dan perawatannya juga tidak menyusahkan. Ia didakwa lebih mudah jika dibandingkan dengan menanam rumput turf, rumput jepun atau beberapa jenis rumput lain dipasaran. Apa pun dilihat dimana rumput gajah mini ini dikenal dengan saizukuran yang kecil sehingga sangat sesuai untuk disesuaikan dengan beberapa konsep membuat taman rumah. Apa pun asasnya adalah mengenali spesis rumput gajah mini atau rumput parit ini dengan mendapatkan dari pembekal yang berwibawa atau mendapatkannya dari rakan-rakan yang sudah menanam rumput ini. Benih yang baik selalunya dari rizom atau pun bahagian umbisi yang akan ditanam dilokasi (Sila lihat foto disebelah).  Dilaporkan jenis rumput gajah mini juga mampu bertahan di kawasan yang beriklim tropika dan penjagaannya juga adalah sangat mudah. Membeli benih rumput ini yang ada dijual oleh pihak nurseri selalunya akan dijual dalam unit 1 kaki persegi atai satu meter persegi. Pengusaha nurseri rumput tradisional pula ada yang menjualnya dengan ukuran satu mata cangkul juga dengan harga berbeza-beza mengikut kuantiti dibeli, jarak penghantaran dan sebagainya. Apa pun ada juga yang menjual bijibenih rumput ini dalam talian (on line) sahaja tetapi perlu tunggu agak lama untuk membesar. Menanam dengan umbisi akan lebih cepat tumbuh dan tinggi peratus pertumbuhannya. Apa yang penting adalah ada ilmu pengetahuan bagaimana hendak menyediakan kawasan, memilih benih, menyiram, membaja dan seterusnya sentiasa menjaga rumput yang ditanam ini. Sebaiknya dipilih anakbenih yang daunnya dilihat segar dan sesuaikan jumlahnya dengan jumlah keluasan tanah dihalaman rumah yang hendak ditutupi rumput tersebut. Mungkin kos membeli benih rumput ini sekitar RM100 sahaja bergantung kepada jumlah diperlukan.


Langkah seterusnya adalah aktiviti untuk kerja-kerja penyediaan halaman sebelum ditanam dengan rumput ini. Kawasan tersebut perlu dibersihkan dahulu dan jika tanah dikawasan tersebut adalah tanah ditambak yang padat atau keras (berbatu, tanag berpasir, tanah padat) maka disyorkan untuk membeli tanah atas (top soil) dan ditaburkan diatasnya 10 - 15 cm tebalnya dan diratakan. Kalau tanah dihalaman rumah daru tanah jenis baik maka boleh digemburkan dengan alatan menggunakan cangkul atau tajak sahaja. Bagi tanah jenis ini sebaiknya digemburkan 
dengan kedalaman sekitar 5 -10 cm sahaja dan sebaiknya di ratakan kembali setelah proses pertama ini selesai. Adalah disyorkan dibubuh baja organik semasa menyediakan tanah seperti baja tahi ayam, baja kompos an dibiarkan selam seminggu sebelum aktiviti menanam. Baja organik akan membekalkan nutrisi awal kepada tanaman rumput. Cara menanam rumput gajah adalah dengan meletakan umbisi benih rmput parit ini yang telah diceraikan dari rumpun kedalam tanah. Pastikan bahagian akar benih ini dimasukkan kedalam tanah sedalam 1- 3 cm dan kemudian ditimbus akarnya dengan tanah dan sebaiknya dipadatkan. Periksa agar bahagian akar benih rumput gajah mini terikat langsung dengan tanah. Jarak tanaman mengikut saiz umbisi dimana jika kecil-kecil ditanam dengan jarak 5-8 cm dan jika saiz benih besar boleh ditanam dengan jarak 12 - 15 cm. Sebaiknya disusun anakbenih ini dengan kemas dan rapi. Kalau belum ada sistem pengairan (rumah yang belum dididukki) maka penanaman sesuai dilakukan pada musim hujan tetapi jika sudah ada paip air boleh ditanam bila-bila masa dengan memasang hos untuk menyiram. Penyiranam dilakukan dua kali sehari sebaik sahaja menanam iaitu dengan kadar sesuai iaitu diwaktu pagi dan petang kecuali hari hujan. Adalah disyorkan memberi baja organik dan baja urea selapas 2 minggu menanam dengan kadar sesuai. Periksa dan juga pastikan tidak ada gangguan haiwan seperti ayam, itek, ruminan yang akan mendatangi kawasan tanaman rumput dan mencakar tanag mencari cacing atau meragut rumput yang baru ditanam ini. Ada kalangan mereka yang meletakkan penutup plastik jaring sesuai bagi melindunginya dari haiwan. Apa pun penting rumput ini mendapat cahaya matahari sepenohnya. Ini karena sinar matahari yang cukup akan membantu rumput tumbuh menjadi panjang. Aktiviti mencabut rumput atau tumbuhan lain dikawasan tanaman tumput ini perlu dilakukan sepanjang masa seperti lalang, pokok senduduk, rumput lain dan yang paling sering adalah rumput semalu (Mimosa sp). Juga diingatkan elakkan dari memijak anakbenin rumput yang ditanam. Gunakan papan atau cara lain ketika mencabut rumput atau membaja. Apabila dijaga baik dan tumbuh subur maka rumput ini akan membentu daun yang menghijau dan sangat menarik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca bog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RUMPUT GAJAH MINI... RUMPUT PARIT SAMA...
MUDAH DITANAM... CARI BENIH BAGAIMANA....
DI SIRAM SELALU... PASTIKAN MEMBAJANYA...
CANTIK DIPANDANG... HALAMAN RUMAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Syawal 1444H/2023M).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...