1. KUTU THRIPS
KUTU THRIPS adalah sejenis serangga halus daripada order Thysanoptera yang merupakan sejenis perosak yang penting dalam industri tanaman dan ternakan. Ramai juga diantara kita mungkin tidak pernah nampak kutu thirps ini kerana saiznya yang sangat halus sekitar 1 mm (milimeter) dan ianya merupakan jenis serangga yang tidak boleh terbang. Selalunya selain cili serangga ini menyerang tanaman seperti tembakau, kopi, keledek, kekacang dan beberapa lagi. Thrips merupakan vektor virus yang dapat menyebabkan penyakit keriting kepada pokok cili. Thrips berwarna kuning kecoklatan dimana tahap pergerakannya sangat cepat (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog dapati dimana semasa musim pana dan kemarau maka populasinya sangat tinggi. Serangga ini akan lebih menyukai daun-daun muda. Tanda serangan awal oleh serangan thrips pada tanaman cili adalah dilihat daun yang diserang ada bintik warna keperakan yang tidak teratur dan berlaku akibat adanya luka dari cairan aktiviti makan oleh thrips tersebut. Setelah beberapa waktu maka tanda warna keperakan tersebut akan berubah menjadi coklat tembaga dan daun-daun kemudian jadi keriting ke atas. Kitaran hidup kutu thrips adalah selama 2 minggu sahaja terutama pada musim panas dan kering. Sila baca artikel mengenai thrips dalam blog ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Antara cara kawalan kutu thrips adalah dengan beberapa cara yang mudah disyorkan. Paling mudah dengan tidak menanam cili secara berdekatan untuk satu jangkamasa agak lama dan amalkan tanaman secara bergilir. Amalan ini perlu dilakukan kerana selalunya tanaman cili diperingkat muda akan mudah diserang dengan cukup parah. Bagi penanam cili suka-suka juga sebaiknya amalkan cara pergiliran tanaman atau perlu dikosongkan kawasan penanaman lebih kurang satu bulan untuk memutuskan kitaran hidup serangga perosak. Kaedah kawalan sebaiknya mengamalkan konsep Pengawalan Perosak Bersepadu (IPM) dimana penggunaan racun serangga adalah pilihan yang terakhir. Perlu diingat walau pun banyak terdapat bilangan kutu thrips pada tumbuhan tidak semestinya akan berlaku kerosakan teruk pada hasil tanaman. Ini bergantung kepada jenis tanaman, peringkat kitaan hidup thrips dan juga keadaan cuaca persekitaran. Kawalan kultura dengan membuang bahagian yang diserang thrips adalah digalakan. Penggunaan musuh semulajadi seperti beberapa jenis kumbang (bugs) membantu dalam usaha untuk mengurangkan populasi.2. LALAT BUAH (Fruit Fly)
LALAT BUAH atau dikenali sebagai 'Fruit Fly' merupakan sejenis serangga prosak umum bagi banyak jenis buah-buahan dan sayuran jenis buah. Kini terdapat beberapa spesis lalat buah yang telah dikenalpasti menyerang pokok buah-buahan dan sayuran yang dilaporkan di negara kita antaranya Bactocera papayae, B. carambolae, B. umbrosus dan B. cucurbitae. Serangga seperti lalat ini adalah daripada keluarga Tephritidae dalam order Diptera. Pada penulis blog mendapati dimana terdapat beberapa spesis lalat buah yang tegar menyerang beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyebabkan kerugian kepada petani jika tidak dikawal. Akibat serangan lalat buah juga menyebabkan kualiti hasil tanaman menjadi rosak atau turun kualitinya. Petani dan peminat tanaman hobi yang suka tanam cili perlu memahami akan kitaran hidup lalat buah untuk ia lebuh mudah membuat kawalan. Lazimnya lalat buah dewasa akan bertelur pada peringkat awal pembentukan buah yang disukainya. Buah yang berkulit nipis dan sering dijadikan lokasi bertelur seperti buah Belimbing, Mangga, Nangka, Betik, Peria, Petola, Timun, Terung, Cili dan sebagainya. Dalam jangkamasa 1-2 hari sahaja kemudian telur lalat buah boleh menetas (bergantung kepada jenis buah dan peringkat kematangan buah). Ia akan menjadi peingkat larva yang mana suka tinggal dalam buah dan memakan bahagian isi buah yang menyebabkan berlaku kerosakan kepada hasil tersebut. Gejala atau simptom dari serangan lalat buah pada tanaman cili dilihat dengan adanya titik hitam pada pangkal buah (Sila lihat foto disebelah). Jika buah cili ini dibelah maka didalamnya dapat dijumpai ulat atau larca. Lalat buah betina dewasa meletakkan telurnya di dalam buah dengan cara menusukkan ovipositornya pada pangkal buah muda yang masih hijau. Kemudian larva ini akan hidup di dalam buah cili sehingga menjadi busuk dan gugur. Serangan berat lalat buah lebih sering berlaku di musim hujan. Apa pun kesan lanjutan bekas luka tujukan ovipositor boleh tercemar oleh cendawan sehingga buah cili yang diserang akan cepat membusuk dan gugur. Cara kawalan lalat buah ada pelbagai kaedah seperti dengan melakukan pergiliran tanaman yang bukan tanaman kesukaan lalat buah. Selain itu dikumpulkan buah cili yang diserang dan dimasukkan ke dalam beg plastik dan musnahkan. Boleh juga gunakan perangkap lalat buah berbahan aktif pheromon methyl eugenol yang efektif memerangkap lalat jantan dan dibubuh racun serangga untuk membunuhnya. Sila baca artikel tulisan saya mengenai lalat buah dengan pautan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pastikan kawasan kebun sentiasa bersih dengan membuat sanitasi daripada rumpai, buang buah-buah mangga yang gugur dan pastikan kebersihan ladang secara menyyeluruh. Kajian juga menunjukkan penggunaan sejenis kulat Metarhizium juga mampu mengawal populasi lalat buah.3. KUTU DAUN
Serangga Kutu Daun (Aphis spp) merupakan sejenis serangga perosak yang amat tidak disukai oleh penanam cili. Kutu daun yang sangat kecil (Sila lihat foto sebelah). Kutu aphis ini akan menyerang bahagian daun, bunga dan buah cili dengan menghisap cairan pada tisu tanaman cili yang akan menyebabkan daun menjadi kerekot, bunga akan gugur dan buah akan terbantut. Jika keadaan cuaca agak kering dan panas, kutu daun ini cepat membiak (taburan hujan kurang dari 100 mm sebulan) dan kurang dibuat cantasan. Kutu daun perlu dikawal dengan menggunakan bahan kimia yang mengandungi bahan aktif chlorphyrifos atau imidachlorpid yang disembur setiap 7 - 10 hari selepas anak benih ditanam diladang. Serangga ini juga dipercayai pembawa kepada virus TMV yang menyebabkan penyakit kerinting pada dun cili. Amalan yang perlu dijalankan oleh petani adalah menyembur pokok cili dengan paramethrin atau cypermethrin kira-kira 2.5 bulan selepas ditanam. Jika serangan virus melebihi 20% dikenalpasti, semburan mesti dilakukan mengikut kadar pada label. Dilaporkan juga dimana kutu daun akan menyebabkan kerugian secara langsung kerana ia akan mengisap cairan daun atau batang tanaman. Ini membuat daun yang diserang menjadi kerekot atau kerikut serta berwarna kekuningan dan berputar sehingga proses untuk pertumbuhan tanaman terganggu atau pokok jadi kerdil. Kemudian serangan ini menjadikan pokok jadi layu dan mati. Kutu daun juga merupakan pembawa kerugian tidak langsung karena menjadi vektor virus tertentu seperti virus menggulung daun kentang (PLRV) dan virus kentang (PVY). Intensiti serangan penyakit virus lebih tinggi pada musim kemarau, yaitu ketika populasi kutu daun tinggi. Serangan hebat dari kutu daun dapat menyebabkan semua daun berguguran dan tanaman merana. Kawalan kutu daun sama seperti kawalan oleh kutu thrips. 4. TUNGAU
Tungau adalah serangga yang berukuran sangat kecil atau kurang dari 1 milimeter dimana bentuk badan atau marfologinya jika diperbesarkan dilihat seakan-akan haiwan labah-labah (Sila anda lihat foto disebelah). Ia adalah haiwan avertebrata yang lebih dominan menyerang manusia dan haiwan dimana ia bertindak seakan parasit kepada perumahnya. Dalam bidang pertanian lazimnya haiwan tungau menimbulkan banyak kerosakan pada kualiti buah limau atau citrus dimana seperti Tungau Karat Buah (Phyllocoptura oleivera Ashmed) dan Tungau Merah (Panonychus citri McGregor) merosakan daun tumbuhan Solanaceae (termasuk cili dan tomato). Tungau juga yang menyebabkan serangan penyakit scabies, penyakit pada kulit yang mudah menular kepada haiwan. Apa pun dilaporkan tungau suka berada dibahagian bawah daun. Ia akan membentuk jaring-jaring halus sehingga menyulitkan cara kawalan dengan semburan kimia. Disebabkan tungau ini bukan termasuk kelas Insecta, maka tungau tidak boleh untuk dikawal dengan menggunakan racun serangga. Ia hanya boleh dikawal dengan racun acarcide. Tungau menyerang bahagian daun-daun muda dengan simptom dilihat adalah ia meninggalkan warna coklat berkilat pada permukaan bawah daun. Kemudian daun juga menjadi kaku dan melengkung ke bawah dan pertumbuhan pucuk tanaman terganggu. Gejala ini hanya boleh dilihat dalam waktu yang relatif sangat cepat iaitu hanya selama 8 -10 hari saja setelah infeksi dengan beberapa ekor tungau. Kesan seterusnya 4 - 5 hari kemudian pucuk-pucuk tanaman akan nampak seperti seakan terbakar dan berguguran. Selain menggunakan racun jenis akariside cara amalan agronomi boleh diamalkan adalah dengan kumpulkan semua bahagian yang terserang (utamanya daun) dan ia dimasukan dalam beg plastik untuk dimusnahkan. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BENIH DISEMAI... DITANAM PULA....
NAMUN AWAS...ADANYA SERANGGA...
BACA ARTIKEL... ILMU SEDIA DIDADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 622, Executive Suite,
Hotel Amerin, Taman Perling,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.